• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
 
UNIVERSITI TEKNIKALMALAYSIA MELAKA
FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATANSEMESTER 1 SESI 2009/2010Falsafah Sains dan Teknologi(DLHW 1722)TAJUK:
Ulasan Art ikal:HUKUM MEROKOK DARI PERSPEKTIF ISLAM
DISEDIAKAN OLEH:
FARIZUL MUIZ BIN ALIASD050910021DMF
NAMA PENSYARAH:
ENCIK AHMAD RIDZWAN BIN MOHD NOR 
Rokok 
1
 
Ulasan keseluruhan
Dari sudut sejarah merokok, ia boleh disingkap sehingga 4000 tahun dahulu. Namun merokok sudah biasa di mata manusia yang telah diperkenalkan di Eropah olehChristopher Columbus yang menjejakkan kakinya di benua Amerika pada tahun 1492lagi. Tabiat merokok berkembang pesat di Eropah terutamanya semasa Perang Crimean,Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.Bagi dunia Islam, tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telahdiperkenalkan secara menyeluruh oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ia belum pernah dikenali pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Pada umumnya umat Islamtidak merokok melainkan kerana terpengaruh dengan sogokan Barat yang menjajahmereka. Pada hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluasdalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu budaya yang elitdan membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedayadengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui iklan-iklan media massa pada suatu masa dahulu, ingin pula bergaya demi mencapai status keunggulan yangkononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat merokok, suka meniru danmenyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak remaja kita tidak kira lelaki mahupun perempuan dewasa ini. Hal inin dapat dilihat, pola pertumbuhan perokok semakin meningkat dari masa ke semasa dan sehingga kini iamembimbangkan. “Tabiat merokok merupakan satu masalah yang amat serius diMalaysia. Masalah ini dianggar melibatkan 3.6 juta perokok di dalam negara kita yangmempunyai penduduk sebanyak 24 juta. Perkara yang dibimbangkan ialah tabiat rokok  boleh menarik seseorang terjebak ke dalam masalah yang lebih serius dadah.”(ms xiv,cara mudah berhenti merokok, Rusli Hashim,(2005), utusan publication & distributionSdn Bhd, Cheras Kuala Lumpur ).
Kemudaratan dan Bahana
Rentetan daripada bahaya dan kemudaratan yang ditimbulkan oleh tabiat merokok ini, maka pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan HalEhwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah2
 
haram menurut pandangan Islam. Fatwa ini disokong oleh beberapa pertubuhan termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).Setelah tujuh tahun lebih fatwa ini diputuskan, didapati reaksi masyarakat Malaysiakhususnya muda-mudi Islam seolah-olah tidak menghiraukan langsung fatwa tersebut.Semakin hari fatwa tersebut semakin dilupakan oleh masyarakat Islam sendiri.Secara umumnya, para ulama mengharamkan rokok dengan bersandarkan kepadahujah-hujah bahawa merokok boleh mengakibatkan kerosakan kepada agama, kesihatan,alam sekitar, kewangan dan sebagainya. Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesiapa yangmemakan bawang putih dan bawang merah, maka jauhilah daripada kami dan masjid dantinggallah di rumah. Ini kerana, para malaikat terganggu dengan perkara yangmenyebabkan manusia rasa terganggu. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis di atas boleh disandarkan kepada akibat merokok yang menyebabkan nafas perokok berbau busuk dan mengganggu bukan sahaja manusia biasa tetapi juga para malaikat. Jadi,merokok memberi kesan buruk kepada hubungan interaksi manusia. Mereka yang sukamerokok di dalam rumah akan menyebabkan malaikat rahmat tidak tinggal di dalamrumahnya.Selain itu juga, kita dapat melihat perokok selalunya amat sukar untuk melakukanibadah puasa. Ini adalah kerana ketagihan rokok yang sukar ditinggalkan. Mereka mampuuntuk tidak minum dan makan tetapi gagal untuk tidak merokok. Kalau pun ia mampu berpuasa penuh dengan tidak merokok, kebanyakan mereka akan berbuka puasa denganmerokok dahulu daripada memilih sunah nabi menjamah buah tamar. Jelas sekali tabiatmerokok memberi kesan negatif kepada amalan keagamaan seseorang dengan memandunafsu supaya meninggalkan yang sunat dan mengejar yang haram. Apa yang lebihditakuti ialah merokok mungkin boleh menjadi titik tolak kepada ketagihan dadah, ganjadan seumpamanya. Tetapi rokok juga salah satu medium yang berkesan untuk berhentirokok. “Justeru itu, bulan ramadhan adalah kesempatan yang besar yang dianugerahkankepada umat islam supaya berhenti daripada kebebasan merokok.” (ms 77,Puasa sebagaiPenyembuh Penyakit,(2006), Terbitan 1
st
Edisi Malaysia, Wangsa Melawati, KualaLumpur).Di samping itu, secara jelas merokok membawa kesan buruk kepada tubuh badan.Merokok dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, jantung, paru-parudan sebagainya. Kajian sains telah membuktikan bahawa setiap batang rokok yang3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...