KARANGAN FAKTA
Soalan
-Permainan Tradisional semakin dilupakan dan dipinggirkan.Nyatakan
langkah-langkah bagi menghidupkan permainantradisional
tersebut .Setiap rakyat di dunia ini ada
permainan tradisional
masing-masing .Begitu juga rakyat Malaysia .Permainan tradisional seperti wau,gasing dan congkak yang popular suatu ketika dahulu kini semakindipinggirkan dalam
arus perdana
.Pelbagai langkah telah dilakukan bagimengembalikan kegemilangan permainan tradisional agar tidak lapuk dekhujan dan tidak lekang dek panas .Bagi mendekatkan rakyat dengan permainan tradisional , pelbagailangkah dapat diadakan . Antaranya ,Kementerian Kebudayaan , Keseniandan Warisan mengadakan kempen dan promosi melalui media cetak danmedia elektronik . Lembaga Penggalak Pelancongan termasuk pihakpengurusan hotel disaran mengedarkan
brosur
dan buku panduantentang permainan tradisional kepada para pelancong yang menginap dihotel berkenaan .Usaha seterusnya ialah menyediakan kawasan atau tapak khaskepada rakyat untuk melakukan aktiviti permainan ketika hujung mingguatau semasa cuti sekolah . Dengan adanya kawasan khas tersebut ,golongan remaja dapat
mempersembahkan
permainan tradisional sekaligus dapat menarik minat pelancong tempatan dan pelancong asingmempelajari
kaedah
permainan berkenaan .Untuk menyebarluaskan permainan tradisional Malaysia di peringkat
global
, peranan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dapat membantupihak kerajaan . Sebagai contoh , MAS telah menggunakan permainan wausebagai
logo
korporat syarikat berkenaan . Langkah ini tentulah dapatmmembantu mempromosi keunikan tradisional rakyat Malaysia .Usaha-usaha mengetengahkan permainan tradisional memerlukankerjasama daripada semua pihak . Tanpa sokongan daripada pelbagaipihak , permainan tradisional ini mungkin akan berkubur dan
lupus
ditelan zaman .