You are on page 1of 21

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

Soalan 3 Anda juga dikehendaki menjelaskan dengan sekurang-kurangnya 6 contoh proses penerbitan ayat dengan menggunakan konsep transformasi generatif.

1.0

Pengenalan Proses penerbitan ayat sebenarnya berasal daripada konsep

tatabahasa Transformasi-Generatif, iaitu menukar dan menerbitkan ayat. tatabahasa Transformasi-Generatif merupakan aliran transformasi generatif, iaitu satu aliran mazhab pengkaji bahasa yang telah dikemukakan oleh Noam Chomsky. Beliau merupakan seorang professor linguistik yang telah menyumbangkan buah fikirannya berkaitan transformasi-generatif di Massachusetts Institute of Technology. Transformasi-generatif yang dikemukakan oleh Chomsky telah diperkenalkan pada tahun 1957 melalui penerbitan sebuah tesisnya yang bertajuk Syntactic Structure. Kemudiannya, teori transformasi-generatif ini telah diperbaiki dan diperluaskan oleh Chomsky dalam bukunya, Aspect of the Theory of Syntax yang memberi tumpuan pada makna dan ayat. Teori ini berpendapat bahawa setiap ayat yang dihasilkan mengandungi dua peringkat, iaitu struktur dalaman dan struktu permukaan. Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi ayat dasar atau ayat inti, manakala struktur permukaan pula ialah struktur yang telah mengalami perubahan daripada struktur dalaman dan juga merupakan bentuk ayat yang dituturkan oleh seseorang penutur. Mengikut hukum transformasi- generatif, struktur dalaman dan struktur permukaan diterbitkan oleh dua rumus tatabahasa.

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 1

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa dan Rumus Transformasi. Rumus Struktur Frasa akan menbentuk ayat pada struktur dalaman, manakala Rumus Transformasi pula akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada penerbitan ayat pada peringkat permukaan.

2.0

Proses Penerbitan ayat Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008 : 538), penerbitan sesuatu

ayat dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Dalam bahasa Melayu, proses penerbitan ayat melibatkan proses pengguguran, proses penyusunan semula dan proses peluasan.

2.1

Proses Pengguguran Proses pengguguran adalah satu proses transformasi yang berlaku

pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur -unsur atau konstituen tertentu seperti pengguguran subjek, predikat dan sebagainya daripada binaan ayat asalnya. Proses pengguguran dalam Bahasa Melayu ini mempunyai beberapa istilah lain yang digunakan oleh tokohtokoh bahasa. Asmah Haji Omar (1993:369) menggunakan konsep penghilangan bagi proses pengguguran ini. Beliau mendifinisikan penghilangan sebagai proses yang menghilangkan binaan-binaan tertentu daripada pola dasar.
MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 2

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


Menurut Arbak Othman (1980:77) pula, pengguguran juga disebut sebagai delesi. Abdullah Hassan et al. (2006:114) dan Nik Safiah Karim et al. (2008:538) masing-masing bersetuju bahawa proses pengguguran utama dalam bahasa Melayu melibatkan pengguguran frasa nama sebagai subjek dan pengguguran frasa predikat. Walau bagaimanapun, Nik Safiah Karim et al. (2008:538) berpendapat bahawa ada dua lagi jenis pengguguran utama, iaitu pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif dan pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama.

2.1.1 Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:538), Arbak Othman (1980:82) dan Abdullah Hassan et al. (2006:114), proses pengguguran frasa nama sebagai subjek boleh berlaku dalam ayat perintah yang melibatkan pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua. Walau bagaimanpun, terdapat lagi penambahan proses pengguguran frasa nama sebagai subjek ini. Abdullah Hassan et al. (2006:115) menambah proses pengguguran juga boleh berlaku melalui pengguguran subjek kata ganti nama orang ketiga dan pengguguran frasa nama. Nik Safiah Karim et al. (2008:538) juga ada menambah bahawa subjek yang serupa dalam ayat majmuk boleh digugurkan. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa pengguguran frasa nama sebagai subjek terbahagi kepada empat jenis, iaitu pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah, pengguguran subjek kata ganti diri orang ketiga, pengguguran frasa nama dan pengguguran subjek frasa nama yang serupa dalam ayat majmuk.

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 3

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


i. Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. Menurut Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, jika terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa atau beridentiti sama, yang diberi tanda I dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk dibawah, maka subjek frasa nama yang serupa itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama yang di awal ayat majmuk tersebut. Contohnya : (1a) Ayah pergi kerja dengan muka yang muram. Emak pula asyik termenung. (1b) Ayah dan emak berasa risau. Dalam contoh ayat majmuk di atas, subjek yang serupa telah digugurkan. Subjek ayah pergi kerja telah digugurkan oleh sebab kedua-dua subjek menunjukkan orang yang sama.

ii.

Pengguguran frasa Predikat Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, jika terdapat frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan, maka kesemua frasa predikat serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan berdasarkan contoh ayat di bawah :(2a) Aku ingin bertanya ayah dan emak kenapa mereka bersusah mereka bersusah hati? (2b) Aku ingin bertanya, kenapa mereka bersusah hati?

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 4

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


Predikat ayah dan emak dalam ayat (2a) boleh digugurkan kerana ayat (2b) telah membawa maksud yang jelas tanpa kehadiran predikat ayah dan emak.

iii.

Pengguguran frasa nama Menurut Abdullah Hassan et al. (2006:115), frasa nama juga

dapat digugurkan sekiranya konteks ayat sudah jelas dan tidak menimbulkan kekaburan pada ayat. Penerangan ini dapat dijelaskan lagi berdasarkan contoh ayat di bawah :(3a) Ayah dan emak tidak banyak bercakap. (3b) Mereka tidak banyak bercakap. Dalam contoh ayat (3a), ayah dan emak merupakan frasa nama yang mengisi konstituen subjek dalam ayat. Frasa nama ayah dan emak boleh digugurkan seperti dalam ayat (3b) kerana sudah membawa maksud yang jelas dan boleh difahami.

iv.

Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:540), jika terdapat

beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa atau beridentiti sama dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk, maka subjek frasa nama yang serupa itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama yang terdapat pada awal ayat majmuk. Contohnya :(4a) Ayah risau. Kakak kau nak pindah sekolah. Ayah tak ada duit. (4b) Ayah risau kerana tak ada duit, kakak nak pindah sekolah. Dalam contoh ayat (4a), terdapat subjek frasa nama Ayah yang serupa dalam ayat yang berpotensi untuk bergabung bagi membentuk

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 5

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


ayat majmuk. Jadi, subjek frasa nama ayah dalam ayat kedua yang serupa tersebut boleh digugurkan bagi membentuk ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung kerana dalam ayat (4b)

2.1.2 Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:557), frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif boleh digugurkan apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif. Dalam Bahasa Melayu, proses pengguguran jenis ini boleh berlaku dalam kedudukan frasa nama sebagai subjek dan frasa nama yang mendahului frasa relatif dalam kedudukannya sebagai objek. Contohnya :-

(13)

Aku tak inginkan puji-pujian itu. Aku tak mahu ayah bersusah hati. Aku tak inginkan puji-pujian kerana tidak mahu ayah bersusah hati.

3.0

Kesimpulan Proses penerbitan ayat terbentuk apabila beberapa unsur, sama

ada unsur perkataan atau unsur frasa mengalami penambahan pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar (Ahmad Khair Mohd, 2003:147). Terdapat tiga proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu proses pengguguran, proses peluasan dan proses penyusunan semula. Pendapat Nik Safiah Karim et al.(2008), Asmah Haji Omar(1993), Abdullah Hassan et al.(2006) dan Arbak Othman (1980)berkaitan proses penerbitan ayat adalah hampir sama,namun agak berbeza dari segi penggunaan istilah dan pembahagiannya. Nik
MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 6

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


Safiah Karim et al.(2008) dan Abdullah Hassan et al.(2006) sependapat dalam penggunaan istilah pengguguran, penyusunan semula dan peluasan ayat. Asmah Haji Omar (1993) pula menggunakan istilah lain bagi proses pengguguran ayat, iaitu penghilangan. Selain itu, Arbak Othman(1980) pula menggunakan istilah delesi yang berasal daripada delectiondalam bahasa Inggeris untuk proses pengguguran, pergerakan untuk proses penyusunan semula dan penambahan untuk proses peluasan. Berdasarkan pendapat Abdullah Hassan et al. (2006) dan Nik Safiah Karim et al. (2008) berkaitan dengan proses pengguguran ayat, dapatlah disimpulkan bahawa proses peluasan yang utama dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif, dan pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa.

Dalam proses penyusunan semula pula, Nik Safiah Karim et al. (2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) masing-masing sependapat dalam membahagikan proses penyusunan semula dalam bahasa Melayu kepada tiga jenis, iaitu penyusunan semula frasa sebagai subjek, penyusunan semula frasa nama sebagai objek dan penyusunan semula melalui ayat songsang. Walau bagaimanapun, Arbak Othman (1980) ada menambah satu lagi proses penyusunan semula, iaitu transformasi relatif, manakala Asmah Haji Omar (1993) pula tidak membuat pecahan-pecahan kecil dalam proses penyusunan semula ini seperti yang dibuat oleh Nik Safiah Karim dan Abdullah Hassan. Di samping itu, Nik Safiah Karim et al.
MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR Page 7

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


(2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) juga bersependapat bahawa proses peluasan ayat dalam bahasa Melayu boleh berlaku melalui peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi. Walau bagaimanapun, Abdullah Hassan et al. (2006) menambah satu lagi bentuk peluasan, iaitu peluasan dengan frasa adverba (keterangan).

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 8

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

Soalan 2

Secara berkumpulan (2 orang) atau individu juga, anda dikehendaki mencari sekurang-kurangnya 10 jenis ayat yang terdiri daripada ayat penyata, ayat Tanya, ayat perintah dan ayat seruan dari teks yang telah dipilih dan menganalisisnya dengan menggunakan rajah pohon yang sesuai.

Ayat ialah perkataan-perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan makna yang lengkap. Ayat yang lengkap mempunyai subjek dan predikat. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat Tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

1.0

Ayat Penyata Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat

Satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan untuk menyatakan Atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat ini juga disebut Sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan petikan yang Telah dipilih, ayat penyata adalah seperti di bawah :-

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 9

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


a) Ayah pergi kerja dengan muka masam.

Ayat

Subjek

Predikat

Ayah(KN)

pergi kerja

dengan muka yang muram

(KK) pergi

(KK) kerja

(KH) dengan muka yang muram

(KA) muka

(KH) yang

(KS) muram

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 10

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


b) Ayah dan emak tidak banyak bercakap.

Ayat

Subjek Ayah dan emak

Predikat tidak banyak bercakap

(KN) Ayah

dan emak

tidak banyak

bercakap(KK)

(KS) (KH) dan (KN) emak tidak

(KH) banyak

c)

Emak dan ayah tidak banyak berubah. Ayat

Subjek

Predikat

Emak dan ayah

tidak banyak berubah

(KN) emak dan ayah tidak banyak berubah(KK)

(KH) dan

(KN) ayah

(KS) tidak

(KH) banyak

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 11

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

2.0

Ayat Tanya Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan

Sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan Perkataan tertentu, ayat Tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, Iaitu :a) Ayat Tanya tanpa kata Tanya i) Ayah yang buat janji itu!

Ayat

Subjek

predikat

Ayah (KN)

yang buat janji itu!

(KH) Yang

buat janji itu!

Buat janji

itu!

(KK) Buat

(KK) (KS) (TS) janji itu !

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 12

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


ii) Kakak dah lupa pesan ayah agaknya? Ayat

Subjek Kakak dah lupa

predikat pesan ayah agaknya?

(KN) kakak dah lupa

(KK) pesan

ayah agaknya?

(KH) dah

(KS) lupa

(KN) ayah agaknya?

(KS) agaknya

(TT) ?

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 13

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


iii) Di mana ayah nak cari? Ayat

Subjek

predikat

Di mana

ayah nak cari?

(KS) di

(KA) mana

(KN) ayah nak cari?

(KH) nak (KK) cari

cari?

(TT) ?

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 14

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


3.0 Ayat perintah Ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan yang kuat oleh penutur terhadap pendengar. Ayat ini bertujuan untuk menimbulkan satu tindakan dan ditujukan kepada orang kedua seperti kamu, awak, dan engkau yang biasanya digugurkan. Ayat ini terdiri dari ayat yang bertujuan untuk menyuruh, melarang, mempelawa dan meminta. Ayat perintah diujarkan dengan intonasi rendah dan menurun dengan nada keras pada mana-mana perkataan yang hendak ditekankan maksudnya bertujuan untuk mendapat respon pendengar. Ayat perintah boleh disertakan dengan partikel -lah. Ini kerana, tanpa partikel -lah, nada suara ketika mengucapkannya dirasakan agak keras atau kasar. Dengan adanya partikel -lah, maka untuk melembutkan perintah. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis : Ayat suruhan Ayat larangan Ayat silaan Ayat permintaan

Contoh ayat perintah yang terdapat dalam petikan yang dianalisis ialah seperti berikut :-

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 15

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


i) Basikal yang ada beri saja kepada adik kau!

Ayat

Subjek

predikat

Basikal yang ada

beri saja kepada adik kau

(KN)

yang ada

beri saja

kepada adik kau

(KH) yang

(KS) ada

(KK) beri

(KS) saja

(KA) kepada

adik kau

(KN) adik

(KG) kau

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 16

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)

ii).

Cakaplah ayah. Mana tahu adik boleh tolong. Ayat

Subjek Cakaplah ayah

predikat mana tahu adik boleh tolong

Cakaplah (KK) (PAR) Cakap lah

ayah (KN)

mana tahu

adik boleh tolong

(KA) Mana

(KH) tahu

(KN) adik

boleh tolong

(KH) Boleh

(KK) tolong

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 17

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


4.0 Ayat seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas, aduhai dan sebagainya. Contoh ayat seruan dalam petikan ialah seperti berikut :i) i) Ayah yang buat janji itu!

Ayat

Subjek

predikat

Ayah (KN)

yang buat janji itu!

(KH) Yang

buat janji itu!

Buat janji

itu!

(KK) Buat

(KK) (KS) (TS) janji itu !

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 18

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


ii) Duit boleh dicari, ayah! jelasku. Ayat

Subjek

predikat

Duit boleh dicari

ayah jelasku

Duit boleh

dicari

ayah!

Jelasku

(KN) Duit

(KH) boleh

(KS) di

(KK) cari

ayah

jelas (KK)

ku (KN)

(KN) (KS)

5.0

Kesimpulan Jelas bahawa bidang sintaksis, yang mengkaji persoalan bentuk,

struktur, dan binaan ayat, merupakan bidang yang amat penting dalam penganalisisan sesuatu bahasa.

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 19

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


Refleksi (Madlane Ak. Assing / 720714-13-5384)

Saya telah menerima tugasan ini pada 24 Ogos 2013 oleh pensyarah pembimbing bagi subjek sintaksis 3010. Kami diminta untuk mencari pasangan dalam menyelesaikan tugasan ini. Saya bersama rakan saya Zainon Bt. Tahir telah berkolaborasi dalam menyelesaikan tugasan ini. Pertama sekalinya kami telah membuat pembahagian tugas dan membuat perbincangan awal sambil bertanya kepada pensyarah pembimbing sebagai gambaran awal. Setelah itu kami bergerak sendiri dengan tugas masingmasing. Buat pertama kalinya saya membaca tugasan dan kehendak nya, saya rasa tugasan ini amatlah mencabar dan amat sulit buat saya sudah 9 tahun tidak mengajar bahasa Melayu. Banyak sudah saya ketinggalan dalam bahasa Melayu dan perkembangannya. amat banyak kekangan pada saya kerana saya sudah tidak begitu mahir dan pasti beberapa aspek dalam jenis-jenis ayat, pembentukan kata, frasa-frasa dan sebagainya. Sintaksis ini pada saya, bukan satu bidang yang mudah dan ringan. Untuk mengatasi masalah ini, saya menjadikan perpustakaan, rakan-rakan sebagai rujukan disamping menjadi laman sesawang sebagai peneman. Mengalir jugalah air mata saya, dalam usia yang sebegini saya gagal menghantar tugasan tepat pada waktunya sehingga saya perlu minta penangguhan kepada pensyarah. Buat pertama kalinya setelah berada dalam semester 5 saya gagal menghantar tugasan tepat pada tarikhnya. Namun saya berasa bersyukur kerana pensyarah saya amat memahami dan mengerti.

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 20

SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3110)


Masalah ini bukanlah kerana disengajakan tetapi ketidakfahaman menghimpit diri sehinggakan saya merasakan diri ini seperti seorang pengemis bertanya pada rakan-rakan sekelas tentang tugasan. Saya amat berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan saya rakan-rakan yang begitu prihatin dan mempunyai perasaan ingin membantu. Dalam kelas BMM2 inilah saya telah belajar mengenali rakan sejati dan rakan berbudi. Akhirnya, tugasan ini berjaya juga disiapkan walaupun saya dan rakan saya menghadapi pelbagai kekangan. Dari pengalaman ini, saya tanamkan semangat dan kekuatan agar saya lebih bersabar dan bertawakal dalam menghadapi apa jua rintangan sehingga ke akhir perjuangan ini.

MADLANE AK. ASSING/ZAINON BT. TAHIR

Page 21

You might also like