You are on page 1of 38

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN MUZIK
TAHUN EMPAT

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

PENDIDIKAN MUZIK
TAHUN EMPAT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Cetakan Pertama Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya

KANDUNGAN RUKUNEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDAHULUAN MATLAMAT OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH FOKUS MATA PELAJARAN ORGANISASI KANDUNGAN v vi vii vii viii viii ix

KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT Objektif Pendidikan Muzik Tahun Empat Modul 1 : Pengalaman Muzikal Modul 2 : Penghasilan Muzik Modul 3 : Apresiasi Muzik Modul 4 : Membaca Dan Menulis Notasi Muzik Glosari 3 4 9 10 11 17

iii

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

vi

PENDAHULUAN
Kurikulum Pendidikan Muzik merupakan program

MATLAMAT
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk melahirkan insan kreatif yang berpengetahuan serta dapat menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal.

pembelajaran untuk tiga tahun persekolahan iaitu dari Tahun Empat hingga Tahun Enam di sekolah rendah (Tahap Dua). Kurikulum ini juga merupakan kesinambungan program pembelajaran Dunia Muzik (Tahun Satu hingga Tahun Tiga) dengan memberi tumpuan kepada

perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik. Murid diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. Pada tahap ini juga, murid berpeluang untuk mempelajari pembacaan dan penulisan notasi muzik secara konvensional seterusnya mempraktikkan kemahiran

tersebut menerusi permainan alat muzik.

Bagi mencapai

tujuan yang dihasratkan, kurikulum ini dibina dengan memberi tumpuan kepada empat modul kurikulum iaitu

Pengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik serta Membaca dan Menulis Notasi Muzik.

vii

OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH


Kurikulum Muzik sekolah rendah bertujuan untuk

FOKUS MATA PELAJARAN


Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah dibina

membolehkan murid mencapai objektif berikut;

berasaskan EMPAT modul kurikulum dengan peratus pengagihan kandungan seperti berikut;

i.

mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik, Modul Pengalaman Muzikal (60%)

ii.

mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal,

Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik. Murid

berpeluang untuk memainkan rekorder sebagai alat muzik iii. menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik, Modul Penghasilan Muzik (20%) iv. membaca dan menulis notasi muzik, Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang v. menghargai pelbagai jenis muzik dengan dialami semasa pengajaran dan pembelajaran. berpic.

menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya muzik yang didengar; dan

vi. viii

mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

Modul Apresiasi Muzik (10%)

ORGANISASI KANDUNGAN
Dokumen ini disusun berasaskan tiga modul kurikulum berikut: i. ii. Pengalaman Muzikal Penghasilan Muzik Apresiasi Muzik Membaca dan Menulis Notasi Muzik

Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya.

Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik (10%)

Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi muzik dalam permainan alat muzik.

iii. iv.

Susunan modul kurikulum ini tidak mengikut hierarki tetap. Susunan ini bertujuan memudahkan kandungan kurikulum diorganisasikan. Setiap modul kurikulum dinyatakan dalam dua lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid. Lajur Standard Pembelajaran menunjukkan kemahiran yang perlu dikuasai murid bagi satu tahun persekolahan.

ix

PENTAKSIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai keberkesanannya melalui aktiviti pentaksiran. Pencapaian pelajar ditaksir untuk mengetahui kadar penerimaan dan penguasaan ilmu

sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran dalam konteks ini boleh dijalankan dihujung pengajaran. Oleh yang demikian guru hendaklah merancang aktiviti penilaian dengan teliti bagi memastikan pentaksiran yang relevan dan menepati tujuan.

pengetahuan dan kemahiran muzik yang diajar. Perkara ini memerlukan aktiviti pentaksiran yang dilakukan semasa atau di penghujung aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Petunjuk pencapaian pelajar haruslah dengan eviden yang dapat menyatakan tahap pencapaian pelajar dengan jelas dan memberi guru landasan yang kukuh untuk melanjutkan aktiviti pembelajaran pada tahap yang lebih tinggi.

Contoh

pentaksiran

yang

boleh

dijalankan

semasa

pengajaran dan pembelajaran ialah, pentaksiran untuk menilai keupayaan murid memahami konsep tempo cepat dan lambat atau pic tinggi dan rendah. Guru boleh mentaksir menerusi pemerhatian semasa murid membuat aktiviti pergerakan mengikut muzik. Dalam situasi yang memerlukan murid mengingat kembali perkara yang telah mereka pelajari

KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT

OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT


Kurikulum Pendidikan Muzik Tahun Empat bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut;

i.

menyanyi lagu dengan ton suara dan ekspresi yang sesuai serta pic, sebutan dan artikulasi yang betul mengikut tempo.

ii. iii. iv. v. vi. vii.

memainkan perkusi dengan ekspresi yang sesuai berdasarkan keratan skor mengikut tempo, melakukan pergerakan berdasarkan muzik yang didengar, memainkan rekorder dengan teknik yang betul berdasarkan skor, meneroka dan menghasilkan idea muzikal menggunakan vokal dan perkusi, mengenal pasti pelbagai muzik yang didengar, menama dan menulis simbol muzik, not, tanda rehat dan meter; dan

viii. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT

MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL

Murid menyanyi lagu dengan ton suara dan ekspresi yang sesuai serta pic sebutan dan artikulasi yang betul mengikut tempo. Murid memainkan perkusi dengan ekspresi yang sesuai berdasarkan keratan skor mengikut tempo. Murid melakukan pergerakan berdasarkan muzik yang didengar. Murid memainkan rekorder dengan teknik yang betul berdasarkan keratan skor mengikut tempo.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1

Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan.

1.1.1

Menyanyi dengan pic yang betul kawalan not pendek

1.1.2

Menyanyi lagu pusingan.

1.1.3

Menyanyi solfa do, re , mi , fa , so. - menyanyi solfa dalam pelbagai corak irama

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.4

Mengaplikasi legato dan staccato dalam nyanyian.

1.1.5

Menyanyi dengan dinamik. lembut ( p ) kuat ( f ) sederhana kuat ( mf )

1.1.6

Menyanyi dengan sebutan yang betul.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.2

Memainkan perkusi secara solo atau berkumpulan daripada pelbagai repertoir.

1.2.1

Memainkan corak irama berdasarkan skor.

1.2.2

Memainkan perkusi dalam pelbagai tempo.

1.2.3

Memainkan perkusi dengan dinamik berdasarkan skor. lembut ( p ) sederhana lembut ( mp ) kuat ( f ) sederhana kuat ( mf )

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.3

Membuat pergerakan mengikut muzik.

1.3.1

Membuat pergerakan berdasarkan muzik yang didengar. - ekspresi - melodi

Cadangan aktiviti: - bergerak berdasarkan situasi, tema atau puisi

1.4

Memainkan rekorder secara ensembel.

1.4.1

Memainkan not G , A , B , D dan C dengan ton yang baik.

G -

C D , , ,

memainkan not pernafasan

penjarian not G , A , B , C dan D

perlidahan ( dengan sebutan tu) embouchure postur

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.4.2

Memainkan rekorder berdasarkan skor. memainkan frasa lagu memainkan melodi kaunter memainkan melodi

1.4.3

Memainkan rekorder mengikut tempo. cepat lambat

1.4.4

Mengaplikasikan dinamik dalam permainan rekoder lembut ( p ) kuat ( f )

MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK

Murid meneroka dan menghasilkan idea muzikal menggunakan vokal dan perkusi.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1

Menghasilkan idea muzikal kreatif.

2.1.1

Menghasilkan kesan bunyi menggunakan perkusi.

2.1.2

Mencipta corak irama mudah. -

2.1.3

Mencipta dan menyanyikan melodi mudah. - mengajuk melodi - mengimprovisasi jawapan kepada soalan melodi yang diberikan

MODUL 3 : APRESIASI MUZIK

Murid mengenal pasti pelbagai muzik yang didengar. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.1

Menghayati muzik daripada pelbagai repertoir.

3.1.1

Mengenal pasti muzik yang didengar. - Alat Muzik - Cara Persembahan

Muzik Popular Muzik Tradisional Malaysia Muzik Klasik Barat Muzik Asia

3.2

Menghayati nilai murni menerusi aktiviti muzikal

3.2.1

Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

Contoh nilai murni: - bekerjasama - bertanggungjawab

10

MODUL 4 : MEMBACA DAN MENULIS NOTASI MUZIK

Murid menama dan menulis simbol muzik, not, tanda rehat dan meter.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1

Membaca dan menulis not.

4.1.1 Menulis simbol. - baluk

- garis bar

- klef trebel

- garis penamat (double bar line)

11

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.2 Menama dan menulis not G, A, B, C, D pada baluk.

- Semibrif - Minim - Krocet - Kuaver

12

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.3 Menulis nilai not dan tanda rehat. Jenis Not semibrif minim krocet kuaver Nilai Not 4 2 1 atau Tanda Rehat

13

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.4 Menulis meter. - menulis maksud angka atas dan angka bawah bagi meter

Contoh: bermaksud : 2 detik krocet dalam 1 bar bilangan not dalam 1 bar jenis not

14

GLOSARI

15

GLOSARI KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN EMPAT

PERKATAAN

PENERANGAN

Accelerando

Beransur laju/cepat.

Alat Bertali (String Instrument )

Alat muzik yang menggunakan tali untuk menghasilkan bunyi. Contoh : gitar dan violin

Alat Tiupan (Blowing Instrument)

Alat muzik yang ditiup untuk untuk menghasilkan bunyi. Contoh: clarinet, flute dan trumpet

Crescendo

Beransur kuat.

DC (Da Capo)

Ulang dari mula.

Decrescendo

Beransur lembut.

17

PERKATAAN

PENERANGAN

Dinamik (Dynamic)

Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah yang digunakan ialah : Istilah Piano Forte MezzoPiano Mezzo Forte Simbol Makna Bunyi lembut Bunyi kuat Bunyi sederhana lembut Bunyi sederhana kuat

p f mp mf

Dron

Not yang sama dimainkan secara berulang-ulang bagi mengiringi melodi.

DS

Ulang dari tanda

Embouchure

Teknik bibir atau mulut ketika memainkan alat tiupan.

Fermata

Berhenti seketika dengan mengekalkan pic dalam nilai yang lebih daripada nilai sebenar.

18

PERKATAAN

PENERANGAN

Fine

Tamat.

Irama

Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi panjang dan pendek. Contoh irama:

Lagu Aksi (Action song)

Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan.

Lagu Berkembar (Partner Song)

Lagu yang mempunyai pergerakan kord yang sama tetapi mempunyai melodi yang berlainan dan dinyanyikan serentak. Contoh lagu: - Six Little Ducks dengan Its A Small World - Bila Abang Pulang dengan Abang Balik Kampung

19

PERKATAAN

PENERANGAN

Lagu Pusingan (Round Song)

Lagu yang dinyanyikan secara lapisan. Lagu bermula dengan satu lapisan melodi diikuti oleh lapisan melodi yang sama dinyanyikan pada tempat permulaan yang berlainan dalam lagu tersebut.

Legato

Lancar.

Melodi (Melody)

Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur. Contoh Melodi:

Melodi Bertangga

Melodi menaik atau menurun yang jeda antara not-notnya berdekatan.

Melodi Kaunter

Melodi yang mengiringi melodi utama dalam sesebuah lagu.

Melodi Melompat

Melodi menaik atau menurun yang jeda antara not-notnya berjauhan.

20

PERKATAAN

PENERANGAN

Mud (Mood)

Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih.

Muzik Asia ( Asian Music)

Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah: a. Ghazal dari Malaysia b. Gamelan Bali dari Indonesia.

Muzik Instrumental

Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumental boleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra.

(Instrumental Music)

Muzik Klasik Barat (Western Classical Music)

Muzik yang berasal dari negara Barat. Contoh: Symphony No. 5 oleh Beethoven.

Muzik Popular (Popular Music)

Muzik semasa yang dikenali ramai.

Muzik Tradisional Malaysia ( Malaysian Traditional Music)

Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia. Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit, dan dikir barat.

21

PERKATAAN

PENERANGAN

Muzik Vokal (Vocal Music)

Muzik yang mengandungi nyanyian.

Ostinato Irama

Corak irama pendek yang dimainkan berulangkali. Lazimnya ostinato irama mengiringi melodi.

Ostinato Melodi

Melodi pendek yang dimainkan berulangkali . Lazimnya untuk mengiringi melodi utama.

Perlidahan (Tonguing)

Teknik tiupan menggunakan lidah untuk mengawal penghasilan ton bagi alat-alat tiupan.

Permainan Nyanyian (Singing Games)

Permainan yang dimainkan dengan iringan lagu yang dinyanyikan oleh pemain.

Perkusi (Percussion)

Alat muzik yang dipalu, ketuk atau goncang untuk menghasilkan bunyi. Contoh: kompang, kerincing, kastenet dan tamborin

Pic (Pitch)

Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.

22

PERKATAAN

PENERANGAN

Postur (Posture)

Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat muzik.

Repertoir (Repertoire)

Koleksi lagu.

Ritardando

Beransur lambat.

Slur

Memainkan dua not yang dikait dengan lancar.

Solfa

Sistem yang digunakan dalam nyanyian untuk mengenal pasti pic tertentu.

Staccato

Tersekat-sekat.

Teknik konvensional

Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik.

23

PERKATAAN

PENERANGAN

Tekstur (Texture)

Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik. Contoh : tekstur tebal atau nipis.

Tie

Sambungan dua atau lebih not yang sama pic.

Tempo (Tempo)

Kelajuan sesuatu karya muzik. Contoh: Tempo cepat atau lambat.

Warna ton (Tone Colour)

Kualiti sesuatu bunyi. Contoh: Warna ton suara lelaki garau / kasar / keras Warna ton suara perempuan lembut / halus

24

Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk

You might also like