terutamanya ubi kayu dan bersawah padi. Dengan ini diharap dapat mengurangkan masalahmakanan tetapi malangnya masalah kekurangan makanan semakin meruncing. Malahan untuk mengatasi masalah ketiadaan pakaian masyarakat terpaksa memakai baju yang diperbuat dariguni pada zaman tersebut. Situasi ini dapat dilihat di merata tempat contohnya di Pulau Pinangakibat kesukaran mendapatkan kain seperti berlaku di Kampung Kota Aur, Kepala Batas danAlor Setar, Kedah.
. Pentadbiran Jepun juga telah menggalakkan pertumbuhan industri tempatan bagi tujuan menghasilkan tali melalui sabut kelapa sawit, menggantikan minyak pelincir danminyak gris dengan minyak kelapa sawit dan sebagainya.Jepun telah memperkenalkan bank-bank perdagangan untuk menarik penduduk tempatanmenyimpan wang di Bank. Contohnya Jepun menubuhkan Yokohama Speci& Ltd, ‘Perak People Park’ yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Johor, Singapura dan Pulau Pinang.
Tetapimatlamatnya tidak berjaya. Malahan semasa pendudukan Jepun, tiada perusahaan beratdimonopoli Jepun dan kebanyakan syarikat Jepun mengambil alih contohnya perusahaan besi dikawasan estet Gunung Panjang, Ipoh iaitu The Nippon Seiteetsu Kabushki Kaisha dan The TojoKabuski di Perak.
Hal ini menyebabkan memberikan kesan negative terhadap perkembanganekonomi Tanah Melayu.Inflasi berlaku dengan sangat buruk semasa pemerintahan Jepun. Pengeluaran wang pokok pisang yang tidak terkawal menyebabkan nilai mata wang menjadi rendah dan barang- barang melambung harganya. Pengeluaran barang utama dikawal dan permit telah dikenakan bagi semua pengangkutan dan perdagangan. Setiap keluarga dihadkan 2 gantang beras sebulan
5
Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad,
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :KumpulanEsei Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M
(Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia, 1989) , ms
. 114
6
Ghazali Mayudin,
Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945
, ( Selangor: U.K.M, 1978),ms.57.
7
Ghazali Mayudin,
Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945
, ( Selangor: U.K.M, 1978),ms. 57.
3