You are on page 1of 13

Kajian Tindakan Pengajaran Bahasa Melayu

Ini merupakan kajian tindakan yang perlu saya laksanakan untuk tugasan saya semester ini. Moga tugasan ini boleh kita kongsi bersama.
PENGHARGAAN
Saya berasa sangat bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya dapatlah saya menyiapkan kajian tindakan yang bertajuk MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DI DALAM DISIPLIN PENULISAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN 4 dapat disempurnakan dengan sebaiknya. Saya memilih tajuk ini kerana beberapa sebab . Antara sebab utamanya ialah ingin membetulkan perlakuan dalam aspek penulisan . Ini kerana ada antara guru penyelidik yang masih belum dapat memberi penekanan sepenuhnya berkaitan tentang pembentukan ayat yang betul. Sepanjang proses pelaksanaannya , saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru besar yang banyak memberi input yang sangat berguna berkaitan kajian tindakan ini . Selain itu ribuan terima kasih juga saya hulurkan kepada guru panitia Bahasa Melayu yang selalu membimbing saya memantapkan lagi proses menyediakan Laporan Kajian Tindakan ini. Saya juga sangat terhutang budi dengan rakan-rakan sealiran saya yang membantu saya membuat refleksi berkaitan pengajaran dan pembelajaran saya. Dengan adanya bantuan mereka , saya dapat menyiapkan Kajian Tindakan ini dengan jayanya. Saya berharap dengan adanya kajian tindakan ini , dapatlah saya jadikan ia sebagai panduan dan rujukan . Selain itu , ia juga boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk rakanrakan seperjuangan saya.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DI DALAM DISIPLIN PENULISAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN 4 Oleh : Puan Nor Azila binti Md. Nor Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah membina ayat di kalangan murid di Tahun 4 Bestari . Seramai 11 orang murid terlibat dalam kajian ini. Selain itu , saya juga ingin meningkatkan pemahaman mereka dalam aspek membina ayat yang betul dan lengkap . Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan latihan di dalam buku latihan . Saya dapati terdapat beberapa kesilapan dalam pembinaan ayat iaitu dari segi morfologi dan sintaksis. Saya juga mendapati bahawa murid kurang peka tentang penggunaan kata hubung , pengimbuhan dan tanda baca dalam pembinaan ayat . Untuk mengatasi masalah ini , saya telah menyediakan formula yang mudah untuk murid ini memperbaiki kemahiran membina ayat iaitu murid perlu hafal formula yang diberikan. Hasilnya saya dapati , terdapat peningkatan dalam pembinaan ayat oleh anak-anak murid saya ini. Saya juga berasa teruja untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran saya.

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN:

Bahasa Melayu Penulisan terdiri daripada tiga item iaitu Bahagian A , bahagian B dan Bahagian C . Bahagian A membina ayat yang lengkap dan gramatis. Kajian saya berkaitan dengan masalah Bahagian A .Masalah membina ayat yang lengkap dalam penulisan terutama dalam penulisan bahagian A akan mengganggu murid mendapat markah yang baik dalam penulisan Bahasa Melayu. Selain itu , jika murid tidak dapat membina ayat dengan baik , menyebabkan murid juga tidak mampu untuk membina sebuah karangan yang baik dalam penulisan bahagian B dan C. Masalah membina bina ayat ini dikesan semasa saya menyemak latihan murid di dalam buku latihan penulisan. Saya dapati murid gagal membina ayat dengan baik. Struktur ayatnya tidak tersusun dengan betul. Murid gemar menggunakan bahasa pasar semasa menulis ayat. Tanda bacan yang ditulis tidak menepati ciri-ciri penulisan yang sebenar. Berdasarkan refleksi pengajaran saya , saya dapati murid belum boleh membina ayat secara gramatis dengan hanya melalui aktiviti perbincangan dalam kelas dan perbincangan melalui kumpulan. Melalui aktiviti pembentangan hasil kerja murid dalam pembinaan ayat juga tidak banyak membantu murid saya . Jadi , melalui perbincangan saya dengan rakan sealiran juga termasuk guru pemeriksa kertas Penulisan Bahasa Melayu , saya disarankan menggunakan formula SPPA iaitu subjek + predikat + penerangan ayat ( siapa - buat - dimana -apa / bagaimana ) bagi mengatasi kelemahan murid ini.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN Saya memilih isu ini kerana berdasarkan tinjauan awal saya, saya dapati bahawa 11 orang murid ini tidak boleh menulis ayat dengan baik sedangkan bacaan dan lisan yang dijalankan di dalam kelas tidak mempunyai banyak masalah. Cuma apabila mereka mula menulis ,

mereka gagal menyusun struktur dengan baik selain penggunaan kata yang kurang tepat. Oleh yang demikian , saya terpanggil untuk membantu 11 orang murid ini memperbaiki kemahiran dalam pembinaan ayat agar murid-murid ini tidak terus tercicir dalam aspek penulisan.

3 .0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian tindakan ini dijalankan , diharapkan agar dapat mencapai objektif tersebut: 3.1 ) Objektif Am Meningkatkan kemahiran murid untuk membina ayat dengan lengkap dan gramatis. 3.2 ) Objektif Khusus Murid dapat memilih penggunaan kata yang sesuai untuk membina ayat.

Murid boleh membezakan penggunaan tanda baca dalam ayat. Murid boleh menulis ayat yang lengkap serta gramatis berdasarkan kata kerja / rangkaikata yang diberikan dengan baik.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 11 orang murid Tahun 4 Bestari . 7 orang murid India dan 4 orang murid Melayu. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Awal Masalah Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian tindakan , tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti, Langkah-langkah telah dilakukan berdasarkan pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra.

i ) Pemerhatian :

Saya telah memerhatikan tingkahlaku murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya mendapati murid mempunyai masalah membina ayat secara gramatis. Pada awalnya, saya merasakan murid belum biasa membina ayat secara gramatis kerana mereka baru berada di tahap 2. Tetapi selepas beberapa minggu , murid masih lagi belum menguasai cara untuk membina ayat secara gramatis.

ii ) Pemeriksaan buku latihan.

Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran , murid akan menyerahkan buku latihan kepada saya. Setelah disemak , saya dapati murid belum dapat menguasai cara untuk membina ayat secara gramatis. Mereka membina ayat selapis dan kadangkala ayat yang dibina tiada kaitan dengan gambar yang diberkan ,

iii) Ujian pra. Satu ujian diagnostik telah dijalankan kepada murid-murid tahun 4. Ia bertujuan menguji tahap penulisan murid. Saya dapati hasil daripada ujian tersebut , murid tidak mahir untuk

membina ayat dengan baik. Kemudian , murid telah diberi uiian bulanan , namun 11 orang murid ini masih gagal membina ayat secara gramatis.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah Hasil pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra dapat dilihat melalui jadual data yang di sediakan.

Senarai Rekod Pencapaian. (Jumlah markah = 10 M) BIL NAMA MURID Ujian Ujian Diagnostik bulan Feb

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Basker a/l Subramaniam Danny Dave a/l Raman Jaynishia a/p Bala Justin a/l Fernendez Kapil a/l Jaynesan Kirthana a/p Vinod Kumar Muhammad Isma bin Kamsan Nurul Alina binti Yusof Nurul Fatehah binti Fauzi Sabrina a/p Ramandran Zaidi bin Harun

3 4 3 4 3 4 4 4 5 3 3

4 4 4 5 4 4 5 4 5 4 4

Rajah 1 menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan kepada murid-murid. Data tersebut dibuat sebelum pelaksanaan tindakan saya. Saya mendapati tahap penguasaan murid dalam membina ayat gramatis masih lemah walau pun telah menjalani dua kali latihan.

5.3 Tindakan yang dijalankan. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan melibatkan 11 orang murid khasnya dan 27 orang murid amnya. Pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan setiap hari Isnin kerana mempunyai 2 waktu bekembar. Saya telah melaksanakan pengajaran kaedah bina pelan maklumat berdasarkan gambar yang diberi dan kaedah kata tanya. Saya telah menggunakan kaedah ini semasa sesi pengajaran selama 60 minit. . Saya menggunakan 1 waktu untuk murid memahami gambar , mencari maklumat atau kata kerja berkaitan gambar , bulatkan gambar dan catatkan kata kerja yang sesuai dengan gambar. Kaedah ini saya panggil Kaedah Bulat dan Tarik . Dalam kaedah ini ,murid perlu cari fahamkan situasi gambar , kemudian perlu cari aktiviti yang terdapatkan dalam gambar. Kemudian , setelah kenalpasti maklumat , murid perlu bulatkan gambar dan catat maklumat berkaitan gambar. Contoh : membajak , mengubah dan sebagainya. Pada waktu yang kedua , guru , membimbing murid membina ayat menggunakan kata tanya ( siapa . buat apa , di mana , bila / bagaimana ) Saya telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran berkaitan kaedah ini. Saya sediakan Rancangan Pengajaran bagi aktiviti ini. Set Induksi : Beri penerangan tentang jenis gambar, kemudian bincang berkaitan gambar

yang ditunjukkan Langkah 1 : Murid teliti keseluruhan gambar dan soal jawab berkaitan gambar

Langkah 2

: Murid mencari 5 kata kerja / aktiviti yang ada kaitan dengan kehendak

soalan . Kemudian bulatkan gambar tersebut serta catatkan pada gambar aktiviti yang telah dikenalpasti. Langkah 3 : Murid bina rangkaikata menggunakan kata tanya ( siapa , buat apa , di

mana . bila / bagaimana ) Langkah 4 Penutup : Latihan bina ayat gramatis perpandukan pelan maklumat yang telah dibina. : Menyemak ejaan , struktur ayat dan kosa kata yang digunakan. Berdasarkan rancangan harian , saya memulakan pengajaran dengan menyatakan jenis gambar yang akan murid temui. Bincangkan secara ringkas sebagai pengenalan murid. Seterusnya pada langkah yang pertama , saya meminta murid meneliti keseluruhan gambar dan fahamkan situasi gambar. Kemudian, murid mencari 5 perbuatan / aktiviti yang ada kaitan dalam gambar. Bulatkan gambar tersebut dan catatkan kata kerja yang sesuai dengan gambar. Langkah seterusnya , saya telah meminta murid membina rangkaikata berpandukan kata kerja ( siapa - buat apa - di mana - bila /bagaimana )

Contoh: soalan jawapan soalan jawapan soalan jawapan

: siapa di dalam gambar ? : Pak Kassim : sedang buat apa ? : membanting padi. : di mana ? : di sawah padi / di bendang

soalan jawapan

: bila ? : di musim menuai.

Langkah yang terakhir , saya telah memberi latihan untuk menulis ayat secara gramatis kepada murid-murid. Kami juga membimbing murid ini secara individu dari segi pemilihan kosa kata yang sesuai dan tepat agar ayat yang dibina lebih gramatis.. Setelah siap membina 5 ayat , murid diminta menyemak ejaan , tanda baca dan sebagainya. Contoh ayat gramatis : Pak Kasim sedang membanting padi yang sudah masak di bendang semasa musim menuai. Saya telah melaksanakan kaedah ini setiap kali menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan penulisan bahagian A mulai penghujung Julai 2012 sehinggalah penghujung bulan Oktober 2012. Sepanjang tempoh itu , saya telah mengadakan 3 kali siri ujian. Ujian ini dijalankan pada setiap penghujung bulan dalam tempoh pelaksanaan kajian ini. Ia bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif kajian dalam penulisan Bahasa Melayu.

5.4 Dapatan Kajian Saya telah mengumpul pengskoran markah murid hasil daripada 3 siri ujian yang telah dijalankan. Markah-markah tersebut telah dicatatkan dalam jadual yang disediakan. Jadual ini merupakan borang Analisa berkaitan dengan hasil ujian murid.

BIL

NAMA MURID

Ujian 1

JENIS UJIAN Ujian 2

Ujian 3

Basker a/l Subramaniam

2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Danny Dave a/l Raman Jaynishia a/p Bala Justin a/l Fernendez Kapil a/l Jaynesan Kirthana a/p Vinod Kumar Muhammad Isma bin Kamsan Nurul Alina binti Yusof Nurul Fatehah binti Fauzi Sabrina a/p Ramandran Zaidi bin Harun

6 6 7 5 4 7 6 7 7 7

6 7 8 7 5 8 7 8 7 8

9 10 10 8 7 10 9 10 9 10

Berdasarkan jadual pengskoran ini , saya dapati ada peningkatan markah bagi murid-murid tersebut. Seramai 10 orang iaitu 91% murid berada ditahap cemerlang manakala hanya seorang murid sahaja iaitu 9 % berada di tahap baik. Ini menunjukkan satu peningkatan yang amat ketara, Saya juga menemubual dua orang murid berkaitan hasil pengajaran -pembelajaran yang telah dijalankan. Cikgu : Fatehah , cikgu lihat , skor markah kamu sangat cemerlang dan meningkat setelah belajari melalui kaedah dan teknik ini. Fatehah : Ya cikgu . Saya semakin faham bagaimana hendak membina ayat dengan baik. Kaedah ini sangat membantu saya , cikgu! Cikgu : Kirthana , nampaknya skor awak pada tahap baik berbanding rakan-rakan

kamu yang berada di skor cemerlang. Awak masih ada masalah dengan penggunaan kaedah ini ? Kirthana : Tidak cikgu, Saya faham bagaimana untuk membina ayat dengan lebih baik. Cuma kosa kata saya sahaja yang masih lagi kurang. Cikgu : Tidak mengapa Kirthana , apa yang penting , kamu perlu banyak membaca untuk menambahkan kosa kata kamu.

5.5 Refleksi Kajian. Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid , kaedah yang telah dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran itu telah memberikan suatu impak yang positif. Peningkatan skor markah murid ketara meningkat. Ini menunjukkan kaedah yang dilaksanakan sangat bersesuaian danberkesan. Murid semakin yakin untuk membina ayat yang gramatis. Daripada tinjauan yang dibuat , murid telah mengikut kaedah yang dipelajari.Murid tidak lagi memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan maklumat dan membina ayat yang gramatis. Saya juga melihat murid seronok apabila saya menyatakan bahawa hari ini saya akan membuat latihan penulisan bahagian A. Tiada lagi rungutan yang kurang ebak didengari daripada nmurid-murid saya. Sebagai seorang guru , saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila saya melihat peningkatan skor murid-murid saya yang lemah. Kajian dan strategi serta kaedah yang diberikan sangat bersesuaian dengan murid . Pada pandangan saya , murid ini mampu melakukan sesuatu perkara itu dengan baik asalkan mereka mendapat panduan dan cara yang betul untuk membina ayat dengan baik. Saya juga telah dapat membaiki kelemahan saya dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.6 Cadangan Kajian Tindakan Seterusnya. Secara keseluruhan , kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu , usaha diteruskan agar murid mahir sehingga mereka boleh membina ayat dengan gramatis semasa UPSR nanti. Saya juga akan menggunakan pendekatan ini untuk membimbing murid dalam penulisan bahagian B. Ini kerana langkah dan caranya sama iaitu untuk membina ayat dengan baik. Sebagai kesimpulan , kajian tindakan yang saya lakukan ini sangat memberi manfaat kepada murid untuk meningkatkan prestasi khususnya dan memberi kelebihan kepada guru untuk memperbaiki pengajaran amnya. Saya berharap hasil kajian saya ini boleh diguna pakai oleh rakan-rakan saya nanti.

Rujukan :
Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia , Modul Kajian Tindakan Teknologi Pendidikan Bahagian Perancangan , Penyelidikan Dasar Pendidikan : Panduan Asas Menulis Laporan Kajian Tindakan , Kementerian Pelajaran Malaysia Sulaiman Masri , Abdullah Yusof , Mohd Rain Shaari (2006), Bahasa Melayu : Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran ,Kuala Lumpur , Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) Pengajaran , Teknologi dn Penaksiran 2 KPD 3026. http:// pengajaranbahasamelayu.blogspot.com http:// mariasalamperpaduan .blogspot.com

You might also like