You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN YDP PIBG SMK KULAI BESAR,

TUAN SAYED ABD. RAHIM BIN SYED ABD RAHMAN


SEMPENA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2011
a
Terima kasih diucapkan kepada saudari Pengacara Majlis,
bismillahirrahmanirrahim,

alhamdullilahi

rabil

alamin wassolatu

wassolamu ala ashrafil anbiyar iwar mursolin waala alihi wasibihi


ajmain.
Yang Berbahagia Tuan Hj. Md. Rofiki Bin Dato Hj A.
Shamsudin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulaijaya. Yang
Berbahagia _____________________________, wakil rasmi Pegawai
Pelajaran Daerah Kulaijaya. Yang Berusaha Puan Hajah Fouziah binti
Abu Hamid, Pengetua SMK Kulai Besar, Kulaijaya, Guru-guru
Penolong Kanan, Guru-guru Kanan, ibu bapa/ penjaga, guru-guru dan
murid-murid yang saya hormati sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Satu
Malaysia.
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kita dapat bersama-sama
dalam Majlis Anugerah Cemerlang pada hari ini. Saya amat mengalualukan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Hj. Md. Rofiki Bin Dato Hj
A. Shamsudin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulaijaya dan
___________________________, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah

Kulaijaya dalam Majlis Anugerah Cemerlang pada hari ini. Di sebalik


kesibukan tugas, YDP MPKu dan Tuan PPD dapat juga hadir ke majlis
yang telah dirancangkan ini. Kami berasa berbesar hati dan
merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas
sokongan dan keprihatinan YDP MPKu dan Tuan PPD terhadap kami.
Bagi pihak PIBG sekolah, saya yakin dengan kehadiran YDP MPKu
dan Tuan PPD akan dapat menyemarakkan lagi semangat ibu bapa dan
masyarakat untuk melibatkan diri secara aktif dalam program
pendidikan.
Hadirin sekalian,
Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari
semasa ke semasa. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya
bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang
cemerlang. Pendidikan adalah bidang dinamik serta penuh cabaran di
mana pendidikan menuntut perancangan strategik yang teliti dan
pragmatik, kos yang besar serta jentera pelaksana yang cekap.
Pendidikan juga terdedah dan terpengaruh dengan tuntutan perubahan
selaras perkembangan global dan regional /serantau. Antara cabarannya
adalah

melestarikan

tahap

profesion

dan

menjadikan

kualiti

perkhidmatan serta kecemerlangan sebagai identiti. Negara akan


kehilangan daya saing, ketinggalan atau terpinggir dari kemajuan
global jika bidang pendidikan tidak menjadi keutamaan atau tidak
diuruskan dengan cekap dan berkesan.

Tahniah, saya ucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya


mencapai kecemerlangan. Semoga kejayaan demi kejayaan yang
dicapai pada masa sekarang akan menjadi pendorong dan pencetus
budaya cemerlang demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada
masa hadapan.
Hadirin yang dihormati yang dihormati sekalian,
Selaku YDP PIBG pandangan dan pemikiran membina ke arah
membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita
khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan amat
diperlukan. Komitmen tuan-tuan dan puan-puan adalah kebanggaan
saya. Saya suka menyentuh beberapa isu utama yang perlu diberi
perhatian oleh kita sebagai waris SMK Kulai Besar. Kita yakin, tanpa
disiplin yang tinggi, pasti kejayaan dan kecemerlangan tidak akan
tercapai. Kita juga mesti sedar, kebanyakan sekolah juga tidak terlepas
daripada ledakan isu-isu yang berkaitan murid-murid. Ibu bapa/
penjaga semestinya sedar dan prihatin mengenai masalah ponteng,
datang lambat ke sekolah, merokok, buli, melawan guru, personaliti
diri, mencuri dan seumpamanya. Walaupun masalah ini bukan sesuatu
yang serius di sekolah ini, keperihatinan para waris akan menatijahkan
sesuatu yang bermakna untuk sekolah. Saya percaya di bawah
kepimpinan dan keprihatinan Tuan PPD dan Tuan Pengetua, kita boleh
mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada
YDP MPKu, Tuan PPD, Tuan Pengetua, Ahli Jawatankuasa PIBG,
Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Cemerlang, ibu bapa/ penjaga dan
hadirin yang dihormati sekalian atas kesudian bersama-sama berada
dalam majlis kita pada hari ini. Saya menyusun jari memohon maaf
sekiranya terdapat salah dan silap. Apa-apa yang saya perkatakan
datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak
kita jua.
Wabillahi taufiq wal hidayah wasalammualaikum Warahmatullahi
wabarakatuh. Sekian, Terima kasih.

You might also like