You are on page 1of 11

Khat membentuk nama Muhammad s.a.

Nabi Muhammad s.a.w. (sallallahu aleihi wassalam) (B. Arab: ‫ )محمد‬adalah pesuruh Allah
yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan
Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w.
merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat
sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai
pendamai. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di
Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir
bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan
mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap
ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam."
Kelahiran
Nabi Muhammad telah diputerakan di Mekah, Arab Saudi pada hari Isnin, 12 Rabiulawal
(20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada
Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada
Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira
dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya


meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak
yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu
angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah
di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun
itu, baginda telah dibawa ke Mekah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya
meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal,
baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali
membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap
menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Masa remaja
Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah.
Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan
bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim
serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga
menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada
masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain,
sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah).
Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah
di kampung halamannya di Mekah.
Berumahtangga

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk
bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang
bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran
ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan
pulang dengan keuntungan luar biasa.

Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang


mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda
menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7
orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka, Qasim,
Abdullah dan Ibrahim meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda
ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan
satu-satunya isterinya sehinggalah beliau meninggal pada usia 51 tahun.

Bapa-bapa saudara dan ibu-ibu saudara Nabi Muhammad s.a.w.

• Al-Harith bin Abdul Muthalib


• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
• Safiyah binti Abdul Muthalib
• 'Atikah binti Abdul Muthalib
• Arwa binti Abdul Muthalib
• Umaimah binti Abdul Muthalib
• Barrah binti Abdul Muthalib
• Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib

Kerasulan

Gua Hira tempat pertama kali Nabi Muhammad s.a.w. memperoleh wahyu.

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh


menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira', sebuah gua bukit dekat
Mekah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk
mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir
dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang
kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira', Malaikat Jibril
mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di
telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca".
Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda
tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar
manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia
apa yang tidak diketahuinya."
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda
berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam
jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan
Rasulullah s.a.w. dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga
dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas.
Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain.
Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya,
tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah
digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang
menyerahkan diri kepada Allah.

Marhalah Dakwah Rasulullah

Perjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:

• Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk


melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod
(thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.

• Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat


agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat
akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta
berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan
bermasyarakat.

• Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan


penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya
sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.
Thalabun Nusrah

Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan
merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Rasulullah s.a.w.
Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah
memerlukan dua aspek penting:-

• Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap


dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.

• Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka


menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-
hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam
kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Cabaran-cabaran

Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar
seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari
golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal.
Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara
terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi
pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para
pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama
untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.

Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang


dihormati di Mekah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman
bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin
Nufail dan ramai lagi.

Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam


disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari
perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk
membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alaukan
ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Mekah.

Hijrah
Di Mekah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa
abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia
dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah.
Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke
Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan
berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda
mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan
seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan
beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi.
Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan
orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke
Mekah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali
ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam
pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk
berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama.
Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib
dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-
alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk
berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Mekah,
masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama
telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke
Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama
mereka ke daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Mekah kecuali Rasulullah, Abu
Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian
memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya.
Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan
selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.
Madinah
Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w.
Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan
perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi
kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya
dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun
perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim
pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang
musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.

Pembukaan Kota Makkah


Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad
s.a.w. berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah
dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah
bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad
s.a.w. kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling
Kaabah dimusnahkan.

Meneladani Perbuatan Rasulullah S.A.W


Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah SAW dibagi menjadi dua macam. Ada
yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia
secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan
jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada
perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi
Rasulullah S.A.W maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak
termasuk dalam kategori mandub (sunat).
Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam
hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah S.A.W, dimana tidak seorang pun
diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan
yang diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus
bagi Rasulullah S.A.W, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam
hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan
lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan
mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus
bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani
beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.
Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita,
tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut
boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:

ّ ‫صل‬
‫ي‬ َ ‫ي ُأ‬
ْ ‫صّلْوا َكَما َرَأْيُتمُْوِن‬
َ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”

‫سَكُكْم‬
ِ ‫ي َمَنا‬
ْ ‫عّن‬
َ ‫خُذْوا‬
ُ
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita
mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni
qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan
pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:

‫طُعوا َأْيِدَيُهَما‬
َ ‫َفاْق‬
"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)

Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah S.A.W, baik berupa ucapan
maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa
yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus)
sesuai dengan arah penunjukan dalil.

Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi


yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan
pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat
maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di
dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu
termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas
perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat
Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka
perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).
Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9
Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan
khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir
Rasulullah SAW itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-
orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai
suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan
harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah
kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa
sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di
atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang
melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-
jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka
juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka
ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana
kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu
yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah
Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah
zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu
semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali
dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah
agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku
dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-
Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula
kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka
yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan
risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

By: Taman Segar 18

You might also like