You are on page 1of 2

Contoh Katakan kamu sebuah kereta.Tulis riwayat hidup kamu. Rangka karangan. Pendahuluan Sebuah kereta Myvi.

-Dilahirkan di Rawang. -Dikagumi oleh penggemar kereta. Idea 1)Enjin teknologi Toyota. 3)Tuan membawa saya pulang. -Dicat sebanyak dua kali. -Bermula tugas bersama dengan tuan -Dipandu uji sebelum dipasarkan baharu. -Bersiar-siar ke tempat kerja dan ke pasar. 2)Dibawa untuk di pasarkan. -Diletakkan di kedai kereta. 4)Dibawa memecut selaju 100 kilomiter -Sudah ditempah sejak tiga bulan yang sejam. lalu. -Dipandu dalam kelajuan sederhana. -Berpuas hati dijaga dengan cermat. Penutup Tuan membeli kereta besar untuk keluarga. -Saya kurang digunakan. -Gembira dapat berbakti. Mengarang karangan berdasarkan peta minda diatas. Saya Sebuah Kereta. Saya sebuah kereta Myvi.Saya dilahirkan disebuah kilang kereta di Rawang. Kehebatan tubuh saya dikagumi oleh penggemar kereta. Tubuh saya mengandungi besi dan enjin yang dihasilkan dengan teklologi Toyota. Kemudian, saya di sembur dengan cat berwarna biru muda.Sebelum saya dipasarkan saya dipandu uji oleh pemandu yang terlatih dan berpengalaman untuk memastikan saya betul-betul menepati piawaian yang ditetapkan. Bersama-sama dengan teman yang lain, saya dibawa ke Kota Bharu dengan menggunakan lori panjang. Saya diletakkan di sebuah kedai kereta.Tanpa saya duga, rupa-rupanya diri saya telah ditempah oleh seorang pembeli sejak tiga bulan yang lalu dengan harga RM65 000.00. Setelah urusan pembelian selesai, saya dibawa pulang oleh tuan saya. Tuan saya membawa isterinya bersiar-siar dengan menggunakan saya. Sejak itu, bermulalah tugas saya membawa tuan pergi ketempat kerja dan kadangkala, saya saya dipandu oleh isteri tuan saya untuk ke pasar. Untuk menguji kelajuan saya di lebuh raya, tuan saya memecut sehingga 100 kilomiter sejam. Apabila tuan saya berpuas hati memecut, saya dipandu dalam kelajuan sederhana. Saya berpuas hati kerana dijaga dengan cermat.

Apabila tuan saya sudah mempunyai anak, dirasakan saya terlalu kecil, lalu tuan saya membeli kereta yang lebih besar. Saya kurang lagi dignakan. Saya kecewa bagaikan kaca jatuh ke batu, namun saya gembira kerana masih dapat berbakti.

You might also like