You are on page 1of 3

RUMUSAN BINA INSAN GURU (BIG) FASA 4

Pada semester empat, pengisian BIG Fasa 4 adalah Program

Perkhemahan dan

Khidmat Masyarakat di SK Nanga Stras Meradong yang melibatkan empat kumpulan pelajar PISMP Semester Empat Ambilan Januari 2011, iaitu PISMP Bahasa Melayu, PISMP Pemulihan Khas Bahasa Melayu, PISMP Pendidikan Jasmani dan PISMP Pemulihan Khas Bahasa Cina. Matlamat Program BIG ini adalah sebagai salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Pengisian BIG yang pertama, kami melaksanakan program perkhemahan yang berlangsung di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) IPG Kampus Rajang selama tiga hari dua malam. Antara perisian yang menarik adalah program khidmat sosial di mana pelajar berkunjung ke Kampung Sessang Roban untuk program anak angkat. Objektif Pada 5-7 September 2012, Program Perkhemahan BIG Fasa 4 telah dijalankan di PULAKO IPG Kampus Rajang. Sebanyak 84 pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar PISMP Semester 4. Dua orang pensyarah penyelaras BIG iaitu Cik Wong Siew Lan dan Encik Macnair Ak Kudang. Empat orang jemputan iaitu Encik Azman, Encik Adib Farhan, Ustaz Zawawi dan Encik George Berundang untuk menjayakan perisian. Selain itu, tutor kumpulan juga dijemput semasa program Khidmat Sosial iaitu Ustazah Siti Fatimah Ahmad, Encik Ismail Saliyan dan Puan Tiong Leh Ling. Semasa program perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti dan pengisian telah dijalankan. Secara ringkasnya, pada hari pertama, telah diadakan aktiviti mendirikan khemah, sesi tazkirah dan sesi moral, serta LDK 1 berkenaan EIC interpersonal. Pada hari kedua, bersamaan hari Khamis, aktiviti yang bermula dari jam 5.30 pagi dimulai dengan sesi tazkirah dan sesi moral, aktiviti senamrobik dan menaikkan bendera, dan pada jam 8 pagi kami telah bertolak ke Kampung Sessang untuk menjalankan kembara sosial. Pengisian terakhir kami pada hari tersebut adalah refleksi kembara sosial.
1

Pada hari terakhir, iaitu pada hari Jumaat, aktiviti dimulakan dengan sesi tazkirah dan moral pada jam 5.30, diteruskan dengan aktiviti senamrobik dan menaikkan bendera, kemudian diteruskan dengan aktiviti LDK 2 serta refleksi perkhemahan. Seterusnya pada jam 11 diadakan majlis penutupan dan membersihkan kawasan perkhemahan. Maka dengan itu berakhirlah program perkhemahan BIG fasa 4. Secara keseluruhannya, aktiviti ini banyak mengajar kami tentang kesabaran, kekuatan fizikal dan mental, serta mengajar kami dalam menguruskan masa dengan baik selain meningkatkan kemahiran sosial dalam komuniti sekitar terutamanya dengan rakanrakan kumpulan, para pensyarah dan dengan penduduk Kampung Sessang. Pengisian BIG yang kedua untuk Fasa 4 ini pula ialah Program Khidmat Masyarakat di SK Nanga Stras Meradong pada 20 September 2012 bersamaan hari Khamis. Cik Wong Siew Lan selaku pensyarah penyelaras BIG. Selain itu, tutor kumpulan juga hadir iaitu Ustazah Siti Fatimah Ahmad selaku tutor PISMP Bahasa Melayu dan Puan Tiong Leh Ling tutor PISMP Pemulihan Khas Bahasa Cina. Semasa program tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti dan perisian telah dijalankan mengikut agihan kumpulan masing-masing. Bagi kumpulan kami, iaitu PISMP BM mendapat tugasan untuk menjalankan program kelas tambahan untuk Tahun 4. Semasa

mengendalikan aktiviti LDK 2, pelbagai aktiviti telah kami jalankan dan kelihatan murid-murid tersebut seronok dan melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti tersebut. Antara aktiviti yang kami jalankan adalah Kerusi Ajaib, Teka Saya dan Mari Menyanyi. Aktiviti Kerusi Ajaib dijalankan untuk menguji tahap kecekapan pendengaran dan kecekapan murid menerima dan memproses maklumat atau arahan yang diberikan. Secara keseluruhannya, program Khidmat Masyarakat di SK Nanga Stras Meradong telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Murid-murid memberi kerjasama yang baik dan berasa seronok melaksanakan setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Program ini juga memberi kami banyak pengalaman yang bermakna.

AKTIVITI: 1. Perkhemahan BIG di PULAKO. 2. Program Anak Angkat di KG. Sessang, Roban.

AKTIVITI: 1. Program Khidmat Masyarakat di SK Nanga Stras, Maradong.

You might also like