You are on page 1of 9

PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 3 MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH

2014

PERNYATAAN PROFESIONAL

A) APA YANG AKAN DILAKSANAKAN SEMASA PRAKTIKUM Fokus tugasan/matlamat : Bagi memastikan praktikum kali ini berjalan dengan lancar dan jayanya, saya telah menetapkan beberapa fokus dan matlamat yang ingin saya capai sebelum menjalani latihan praktikum fasa ketiga ini. Antaranya ialah : Meningkatkan minat dan motivasi dalam mempelajari subjek Kemahiran

Hidup dan Bahasa Melayu. Mengaplikasikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang dipelajari

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Mengggunaan unsur token bagi menaikkan motivasi dan minat murid

supaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) setiap hari, sentiasa

bersedia diberi tugas oleh pihak sekolah, menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan diri di setiap perjumpaan guru-guru selain perlu menyiapkan semua tugasan praktikum yang telah disenaraikan untuk memenuhkan portfolio yang perlu ada bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum ini. Menjalin hubungan baik bersama semua warga sekolah termasuk murid,

guru, staf sekolah, tukang kebun mahupun pekerja kantin.

PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 3 MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH

2014

STRATEGI PELAKSANAAN Bagi menjayakan fokus dan matlamat yang telah ditetapkan, saya telah menetapkan beberapa kaedah :

1. Meningkatkan minat dan motivasi murid Penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang

bersesuaian dengan tajuk. Saya akan menghasilkan bahan sumber yang sesuai, menarik serta fleksibel kepada murid-murid. Penggunaan bahan sumber yang menarik akan dapat meningkatkan motivasi dan minat murid terhadap sesi pengajaran guru. Ini juga akan menjadikan murid lebih aktif dalam kelas. Token SOTONG BERJANGGUT Saya akan melaksanakan satu jenis token. Token tersebut ialah token individu. Ini bagi membolehkan saya menilai prestasi murid yang terbaik dan individu yang sentiasa mengamalkan tingkah laku yang baik semasa di dalam kelas. Token ini juga memudahkan saya untuk memberi ganjaran kepada individu terbaik. Aktiviti permainan Saya juga akan melaksanakan aktiviti permainan. Aktiviti ini saya akan pelbagaikan mengikut kesesuaian tajuk. Antara aktiviti permainan yang akan saya laksanakan ialah permainan dadu interaktif, jom menang, penggunaan plastisin dan macam-macam lagi. Aktiviti ini akan diadakan secara berkumpulan.

PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 3 MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH

2014

2. Pengaplikasian Pendekatan, Kaedah,Strategi dan Teknik yang sesuai Pemilihan pendekatan, kaedah,strategi dan teknik yang sesuai akan menjadikan sesi pengajaran lebih berkesan. Saya akan cuba

mengaplikasikan teori behaviorisme dalam bilik darjah.

3. Peneguhan positif bagi meningkatkan motivasi murid untuk menyiapkan tugasan Ganjaran akan diberikan kepada murid yang sentiasa menyiapkan tugasan serta penulisan yang cantik serta kemas

4. Menjalin hubungan baik bersama semua warga sekolah termasuk murid, guru, staf sekolah, tukang kebun mahupun pekerja kantin. Saya akan cuba mewujudkan hubungan rapo yang baik antara setiap warga di sekolah ini dengan sentiasa menegur sapa antara satu sama lain, cuba berdamping dengan bertanyakan pendapat mengenai sebarang masalah yang dihadapai, meminta berkongsi pengalaman yang mereka miliki untuk mendidik saya menjadi insan yang berguna dan sebagai seorang guru serta akhir sekali sentiasa meringankan tulang jika pihak sekolah memerlukan sebarang pertolongan yang dikehendaki.

PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 3 MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH

2014

B) APA YANG DIALAMI DAN DILAKSANAKAN SEPANJANG PRAKTIKUM Saya telah melaksanakan beberapa kaedah yang telah dicadangkan bagi

merealisasikan fokus dan matlamat yang telah digarap. 1. Meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap subjek Kemahiran Hidup

Saya telah menggunakan pelbagai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat mereka untuk terus fokus kepada sesi pengajaran saya disamping bertindak sebagai alat penilaian formatif bersifat diagnostik untuk menilai prestasi murid. Antaranya ialah penggunaan bahan bantu mengajar yang saya namakan

sebagai SOTONG BERJANGGUT.

Sotong berjanggut ini telah digunakan dalam subjek Kemahiran Hidup kerana ianya fleksibel iaitu saya dapat menilai murid secara menyeluruh berdasarkan ransangan yang mereka tonjolkan dan alat BBM ini adalah ringan untuk saya membawanya ke setiap kelas pengajaran saya.

PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 3 MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH

2014

2. Mengaplikasikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Setiap kali merancang pengajaran, saya telah memilih pendekatan,

kaedah,strategi dan teknik yang sesuai untuk menjadikan sesi pengajaran lebih berkesan. Saya akan cuba mengaplikasikan teori behaviorisme, kontekstual dan masteri dalam bilik darjah. Saya telah mengurangkan sikap tegas saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, suasana tegang boleh timbul ketika proses pengajaran dan pembelajaran apabila murid dikehendaki mendengar arahan yang diberi oleh guru sahaja sedangkan guru tidak pernah mempedulikan apa yang diingini oleh murid. Penyelesaiannya, saya meluangkan masa bagi murid saya menyatakan kemahuan mereka pada penghujung proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, jika murid tahun dua mahu bermain bola sepak semasa kelas Pendidikan Jasmani, saya akan peruntukkan masa sekitar lima ke sepuluh minit pada penghujung proses pengajaran dan pengajaran untuk mereka bermain bola sepak dan untuk subjek Kemahiran Hidup, saya menekankan kepelbagaian aktiviti berkumpulan supaya mereka tidak merasa bosan dan sentiasa bersaing untuk menjadi yang terbaik di dalam kelas.

3. Mengggunakan unsur token bagi menaikkan motivasi dan minat murid supaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya telah melaksanakan satu jenis token. Token tersebut ialah token untuk individu iaitu penilaian secara formatif bersifat diagnostik. Murid akan diberikan satu token sekiranya mereka berjaya memberikan respon yang positif terhadap soalan saya dan mereka akan menampal token tersebut di janggut sotong yang saya sediakan. Ini bagi membolehkan saya menilai prestasi pelajar yang terbaik dan individu yang sentiasa mengamalkan tingkah laku yang baik semasa di dalam kelas. Ini juga akan menjadikan murid lebih aktif dalam kelas. Hasil daripada perubahan yang dilakukan

PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 3 MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH

2014

oleh saya ini, saya dapati murid lebih patuh akan arahan yang telah diberikan oleh saya. Malah, saya juga boleh menggunakan alasan ini untuk mereka. Contohnya ketika murid tidak mendengar arahan, saya akan menegaskan bahawa saya tidak akan membenarkan mereka bermain permainan kegemaran mereka jika tidak memberikan kerjasama sepanjang proses pengajaran berlaku dan akan mengurangkan token markah yang telah saya berikan di alat penilaian SOTONG BERJANGGUT yang saya telah bina.

4. Melaksanakan tugas sebagai guru praktikal dengan sepenuh ikhlas Saya telah berusaha menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) setiap hari, sentiasa bersedia diberi tugas oleh pihak sekolah, menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan diri disetiap perjumpaan guru-guru selain perlu menyiapkan semua tugasan praktikum yang telah disenaraikan untuk

memenuhkan Port-Folio yang perlu ada bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum ini.

5. Menjalin hubungan baik bersama semua warga sekolah termasuk murid, guru, staf sekolah, tukang kebun mahupun pekerja kantin Saya telah cuba mewujudkan hubungan rapo yang baik antara setiap warga di sekolah ini dengan sentiasa menegur sapa antara satu sama lain, cuba berdamping dengan bertanyakan pendapat mengenai sebarang masalah yang dihadapi, meminta berkongsi pengalaman yang mereka miliki untuk mendidik saya menjadi insan yang berguna dan sebagai seorang guru serta akhir sekali sentiasa meringankan tulang jika pihak sekolah memerlukan sebarang pertolongan yang dikehendaki. Selain daripada isu yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya juga menekankan mengenai isu aktiviti luar bilik darjah seperti program yang dianjurkan oleh pihak sekolah diluar waktu persekolahan. Sepanjang berada di sekolah ini, saya terlibat

PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 3 MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH

2014

dalam beberapa aktiviti seperti majlis khatam al-Quran, jamuan hari raya dan sambutan hari kemerdekaan. Apa yang saya perhatikan, aktiviti seperti ini dapat mengurangkan jurang antara guru praktikum dan guru tetap di sekolah ini di samping dapat merapatkan hubungan saya dengan warga sekolah. Contohnya, ketika waktu

persekolahan semua guru sibuk dengan kelas masing-masing sehingga tidak sempat untuk berbual dan berkenalan secara lebih rapat. Namun, keadaan itu dapat diperbetulkan semasa program ini dilaksanakan contohnya dimana kami bersama-sama berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat untuk melancarkan program yang dijalankan dan saling menceritakan pengalaman menempuhi alam perguruan. Keadaan itu membuatkan hungan antara saya dengan warga sekolah bertambah erat. Oleh yang demikian, saya berharap saya akan menggunakan baki beberapa minggu praktikum ini untuk lebih mendekati murid, staf sekolah mahupun tukang kebun dan pekerja kantin supaya saya akan diingati dalam hati mereka sebagai seorang guru praktikum yang berjaya menarik minat mereka untuk belajar dan menjadi orang yang berjaya kepada anak bangsa, agama dan negara.

PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 3 MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH

2014

C) APA YANG TELAH DICAPAI SEPANJANG PRAKTIKUM Setelah menilai kembali hasil daripada fokus dan matlamat yang telah ditetapkan sebelum praktikum fasa yang kedua bermula, terdapat beberapa hasil yang telah saya capai. 1. Meningkatkan minat dan motivasi murid dalam mempelajari subjek Kemahiran Hidup dan Pendidikan Jasmani Berdasarkan pemerhatian dan tindakbalas pelajar tehadap aktiviti yang saya jalankan, murid-murid terlibat aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran juga berjaya menarik minat murid untuk terus fokus. Fokus yang telah saya tetapkan iaitu penggunaan bahan sumber yang menarik, aktiviti permaina serta sistem token SOTONG BERJANGGUT menjadikan murid lebih bermotivasi untuk belajar. Penggunaan aktiviiti permainan, dapat menghilangkan kebosanan murid yang sebelum ini banyak tertumpu kepada kaedah chalk and talk. 2. Mengaplikasikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya telah melaksanakan peneguhan positif dan negatif kepada murid. Pemberian token akan diberikan kepada murid yang mengamalkan tingkah laku yang baik di dalam bilik darjah. Penarikan semula token juga dijalankan sekiranya murid tidak mendengar arahan guru.

PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 3 MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH

2014

Saya telah banyak mengaplikasikan teori konstruktivisme sepanjang menjalani latihan praktikum seperti peneguhan, teori modeling Albert Bandura dan sebagainya. Kesimpulannya, saya telah berjaya mencapai fokus yang telah saya tetapkan pada permulaan praktikum. Saya juga telah banyak mendapat input serta bimbingan yang berterusan daripada pensyarah dan guru pembimbing dalam memperbaiki diri untuk menjadi guru yang berkualiti.

You might also like