You are on page 1of 2

Riwayat hidup Abu Hamid al-Ghazali

Abu Hamid al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah di desa Ghazalah, di pinggir kota Tus, yang terletak pada hari ini di bahagian timur laut negara Iran, berdekatan dengan kota Mashhad, ibu kota wilayah Khorasan. Keluarga Ab mid al-Ghazl kuat beragama. Ayahnya bekerja menenun kain dari bulu biri-biri. Hasil tenunan kainnya itu dibawa dari desa Ghazlah ke kota s untuk dijual di sana. Walaupun si ayah adalah seorang lelaki yang miskin, dia juga merupakan seorang yang jujur dan baik hati. Dia suka bergaul dengan al-'ulam' dan juga para sufi sambil memetik ilmu-ilmu agama, serta berbakti dan berkhidmat kepada mereka. Kerana selalu mendampingi orang-orang yang berilmu dan sering pula mendengar uraian-uraian daripada mereka, si ayah telah merasa kesan positifnya, lalu berdoa agar dia dikurniakan seorang anak yang cerdik, berilmu dan juga li. Doanya itu telah diperkenankan Lahirlah anaknya yang telah diberikan nama Muammad. Pada hari tuanya, Muammad ini telah menjadi bukan sahaja seorang li, malah telah menjadi seorang guru pula kepada golongan a-lin di zamannya, dan telah dikenali umum sebagai al-Imm Ab mid al-Ghazl. Ayah Ab mid al-Ghazl telah meninggal dunia ketika Ab mid alGhazl berumur lebih kurang enam tahun. Setelah ayahnya meninggal dunia, beliau dan adik lelakinya yang bernama Amad, telah hidup di bawah asuhan seorang sahabat ayah mereka, seorang mutaawwif. Si ayah ada mewasiatkan sedikit wang dengan sahabatnya itu bagi membiayai kehidupan kedua-dua orang anaknya itu. Mereka pun mula belajar membaca dan menulis daripada sahabat ayah mereka itu. Tetapi, setelah beberapa waktu berlalu, wang belanja itu telah habis. Maka pada suatu hari, berkatalah si sahabat ayah mereka itu kepada mereka: "Ketahuilah, telah aku belanjakan segala wang yang telah diwariskan untuk engkau berdua. Dan aku ini seorang lelaki yang miskin dan sering berada di dalam kesempitan. Oleh itu, aku nasihatkan engkau berdua supaya pergi ke s dan belajar di madrasah di sana.

Engkau berdua boleh menuntut ilmu pengetahuan di sana, yang dapat mendatangkan kesenangan kepada engkau berdua dan menghasilkan pangkat yang tinggi". Madrasah yang dimaksudkan itu ialah sebuah institusi pelajaran yang diberikan nama al-Madrasah an-Nimiyyah. Ia telah diasaskan oleh Nim al-Mulk, perdana menteri kepada as-Suln Alp Arsln (yang berketurunan Seljuq). Al-Madrasah an-Nimiyyah juga turut membiayai makanan, pakaian, dan juga kitab-kitab kegunaan para pelajarnya. Nim al-Mulk adalah seorang lelaki yang gemar kepada ilmu pengetahuan dan gemar pula bergaul dengan para cerdik pandai. Dia juga telah mendirikan beberapa madrasah, yang secara umumnya, dipanggil al-Madrasah an-Nimiyyah, di beberapa tempat lain di dalam empayar Kerajaan Ban al-Abbs (ad-Daulah al-Abbsiyyah) ketika itu, seperti di Baghdd, al-Barah, Mosul (Mauil), Isfahan, Nsybr, Merv, Balkh dan Herat.

You might also like