You are on page 1of 5

CONTOH PENULISAN REFLEKSI YANG BERKESAN

Tugasan Teknik Baikpulih dan Penyelenggaraan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya iaitu BM/KH/MU. Walaupun saya tidak mengambil opsyen ini sewaktu mendapatkan ijazah, saya pernah belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah dahulu. Jadi saya tidaklah janggal sangat dengan mata pelajaran ini.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran Teknik Baikpulih dan Penyelenggaran ini. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap menyelidik atas kerosakan sesuatu barangan mekanikal yang mudah. Sikap ingin membaiki juga dapat menjimatkan wang sekiranya diamalkan di luar sekolah. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.

Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas gajala gejala sosial dan masalah yang timbul dikalangan masyarakat kita dari segi punca atau faktor berlakunya perkara tersebut, implikasi dan pengawalan atau langkahlangkah yang diambil oleh kerajaan untuk membendung perkara daripada terus berlaku.

Kurang kesedaran sivik, hilang jati diri, tidak ada semangat cintakan negara adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia tidak mengenal asal usul bangsa dan tidak ada semangat patriotisme dalam diri mereka.

Dari segi penilaian kami, sudah sekian lama murid atau remaja tidak didedahkan dan diterapkan dengan nilai-nilai sivik dalam diri mereka secara langsung. Memang tidak dapat dinafikan nilai-nilai ini memang wujud disekitar mereka dan boleh ditunjukkan oleh orang yang lebih dewasa kepada mereka. Namun persoalannya seberapa banyakkah peratusan keberkesanannya itu. Berdasarkan isu-isu yang telah dikumpulkan maka kami menyimpulkan bahawa tahap keberkesanan untuk menerapkan amalan nilai-nilai ini daripada sekeliling adalah rendah.

Setelah selesai membuat kajian , kami membuat perbincangan dalam kumpulan bagi melengkapkan laporan. Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami lebih menyedari tentang perlunya satu kurikulum khas untuk mengatasi masalah ini.Penggubalan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraa ini, memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan peranan dan tanggungjawab merekasebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan dan berupaya menyelesaika masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Diharapkan kurikulum ini dapat membentuk peribadi murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatas segala rintangan dan cabaran hidup.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami bahawa matapelajaran sivik dan kewarganegraan adalah sangat penting bagi membina sebuah masyarakat yang harmoni dan dapat hidup dalam keadaan bersatu padu.

Tahun 2012 ini merupakan semester ketiga saya mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

Setelah beberapa siri interaksi ternyata ada perasaan gembira, seronok, tension, sakit hati semuanya bercampur baur. Walau bagaimanapun sesuatu itu kita mesti terima dengan positif. Barulah apa yang diterima dirasakan mudah dan mesti ada jalan penyelesaiannya. Alah bisa tegal biasa. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Itulah yang dapat saya andaikan semasa menjalani pembelajaran ini. Saya amat berterima kasih kepada tuan pensyarah, En Mazlan Bin Ayop atas tunjuk ajar dan panduan yang diberikan. Maklumlah saya ini hendak dikatakan buta komputer tidaklah sampai begitu. Cuma rabun komputer agaknya. Banyak perkara baharu yang saya pelajari sepanjang mengikuti kursus ini. Jika dahulu saya hanya mendengar sahaja perkataan download dan upload video, lagulagu dan gambar dan sebagainya. Kini saya ada sebab untuk melakukannya sendiri. Berkali-kali juga mencuba, akhirnya barulah berjaya. Barulah saya ketahui banyak program yang digunakan untuk download ini.

Walau bagaimanapun, selesai juga tugasan yang diberikan setelah berhempas pulas mencuba dan inkuiri sendiri komputer yang ada. Rasa panik timbul juga ketika membuat tugasan ini yang mana komputer saya tiba-tiba tidak boleh membaca semua bahan yang saya hendak download. Termenung panjang dibuatnya.

Akhirnya, saya belajar satu perkara untuk sistem komputer ini. Terima kasih kepada rakan yang telah menyelamatkan RM saya daripada melayang untuk suatu perkara yang mudah. Rancangan Pelajaran harian yang saya pilih untuk Tahun 4, bertajuk Pesta Buku Kelantan. Saya gunakan video dan lagu. Nampak menarik juga jikalau dapat diaplikasi dalam situasi sebenar. Pelbagai bahan rujukan yang saya gunakan untuk menghasilkan RPH ini. Seboleh-bolehnya saya telah mencuba yang terbaik untuk tugasan ini. Perbincangan bersama rakan-rakan opsyen sentiasa dibuat untuk memastikan ia menepati kehendak penilaian. Jika terdapat kekurangan, itu adalah kekurangan yang mesti saya akui kerana inilah kali pertama saya bersungguh-sungguh menghadap komputer untuk mempelajari upload dan download. Ini adalah rezeki saya. Saya telahpun menghantar tugasan ini lebih awal tanpa refleksi dan sumber rujukan. Hendak update masa itu sudah ditutup. Tetapi hari ini, apabila saya membuka semula Portal KTI ini boleh sudah boleh update. Lantas saya melengkapkan tugasan yang diberikan. Terima kasih diucapkan kepada En Mazlan yang menyelesaikan masalah saya ini. Akhir kalam, terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing, rakanrakan opsyen BM1 dan rakan-rakan sekuliah yang lain kerana membantu serta memberikan idea dan tunjuk ajar untuk menyiapkan kerja kursus ini. Buat pertamanya kami panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya juga kami menyiapkan tugasan Pengurusan Dan Pentadbiran PJ dan Sukan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini kami telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang kami terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, kami tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar. Pada mulanya, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut kami mula berbincang

untuk membuat kerja kursus ini antara satu sama lain. Melalui aspek pengetahuan, kami telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari maklumat tentang folio ini.Selain dari itu kami juga mencari maklumat di internet. Dengan cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, kami meneruskan langkah dengan mensintesis serta menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak sukar bagi kami untuk melakukan tugasan ini. Namun, berkat kerjasama dan ketekunan, kami berjaya juga menyempurnakan tugasan ini. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kerana dapat kami gunakan ia ketika bergelar guru kelak. Contohnya kami mungkin perlu mengendalikan sekumpulan pelajar yang bertanding di peringkat yang tinggi. Kami sebagai jurulatih perlu membimbing dan memberi pendedahan kepada mereka tentang ubatan dan dadah yang terlarang dalam sukan. Alhamdulillah, sekali lagi kami memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana limpah kurnianya kami berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih tak terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Tn. Hj. Abdul Aziz bin Jaafar selaku pensyarah kelas kami yang memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada para sahabat. Jasa kalian tak dapat kami balas dan amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih.

You might also like