You are on page 1of 3

Amending our Terms of Use: Please comment on a proposed amendment regarding undisclosed paid editing.

Suku Bidayuh Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Suku Bidayuh Kawasan ramai penduduk Sarawak, Kalimantan Bahasa Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia Agama Kristian, Animisme Kelompok etnik berkaitan Dayak Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutam anya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada e mpat pecahan etnik iaitu: Selakau/Lara (Daerah Lundu) Jagoi/Singai (Daerah Bau) Biatah (Daerah Kecil Padawan) Bukar/Sadong (Daerah Serian)[1] Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Den gan Bau) Mereka kebanyakannya beragama Kristian. Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempata n rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh. Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah pan jang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat darip ada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar ata u lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangny a pula diperbuat daripada kayu belian. Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barangbarang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong, tempayan, temb ikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat Biday uh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah r umah pada masa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti h arian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainy a. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti per kahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebaga inya. "tanju" pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat Bid ayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun berata p. Tanju lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seper ti padi, lada, jagung dan sebagainya. Isi kandungan [sorokkan] 1 Bahasa 2 Pakaian Tradisional 3 Seni Muzik 4 Senjata Tradisi Bahasa[sunting | sunting sumber] Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa-bahasa yang lain yang terdapat di Sar awak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya, bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa me ngikut kampung dan daerah tertentu. Hal ini menyebabkan suku kaum ini sukar untu k berkomunikasi dengan satu sama lain sekiranya mereka adalah suku atau dari dae

rah yang berlainan. Sebagai contoh, suku Bidayuh dari kawasan Serian menyebut "m akan" ialah "ma-an" manakala suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula menyebut "ma kan" sebagai "man". Ada juga bidayuh yang baru dikenali sebagai Bidayuh Kuching Tengah atau "Bidayuh Moden ( Baru ), oleh kerana bahasa dan adat yang bercampur dari bidayuh bau jagoi dan bidayuh padawan.Kaum Bidayuh ini boleh ditemui dikawa san perkampungan berdekatan dengan bandar kuching iaitu : 1. Kampung Tematu Simo rang 2. Kampung Semeba 3. Kampung Sudat 4. Kampung Bumbok Pakaian Tradisional[sunting | sunting sumber] Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wan ita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek at au separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihia si dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman mani k halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh. Kaum lelaki ma syarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hit am separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan s eluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain li lit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini. Seni Muzik[sunting | sunting sumber] Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap upaca ra keagamaan yang mereka jalankan. Muzik ini berperanan menaikkan semangat, meng usir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan. Umumnya muzi k tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar terbahagi daripada dua iaitu Oguong dan Kitaak, canang, Gendang atau Pedabat dan Tawak (se jenis gong kecil. Terdapat juga alat muzik tradisional yang lain seperti serunai /seruling dan gitar buluh. Namun alat muzik seumpama ini amat kurang dimainkan k erana proses pembuatannya yang agak rumit. Senjata Tradisi[sunting | sunting sumber] Lembing, tombak, parang ilang (parang pendek), sumpit, "jepur" (seakan samurai) dan "rira" (meriam kecil)adalah peralatan senjata yang lazimnya digunakan oleh m asyarakat ini untuk berperang pada zaman dahulu kala. Manakala peralatan senjata seperti parang, cangkul dan sabit selalunya digunakan untuk aktiviti pertanian. [sorok] p b s Kumpulan etnik di Malaysia Seluruh negara Melayu Cina India Jawa Bugis Banjar Semenanjung Malaysia Baba dan Nyonya (Peranakan) Portugis Melaka Chetty Siam Minangkabau Orang Rawa M andailing Orang Kerinchi (Uhang Kincai) Orang Kampar (Urang Kampau) Orang Asli S erani Arab Sarawak Bidayuh Bisaya Bukitan Iban Lun Bawang Kayan Kelabit Kenyah Melayu Brunei Bisaya Kedayan Melanau Penan Punan Selako Ukit Sabah Bajau Melayu Brunei Bisaya Kedayan Kadazan-Dusun Dusun Kadazan Lotud Murut Lun Bawang/Lun Dayeh Dumpas Idahan Iranun Kwijau Mangka'ak Maragang Orang Cocos Or ang Sungai Rumanau Rungus Suluk Tambanuo Tidong Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan Kategori: Kelompok etnik di MalaysiaOrang asli Malaysia Menu pandu arah Buka akaunLog masukRencanaPerbincanganBacaSuntingSunting sumberLihat sejarah

Laman Utama Tinjau Hal semasa Rencana rawak Perhubungan Tentang Wikipedia Portal masyarakat Perubahan terkini Hubungi kami Menderma Bantuan Kedai Kopi Cetak/eksport Peralatan Bahasa lain Bahasa Indonesia Basa Jawa Deutsch English Sunting pautan Laman ini diubah buat kali terakhir pada 07:29, 17 Mei 2013. Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butira n lanjut. Dasar privasiPerihal WikipediaPenafianPembangunPaparan Mudah Alih

You might also like