You are on page 1of 28

PENDIDIKAN LUAR : ABSEILING / MENAKIK TURUN

AHMAD AZHAN BIN MOHAMED @ ADAM MOHD NAZRI BIN KALAM NAJMI HANIF BIN AHMAD SHUBRI TAUFIQ BIN IBRAHIM NUR FARAHIYA BINTI MUSTAFA KAMIL NURUL NAJWA BINTI SHOKRI PANNUPEIRIYAA A/P RAJAGOBAL

SEJARAH
Berasal daripada Jerman dengan istilah abseilen. Pelbagai istilah digunakan : AS rappeling Britain abbing Australia snaplling Bermula daripada aktiviti mendaki gunung. Kaedah paling pantas dan selamat untuk turun.

MATLAMAT
Asasnya, sebagai teknik menyelamat bagi pasukan penyelamat. Kini, ia lebih dikenali sebagai satu sukan rekreasi. bertujuan untuk menguji keberanian dan menambah keyakinan diri.

PERALATAN
Tali Carabiner Kasut Topi keselamatan Descenduer Sarung tangan Abah-abah Sling Pelindung lutut

TALI
Peralatan asas penentu keselamatan pendaki. Jenis dinamik, bersifat anjal, berupaya menyerap beban pendaki. Biasanya tali kernmantle digunakan.

TOPI KESELAMATAN
Peralatan wajib ketika abseiling. 2 jenis : standard atau ringan Standard : daripada gentian kaca, dalamnya dialas dengan foam, kuat, kukuh tetapi berat. Ringan : daripada palstik atau gentian karbon, dalamnya dialas dengan foam, ringan, selesa tetapi kurang kukuh.

ABAH - ABAH
Jenis yang biasa digunakan ialah abah abah duduk (seat harness). Cara pemakaian : sarung dan ikat pada pinggang dan paha. Diperbuat daripada gentian nilon. Mampu tanggung beban sehingga 2 tan.

CARABINER
Gajet berbentuk D. Penyambung pada abah-abah dan tali. Diperbuat daripada besi atau logam (aluminium atau karbon). Biasanya, carabiner screwgate digunakan kerana mempunyai bahagian tepi yang dapat diputar sebagai pengunci. Carabiner yang jatuh perlu dielakkan penggunaannya.

DESCENDUER
Alat yang disambung pada tali bagi mengawal pergerakan dan keadaan tali. Elak tali berpintal semasa abseiling. Berbentuk angka lapan.

SLING
Tali gentian nilon. Pengikat atau penyambung abah-abah. Berbentuk bulat. Berukuran 220 240 cm. Mampu tmpung beban sehingga 2.5 tan. Bantu pendaki sambung tali atau carabiner pada bahagian lain.

KASUT
Mempunyai ciri-ciri keselamatan tertentu. Kanvas memudahkan pergerakan, selesa dan tapak yang kuat untuk cengkaman.

SARUNG TANGAN
Elak tangan cedra semasa memegang tali. Diperbuat daripada kulit.

PELINDUNG LUTUT
Diperbuat daripada plastik. Melindungi lutut daripada objek tajam, luka jika tergelincir atau terhantuk ke batu.

IKATAN
IKATAN MANUK
Digunakan sebagai penambat Diikat pada tiang atau pokok Tidak mudah terlerai dan sangat kuat

IKATAN ANGKA LAPAN


Ikatan asas mengikat sesuatu peralatan Mudah dibuat Biasanya digunakan untuk mengikat carabiner

IKATAN ANGKA LAPAN BERGANDA


Ikatan asas membuat jerutan Menyambung tali ke carabiner Berasal daripada ikatan angka lapan Menggunakan dua utas tali untuk jerutan

IKATAN ANGKA LAPAN BERSULAM


Sambungan daripada ikatan angka lapan Menyambungkan tali kepada abah-abah dan penambat Kuat dan tidak mudah terbuka Menggunakan seutas tali sahaja

IKATAN NELAYAN
Ikatan paling selamat untuk menyambungkan dua utas tali Sambung bertujuan untuk memanjangkan tali

IKATAN PRUSSIK
Ikatan yang menyambungkan sling ke penambat atau tiang (anchor) Untuk disambungkan kepada bebanan

TEKNIK ABSEILING
Langkah 1 Berdiri di tebing Sebelum melakukan abseiling, pendaki memberi isyarat kepada penjaga tali keselamatan yang berada di bawah bahawa pendaki sudah bersedia untuk turun Bergerak ke tebing dengan perlahan-lahan dengan membelakangkan tebing Tangan kanan memegang tali untuk memandu arahnya Tangan kiri bertindak mengawal pelapasan tali

Sambungan
Langkah 2- Menapak di dinding tembok Menurun sambil memegang tali Kedua-dua kaki diletakkan di dinding tembok Kedudukan badan pendaki bersudut 70darjah dari aras tembok Kedua-dua kaki menolak dinding tembok dalam keadaan lutut menegak

Sambungan
Langkah 3 Mengawal pelepasan tali Tangan kiri pendaki mengawal pelepasan tali Tali dilepaskan sedikit demi sedikit supaya penurunan dalam keadaan terkawal Pendaki perlu mahir mengawal kelajuan penurunan

Sambungan
Langkah 4 Mengawal penurunan Dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki Memastikan kaki sentiasa memijak tembok semasa penurunan

VARIASI DALAM TEKNIK ABSEILING


Teknik Mengundur Teknik paling umum khususnya bagi pendaki yang kali pertama membuat aktiviti abseiling Dianggap paling selamat kerana pendaki yang mengawal kadar penurunan

Sambungan
Teknik Berjalan Ke Bawah Teknik yang berlawanan dengan teknik mengundur Pendaki akan menghadapkan muka dan badan ke arah penurunan dan mempunyai risiko yang amat tinggi

Sambungan
Teknik Kepala Dahulu Merupakan teknik paling berbahaya dalam abseiling Biasanya dilakukan oleh orang yang mahir dan benar-benar terlatih Pendaki menghadap kebawah dengan kepala dahulu

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Melakukan abseiling bersama-sama rakan Peralatan dalam keadaan baik dan selamat Ikatan tali yang dibuat mestilah betul dan kukuh Pemilihan penambat yang baik Pakaian dan kasut yang sesuai Elakkan dari memakai sebarang barang kemas Rambut yang panjang mestilah diikat Hanya tali yang panjang dan mencecah permukaan tanah digunakan Penggunaan tali keselamatan Cuaca yang baik

PERSEDIAAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Taklimat Menyediakan dan memeriksa alatan Cara pemakaian peralatan Mencari lokasi yang sesuai Memasang penambat abseiling Melakukan regangan Bersedia melakukan abseiling Mendarat

You might also like