You are on page 1of 4

Pantun Awal Pengacaraan Bunga manggar si sirih junjung palu-paluan pelbagai bunyi Jemputan diterima budi dijunjung hadirmu

tuan menambah seri. Tuan datang berwajah seri kami menyambut berhati ria Selamat datang ke majlis ini majlis perlancaran bulan bahasa. Berjabat tangan tanda mesra palu-paluan pelbagai bunyi Jemputan diterima penuh budi bahasa hadirmu tuan menambah seri Songket direntang bersulam intan tenunan hiasan kilauan keemasan Selamat datang ke hari Q Pendidikan ejayaan wawasan teras pendidikan. !kan tengiri masak kari sayang tak dihidang malam ini Salam mesra Pesta PS PP "ang pahit tolak ke tepi. e pekan kita membeli tepung tepung dibeli bersama kari #i dewan ini kita berkampung menjayakan majlis yang penuh berseri. Anak $ak %imah bernama #ihi Anak ak &ton bernama 'artini Bersyukur kita ke hadrat !lahi erana mempertemukan kita di majlis yang mulia ini. Sirih berlipat sirih pinang sirih dari pulau mutiara Pemanis kata selamat datang awal bismillah pembuka bicara Bukan lebah sebarang lebah lebah bersarang di ruas buluh Bukan sembah sebarang sembah

sembah berkarang jari sepuluh Pantun Pertengahan Pengacaraan Tanam selasih di tepi halaman selasih berbunga buat hiasan Terima kasih kami abadikan lewat sebuah cenderamata tanda kenangan Terbang tinggi si merpati terbang melayang melawati awan Tetamu kehotmat sudah menanti untuk berucap penuh wawasan 'ujan gerimis lebat di hulu haba di muara terasa nyaman Arena kui( sudah berlalu tiba masanya ke arena persembahan Terurai rasa yang resah terlerai rasa yang gelisah Bijak sungguh tuan bermadah madah indah penuh amanah Burung belatuk burung kedidi terbang hinggap di pinggir kali )enderamata pengikat budi sebagai kenangan kekal abadi Pulau Pandan jauh ke tengah *unung #aik bercabang tiga 'ancur badan dikandung tanah budi yang baik dikenang juga. $asak kuning si buah kuini makan bersama )ik Ali dan )ik Alang Sungguh rancak tarian tadi $engenang kembali budaya yang gemilang Sungguh merdu suaramu adik bagai sembilu menikam kalbu +asa hati tidak mahu balik kerana mahu dan menunggu. uih berlapis manis seri kaya

penghias sajian selepas makan &lok langkah lenggok bergaya berbilang bangsa pelbagai kebudayaan. &ncik Ali dari pekan memakai baju kain sutera Semua juadah sudah dihidangkan persilakan hadirin menjamu selera #ari $adinah ke pangkal,an Jeddah sarat bermuat buah pala Berucap sudah makan pun sudah marilah kita berhibur pula. Pohon mempelam si bunga dedap jangan dibiar hingga ranum Bersalam sudah duduk pun sudah makan sahaja kita belum. Timun )ina tumbuh melata dimakan ulat disambar kera 'idangan sudah di depan mata sudilah kira membuka selera.

Pantun Akhir Pengacaraan apal %abuan berlabuh di sini memunggah beras di pelabuhan abadi singgah sebentar lalu pergi $ajlis ini tamat di sini tetapi kenangan kekal abadi panjang usia berjumpa lagi.

alau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi alau umur panjang boleh kita berjumpa lagi. alau ada jarum yang patah jangan disimpan dalam peti alau ada silap dan salah jangan disimpan di dalam hati. #ari mana hendak ke mana

panjang rumput darilah padi Bulan sama hari yang sama tahun depan berjumpa lagi. alau benar jalanku salah tolong ajar cara berlari alau ada silap dan salah jangan disimpan di dalam hati. alau kerbau dah masuk kandang tak payah kita tercari-cari alau diberi na-as yang panjang di lain kali ketemu kembali. +asa hati begitu resah bila kekasih melangkah pergi 'ari ini kita berpisah tahun hadapan berjumpa lagi. #ari mata turun ke hati hati indah cerah menawan +amah mesra baiknya budi semangat kekeluargaan kita terus kekalkan. .alaupun penat terasa lelah senyum masih berseri-seri .alaupun majlis berakhirlah sudah namun/ tahun depan insyaallah kita akan berjumpa lagi.

You might also like