You are on page 1of 2

Perkumuhan Proses penyingkiran bahan buangan yang berlebihan dalam badan manusia.

Tujuan Perkumuhan 1) Menyingkirkan sisa toksik dan beracun 2) Menyejukkan badan dan membantu mengekalkan suhu badan 3) Mengawal pH badan 4) Mengekalkan keseimbangan kimia dan air 5) Menyingkirkan bahan-bahan berlebihan

pic

SISTEM URINARI MANUSIA 1. Sistem yang terdiri daripada ginjal (buah pinggang), ureter, pundi kencing dan uretra 2. Berfungsi untuk menyingkirkan urin yang mengandungi bahan kumuh yang tidakdiperlukan badan. Pic ORGAN DAN FUNGSI 1. Ginjal - Menapis darah dan menghasilkan urin 2. Ureter - Mengangkut urin dari ginjal ke pundi kencing 3. Pundi Kencing - Menyimpan urin buat sementara waktu 4. Urethra - Membawa urin keluar dari pundi kencing untuk penyingkiran

FUNGSI LAIN GINJAL 1. Menyingkirkan bahan buangan bernitrogen dengan lebihan air dan garam mineral dalam bentuk urin 2. Mengawal atur keseimbangan air dan kimia serta kandungan garam dalam badan 3. Mengekalkan pH darah dan keseimbangan asid-bes dalam badan 4. Menghasilkan hormon

KEPENTINGAN MENGEKALKAN KESIHATAN GINJAL 1. Minum 8 gelas air setiap hari 2. Amalkan pemakanan seimbang 3. Kurangkan pengambilan gula dan garam

Perkumuhan Dalam Tumbuhan Perkumuhan adalah proses membuang bahan yang berlebihan dan tidak diperlukan oleh badan. Kebiasaannya seperti yang kita fahami hanya manusia dan haiwan sahaja yang berkumuh. Tetapi hakikatnya, tumbuhan juga berkumuh dengan caranya tersendiri.

Tumbuhan berkumuh melalui proses fotosintesis di mana oksigen yang berlebihan akan dibebaskan sebagai bahan buangan. Manakala melalui proses transpirasi pula, air yang berlebihan akan disingkirkan. Sebahagian bahan buangan pula akan disimpan dalam daun sehingga daun tersebut gugur.

PIC

Selain daripada itu, sintesis kimia yang berlaku dalam tumbuhan pula dapat menghasilkan bahan buangan yang lebih kompleks seperti lateks (susu getah) dan juga kafein. Walaubagaimanapun, bahan buangan kompleks ini ada yang bermanfaat kepada manusia dan ada juga yang boleh membahayakan manusia.

Bahan Buangan Kompleks Yang Berguna


Lateks - digunakan untuk membuat tayar dan sarung tangan Tannin - digunakan dalam pembuatan dakwat Resin - digunakan dalam pembuatan varnis dan cat Minyak - digunakan dalam pembuatan minyak wangi Kuinina - digunakan untuk merawat malaria

Bahan Buangan Kompleks Yang Berbahaya


Nikotina - boleh menyebabkan kanser peparu Kokaina - boleh menyebabkan ketagihan Morfina - boleh melambatkan tindakbalas badan Kafein - boleh menyebabkan insomnia

You might also like