You are on page 1of 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata pelajaran Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk Tarikh Masa : : : : : : : Bahasa Melayu 5 Cemerlang 30 Orang Benda Benda-benda yang ada di sekeliling 25 Ogos 2014 60 Minit

Hasil Pembelajaran: Fokus utama : 6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus. Aras 1 (i) Membaca dan mencari fakta yang relevan. Fokus sampingan : 2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat. Aras 1 (i) Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara. Fokus Sampingan : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan Aras 1 (i) Mengeja dan menulis perkataan dan rangkai kata yang dibacakan. Objektif : I. Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat: Murid dapat melaporkan perkataan-perkataan penjodoh bilangan yang diperolehi daripada video. Membaca petikan dan mencari perkataan-perkataan atau frasa penjodoh bilangan. Mengimlak dan menyemak dalam kumpulan.

II.

III.

Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa Ilmu Nilai

: : : :

Kemahiran lisan, membaca dan menulis Tatabahasa, sebutan dan intonasi Bahasa Melayu Bekerjasama, keyakinan, menghormati dan Menghargai.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Menjana idea Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan Kecerdasan pelbagai : Intrepersonal, interpersonal dan verbal-linguistik Pengetahuan Sedia Ada : Murid mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan penjodoh bilangan. BBM : Lembaran kerja, teks petikan, buku latihan dan alat tulis, kad gambar, kad perkataan, kad manila, bunga, buah pisang, payung, sapu tangan dan sekotak pensel. Strategi : Berpusatkan murid dan bahan Kaedah/teknik : Koperatif

Isi pelajaran Murid akan melihat sekuntum bunga, sejambak bunga dan beberapa benda lain.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Set induksi (5 minit) Guru akan menunjukkan sekuntum bunga dan sejambak bunga kepada murid-murid. Kemudian, murid diminta menyatakan nama bagi setiap satu item yang ditunjukkan. Guru menyatakan kepada murid bahawa terdapat penjodoh bilangan bagi setiap jumlah bilangan item yang ada.

Catatan BCB : Mendengar dan menjawab secara aktif

Soalan guru: 1. Apakah nama bagi setiap benda/barang yang cikgu tunjukkan?

BBM : Bunga (sebenar atau plastik), sekotak pensel, kain sapu tangan (3 helai), payung (2 kaki), buku (sebuah), pisang (satu sikat).

2. Berapakah bilangan benda/barang yang cikgu pegang dan tunjukkan ini?

Guru akan menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan dipelajari pada hari ini ialah penjodoh bilangan.

2.2 Aras 1 (i) Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara

Langkah 1 (15 minit) Guru akan membahagikan muridmurid kepada 5 kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 5 orang (1 kumpulan akan mempunyai 6 orang ahli). Guru akan menayangkan Slaid Powerpoint Mari belajar penjodoh bilangan dengan menggunakan LCD Projector mengenai penjodoh bilangan. Murid akan mengenalpasti penjodoh bilangan di dalam slaid Ppt tersebut. Kemudian, setiap kumpulan akan membentangkan penjodoh bilangan yang mereka dapati berdasarkan tayangan slaid Ppt tersebut dalam kad manila. Kumpulan yang mendapat jumlah penjodoh bilangan yang paling banyak/betul akan dinyatakan sebagai kumpulan terbaik. KB : menghubungkaitkan, menjana idea

Slaid Powerpoint (Ppt): Mari belajar penjodoh bilangan

BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat.

KP : verbal linguistik, naturalis, intrapersonal, interpersonal Nilai : kerjasama, hormat menghormati BBB : Slaid Ppt mari belajar penjodoh bilangan BCB : i) Membaca secara bacaan imbasan

6.5 Aras 1 (i) Membaca dan mencari fakta yang relevan.

Langkah 2 (20 minit) Guru akan mengedarkan petikan kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan membaca petikan tersebut Murid akan mengenal pasti penjodoh bilangan dan menandakannya

Petikan teks

ii) Mendengar dengan aktif.

dengan cara menggariskan atau membulatkan perkataan tersebut. - Wakil setiap kumpulan akan membacakan hasil dapatan yang telah dibincangkan dalam kumpulan. Dan guru membimbing murid menyemak jawapan. 9.1 Aras 1 (i) Mengeja dan menulis perkataan dan rangkai kata yang dibacakan Langkah 3 (15 minit) Guru akan mengarahkan murid untuk mengeluarkan alat tulis (pen dan buku latihan) Penilaian : Kad perkataan berkaitan benda : Roti Cincin Payung Rantai Pokok kelapa Jagung Baju Rumah Sungai Ikan Guru menunjukkan 10 kad perkataan berkaitan benda dan meminta murid memberi penjodoh bilangan yang sesuai bagi setiap benda tersebut. Murid akan menyalin perkataanperkataan atau frasa-frasa dan menulis penjodoh bilangan yang sesuai bagi setiap benda tersebut. Selepas selesai menyalin, guru akan meminta murid untuk menukar buku sesama rakan untuk tujuan penyemakan bagi mengesan murid yang tidak dapat menguasai topik penjodoh bilangan selain daripada pemerhatian yang dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengukuhan Lembaran kerja 1 Guru akan mengedarkan lembaran kerja kepada murid (kategori sederhana dan cemerlang) dan lembaran kerja ini akan dilakukan secara berkumpulan. Pemulihan Murid-murid pemulihan akan disediakan dengan beberapa item (kasut, buku, gula-gula yang bertangkai,

BBB : Petikan

KB: menjana idea, menghubungkaitkan

BCB: memproses, mencatat dan melaporkan maklumat, mendengar secara aktif

KP : intrapersonal, audio

Nilai : bekerjasama dan menghargai.

Gambar-gambar item dan kad perkataan

BBB : Buku latihan, alat tulis dan senarai penjodoh bilangan, lembaran kerja, gambar item dengan kad perkataan, senarai penjodoh bilangan.

bunga, maker pen dan tali). Murid-murid ini dikehendaki untuk melabel item tersebut dengan menggunakan kad perkataan yang telah disediakan. Pengayaan Murid-murid pengayaan akan diberikan lima penjodoh bilangan. Mereka dikehendaki untuk membina ayat berdasarkan penjodoh bilangan tersebut di dalam buku latihan masing-masing.

Senarai 5 penjodoh bilangan 1) sebentuk 2) sekaki 3) sehelai 4) sebuah 5) segugus

Penutup (3 Minit)

Guru akan bersoal jawab dengan murid mengenai penjodoh bilangan berdasarkan contoh-contoh yang ada disekeliling. Misalnya botol air, pen dan buku. Guru merumus pembelajaran pada hari ini iaitu mengenai penjodoh bilangan.

Nilai-nilai murni: Bekerjasama, keyakinan, menghormati dan menghargai

Ulasan : Aktiviti penilaian dijalankan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, sama ada melalui kaedah soal-jawab, latihan bertulis dan pemerhatian. Aktiviti pengukuhan berbentuk lembaran kerja, diberikan kepada murid yang dikategorikan pandai selepas penilaian dibuat. Manakala murid yang lemah diberi aktiviti pemulihan dan dibimbing secara berkumpulan. Seterusnya murid-murid yang telah menguasai kemahiran dan dikategorikan cemerlang diberi aktiviti pengayaan iaitu membina ayat.

Baca petikan di bawah dan senaraikan beberapa penjodoh bilangan yang terdapat di dalam petikan:

Sempena hari lahir Amira yang ke-10,ibu dan ayahnya menghadiahkan sebuah iPad ,seutas rantai emas dan sebuah kamera digital kepada Amira .Amira kelihatan begitu cantik apabila memakai sepasang baju kurung biru lembut dan juga sehelai tudung jenama Ariani. Ramai kenalan rapat,serta jiran tetangga Amira datang untuk bersama-sama meraikan majlis hari lahirnya itu. Ibu Amira menyediakan pelbagai menu seperti laksa asam, nasi ayam, mi goreng, lima puluh biji karipap, 200 cucuk sate dan tiga biji kek. Pelbagai hadiah yang telah diperoleh oleh Amira pemberian rakan-rakannya seperti beberapa jambak bunga, lima helai baju-T Boboi boy, lima kotak coklat, sepuluh naskhah buku cerita serta sebentuk cincin emas istimewa daripada kakaknya dan sebatang pen jenama Parker daripada abangnya. Amira mengucapkan terima kasih kepada kenalan serta tetamu yang sudi datang ke majlis sambutan hari jadinya itu.Dia memberikan sekuntum bunga ros segar sebagai cenderahati kepada semua yang hadir.

Nota : Pastikan anda memperolehi 12 penjodoh bilangan daripada petikan di atas.

LEMBARAN KERJA 1 Tuliskan penjodoh bilangan yang sesuai bagi objek yang disenaraikan. 1. cincin - __________ 2. anggur - __________ 3. kasut - __________ 4. bola - __________ 5. meja - __________ 6. kerusi - __________ 7. buku - __________ 8. baju - __________ 9. cawan - __________ 10. pensel - __________ 11. kertas - __________ 12. pokok - __________ 13. bunga - __________, __________ 14. kipas - __________ 15. nasi - __________

You might also like