You are on page 1of 25

KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN

Konsep Kaedah Mengajar


Cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu. Merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek.

Cara mendekati sesuatu objektif pengajaran dengan langkah-langkah penyampaian tersusun.

Edward M. Anthony ( 1963 ), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada suatu pendekatan yang dipilih.

Kaedah yang dipilih berdasarkan kepada pendekatan berkaitan model, prinsip atau teori pembelajaran.
Contohnya pendekatan daripada spesifik kepada umum iaitu pendekatan induktif.

Konsep Teknik Belajar


Teknik belajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran atau kecekapan guru digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Edward M. Anthony ( 1963 ), teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat, strategi atau satu kemahiran , digunakan oleh guru bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran secara optimum.

Antara teknik pengajaran tersebut ialah; - teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, hafalan, penyoalan, sosiodrama, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah, pemudahcaraan, sumbangsaran, permainan dan sebagainya, Kaedah mengajar boleh jadi teknik mengajar jika kaedah itu dilaksanakan dengan suatu teknik yang sesuai. Contohnya prosedur kaedah bercerita boleh digunakan sebagai teknik menyampai cerita yang berkenaan.

Tujuan Teknik Mengajar


Menarik minat murid. Mengekal perhatian murid. Membangkit rasa ingin tahu murid agar objektif pelajaran tercapai.

Kaedah Dan Teknik Mengajar


Bercerita Kaedah mengajar oleh guru dalam menyampai isi pelajaran melalui teknik bercerita. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalap dijalankan dengan berkesan.

Prinsip-prinsip panduan penguasaan kemahiaran bercerita.


1. Pilihan cerita sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid. 2. Guru perlu memahami akan isi cerita tersebut sebelum mengajar.

3. Alat bantu mengajar diperlukan untuk menarik minat dan perhatian murid.
4. Sebelum bercerita pastikan murid bersedia dahulu. 5. Guru boleh bercerita sambil duduk atau berdiri, mengikut kesesuaian keadaan. 6. Mulakan bercerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi.

7. Guru perlu memandang kepada muka murid untuk menarik tumpuan mereka.
8. Pastikan suara guru jelas dan lantang. 9. kad-kad perkataan dan gambar digunakan untuk murid memahami cerita. 10. Kemukan soalan semasa bercerita untuk menggalakkan murid meramal perkembangan cerita selanjutnya. 11. Pastikan perkatan dan ayat yang digunakan dapat difahami oleh murid. 12. Isi cerita disampaikan dengan gerak geri semula jadi.aktiviti lakonan guru harus dielakkan. 13. Adakan aktiviti susulan selepas bercerita contohnya soal jawab.

Perancangan dan pengurusan sesi bercerita


Perancangan dan Persediaan Memilih tajuk cerita yang sesuai Isi cerita menarik Sesi bercerita Mulakan dengan set induksi yang menarik Suara dan gaya guru hendaklah sesuai dengan cerita Gunakan alat bantu mengajar Penutup Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan Menyuruh murid megulang isi cerita yang mereka dengar Bincang tentang tema dan nilai murni yang terdapat dalam cerita tadi

Cerita menarik dan perkataan digunakan hendaklah sesuai

Cuba menghafal
Sediakan alat bantu mengajar

Libatkan murid dalam sesi bercerita


Soalan murid berkaitan cerita agar mereka mengikut perkembangan cerita

Bimbing murid untuk berlakon berdasarkan isi cerita


Menyuruh murid menulis karangan berdasarkan isi cerita

Sediakan soalan
Pastikan tempat duduk murid sesuai Pastikan murid bersedia

Tunjuk Cara Demonstrasi


Suatu teknik melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah sesuatu aktiviti di hadapan murid.

Prinsip-prinsip panduan penguasaan kemahiaran bercerita.


Sebelum Demonstrasi Tentukan topik, objektif, kandungan tunjuk cara Alatan disediakan Semasa Demonstrasi Guru memandang kepada muridsemasa demonstrasi dijalankan Jika murid tidak faham pastikan langkah diulang semula Pastikan murid melihat dan mendengar Jika masa mengizinkan cba minta seorang murid melakukan langkah tersebut Selepas Demonstrasi Bincang dengan murid bahagian yang penting , agar murid faham sepenuhnya. Bincang dengan murid tujuan demonstrasi agar mereka dapat buat rumusan dengan tepat Aktiviti pengukhan iaitu dengan mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota.

Tempat hendaklah sesuai agar dapat dilihat oleh semua murid Pastikan keselamatan peralatan yang hendak digunakan Maklumkan tujuan demonstrasi diadakan dan pastikan murid beri tumpuan agar tidaak berlaku kesilapan nanti.

Jenis-jenis tunjuk cara


1. Model hidup - model sebenar digunakan dalam demonstrasi. - contoh: - tingkah laku guru yang baik. - demonstrasi guru dalam pelbagai mata pelajaran. - demonstrasi murid dalam kemahiran peralatan muzik contohnya.

2. Model simbolik - tunjuk cara dilakukan berdasarkan langkahlangkah secara bertulis, bergambar atau arahan guru. - contoh: - semasa pelajaran sains, murid-murid melakukan suatu ujikaji berdasarkan langkah gambar rajah.

3. Model persepsi - pengggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi. contoh: - menunjuk cara yang betul menggerakkan tangan semasa berlari 100m. Tayangan video ditunjuk secara pelahan-pelahan.

Penyelesaian Masalah
Konsep dan ciri-ciri masalah - aktiviti-aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaan kemahiran matematik dalam situasi sebenar.

- Lester 1970-an seorang ahli matematik mendefinisikan masalah merupakan sesuatu situasi apabila seseorang individu atau kumpulan dikehendaki melaksanakan kerja penyelesaiannya. Mereka hendaklah menentukan strategi dan kaedah penyelesaian masalah terlebih dahulu sebelum melaksanakan kerja penyelesaian. Strategi penyelesaian haruslah melibatkan pelaksanaan set aktiviti yang boleh beri penyelesaian masalah.

Jenis-jenis Penyelesaian Masalah


Antara jenis-jenis penyelesaian masalah ialah; -kaedah penyelesaian masalah sendiri -kaedah ingkuiri -kaedah dapatan -sumbangsaran -Teknik TOC

Kaedah penyelesaian masalah


Murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang telah mereka pelajari serta proses pemikiran penyelesaian masalah. Guru membimbing mereka mengenal pasti masalah dan memilih strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.

Prinsip penggunaan kaedah penyelesaian masalah


Soalan masalah harus diberi setelah murid memperoleh ilmu pengetahuan atau menguasai kemahiran tertentu. Soalan bermasalah dibina berdasarkan kebolehan dan pengetahuan lepas murid. Sebelum proses penyelesaian masalah, guru membimbing memahami dan mengenal pasti masalah. Berbincang dengan mrid cara yang boleh digunakan mereka dalam menyelesaikan masalah. Elak memberi tunjuk cara atau petua tentang cara penyelesaian masalah. Guru boleh memberi bimbingan sahaja.

Langkah-langkah pengajaran dengan Kaedah Penyelesaian Masalah


Model Dewey - melibatkan lima peringkat iaitu
1 Mengenal pasti masalah 2 Mencari maklumat berkaitan 3 Membentuk hipotesis 4 Menguji hipotesis 5 Menilai dan membuat rumusan

Model Polya - Dibina oleh George Polya ( 1957 ). - Penyelesaian masalah boleh dilakukan dalam empat peringkat. a. Peringkat memahami soalan bermasalah. - murid dibimbing untuk mengenal pasti masalah. b. Peringkat merancang strategi. - murid dibimbing untuk merancang strategi penyelesaian. Contonnya memilih operasi yang sesuai. c. Peringkat melaksanakan strategi. - murid menghuraikan langkah-langkah penyelesaiannya secara sistematik untuk mendapat jawapan. d. Peringkat menyemak jawapan melalui proses penyelesaian yang lain. - murid menyemak jawapan dengan cara yang lain.

Model Lester - Lester ( 1978 ) menyarankan enam peringkat penyelesaian masalah iaitu a. kesedaran masalah. b. kefahaman masalah. c. analisis objektif soalan bermasalah. d. perancangan strategi penyelesaian. e. pelaksanaan strategi penyelesaian. f. prosedur dan penilaian penyelesaian.

Teknik TOC ( Theory of Constraints ).


-dignakan untuk membantu murid menyelesaikan masalah, samada ciri peribadi atau akademik. -menggunakan kemahiran berfikir dan komunikasi secara sistematik, logikal, tepat dan mudah dalam proses penyelesaian masalah.

Langkah-langkah penyelesaian masalah melalui TOC


a. Kesedaran dan mengenal pasti situasi bermasalah.
- penyataan masalah - menentukan apa yang perlu diselesai - menentukan objektif penyelesaian. b. Mengenal pasti kaedah penyelesaian masalah: menentukaka apa perubahan yang berlaku. c. Pelaksanaan kaedah penyelesaian masalah: mengendalikan proses perubahan.

3 teknik penyelesaian masalah melalui TOC


a. Teknik awan -digunakan untuk menyelesaikan masalah konflik, atau memikir tentang sesuatu keadaan, situasi, idea, dan sebagainya. contoh: teknik main peranan, perbincngan, sumbangsaran dan pemudah caraan. Teknik sebab dan akibat -digunakan untuk membimbing murid memikir tentang akibat sesuatu idea, tingkahlaku, kejadian, dan sebagainya. -boleh digunakan untuk membimbing murid membuat keputusan selepas memberi pertimbangan tentang akibat dari sesuatu masalah yang timbul. Teknik mencita-citakan kejayaan -dignakan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan cabaran. -memerlukan teknik merancang secara kolaboratif dan sistematik, serta kemahiran berfikir secara sistematik dan logikal. -banyak melibatkan teknik pemudahcara dan kolaborasi.

b.

c.

You might also like