Professional Documents
Culture Documents
Edisi Kedua
DISEMBER 2001
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini, tidak dibenarkan diterbit semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Paras 7, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50604 Kuala Lumpur.
Dicetak oleh : CETAKRAPI sdn. bhd. No. 22, Jln. Sri Ehsan 1, Taman Sri Ehsan, Kepong 52000 Kuala Lumpur
PENGENALAN
Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama. Bagi memastikan program ini dapat difahami dan berjalan dengan lancar, Kit Program Transisi ini telah dibina sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat untuk menjalankan aktiviti Program Transisi ini secara lebih bersistematik dan seragam di seluruh negara. Untuk itu, sasaran utama penggunaan kit ini bertumpu kepada personalia yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program iaitu pihak Pengurusan Sekolah, Guru Prasekolah, Guru Tahun Satu dan Ibu Bapa muridmurid Tahun Satu.
Fokus utama dalam pengisian Kit Program Transisi ini ialah pemetaan program melalui persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh personalia yang terlibat dalam pelaksanaan program. Selain dari itu kit ini juga turut memberi tumpuan kepada Jadual Perancangan Strategik Program yang melibatkan perancangan program yang berterusan sama ada di peringkat negeri atau sekolah di samping Penilaian Keberkesanan Program yang berterusan.
(i)
Dari segi perancangan aktiviti, strategi yang digunakan dalam kit ini ialah melalui perancangan sebelum , semasa dan selepas program. Setiap aktiviti yang dirancang itu pula dilihat dari segi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh setiap personalia yang terlibat. Bagi Pihak Pengurusan Sekolah yang terdiri dari Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru-Guru Kanan perlulah melihat pelaksanaan program ini secara menyeluruh dengan menyediakan guru-guru yang sesuai di samping pendedahan dan latihan yang diperlukan, penyediaan perancangan aktiviti yang kemas dan berterusan sepanjang tempoh program berjalan, penyediaan kelas dan persekitaran yang sesuai, memberi taklimat kepada pihak ibu bapa dan membuat pemantauan serta penilaian program yang berterusan. Bagi guru-guru prasekolah pula, mereka perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti yang mampu untuk menyediakan kanak-kanak prasekolah dari aspek fizikal, mental, sosial dan emosi sebelum kanak-kanak itu masuk ke Tahun Satu di sekolah rendah. Sementara itu bagi Guru-guru Tahun Satu, persediaan yang perlu mereka lakukan termasuklah aktiviti-aktiviti untuk menerima murid Tahun Satu, aktiviti minggu orientasi , penyediaan kelas dan persekitaran yang sesuai agar terdapat kesinambungan budaya dan aktiviti pembelajaran antara Prasekolah dan Tahun Satu. Guru-guru Tahun Satu juga perlu mengenal pasti potensi dan masalah perkembangan murid di samping merancang aktiviti dan membuat penilaian yang berterusan di sepanjang Program Transisi ini berjalan. Kit ini juga turut memberi panduan kepada ibu bapa untuk membantu keberkesanan program. Antara persediaan yang boleh dilakukan oleh mereka ialah melalui persediaan fizikal dan emosi anak-anak seperti penyediaan peralatan dan kelengkapan sekolah yang mencukupi, membawa anak-anak melihat suasana persekitaran sekolah sebelum hari pertama persekolahan, sokongan moral melalui kata-kata perangsang dan nasihat di samping mendapatkan gambaran dan taklimat dari pihak pengurusan sekolah. Untuk melihat keberkesanan program yang dijalankan, kit ini juga menyediakan contoh borang penilaian keberkesanan program secara menyeluruh. Penilaian keberkesanan program ini boleh dijalankan sebanyak dua kali iaitu sekali selepas tamat minggu orientasi dan kali kedua pada bulan Mac iaitu selepas tamat Program Transisi dijalankan secara keseluruhannya.
(ii)
Minda Cerdas
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas. Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari prasekolah.
Mata Bercahaya
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru. Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.
(iii)
(iv)
Tahap Pertama : Persediaan Awal Tahap Kedua : Minggu Orientasi Tahap Ketiga : Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Tema Program Transisi Minggu Pertama Minggu Kedua Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga Minggu Pertama Minggu Kedua Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga
D U A M I N G G U
Tahap Kedua
ORIENTASI AWAL Prinsip : Memperluaskan pengalaman Prasekolah Pengenalan ke sekolah baru dan jangkaan guru serta sekolah KESEPADUAN Penyesuaian dan fokus ke arah KBSR
T I G A
B U L A N
TAHAP KETIGA Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran ( Minggu Ketiga Bulan Januari hingga Mac )
Selepas minggu orientasi selama dua minggu, diharapkan murid-murid Tahun Satu sudah bersedia untuk meneruskan proses pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Dalam masa yang sama guru-guru sudah dapat mengenalpasti murid yang sudah dapat menguasai kemahiran asas motor kasar dan halus, kognitif, bahasa, estetika dan daya kreatif, keagamaan dan ketatanegaraan. Namun begitu, peluang masih diberikan kepada murid yang masih kurang berkemampuan mencapai tahap yang diharapkan melalui aktiviti yang berterusan sehinggalah tamat dalam jangkamasa tiga bulan proses transisi. Ini bermakna selepas aktiviti orientasi selama dua minggu, proses pengajaran dan pembelajaran KBSR akan diteruskan tetapi masih dalam suasana persekitaran kelas yang menarik, pembelajaran yang menyeronokkan dan terancang.
1-2
Tajuk 3
Matlamat Program Transisi 3-Bulan