You are on page 1of 9

PRAKTIKAL 2

TAJUK : Haba Tindak Balas TUJUAN : Untuk menentukan haba tindak balas bagi ; i) Na2CO3 + 2HCI 2NaCI + H2O + CO2 ii) NaHCO3 + HCI NaCI + H2O + CO2 H1 H2

dan secara tidak langsung, berdasarkan Hukum Hess berkaitan haba tetap, haba bagi tindak balas iii ialah iii) 2 NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H20 H3

TEORI PENGETAHUAN :

Semua tindak balas melibatkan perubahan tenaga. Sesetengah tindak balas membebaskan haba ke persekitaran iaitu tindak balas EKSOTERMIK. Tindak balas Endotermik.ialah tindak balas yang menyerap tenaga daripada persekitaran.
Terdapat 4 jenis haba tindak balas iaitu: 1. Haba Pemendakan 2. Haba Peneutralan 3. Haba Penyesaran 4. Haba Pembakaran

Dalam tindak balas kimia, tenaga biasanya terjelma sebagai haba. Haba ini dinamakan ENTALPI. - Entalpi tindak balas disimbolkan oleh H. Entalpi - Satu bentuk tenaga terma yang disukat pada TEKANAN TETAP.

Entalpi Piawai - Entalpi yang disukat pada tekanan tetap 1 atm (pada suhu 25C) Persamaan Termokimia melibatkan :
Bahan Tindak Balas Hasil Tindak Balas, H

H bertanda negatif bagi tindak balas eksotermik. H bertanda positif bagi tindak balas endotermik

PERNYATAAN MASALAH : Bagaimana untuk menentukan jumlah haba tindak balas yang terlibat dalam sesuatu tindak balas berkaitan?

HIPOTESIS : Entalpi pembentukan bagi tindakbalas yang berkaitan dapat ditentukan dengan menggunakan Hukum Hess.

PEMBOLEH UBAH : i) Dimanipulasikan : Jenis larutan ii) Bergerak balas : Perubahan suhu iii) Dimalarkan : Kemolaran bahan kimia (larutan)

BAHAN : EC1 - 2.0 mol dm-3 asid hidroklorik EC2 - Natrium Karbonat Anhydrous (pepejal) EC3 - Natrium Hidrogen Karbonat (pepejal)

RADAS : 50cm3 buret, kaki retort dan pemegang, cawan plastik, thermometer 00C 1100C (+0.2OC), air suling, penimbang berat (+ 0.01g)

PROSEDUR : 1. Dengan menggunakan buret, 30.00cm3 EC1 disukat dan dimasukkan ke dalam cawan plastik. Cawan plastik dibiarkan dengan kandungannya untuk beberapa minit, kemudian suhu bagi larutan itu dicatatkan dalam jadual di bawah. 2. Satu tabung uji yang mengandungi 2.00 9-2.40 g EC2 ditimbang dengan tepat and jisimnya nya direkodkan. 3. EC2 dipindahkan dengan sekali tuang ke dalam cawan plastik yang mengandungi EC1. Kesemua pepejal daripada tabung uji hendaklah dimasukkan ke dalam tabung uji dan tiada cecair yang hilang melalui percikan. 4. Larutan dikacau dengan berhati-hati menggunakan termometer, dan suhu tertinggi yang diperolehi dicatatkan. 5. Tabung uji yang hampir kosong ditimbang lagi. 6. Langkah di atas diulangi dengan menggunakan EC3 untuk mengantikan EC2 dengan menimbang secara tepat 2.75g 3.15 g EC3.

KEPUTUSAN :

EC2

EC3

Jisim tabung uji + pepejal/g

73.9099

74.6428

Jisim tabung uji yang hampir kosong /g

71.6905

71.6905

Jisim pepejal/g

2.2194

2.9523

Suhu awal asid/0C Suhu akhir asid/0C Perubahan suhu /0C

260C 24.50C

260C 22.00C 40C

1.5

PERBINCANGAN :

Eksperimen pada kali ini bertujuan untuk menentukan haba tindak balas bagi tindak balas yang melibatkan asid hidroklorik dan juga pepejal Natrium Karbonat Anhidrous, tindak balas antara pepejal Natrium Hidrogen Karbonat dan seterusnya dengan menggunakan Hukum Hess, haba tindak balas bagi penguraian pepejal Natrium Hidrogen Karbonat dapat ditentukan. Entalpi ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan terbentuk daripada unsur-unsurnya pada tekanan tetap. Pada tekanan tetap 1 atm, entalpi ini disebut ENTALPI PEMBENTUKAN PIAWAI, H o f Hukum Hess menyatakan bahawa haba yang diserap atau dibebas dalam satu tindakbalas kimia ialah sama tanpa mengira proses itu melibatkan satu atau beberapa langkah. Jumlah perubahan tenaga yang berlaku dalam tindakbalas kimia ini ialah jumlah perubahan tenaga dalam beberapa langkah yang melibatkan keseluruhan tindak balas. Hukum Hess diaplikasikan untuk mengira entalpi tindak balas yang sukar untuk diukur/ditentukan. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sewaktu melakukan pengiraan untuk Hukum Hess, antaranya ialah : i. Mengatur semula setiap persamaan supaya ia diseimbangkan, dengan reaktan dan produk-produk di bahagian yang betul. i Pemeriksaan supaya reaktan mempunyai keadaan yang sesuai kerana perubahan entalpi akan berlainan untuk keadaan yang berbeza ( pepejal, cecair dan gas)

iii. Menyusun kembali persamaan nilai

H dengan betul. Jika perlu untuk mendarab

setiap bahan tindak balas dan produk dengan 2, maka nilai entalpi juga perlu didarab dengan 2. Jika kita menyongsangkan persamaan tersebut, maka nilai + dan perlu diambil perhatian untuk diubah.

iv. Menambah persamaan yang telah disusun semula bersama untuk merekodkan persamaan keseluruhan tindak balas yang berlaku.

v. Menambah

H nilai-nilai untuk persamaan-persamaan ini menghitung

H untuk

tindak balas keseluruhan

Persamaan kimia yang terlibat dan juga jalan pengiraan yang digunakan adalah seperti di helaian berikutnya.

Terdapat juga beberapa langkah berhati-hati yang perlu di ambil perhatian untuk mengurangkan berlakunya ralat dan kesilapan sewaktu eskperimen dijalankan. Antaranya ialah meletakkan kepingan kadbod untuk menutup permukaan cawan kertas bagi mengelakkan pembebasan haba ke persekitaran. Termometer dikacau bagi memastikan haba yang dicatatkan ialah haba yang sekata bagi larutan tersebut. dan elakkan daripada hujung termometer menyentuh dasar cawan kertas, ini bagi mengelakkan berlakunya ralat bagi jumlah bacaan suhu yang dicatat.

KESIMPULAN :

Hipotesis diterima. Entalpi pembentukan bagi tindakbalas yang berkaitan dapat ditentukan dengan menggunakan Hukum Hess.

SOALAN :

1. Lukiskan gambarajah peringkat tenaga bagi tindak balas berkaitan

2. Apakah 4 anggapan yang kamu buat dalam kesemua pengiraan? i) Ketumpatan larutan akues dianggap sama dengan ketumpatan air ii) 2 mole HCI dianggap bertindak balas dengan 1mole Na2CO3 iii) Muatan haba tentu bagi tindak balas dianggap sama seperti muatan haba tentu bagi air. iv) Jisim larutan di anggap sama seperti pepejal.

3. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan ketepatan nilai bagi H1, H2, dan H3?

- Letakkan kepingan kadbod untuk menutup permukaan cawan kertas bagi mengelakkan pembebasan haba ke persekitaran. - Termometer dikacau bagi memastikan haba yang dicatatkan ialah haba yang sekata bagi larutan tersebut. - Elakkan daripada hujung termometer menyentuh dasar cawan kertas, ini bagi mengelakkan berlakunya ralat bagi jumlah bacaan suhu yang dicatat.

4. Perubahan standard entalpi bagi pembakaran Benzene, Karbon dan Hidrogen ialah 3271, -394, -286 kJmol-1 masing-masing. Kirakan perubahan standard

entalpi bagi pembentukan Benzene.

Pembentukan Benzene, C6H6 6C + 3H2 C6H6 C + O2 CO2 2H2 + O2 2H2O C6H6 + O2 6CO2 + 3H2O 6C + 3H2 C6H6 = -394kJmol-1 = -286 kJmol-1 = -3271 kJmol-1

So, HfC6H6 = -3271 - [6(-394) + 3(-286)] = -3271 - (-2364 - 858) = -49 kJmol-1

You might also like