You are on page 1of 2

REFLEKSI Proses mengumpul maklumat dimulakan dengan mencari sumber- sumber dalam internet berkaitan dengan boneka, penghasilan

boneka dan juga penggunaan boneka. Selain itu, maklumat yang berkaitan dengan srategi pengajaran yang menggunakan boneka turut dicari di perpustakaan dengan merujuk beberapa majalah dan sebagainya yang bersesuaian dengan topik. Perbincangan dengan rakan sekelas dan pensyarah turut diadakan untuk berkongsi idea dan pendapat masing- masing mengenai tugasan ini.

Tugasan ini turut memberi peluang dan meningkatkan kesedaran saya, sebagai seorang pelatih dan bakal guru untuk melengkapkan kemahiran dan pengetahuan saya terutama dalam mengaplikasikan kepelbagaian strategi pengajaran nanti. Saya semakin menyedari kepentingan peranan dan tanggungjawab seorang guru itu dalam mendidik dan melahirkan pelajar yang mampu menguasai dalam pembelajaran mereka. Tidak dapat dinafikan, daya atau tahap kreativiti seseorang itu berbeza. Namun, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mengasah dan mencungkil bakat dan kreativiti pelajar mereka. Penghasilan boneka ini bukan sahaja hanya digunakan oleh guru sebagai salah satu alat pengajaran dan pembelajaran namun, dijadikan sebagai salah satu tugasan projek kepada pelajar. . Pada akhir kerja kursus ini saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut

mengenai jenis pengajaran dan pembelajaran yang sesuai menggunakan boneka sebagai alat bantu mengajar .Disamping itu, penggunaan boneka dalam proses P&P juga boleh menarik minat pelajar untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh

guru dengan lebih mendalam. Pelajar juga tidak akan mudah berasa bosan semasa menjalani proses pengajaran dengan penggunaan boneka.

Masalah yang dihadapi semasa menjalankan kerja kursus ini ialah kekurangan bahan- bahan rujukan dalam bentuk buku rujukan. Namun masalah ini dapat diatasi dengan membuat kepastian dengan berbincang dengan rakan-rakan dan juga bertukartukar pendapat. Tambahan lagi dengan kepelbagaian jenis boneka menyebabkan saya keliru untuk menghasilkan boneka.

You might also like