You are on page 1of 2

Baca catatan di bawah dengan teliti.

Pada hari Ahad yang lepas, saya sekeluarga berpeluang mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kami bertolak ke sana pada 2 Februari 2014 iaitu pada hari Ahad. Pada pukul 8.00 pagi, kami bersiap sedia untuk bertolak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) iaitu tempat pesta buku diadakan. Kami berasa teruja untuk mengunjungi pesta buku kali ini. Pada pukul 9.30 pagi, kami tiba di destinasi yang dituju. Kami melangkah masuk ke dewan dengan perasaan teruja. Satu demi satu gerai kami kunjungi sambil melihat buku-buku yang dipamerkan. Manakala, pada pukul 10.00 pagi pula ayah dan ibu memasuki gerai Telaga Biru untuk mendapatkan koleksi buku motivasi. Ayah juga membeli buku tentang soal jawab agama yang boleh kami baca. Pada pukul 10.30 pagi, saya dan kakak menuju ke gerai buku akademik. Kami ingin membeli buku rujukan dan buku latihan. Kami memilih buku yang ingin dibeli dengan teliti bagi mengelakkan pembaziran jika buku yang dibeli tidak bersesuaian. Pada 11.30 pagi, kami menuju ke gerai Karangkraf untuk membeli novel terbaharu. Ayah dan ibu membawa adik ke ruangan buku kanakkanak. Pada pukul 3.00 petang kami mula bergerak keluar. Kami berpuas hati kerana dapat membeli buku-buku yang diinginkan. Saya berharap dapat mengunjungi pesta buku lagi tahun hadapan.

Lengkapkan Borang Catatan Di Bawah. Tarikh Hari Masa 8.00 pagi Catatan Kami bersiap sedia untuk bertolak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) iaitu tempat pesta buku diadakan.

You might also like