You are on page 1of 8

MENGHURAIKAN KESAN MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ISL PKU3102

NAMA: NUR FARAHIN BT AHMAD NORHASLINDA BT IDORUS KUMPULAN: PISMP PK(BM)/PJ/BI AMBILAN: JULAI 2007

Bahasa adalah satu lambang pertuturan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok manusia dan digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi. Masalah pertuturan juga berkait rapat dengan masalah bahasa kerana kedua-duanya merupakan alat untuk berkomunikasi. Masalah komunikasi pula ialah seseorang yang mengalami pertuturannya yang berbeza dari individu yang lain dalam kumpulan umur, jantina atau bahasa yang sama, jika pertuturannya sukar difahami, atau apabila seseorang individu itu mengelak untuk berkomunikasi.

Individuals with Disabilities Education Act (IDEA), USA, telah mendefinisikan masalah bahasa dan komunikasi sebagai:

..suatu masalah komunikasi seperti gagap,masalah penyebutan,masalah bahasa, atau masalah suara yang memberi kesan yang kurang baik terhadap pencapaian dalam pembelajaran.

Kesan masalah bahasa dan komunikasi terhadap perkembangan kanak-kanak

1) Masalah suara - Masalah atau gangguan suara yang melibatkan kualiti bunyi suara yang tidak normal atau luar biasa dihasilkan kanakkanak yang bercakap.Pertuturan sengau akan terhasil apabila udara dari paru- paru yang sepatutnya keluar melalui rongga mulut telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap.Keadaan ini akan menyebabkan kanak- kanak itu menjadi sengau. Oleh itu, kanakkanak sumbing akan menyebut kebanyakan konsonan secara sengau kecuali bunyi vokal dan bunyi konsonan n,m,dan ng.

2) Masalah kelancaran - Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling biasa. Seseorang akan dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna.

3) Masalah artikulasi

- Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak akan bertutur dengan meniru pertuturan orang dewasa. Kebiasaannya sebutan perkataan perkataan sengaja tidak lengkap bagi memudahkan mereka meniru sebutan perkataan. Mereka akan menyebut perkataan dengan pelat, misalnya nacik untuk nasi, beak untuk berak dan sebagainya. Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah menyebut perkataan dengan betul. Faktor persekitaran juga akan menyebabkan mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanak misalnya persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap,menggunakan dua atau lebih bahasa,tekanan emosi atau kanak-kanak yang terbiar tanpa bimbingan orang dewasa sebagai model.

4) Kelewatan bertutur
- Kanak-kanak yang lewat bertutur akan bertutur seperti kanak-kanak yang yang jauh lebih muda daripadanya. Mereka kerap dianggap sebagai keanak-anakan dan sukar bergaul dengan rakan sebaya. Kelewatan bertutur juga sering dikaitkan dengan ketidakupayaan seperti masalah pendengaran,terencat akal,gangguan emosi dan kerosakan otak.

Sekian terima kasih

You might also like