You are on page 1of 3

1.

1 AKTIVITI KESEDIAAN MEMBACA Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iai tu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahi ran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinas i psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Per ingkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Menurut Ism ail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) pula, tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain, makna istilah ta hap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman pengl ihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membo lehkan murid membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke baw ah : Untuk mencapai tujuan ini, aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Buku Sumbe r Bahasa Malaysia Tahun 1 (1983) dapat dimanfaatkan oleh para guru. Tiga kategor i aktiviti disediakan, iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran, dan pergerakan tangan dan mata. 1.2 KOMPONEN DAN JENIS-JENIS PENGAMATAN Proses pengamatan membolehkan kita memahami apa yang sedangberlaku di persekitar an. Beberapa orang yang menyaksikan perkara yang sama mungkin memberi tafsiran y ang berbeza. Oleh itu, pengertian mereka berlainan. Dengan demikian setiap orang berperilaku secara berbeza. Penglihatan tidak berlaku dalam mata. Mata hanyala h suatu alat yang membantu prosespenglihatan. Kebanyakan orang tersalah anggap t entang pengamatan. Pengamatan kepada mereka hanya melibatkan apa yang dapat dili hat dengan mata. Sedangkan sebenarnya pengamatan melibatkan keseluruhan pancaind era manusia. Terdapat tiga jenis pengamatan yang utama iaitu:

1.2.1 Pengamatan Penglihatan Menurut Janet W Learner, beliau menyatakan bahawa kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Ianya melibatkan diskr iminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi visual-motor dan visual k inestetik. Antara masalah visual yang dapat dilihat, seperti perbezaan bentuk, s aiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan serta tentang pembalikan sesuatu objek. 1.2.2 Pengamatan Pendengaran Menurut Ball & Blachman, (1991): Lyon, (1998): Sthal &Murry, (1994) mereka berpe ndapat keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar. Kebanyakan merek a yang mempunyai masalah dari aspek auditori, linguistik dan masalah phonologika l. Antara aspek yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi,bunyi phonological (diskriminasi pendengaran), mengingat apayang di dengar, mengingat urutan (ingatan pendengaran) dan membentuk perkata an dari gabungan abjad (intergrasi visualpendengaran). 1.2.3 Pengamatan Sensori-Motor Pengamatan sensori-motor adalah suatu koordinasi pergerakan tubuh atau kawalan gerak visual, koordinasi motor kasar dan motor halus, imej badan sisian arah penyelarasan badan). 1.3 AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1: Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz Bahan: Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain. Aktiviti Murid: Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dil aksanakan secara individu, kelas dan kumpulan.

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 : Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas. Bahan: Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tida k boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. 2. Murid menyebut benda hidup atau benda bukan hidup sebagai respons terhadap kad be nda yang diimbaskan oleh guru. 3. Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain . 4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk t ertentu. AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1: Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbez aan bunyinya. Bahan: Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, te mpurung, batang kayu, meja dan batu. 2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya. 3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak. 4. Murid menyanyi lagu Mari Bergembira dengan meniru nyanyian daripada pita rakama n atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri.

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2 : Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, ai r menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, an gin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat dis esuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman. 2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu. 3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan. AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1: Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain. Bahan: Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas. Aktiviti Guru/Murid:\ 1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. 2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model y ang disukainya. 3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka. Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2 :

Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf. Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah y ang dibuat dengan garisan putus-putus. Aktiviti Murid: 1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya. 2. Murid memegang cawan plastik yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan me nggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik mem egang cawan dipelbagaikan. 3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

You might also like