You are on page 1of 10

PENCAPAIAN AKADEMIK DAN FAKTORNYA 1.0 Pengenalan Pendidikan akan memberikan pengalaman kepada seseorang individu.

Dengan pengalaman ini, perubahan tingkah laku akan berlaku. Oleh itu, psikologi pembelajaran adalah satu kajian tentang proses dan ciri-ciri pembelajaran yang membawa kepada perubahan tingkahlaku seeorang individu. Menurut C.M Charles , psikologi boleh didefinisikan sebagai kajian tingkah laku. Dapatan daripada kajian-kajian tersebut dapat digunakan unuk meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran.Perkembangan manusia ialah aspek perubahan yang dialami oleh individu bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat lebih awal. Perkembangan bersifat berterusan dari lahir hinggalah mati . ia juga dipengaruhi faktor baka dan persekitaran. Menurut Karl E.Gurrisan perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait rapat Antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan yang berbentuk struktur, kemahiran ataupun sahsiah.Ini adalah aturan semulajadi dan sifat-sifat sejagat. Secara ringkasnya, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara

perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yan menuju ke arah tertentu. Hasil daripada perkembangan di atas, satu kajian akan dibuat ke atas dua orang murid yang mempunyai pencapaian yang berbeza iaitu seorang murid berpencapaian akedemik yang baik dan pencapaian akedemik yang lemah. Maka kedua-dua murid ini perlu dikaji dari segi faktor yang mempengaruhi pencapaian akedemik dan langkah yang perlu di ambil untuk mengatasi perbezaan individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ( 210 patah perkataan )

2.0

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKEDEMIK

2.1

Faktor Perkembangan Peringkat perkembangan berbeza-beza antara individu.Ini kerana kadar

pertumbuhan adalah berlainan bagi setiap individu. Teori Psikologi Gesell menekankan bahawa setiap individu adalah unik dan keunikan atau individualiti seharusnya dihormati.Dengan itu, kanak-kanak dibenarkan berkembang mengikut kadar perkembangannya sendiri.Ini bermakna mereka tidak boleh dipaksa untuk membuat sesuatu tanpa mengambil kira peringkat kematangan serta peringkat perkembangannya. Daripada kajian dijalankan kepada 2 orang murid tadi,jelas menunjukkan bahawa faktor perkembangan mempengaruhi pencapaian akedemik mereka. Murid yang baik pencapaian akedemik lebih matang dan mempunyai kesedaran pentingnya

pembelajaran. Murid yang cemerlang hidup dalam masyarakat yang mengambil berat tentang pencapaian akedemik dan murid yang lemah tidak mempedulikan pencapaian akedemik. Beliau tidak mempunyai kesedaran pentingnya pencapaian akedemik. Merujuk Teori Perkembangan Robert Havighurts menyatakan bahawa perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat mengenai tingkah laku yang sepatutnya dikuasai oleh individu tersebut pada setiap peringkat umur tertentu yang mempunyai set kemahiran atau kebolehan bagi menambah penguasaan terhadap pencapaian akedemiknya.Tugas perkembangan ini meliputi kemahiran yang dikuasai dari aspek kognitif sosial, fizikal dan emosi.Dalam kajian dua murid tersebut, faktor perkembangan mereka tidak sama mempengaruhi pencapaian akedemik mereka. Murid baik iaitu Wan Amani Hazirah mengambil berat pencapaian akedemik kerana baginya pendidikan penting dalam kehidupannya. Sekiranya gagal maka gagal dalam menguasai set kemahiran ditentukan oleh ibu bapa dan masyarakatnya.Dengan usaha dan kerajinan beliau dapat memastikan pencapaian akedemiknya baik dan bagus. Manakala bagi murid lemah iaitu Kamaruzzaman tidak mempunyai cita-cita tinggi dalam kehidupannya. Kejayaan dalam pendidikan bukanlah matlamat hidupnya dan hidup dalam masyarakat yang tidak mempedulikan pencapaian akedemik.Kesannya murid lemah tidak mendapat keputusan yang baik dalam pencapaian akedemiknya. ( 200 patah perkataan)

2.2

Faktor Kendiri Setiap daripada kita mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang diri

sendiri. Gambaran ini disebut konsep kendiri atau imej kendiri yan merangkumi

gambaran tentang tingkah laku. Konsep kendiri dibentuk hasil daripada interaksi dengan orang lain dan penyesuaian diri dengan alam sekitar. Penyesuaian yang berjaya akan menghasilkan konsep kendiri positif manakala kegagalan akan membawa konsep kendiri negatif. Mengikut Teori pelaziman Skinner, pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara ransangan dengan gerak balas.Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman klasik. Melalui teori ini, kita boleh memahami bahawa murid cemerlang diransang dengan ransangan yang baik. Setiap perkara baik diberikan peneguhan yang positif terutama memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pencapaian akedemik. Ini memberikan motivasi dan semangat untuk meningkatkan pencapaian akedemik serta mengulangi setiap perbuatan positif. Bagi pelajar yang lemah kurang mempunyai semangat kendiri kerana tidak pernah diberi peneguhan positif oleh guru. Malah dimarahi oleh guru akibat malas belajar dan tidak membuat kerja rumah. Semangat untuk belajar dalam dirinya kurang kerana tidak ada motivasi dan dalam dirinya. Tumpuan terhadap pembelajaran tidak menetapi objektif pengajaran guru menyebabkan pencapaian akedemik murid B lemah. Kajian ini boleh dikaitkan juga dengan pendapat Burrhus Federic kinner ( 19041990) yang menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan di dalam jangka masa yang panjang dan perbezaan perlakuan peneguhan yang komplek daripada perlakuan di kaji. Menurut Skinner jua ( 1953 ) di dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh dikuatkan iaitu diulangi berterusan atau dihapuskan jika diberikan peneuhan sebaik sahaja gerak balas itu di tunjukkan.Contohnya, jika kanak-kanak tersebut tidak di beri apa-apa pujian atau senyuman , maka kemungkinan kanak-kanak itu mengulangi tinkah laku adalah rendah. Sejajar dengan ini jelas menunjukkan bahawa faktor kendiri penting dalam mempengaruhi pencapaian akedemik. Latar belakang keluarga yang baik juga memainkan peranan kerana menjadikan anaknya lebih berani dan yakin untuk mengiatkan diri dalam sesuatu aktiviti di anjurkan serta mudah untuk mencapai kejayaan. Sementara murid yang lemah kurang keyakinan kerana tiada sokongan dari keluarga menyebabkan murid itu tidak bersemangat dan takut untuk menceburi aktiviti dianjurkan oleh pihak sekolah. ( 260 patah perkataan)

2.3

Faktor Baka

Baka adalah ciri-ciri yang diturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Setiap orang akan mewarisi sebahagian kecerdasan,rupa , tahap aktiviti, personaliti dan gaya bahasa. Semua ini diturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka sewaktu pencantuman sel sperma yan mengandungi 23 kromoson dan selovum yang mengandungi 23 kromosom untuk membenuk anak. Menurut teori Arnold Gesell iaitu seorang ahli pikologi yang amat mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan seseorang individu.Beliau mempercayai bahawa kematangan merupakan faktor yang paling utama dalam menentukan proses pembelajaran. Menurut Arnold Gesell lagi, semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan yang tertentu.Oleh sebab itulah, perkembangan antara individu berbeza kerana kadar pertumbuhan berlainan bagi setiap individu. Daripada kajian dijalankan ke atas dua pelajar ini amat jelas faktor baka mempengaruhi pencapaian akedemik kerana murid A ( Baik ) memiliki latar belakang keluarga yang cemerlang iaitu bapanya seorang juruteknik dan ibunya pula seorang guru.Dari segi kognitif Wan Amani Hazirah memang mudah untuk memahami pengajaran guru dan berminat untuk belajar sehinga mencapai kecemerlangan dalam akedemik. Keprihatinan dalam sesebuah keluarga amat penting untuk menentukan sebuah kejayaan. Berbeza denan murid B ( lemah ) memiliki latar belakang keluarga yang tidak berpendidikan menyebabkan pengajaran guru tidak di fahaminya . Semangat untuk belajar tidak ada dalam dirinya kerana kurang sokongan dan kecaknaan ibu bapanya menyebabkan pencapaian akedemiknya merosot. Faktor baka jelas mempengaruhi kedua-kedua pelajar ini dari segi konitifnya. Mengikut pendapat Alfred Binet, Theodore dan uiford mempercayai kecerdasan adalah diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran (Borich & Tombari, 1997). ( 230 patah perkataan )

2.4 Faktor Persekitaran

Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku di dalam kehidupan seseorang yan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya.Ini bermakna persekitaran merupakan perkara yan bukan

genetik untuk mempengaruhi seseorang individu. Kajian ini dikotakan oleh papalia 2001. Menurut teori W. Edger Vinacke menerangkan bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada peringkat pra lahir atau selepas lahir. Teori Ekologi Bronfenbrenner menegaskan tentang kehidupan sosial kanak-kanak mempengaruhi pencapaian akedemik mereka.Sebagai contoh, persekitaran yang mempengaruhi sesorang individu termasuklah hubungan rapat individu dengan kedua orang ibu bapanya melalui asuhan dan interaksi, pengaruh adik beradik, ahli keluarga lain, guru-guru, kawan-kawan dan bahan media cetak atau media elektronik serta dari bahan komputer.Persekitaran juga meliputi lokasi tempat tinggal seseorang masyarakat di sekelilingnya dan rumah ibadat.Contohnya cara ibu bapa mengasuh anak-anak mereka adalah berbeza daripada satu keluarga dengan keluarga yang lain.Akibatnnya lahirlah individu yang berbeza. Merujuk kepada kajian yang dijalankan kedua-dua murid iaitu murid pandai tinggal persekitaran rumah yang baik dan selesa. Pengaruh rakan sebaya juga baik di mana mereka sering berbincang tentang akedemik dan pengunaan media elektronik di kawal oleh ibu bapanya menyebabkan murid tersebut memperolehi pencapaian akedemik cemerlang.Berbeza dengan murid lemah yan tingal di rumah yang tidak selesa, tidak mempunyai kemudahan mencukupi menyebabkan Kamaruzzaman suka pergi ke cyber caf untuk memenuhi masanya. Pergaulan rakan sebaya juga bebas dan tidak terkawal sehingga beliau berani menghisap rokok di sekolah. Akibatnya murid ini menjadi malas untuk belajar dan mendapat keputusan peperiksaan tidak memuaskan. Kesimpulannya bahawa persekitaran banyak membentuk cara murid untuk belajar di sekolah. Walaupun mereka masih belajar di sekolah yang sama tapi pengaruh dari persekitaran membantu mereka meningkatkan pencapaian akedemik. ( 260 patah perkataan )

3 LANGKAH

UNTUK

MENGATASI

PERBEZAAN

INDIVIDU

DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.3 Peneguhan Positif Dan Negatif

Peneguhan dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachin (1991), peneguhan, pertama diberikan untuk memuaskan kehendak individu, dan keduanya untuk mengurangkan tekanan dan meransangkan otak. Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru hendaklah memberi peneguhan positif kepada murid yang dapat melakukan kerja dengan baik . Ini memberi peransang dan semangat kepada murid unuk melakukannya dengan berulang.Guru juga perlu memberi peneguhan negatif atas perlakuan tidak baik dilakukan oleh murid sebagai tanda amaran agar murid tersebut tidak mengulanginya lagi. Ini bertepatan dengan Teori Pelaziman Operan skinner bahawa perlakuan hendaklah diperhatikan dalam jangka masa yang lama bagi membentuk perlakuan yang sukar kepada perlakuan yang mudah. Menurut skinner juga, faktor hadiah dan dendaan memainkan peranan bagi membentuk perkembangan individu tersebu terutama dalam pengajaran dan pembelajaran. Cara unuk mengatasi untuk mengatasi perbezaan individu dalam kajian

dijalankan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk murid lemah, guru hendaklah memberikan soalan yang mudah agar dapat menjawab soalan dengan betul. Peneguhan positif seperti kata-kata pujian,atau hadiah, sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid lemah ini akan berminat untuk belajar bersama dengan murid yang pandai. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong murid yang baik atau lemah menghasilkan kerja yang bermutu tinggi.Peneguhan positif diberikan mestilah jelas dan bersistematik serta guru hendaklah ikhlas ketika memberi peneguhan. Peneguhan negatif merujuk kepada ransangan yang serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan selepas suatu tingkahlaku ditunjukkan. Contoh murid lemah tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Sebagai peneguhan negatif, guru membuat teguran dan menunggu murid itu menyiapkan kerja di dalam kelas sementara murid yang baik diberikan latihan pengayaan. Sekiranya murid lemah tidak pandai menjawab, guru boleh memberi bimbingan secara individu. Letakkan murid lemah berasingan dengan murid pandai agar guru dapat mengenalpasti muridnya dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan memberi peneguhan secara berterusan ataupun berkala murid akan rasa mereka dihargai dan berminat untuk belajar. Malah dia akan bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang setaraf dengan murid baik. ( 300 patah perkataan ) perbezaan tahap

3.4 Pembelajaran koperatif

Koperatif bermaksud bekerja bersama untuk mencapai matlamat bersama. Pembelajaran koperatif pula ialah penggunaan kumpulan-kumpulan kecil dalam pengajaran supaya pelajar bekerja bersama-sama bagi memakimumkan pembelajaran sendiri dan juga rakan-rakan lain. Dalam kumpulan pembelajaran koperatif, murid diberi dua tanggunjawab iaitu mempelajari bahan yang diberikan dan memastikan ahli-ahli kumpulan juga mempelajari bahan tersebut. Aktiviti pembelajaran berlaku dalam kumpulan heteroenus, iaitu tidak sama daripada segi kebolehan, minat, bangsa dan agama (Slavin,1991). Pembelajaran koperatif biasanya berlaku dalam kumpulan di mana terdapat pelajar cerdas dan lambat.

Dalam aktiviti pembelajaran, pelajar cerdas dikehendaki membantu pelajar lambat secara bersunggguh-sungguh kerana markah yang diperoleh oleh setiap individu dalam kumpulan akan menjadi markah kumpulan. Semangat kerjasama menjadi semakin tinggi apabila kumpulan ini dikehendaki bertanding dengan kumpulan lain. Kaedah pembelajaran ini menggunakan idea perencah (scaffolding) dalam teori perkembangan kognitif Vyotsky, di mana pelajar yang cerdas akan membimbing murid lambat dalam zon perkembangan proksimal. Cara untuk mengatasi masalah perbezaan individu yang dikaji boleh diaplikasikan melalui pembelajaran secara koperatif. Sebagai guru, kita perlu memberikan panduan kepada murid lemah untuk bekerjasama dalam kumpulan tersebut dan kumpulan cerdas perlu membimbing rakannya yang lemah. Dengan cara ini, pelajar lemah tidak lepas tangan menjadi sleeping partner dalam kerja kumpulan yang diberikan. Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh guru agar pembelajaran ini berjaya dan mencapai objektif iaitu guru perlu menyampaikan satu konsep baru,membentuk kumpulan untuk membuat kajian serta latihan. Selepas itu, guru mengadakan ujian mengenai bahan pembelajaran baru dan guru memberi pengiktirafan kepada kumpulan yang menang. Dalam pembelajaran koberatif ini, mereka akan mendengar, memberitahu, mengulangi sesuatu fakta serta berinteraksi antara satu sama lain. Mereka diberi pelbagai jenis peluang pembelajaran untuk menunjukkan

pencapaian yang lebih baik . Kesannya murid-murid ini terlibat secara aktif dan

bukannya penerima maklumat yang pasif. Dengan langkah yang diterangkan tadi, saya yakin pembelajaran keperatif berjaya mengatasi perbezaan individu dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. ( 280 patah perkataan )

3.3

Pelbagai Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Strategi Pengajaran dan pembelajaran yang baik dan sesuai untuk sesuatu

pelajaran akan membolehkan guru mencapai objektif pelajarannya dengan berkesan. Di samping itu, ia akan menimbulkan minat dan mendorong murid untuk belajar bersungguh-sungguh. Pada masa kini, banyak kaedah dan teknik mengajar yang dapat diaplikasikan kepada murid. Tetapi perlu ditegaskan bahawa tiada satu kaedah dan teknik mengajar tertentu yang paling sesuai digunakan untuk semua situasi pelajaran. Oleh itu, sebagai guru hendaklah mempunyai pengetahuan dalam menguasai kemahiran serta cekap memilih kaedah dan teknik yang sesuai serta berkesan bagi 2 situasi murid tersebut. Sebagai contoh guru menjalankan pengajaran secara individu di mana kita perlu mengajar seorang murid pada masa-masa tertentu. Biasanya guru mulai membantu murid yang lemah selepas pengajaran dijalankan. Menurut Howard E. Blake dan Ann W. Mepherson mentakrifkan pengajaran secara individu adalah satu program pembelajaran untuk setiap bidang kurikulum yang di susun dengan rapi agar murid dapat mendalami tiap-tiap satu mata pelajaran dapat dikuasainya. Pembelajaran individu amat sesuai dijalankan kerana aras murid berbeza, kadar pembelajaran juga berbeza iaitu murid yang pandai cepat memahami sebaliknya murid yang lemah lambat untuk memahaminya. Guru boleh menggunakan modul pengajaran kendiri,pengajaran terancang, dan pengajaran berbentuk komputer.Kaedah pengajaran yang dinyatakan tadi, saya yakin murid lemah akan rasa dihargai dan bersemangat untuk belajar seterusnya dapat mengatasi masalah perbezaan individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,guru juga boleh mengadakan aktiviti lawatan di luar kelas, murid lemah diminta menyenaraikan setiap benda hidup yang di lihat sepanjang lawatan tersebut. Manakala murid pandai diminta menceritakan secara terperinci apa yang dilihat sepanjang lawatan. Secara tidak langsung ianya meransang murid yang lemah bersama-sama dengan pelajar pandai untuk bercerita bersama-sama walaupun tidak secara terperinci.

( 240 patah perkataan )

3.4

Pelbagai Bahan Bantu Mengajar

Pembelajaran dengan menggunakan pelbagai media yang wujud masa kini boleh membantu meningkatkan minat belajar kepada murid lemah mahupun murid pandai. Pengajaran disampaikan melalui radio,televisyen atau komputer adalah bahan bantu mengajar menggunakan media elektronik. Program radio dan televisyen yang dikelolakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan disusun berdasarkan sukatan-sukatan pelajaran tertentu. Melalui program ini, murid boleh melihat situasi sebenar contohnya lading, sawh atau gunung yang ukar untuk dilawati.Ia dapat memperkukuhkan daya ingatan murid kerana kedua-dua deria iaitu pandang dan dengar dapat digunakan. Selain itu, murid lemah dan cerdas dapat menikmati pengajaran yang menarik dengan penggunaan alat bantu mengajar yang cangih. Konsep CAT atau Pengajaran berbantukan komputer berfungsi sebagai tutor atau pengajar dalam menyampaikan satu-satu konsep. Dalam CAT, komputer akan menyampaikan suatu tutorial di ikuti dengan soalan-soalan yang relevan. Melalui soalan tersebut , murid akan dinilai sejauh mana mereka memahami konsep disampaikan oleh komputer. Sekiranya murid mencapai tahap yang sesuai , dia dibenarkan maju ke bahan pembelajaran yang lebih tinggi. Manakala murid yang lemah akan di minta oleh komputer unuk mengulangi sesuatu pelajaran sehinggalah mencapai satu tahap yang memuaskan. Melalui teknik ini saya yakin bahawa objekif pengajaran dan pembelajaran berjaya dilaksanakan serta satu langkah yang baik untuk mengatasi masalah perbezaan individu dalam proes pengajaran dan pembelajaran di sekolah khususnya. ( 180 patah perkataan )

KESIMPULAN

Menurut Borich & Tombari (1997), perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan dalam kalangan ahli satu kumpulan dari segi ciri-ciri tertentu seperti temperamen,tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak. Manusia juga dipengaruhi oleh faktor persekitarannya, gaya hidup keluarganya, status ekonomi ibu bapanya, suasana di sekolah mahupun di rumah, komuniti dan masyarakat di mana dia tinggal, pekerjaan ibu bapanya serta masa bersantai atau cuti sekolah. Dalam menghadapi kepelbagaian perbezaan murid-murid di sekolah, guru mestilah bijak dalam menangani situasi dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilalui oleh murid-murid. Guru hendaklah sedar setiap individu dilahirkan unik dan mempunyai latar belakang yang berbeza. Bagi menarik minat murid lemah untuk belajar, guru haruslah mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid tidak bosan untuk belajar. Motivasi dan kesedaran perlu disemai dalam jiwa murid lemah supaya dia sedar pentingnya menuntut ilmu. Kecaknaan guru memberi semangat murid lemah untuk belajarTidak lupa kerjasama daripada murid cerdas amat perlu bagi membantu pembelajaran secara koperatif . Selain itu, peneguhan positif juga perlu diberikan kepada murid berpelakuan positif sama ada murid cemerlang atau murid lemah. Saya yakin bahawa langkah-langkah yang dinyatakan di atas dapat mengatasi masalah perbezaan individu terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ( 150 patah perkataan)

You might also like