Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Novel arisha faishal

Novel arisha faishal

Ratings: (0)|Views: 66|Likes:
Published by cnck
sajer jer aku tayang,,, boring2,,,, citer ni aku tulis 6 tahun lepas dah kot.......... bukan bahagian aku bab2 novel ni, tapi sajer jer nak menyemak kat cni..huhuuhhu..Adios!
sajer jer aku tayang,,, boring2,,,, citer ni aku tulis 6 tahun lepas dah kot.......... bukan bahagian aku bab2 novel ni, tapi sajer jer nak menyemak kat cni..huhuuhhu..Adios!

More info:

Published by: cnck on Oct 14, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/14/2009

pdf

text

original

 
SOE R NOVEL NI AKU TULIS TIME AKU TINGKATAN 6 JADI TAK TAHU SANGAT PASAL2BUDAK-BUDAK U..HUHUHU..SOE
BAB 1
A
rina merenung Azim! Jerit hatiku marah. Pandangan ku lemparkan pula ke muka Azim yang berada di meja sebelah. Nyata, budak lelaki itu juga sedang merenung Arina. Masing-masing begitu asyik  berpandangan. Agaknya jika diletakkan sebatang tiang pun boleh tembus
dek 
pandangan yang penuh perasaan itu.Celaka, aku duduk sini pun
korang 
sibuk nak main mata,
 siot 
betul!. Gerutuku sendirian. Perasaan bengang dan geram menyelubungi diriku . Geram kerana Arina tidak memberi tumpuan terhadap batir  bicaraku tetapi sibuk bermain mata dengan mamat
 poyo
itu.Ah…ini tak boleh jadi ni! .Tanpa lengah tubuh kecil milik gadis manis itu ku goncang. Arina tersentak dari perasaannya yang entahkemana perginya . bebola mata kokonya segera di alihkan padaku. Mukanya masam mencukamembayangkan perasaan yang tidak senang kerana mengganggu tumpuannya.
What 
?” Arina memandangku tajam. Namun, aku tidak mengendahkan pertanyaannya.Aku mencekak pinggang sambil menjeling Azim. Lelaki berkaca mata itu bagiku terlalu membencikan danmemualkan. Wajahnya saja boleh membuatkan aku naik angin. Aku sendiri tidak mengerti mengapa akuterlalu membenci lelaki dihadapanku itu. Apatah lagi si Azim, dia tentu lebih tidak memahami kebenciankuterhadap dirinya. Azim mengukir senyuman dibibirnya.Ewah- ewah senyum kepala otak kau.nah!Aku segera mengangkat penumbuk kepadanya.Sudah tahu aku ini membencinya, masih mampu mengukir senyum.
uwek 
…benci betul aku. Azim menunduk sambil menelan liur.Takut!, siapa tidak kenal dengan aku, Arisha Faishal atau nama gelaranku Faisal, pemilik tali pingganghitam, ketua taekwando kediaman Zaba, ratu taekwando Universiti Malaya.“Eh, Rin kau baliklah…pergi balik! Menyusahkan aku saja perempuan ni!” Jeritku kepada Arina, adik kembarku itu.Benci betul aku dengan sikapnya, pantang melihat lelaki sikit mulalah dia nak menggatal. Teman lelakisudah keliling pinggang tapi tetap dengan perangai buayanya. Dasar buaya betina! Entah baka siapalahdiikutnya, perangai langsung tidak sepadan denganku.“Apalah Along ni, orang datang penat-penat nak melawat dia….dia pulak sesuka hati halau orang. Repotkat mak baru tau”“ Eleh, repotlah… macamlah aku takut. Tak tahu malu, dulu tak nak belajar sungguh-sungguh, sekarangaku masuk U ni pun dia sibuk nak ikut. Bodoh…bangap.!” Mulutku terus menyumpahinya. Arina tidak mengendahkan suruhan dan leteran yang kulemparkan padanya. Arina sudah biasa dengan sikapku. Arinatetap kaku di tempatnya.Protes la tu.Tak ada kerja lain. Kerjanya menyusahkan aku saja…Dasar budak tak boleh di ajar.“ Biarlah along lagi bodoh” Arina meleter sendiri. Keras kepalanya tak ubah macam aku. Selamber sajaayat itu dihadiahkan padaku. Pantang aku bersuara mesti si Arina hendak menjawab.“ hek eleh…melawan …tegur sikit melawan..” Geram betul aku dengan sikapnya itu.“ Eleh..,bodoh betullah along ni, adik sendiri pun nak marah..eee..bodoh…bodoh..tadi dia jugak yang suruhorang datang. Susahlah dapat kakak bodoh macam ni!” Arina terus melemparkan kata-kata yangmenyakitkan telingaku itu.“ Bencilah along ni!” Arina bangun dan meninggalkan aku yang sedang panas membuak.Aku hanya memerhatikan Arina meninggalkan ku. Mata ku alihkan pula kepada Azim. Lelaki itu tunduk  berpura-pura tidak perasan aku melihatnya.“ Woi lu beb, lain kali mata tu jaga sikit.” Azim hanya terangguk-angguk.Eleh… takut la tu.Lucu benar aku melihat wajah itu. Hampir tergelak aku melihatnya. Tapi mana boleh akutunjukkan ,nanti budak ni ingat aku tak serius pulak.Aku tidak terus berganjak. Mataku terus kupakukan kepada pemuda itu. Seronok rasanya mengusik  pemuda itu. Azim masih tunduk berpura-pura membaca buku ditangannya. Makin bertambah lucu hatikumelihat buku yang dipegangnya itu terbalik.“ Wah
.. terrer 
tul lu yer, baca buku pun dengan cara terbalik.”
1
 
Azim cepat-cepat membetulkan bukunya itu.“ kau ni kan… ish, benci betul aku tengok muka kau. Sudah, blah kau sekarang…blah…blah” jeritku padanya lantang. Azim tidak melawan. Mungkin kenangan lama masih tersemat di hatinya. Kenangan yangterlukis antaranya denganku. Segera dia menyimpan barang-barangnya dan cabut ke blok A.Penakut sangat…cis! Muka jer handsome… mamat macam ni pun si Arina boleh berkenan , mereng betulMinah ni sorang. Gerutuku sendirian.Aku termenung seketika, suasana sunyi Dewan Nukleus menjadikan hatiku turut berasa sunyi. Enam harilagi semester baru bakal menjengah tiba. Malas benar aku untuk tinggal di rumah. Apa tidaknya , mamakusemakin giat menjalankan tugasnya sebagai penceramah bebas. Pantang aku melakukan kesalahan pasti bising.Sakit telingaku mendengar leterannya. Nasib baiklah aku masih dapat tinggal di kolej ini. Kalautidak, matilah aku. Perangai mama itu juga merupakan salah satu sebab aku memohon untuk menjadi pembantu mahasiswa minggu suaikenal. Aku tahu, awalnya berat juga pengetua kolej, En .Wan hendak meluluskan permintaanku. Tapi, setelah diyakini barulah dia menerima permohonanku untuk menjadi pembantu mahasiswa bagi sesi 2004/2005.“Fai,kau ni termenung jer ,ok ker tak?”Lamunanku terhenti ,wajah pemuda tampan dihadapanku itu kupandang. Senyuman manis terukir dibibirnya. Mamat ni kalau tak senyum pun memang dah nampak manis. Apatah lagi kalau tersenyummanisnya bertambah-tambah. Itu aku akui. Entah bagaimana aku tidak perasan kemunculannya itu.“Kenapa?” soalku padanya sambil membalas senyumannya.Pemuda dihadapanku ini memang amat aku hormati. Seniorku ini memang baik hati ,
cool 
dan amat
 sporting.
“Nah, ini jadual yang baru aku dapat masa
meeting 
tadi. Banyak sangatlah aktiviti induk kali ni. Kausesuaikanlah dengan aktiviti kau. Tapi, aku rasa kena tukar plan B la. Jadi, kau kena kurangkan aktivitisport, takut tak sempat budak-budak nak ikut. Pukul 8 malam ini ada meeting dekat tempat biasa. Nantikau bagi kertas kerja kau. Kau jangan tak datang pulak.”Terangnya panjang lebar sambil memberiku peringatan.Kertas itu ku ambil dan ku belik satu persatu.“ Ala kau ni Bro, kita
take
masa lebih la. Biar budak-budak ni tidur lewat sikit. Bila lagi kita nak 
ragging 
diaorang.Ni tektik 
ragging 
paling selamba dan paling tak dapat dikesan”“Ish,,Kepala otak kau ni ingat nak kenakan orang jer., kesian budak-budak tu. Menyesal dulu aku tak 
ragging 
kau kaw-kaw.”“Ala bro
 , cool 
arr”“No..,no..no..Lagipun pihak universiti dah tetapkan aktiviti kolej tak boleh dijalankan melebihi jam 1 pagi
except last night 
. Itupun kitaorang dah puas pujuk pihak alumni tau!”Serius Hafiz menerangkan padaku.Aku tersenyum. Memang aku sudah menjangkakan semua itu. Hafiz terlalu baik hati dan berperikemanusiaan, masakan dia mahu membiarkan anak buahnya dibuli. Sebab itulah barisan kepimpinanJawatakuasa Kolej sepakat memilihnya untuk menjadi Presiden kolej dan ketua pembantu mahasiswa tanpamendapat sebarang bantahan. Pemuda dari Selayang,Selangor itu memang di akui cukup berketerampilandan berdedikasi.“Apalah bro ni, bolehlah” sengaja aku menguji Hafiz.“No, ini muktamad” Hafiz mengangkat kening. Tetap dengan pendiriannya.“Kalau aku ragging dalam slot aku , boleh tak bro?””Fai...” Hafiz mengisyaratkan tangannya menyatakan bantahannya.“Ok ar.. bro,jumpa malam ni” Aku tersengeh.“aik, macam nak halau bro jer.”Katanya sambil memandangku.“tahu tak apa”Hafiz tersenyum sambil mengosok rambutku. Tangannya itu ku tempis.”Apa ni bro, nak kena belasah ke?”Hafiz hanya tersenyum dan berlalu.“Malam ni datang tau!”Aku menggangguk dan mengenyitkan mata tanda persetujuan. Hafiz hanya tersenyum dan terus berlalu.Kelibat pemuda itu berlalu kuperhatikan sehingga lenyap di dalam blok B.**************************************
2
 
Aku duduk di atas pentas di dalam Dewan Nukleus yang sudah mula dipenuhi oleh pelajar-pelajar  baru dari seluruh pelusuk negara.
 Freshie-freshie
baru terkebil-kebil memandang aku dan rakan-rakankuyang lain.Aku hanya tersenyum memandang wajah junior yang masih lagi nampak seperti tidak tahu apa-apa. Aku memandang keseluruh pelusuk dewan. Seramai 185 siswa dan 221 siswi akan cuba dibentuk untuk menjadi Zabahan sejati. Pagi tadi,detik jam 9.30 pagi para
 freshie
mula
check in
di kolej ini danminggu haluansiswa pun bermula dengan rasminya.He…he…he… Habislah korang aku kerjakan. desis hati kecilku.“ok,korang dengar sini ! saya kata dengar sini! Saya memang tak suka kalau bila saya bercakap ,korang punnak bercakap. Kalau teringin sangat nak bercakap ,meh sini datang depan ni.” Leteran pertamaku membukasesi perkenalan di antara aku dengan para
 freshie
.Minggu haluansiswa ku ambil alih.Semua pelajar baru itu terdiam dan menumpukan perhatian kepadaku.Lagakku mengalahkan PM kolej. Lucu juga aku melihat wajah-wajah kebodohan dibawah itu.Aku pastiramai yang tidak menyangka aku segarang itu.Maaflah wahai
freshie
sekalian ,aku ini nampak saja manis tapi rock beb!”Semua bangun!” Arahku sengaja mengeraskan nada suaraku.Semua
 freshie
bangun menuruti arahanku.Begitulah lumrahnya pada minggu haluansisawa kebanyakan pelajar baru hanya menuruti arahan
 senior 
mereka. Tapi apabila berakhir minggu haluansiswa masing-masing akan naik kepala. Itulah yang dapat ku perhatikan sejak beberapa tahun menetap di kediaman ini.”Nama saya Arisha Faishal binti Mohd Arif. Panggil saya Faisal”Kebanyakan pelajar mula menunjukkanreaksi terhadap kenyataanku itu. Tidak kurang juga yang berbisik-bisik sesama sendiri .”Woi, ni apasal?pelik sangat ke?Suka hati akulah nak korang panggil aku Faisal ke,Faisul ke apake.”Jeritku lagi.Kasar dan tegas.Sengaja aku ingin membuat pelajar-pelajar baru itu lebih takut denganku. Sallehuddin, penolong ketua pembantu mahasiswa yang tadinya berdiri dibawah pentas menghampiriku”Fai, kau janganlah
over 
sangat,takut budak-budak tu nanti.Jangan lupa prinsip kita berkhidmat ni mesratau!”Aku hanya tersengih. Kacau daun betul mamat ini seorang.”Aku saja jer sebenarnya.Biar diaorang rasa takut sikit”Bisikku pula.Sallehuddin mengelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan tindakanku itu.”Aku bukan apa,Fai. Aku takut diarong bencikan kau, kolej ini dan semua. Satu lagi macammana kalaudiaorang tertekan, macam-macam boleh berlaku tahu. Susah pulak kita nak 
handle
nanti” Sallehudinmemberiku peringatan.Benar juga apa yang dikatakannya. Andai ada pelajar yang tertekan berpisah dengan
 family
, boleh gilananti. Apa tidaknya, aku asyik gertak saja.”Sudah...terlenggok kanan,terlenggok kiri, menyampah aku tengok, korang semua boleh duduk”Katakuselamba.Semua
junior 
kembali mengambil posisi masing-masing semula.”Saya biro sukan korang untuk semester lepas dan semester ini.Untuk pengetahuan korang semua, bulandepan seperti biasa pihak universiti akan menganjurkan SUKMUM. Tahu apa itu SUKMUM?” Tiada jawapan yang kudengari daripada pelajar-pelajar baru itu. Semuanya membisu.”SUKMUM itu adalah nama singkatan bagi sukan antara kolej ataupun Sukan Universiti Malaya. Acaratahunan yang melibatkan kesemua 12 kolej. Saya hendak korang semua memberikan kerjasama. Individuyang sudah ada pengalaman wakil negeri , daerah atau kebangsaan, masa ni jangan korang buat
derk 
jer.Tampilkan diri. Kitaorang ada profil penyertaan korang yang korang isi masa hari pertama
check in
.Jangan ada student yang jadi ular sawa. Kalau datang pun sebab hendak makan jer” Nadaku sedikit mengendur. Maklumlah nak ajak orang sertai projek kita perlulah lembut sikit. Para
 freshie
masih diam membisu.Skema betullah diaorang ni. Rungut hati kecilku. Apa tidaknya, semua
 freshie
terkebil-kebil melihatku.”Untuk memilih atlit, 2 minggu dari saat ini kami akan mengadakan pertandingan sukan antara
 floor 
. Yangmenang akan ada hadiah dan yang kalah pun kita tidak pernah mendeskriminasikan. Faham-fahamlahsendiri yer”Aku terus menerangkan dengan panjang lebar mengenai aktiviti sukan yang bakal berlangsungdibawah kepimpinanku.”Semester lepas kolej ini mendapat tempat ketiga. Tahun ini dengan penyertaan dan kerjasama daripadakamu semua kita hendak meningkatkan atau sekurang-kurangnya kekal pada ranking ketiga. Kalau kalah,kolej korang ini juga yang akan dapat malu”
3

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->