You are on page 1of 4

3.

Bentuk Elemen

Terdapat 3 bentuk elemen bagi darah iaitu: Sel darah merah Sel darah putih Platlet

Rajah menunjukkan sel darah merah, sel darah putih dan patlet 3.1 Sel Darah Merah (Eritrosit) Sel ini merupakan sel sel yang amat khusus. Sel darah merah yang matang tidak mempunyai nucleus. Ia merupakan suatu beg yang mengandungi larutan pekat pigmen merah iaitu haemoglobin. Sel darah baru mestilah dibentuk untuk mengantikan yang tua yang secara berterusan disingkirkan daripada aliran darah. Sel sel darah merah baru dibentuk di dalam sum sum tulang yang terdapat pada tulang panjang dada, lengan atas dan kaki. Hemositoblas ialah sel sel sumsum tulang yang terdapat pada tulang yang terdapat pada tulang yang besar dan masih belum dikenali. Ia mempunyai nucleus tetapi tanpa haemoglobin. Ia membahagi berulang ulang secara mitosis menghasilkan anak anak sel yang dikenali sebagai eritrosit tak matang kerana ia mengandungi nucleus. Apabila sel sel ini semakin matang, nucleus akan semakin kecil dan akhirnya hilang sama sekali.

Fungsi utama sel darah merah ialah mengangkut oksigen dari paru paru ke tisu. Sel sel ini mengangkut sebahagian karbon dioksida dalam arah yang berlawanan. Ia diubah dengan baik untuk pengangkutan oksigen. Antara sifat sifat sel ini yang menyempurnakan fungsinya ialah: 3.2 Berbentuk dwicekung Bersifat kenyal 1/3 daripadanya terdiri daripada haemoglobin Sel darah putih (Leukosit) Berlainan dengan sel darah merah, sel darah putih bernukleus dan bergerak bebas. Ia lebih besar daripada sel darah merah dan tidak mempunyai bentuk sekata. Fungsi utamanya ialah adalah mempertahankan badan terhadap serangan mikroorganisma. Sel darah putih terdiri daripada beberapa jenis. Semuanya diterbitkan daripada beberapa jenis. Semua diterbitkan daripada pembahagian sel sel batang multikeupayaan di dalam sumsum tulang. Sel sel darah putih yang berlainan jenis ini dikelaskan kepada 2 iaitu: 3.2.1 Fagosit Limfosit Fagosit

Ini adalah sel darah putih yang membinasakan dan menyingkirkan bendasing, sel sel berjangkit dan sel sel badan yang rosak atau tua dengan cara menelannya. Fagosit boleh dibahagi kepada 2 iaitu:-

Sel Darah Putih Granusolit


3.2.1.1 Granusolit Untuk menjalankan fungsinya bagi mempertahankan badan terhadap serangan mikroorganisma, granulosit granusolit itu mesti meninggalkan sistem peredaran untuk bercampur gaul dengan sel sel badan. Sel sel ini membebaskan bahan bahan yang kuat seperti histamina. Histamina memainkan peranan penting dalam gerak balas terhadap kecederaan. 3.2.2 Limposit Ia terlibat dalam gerak balas keimunan badan terhadap jangkitan. Apabila mengalami proses kematangan, ia akan menjadi T limposit oleh pengaruh timus dan selebihnya membentuk B limposit iaitu tidak dipengaruhi oleh timus. Sel B berfungsi dengan merembeskan antibodi yang akan menyerang mikroorganisma yang mencerobohi sebelum menjangkiti sel perumah manakala set T pula membunuh sel sel perumah yang telah berjangkit. 1.3 Platlet Platlet merupakan cebisan sel sumsum tulang yang terdapat dalam darah. Tidak mempunyai nukleus. Platlet mempunyai metabolisme dan struktur dalam yang lebih kompleks berbanding dengan sel darah merah. Platlet memainkan peranan penting bagi mencegah kehilangan darah apabila berlaku kecederaan pada salur darah. 4.0 Sistem Homeostasis Hemostasis merupakan salah satu daripada mekanisma pertahanan yang dapat melindungi badan daripada unsur-unsur perosak. Apabila pembuluh darah terluka atau cedera, proses mekanisma pemulihan akan berlaku dan mencegah kehilangan darah yang berterusan. Namun, proses pemulihan ini akan tergugat apabila darah beku trombi (Thrombus) terbentuk di dalam pembuluh darah, proses pembentukan darah beku dikenali sebagai trombosis (Thrombosis).

Monosit

Trombosis lebih cenderung berlaku di dalam pembuluh darah yang mengalami kekejangan otot atau tisu saluran nadi (arteriosclerosis) dan bahagian-bahagian yang mengalami pengaliran darah yang lambat, tidak lancar atau tidak mengalir (tersumbat). Di dalam urat-urat anggota badan, sebahagian daripada trombi mungkin berpecah di antara satu sama lain, ada yang mengalir masuk ke dalam aliran darah yang seterusnya menyekat laluan arteri-arteri di dalam jantung, paru-paru, buah pinggang atau kapilarikapilari di dalam otak.Selepas 3 minggu pembentukan trombi, ia akan diselubungi oleh selapisan kulit keras yang dikenali sebagai collagen. Lapisan keras ini hanya boleh dicernakan collagenase Sistem Homeostasis berkaitan darah Apabila aras glukosa dalam darah telah habis atau berkurangan daripada julat tertentu, hati akan dirangsang oleh insulin untuk menukarkan glikogen kepada glukosa supaya dapat digunakan sebagai tenaga untuk tindakan otot. Apabila lebih darah pada kulit iaitu ketika kulit kelihatan merah ,ia akan memudahkan haba daripada darah terbebas keluar melalui proses sinaran.

You might also like