You are on page 1of 1

Latihan Tatabahasa (Rencam) Januari Minggu 1 A. Garisi jawapan yang betul dalam ayat-ayat yang berikut: 1.

Gopal (berasa / merasa) gayat apabila meninjau dari atas tingkat kedua belas hotel itu. 2 Orang asli dari kawasan (pedalaman / pendalaman) itu tercengang-cengang apabila tiba di bandar untuk kali pertama. 3 Aminah sering mengekalkan kebersihan (pekarangan / perkarangan) rumahnya. 4 Saya tidak (perasan / perasaan) bahawa ayah sudah pulang dari pejabatnya. 5 (Tembok / tembuk) tinggi didirikan di sekeliling penjara itu. 6 Banyak kesusahan yang terpaksa kita (tempuh / tempoh) dalam kehidupan ini. 7 (Pendengaran / Kedengaran) orang tua itu masih tajam lagi. 8 Dia menyerahkan geran tanahnya sebagai (boroh / buruh) untuk mendapatkan pinjaman daripada bank yang berkenaan. 9 Lelaki yang kurus itu (boleh / dapat) makan lima bungkus nasi lemak sekali gus. 10 Pelajar itu (menelah / menelaah) pelajaran setiap malam supaya dapat mengingat segala pelajaran yang disampaikan oleh guru-gurunya. B. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Isikan dari, daripada, di atau pada ke dalam tempat-tempat kosong ini. Krishnan menggantung gambar berbingkai itu _______ dinding biliknya. Banyak maklumat yang dapat kita peroleh _____________ Internet. ___________ kecil lagi, dia sudah suka melukis. Kedai runcit itu terletak __________ hujung kampung itu. Guru itu menasihati para pelajar agar menjauhkan diri _____________ dadah. ___________ manakah kamu memperoleh risalah ini? Adik biasanya tidur selama sejam __________ sebelah petang. Juruelektrik itu memasangkan kipas elektrik itu ___________ siling bilik ayah. Suresh banyak menerima hadiah daripada kawan-kawannya ______ hari jadinya. Buah yang ranum itu gugur ______ atas pokok itu.

C. Isikan kata kerja yang sesuai ke dalam tempat-tempat kosong yang berikut dengan berdasarkan kata dalam kurungan. 1 Kakak _______________ (hidang) pelbagai juadah kepada para tetamu. 2 Nyanyian lagu kebangsaan ___________ (mula) majlis pada hari itu. 3 Penonton bola sepak ____________ (penuh) stadium itu. 4 Buluh runcing ______________ (pagar) halaman rumah Pak Musa. 5 Sesiapa pun boleh ______________ (serta) pertandingan ini. 6 Kami tidak berani _____________ (jalan) lorong yang gelap itu. 7 Johari _____________ (beli) anaknya sebuah kamus bahasa Melayu yang terkini. 8 Gadis yang gemuk itu ___________ (langsing) badannya dengan kerap bersenam. D. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Garisi ejaan yang betul dalam ayat-ayat yang berikut. Para (pelancong / pelancung) menyenangi kraf tangan yang dihasilkan oleh orang asli di sini. Kami menyimpan barang-barang lama di dalam (stor / setor) itu. Pada (hemah / hemat) saya, Ali jujur orangnya. Kempen (antirokok / anti-rokok) diadakan dari semasa ke semasa. Orang kaya haruslah membantu (golongan / gulungan) miskin. Dia menurunkan (tanda tangan / tandatangan)nya pada surat perjanjian itu. Kee Huat mengangkat sumpah di hadapan (Pesuruh jaya / Pesuruhjaya) Sumpah itu. (Pilihan raya / Pilihanraya) umum diadakan lima tahun sekali atau lebih awal. Orang tua itu masih mendiami (telatah / teratak) usang itu. Pemberita itu (menemuramah / menemu ramah) pelajar yang memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang itu.

You might also like