You are on page 1of 22

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0)

Pengakuan

.. ..... . ..

2.0)

Penghargaan

3.0)

Pengenalan

4.0)

Tugasan 1 (Individu)

4.1)

Rencana

4.2)

Ulasan Rencana

5.0)

Penutup . .

6.0)

Lampiran

7.0)

Rujukan

1.0)

Pengakuan

Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan bagi tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Nur Syafawani Binti A.B Yassin 921031-12-6308

2.0)

Penghargaan

Akhirnya saya berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana rezeki kesihatan, kecerdasan dan lain-lain yang telah menjadi faktor utama kejayaan saya menyempurnakan tugasan bagi subjek Literasi Bahasa. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pensyarah pembimbing iaitu Encik ABD Kadir Bin Azis atas semua bimbingan dan nasihat yang diberikan, rakanrakan sekelas dan tidak lupa kepada keluarga saya terutama sekali ibubapa yang sering menjadi pendorong bagi diri saya. Akhir sekali ucapan terima kasih ditujukan kepada sesiapa yang telah membantu saya dalam menyempurnakan tugasan secara langsung ataupun tidak langsung. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.

3.0)

Pengenalan

Malaysia merupakan salah sebuah negara membangun dan sedang berusaha keras untuk mencapai status negara maju di dunia. Mantan Perdana Menteri kita yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohammad, telah memperkenalkan Wawasan 2020yang mana bertujan untuk meningkatkan Negara kita Malaysia untuk menjadi sebuah Negara perindustrian dan Negara maju menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 ini telah diperkenalkan pada tahun 1991. Jika kita melihat pada 9 tunjang Wawasan 2020, kita akan dapat melihat beberapa tunjang yang memfokuskan kepada isu melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu, harmoni, dan lain-lain lagi. Seperti yang kita semua maklum, negara kita Malaysia terkenal bukan sahaja Antara negara-negara di Asia namun juga terkenal di serata pelusuk dunia.antara sebab utama Malaysia terkenal adalah kerana keunikan negara kita yang berbilang kaum. Menurut kajian yang dijalankan, dipercayai negara kita mempunyai lebih kurang 80 jenis etnik serta kaum termasuk tiga kaum utama dia Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Fakta negara kita mampu untuk mengekalkan keharmonian negara setelah lebih daripada 50 tahun merdeka daripada penjajahan British serta pembentukan Malaysia adalah sesuatu yang harus kita banggakan. Ianya bukan suatu tugas yang mudah bagi meneruskan keharmonian negara kita kerana terdapat banyak perkara yang perlu dikorbankan serta diterima oleh pihak majoriti rakyat. Peristiwa hitam yang berlaku 13 Mei 1969 adalah suatu contoh teladan yang baik bagi kita untuk menggalakkan kita menjaga akan keharmonian negara bersama.

4.0)

Tugasan Pertama (Individu)

Negara kita Malaysia merupakan antara negara yang unik di mata dunia. Dipercayai bahawa terdapat lebih kurang 80 etnik terdapat di Malaysia namun rakyat Malaysia masih mampu untuk hidup dengan harmoni. Masyarakat majmuk kita di Malaysia ini boleh dikatakan sebagai masyarakat pluraliti. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan masyarakat itu membawa maksud sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat dengan cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu. Apa itu pluraliti? Perkataan pluraliti berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu plural yang membawa maksud lebih daripada satu ataupun banyak. Berdasarkan definisi setiap perkataan tersebut, kita dapat membuat kesimpulan bahawa masyarakat pluraliti ini bermaksud satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai etnik yang membina satu kesatuan yang bersatu padu dari aspek politik, aspek ekonomi dan juga aspek sosial. Media massa merupakan satu elemen penting pada masa kini. Penggunaan media massa amat luas dilaksanakan di seluruh Negara. Hal ini kerana bahan media elektronik dan media cetak semakin mudah untuk ditemui serta menjadi pilihan kerana dalam dunia globalisasi semuanya hanya terletak di hujung jari kita sahaja. Jika kita lihat sendiri fenomena pada hari ini, terdapat banyak isu yang dibangkitkan ataupun ditulis oleh media massa yang mana kadangkala boleh menimbulkan keraguan mahupun persoalan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu adalah amat penting bagi kita untuk membaca dan memahami secara mendalam bagi setiap isu yang dipaparkan oleh media massa. Jika terdapat sebarang ketidakfahaman ataupun kurang jelas mengenai isu yang disisarkan, ianya bleh mengundang kepada pertelingkahan antara sesame kita rakyat Malaysia dan seterusnya boleh membawa kepada pergaduhan antara kaum. Saya telah memilih satu petikan rencana yang disiarkan oleh akhbar Harian Ekspres bertarikh 9 Februari dan dikeluarkan pada hari Ahad. Petikan rencana ini telah ditulis
5

oleh Hayati Dzulkifli dan terletak dalam segmen tempatan. Rencana yang bertajuk Hormat, toleransi kunci keharmonian Negara ini menarik minat saya. Namun jika kita lihat isi rencana tersebut, ianya lebih memfokuskan kepada isu toleransi beragama.

Oleh kerana tajuk rencana itu sendiri menunjukkan nilai perpaduan serta merujuk kepada keharmonian Negara, saya merasakan bahawa ianya amat sesuai sekali untuk diambil sebagai contoh untuk dianalisis serta diteliti oleh saya bagi menyempurnakan tugasan subjek WAJ 3106 iaitu Hubungan Etnik. Adalah amat penting bagi kita untuk mengupas isu yang ditulis ataupun dibincangkan bagi mengelakkan terjadinya sebarang salah faham ataupun tersilap perhitungan. Sebelum saya mengupas isu ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu saya akan mengulas sedikit mengenai isi-isi yang dipaparkan di dalam rencana ini yang mana memfokuskan tentang isu perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia serta kefahaman rakyat Malaysia sesama mereka. Dalam rencana yang ditulis oleh penulis Hayati Dzulkifli, ia menceritakan mengenai saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Joseph Kurup mengenai sikap saling hormat menghormati, toleransi dan memahami agama masing-masing adalah kunci kepada keharmonian dan keamanan di negara kita Malaysia. Rencana ini memfokuskan mengenai isu kebebasan beragama namun setiap daripada agama itu haruslah menghormati agama orang lain selain daripada memahami kepercayaan serta amalan masing-masing. Fokus utama seterusnya yang terdapat dalam rencana ini adalah mengenai acara Minggu Keharmonian antara Agama Sedunia di peringk at persekutuan yang diadakan
6

di Sabah. Dalam acara ini, para peserta yang terlibat melaungkan slogan Kami Cintakan Keharmonian. Bukan itu sahaja Tan Sri Joseph Kurup dan pemimpinpemimpin agama telah pergi melawat ke kuil Sikh, Kuil Buddha, Kuil Hindu, Gereja Church of Mary Immaculate dan berakhir di Masjid Nurul Hikmah. Isi seterusnya adalah berkaitan dengan isu kerjasama serta komitmen semua pihak bagi memastikan keharmonian Negara kita terjaga terutama sekali bagi golongan belia. Seperti yang kita sudah sedia maklum, belia pada masa kini merupakan tunjang Negara kita untuk masa hadapan. Masa hadapan negara kita bergantung pada bagaimana masyarakat kita masa kini membentuk golongan remaja dan belia pada masa kini yang mana bakal menjadi pemimpin Negara kita pada masa akan datang. Perlu diingkatkan bahawa semangat patriotisme harus ditanamkan dalam diri setiap belia. Namun, alangkah sedihnya jika kita melihat remaja kita masa kini yang mana nilai-nilai murni serta sifat-sifat mahmudah semakin hilang ditelan arus zaman. Siapakah yang harus dipersalahkan? Generasi belia yang tidak mengamalkan sikapsikap mahmudah ataupun generasi terdahulu yang terlupa untuk memberikan penekanan terhadap isu ini? Pada pendapat saya, tidak ada mana-mana pihak boleh dipersalahkan kerana setiap daripada individu itu mempunyai tanggungjawab mereka sendiri untuk mengamalkan sikap-sikap terpuji yang mana akan menjadi tunjang bagi keharmonian, keamanan serta kemajuan negara kita yang tercinta. Perkara yang lebih penting lagi adalah penyerapan nilai cintakan negara kita sendiri bak kata pepatah melayu hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri namun adalah lebih baik negeri kita sendiri. Isi yang boleh kita lihat lagi adalah, motif acara ini dilangsungkan adalah bagi memberi kesempatan kepada masyarakat kita khususnya para belia untuk melihat dan memahami amalan agama masing-masing. Apabila satu agama itu telah melihat akan nilai positif yang terdapat dalam agama yang lain, secara tidak langsung ianya dapat membantu kita untuk belajar menghormati serta menerima agama masing-masing. Terdapat sesetengah individu yang memandang serong mahupun beranggapan buruk terhadap agama lain. Saya percaya bahawa setiap agama itu mengajak penganutnya
7

untuk sentiasa membuat kebaikan dan berbuat baik kepada semua manusia namun masih wujud individu yang mempunyai perasaan prejudis kepada agama- agama lain dan seterusnya mengakibatkan terjadinya perpecahan kaum. Selain daripada itu, hasil tulisan penulis juga mengatakan bahawa Tan Sri Joseph Kurup menggalakkan semua peserta-peserta mendapat idea dan pengetahuan asas mengenai peranan masjid, gereja dan juga kuil. Kita harus sedar bahawa pusat-pusat keagamaan seperti ini tidak hanya tertumpu kepada satu perkara sahaja. Kita telah sedia maklum bahawasanya pusat-pusat keagamaan ini berfungsi sebagai pusat ibadah serta memfokuskan kepada perkembangan agama yang dianuti oleh mereka. Namun jangan kita lupakan bahawa pusat-pusat ibadah juga dijadikan sebagai pusat perkembangan ilmu. Jika kita mengimbau kembali sejarah pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, kita akan sedar bahawa pondok-pondok, surau serta masjid dijadikan sebagai pusat perkembangan ilmu. Malahan sehingga hari ini, konsep rumah ibadah sebagai pusat perkembangan ilmu masih aktif dijalankan di seluruh pelusuk dunia. Tambahan lagi, pusat Ibadah juga berfungsi sebagai medium untuk merapatkan hubungan antara sesama manusia serta pusat pertembungan sosial. Golongan yang datang ke pusat ibadah ini terdiri daripada pelbagai etnik, bangsa dan budaya. Namun satu faktor yang menyatukan mereka adalah agama yang dianuti serta kepercayaan yang diamalkan. Apabila seserang individu itu pergi ke pusat Ibadah dengan tujuan untuk beribadah mahupun menimba ilmu baharu, secara tidak langsung ianya juga dapat membantu mereka untuk meluaskan jaringan sosialnya didalam kalangan masyarakat sekeliling. Semasa berkunjung ke rumah ibadah mereka, orang ramai boleh saling berkomunikasi ataupun mengambil peluang untuk merapatkan lagi hubungan yang sedia ada. Oleh itu amat penting bagi kita semua untuk mengetahui serta memahami fungsi rumah ibadah bagi setiap agama yang wjud di negara kita seperti agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain. Kita sebagai manusia yang hidup dalam masyarakat majmuk juga seharusnya berusaha serta berfikir secara kritikal dalam isu agama dan perpaduan. Sesetengah orang melihat agam itu dari sudut yang negative diaman ianya menjadi satu
8

penghalang bagi kita rakyat Malaysia untuk bersatu. Oleh sebab perbezaan dalam beragama, kita melihat ianya sebagai satu masalah kepada kita. Namun apa yang kita harus lakukan adalah sebaliknya kita melihat agama sebagai penyelesaian kepada semua permasalahan yang timbul dan dihadapi oleh kita. Kesepakatan antara semua agama harus dicapai kerana ianya dapat membantu kita untuk melihat sesuatu aspek secara meluas dan menyeluruh dari semua aspek agama. Kita harus sentiasa beringat bahawa setiap keputusan yang diambil bergantung pada kata sepakat kita bak kata pepatah melayu bulat pembentung kerana air, bulat manusia kerana muafakat yang mana membawa maksud tersirat iaitu bersatunya sesebuah masyarakat itu hanya apabila semua pihak bermuafakat. Terakhir sekali, isi yang ditekankan dalam rencana ini adalah kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum seharusnya berusaha untuk menanam dan memupuk semangat perpaduan, keharmonian, sikap saling menghormati dan bekerjasama tanpa mengira apa jenis kaum, agama dan kebudayaan sekalipun. Budaya fanatik budaya mahupun fanatik etnik harus dikurangkan namun bukan bermaksud kita akan membuang ataupun mengabaikan kebudayaan kita sendiri. Terdapat segelintir pihak yang terlalu fanatik terhadap bangsa ataupun etnik masing-masing. Golongan fanatik etnik ataupun bangsa ini kadangkala tidak dapat menerima adat ataupun kebudayaan orang lain. Seperti contoh mengenai isu memelayukan semua umat Islam di sabah. Hal ini sangat sensitif bagi masyarakat di sabah. Golongan masyarakat di sabah yang berbilang kaum tidak pernah menimbulkan sebarang masalah. Apabila cadangan untuk memelayukan semua orang islam diutarakan, orang sabah tidak menerima hal itu kerana mereka menganggap bahawa rancangan itu seolah-olah satu cara penghapusan etnik secara besar-besaran. Masyarakat Sabah sangat berbangga akan kehidupan mereka yang terdiri daripada berbilang kaum seperti contoh Kadazan, Bajau, Murut dan lain-lain namun dalam masa yang sama, mereka mampu untuk menerima adat, budaya serta kepercayaan kumpulan etnik yang lain. Bukan itu sahaja, budaya kahwin campur

adalah sesuatu perkara yang biasa antara masyarakat di negeri Sabah dan Sarawak seperti contoh masyarakat Bajau berkahwin dengan masyarakat Kadazan. Akhir sekali adalah seruan daripada Tan Sri Joseph Kurup juga yang mana beliau menyebut mengenai sikap toleransi dan lebih fleksibal dalam isu keagamaan serta kesederhanaan. Pada pendapat saya, kesederhanaan disini merujuk kepada isu sentimen perkauman. Kita tidak boleh menjadi terlalu fanatik sehingga menyebakan terjadinya perpecahan antara kaum akibat perselisihan faham dan budaya tidak dapat menerima adat orang ataupun kaum lain. Bersederhana juga bermaksud kita

menyayangi budaya dan adat resam kita namun dalam masa yang sama kita dapat menyesuaikan diri dengan budaya-budaya bangsa lain selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran agama yang dianuti. Seterusnya, saya akan memfokuskan serta membincangkan mengenai kelebihan dan kelemahan isu yang dipaparkan dalam rencana dalam konteks hubungan etnik di Malaysia seperti yang dikehendaki oleh soalan. Kelebihan pertama dan yang paling ketara sekali kita boleh lihat dalam isu ataupun rencana yang ditulis ini adalah ianya mengajak seluruh rakyat dan penduduk di Malaysia untuk mengamalkan nilai-nilai positif seperti hormat-menghormati dan bertoleransi. Menurut Kamus Dewan, perkataan hormat membawa maksud perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat ataupun mempunyai pandangan tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan. Manakala perkataan toleransi pula, kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan toleransi sebagai bersikap toleran yang merujuk kepada sedia menghormati atau menerima pendapat atau pendirian orang lain yang berbeza dengan pendirian atau pendapat sendiri. Oleh itu kita berbalik kepada isu yang dibincangkan, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan toleransi beragama? Toleransi beragama disini bermaksud saling menghargai antara manusia, tidak bermusuhan dengan agama lain atau lebih ringkas lagi kita manusia bebas untuk menganuti agama-agama yang kita percayai tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Apabila isu ini dibangkitkan dalam penulisan rencana ini, tentulah lebih ramai orang akan menyedari betapa pentingnya kita sebagai rakyat
10

Malaysia untuk mengamalkan sikap toleransi beragama kerana penduduk di Negara kita ini mengamalkan pelbagai jenis agama seperti contoh Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan lain-lain. Apabila toleransi beragama diamalkan dan penduduk saling hormat-menghormati antara satu sama lain, ianya dapat mengeratkan perpaduan serta mengelakkan berlakukanya pertelingkahan.

Kelebihan kedua dalam isu yang dipaparkan adalah rencana ini merangkumi hampir semua agama-agama yang terdapat di Malaysia. Jika kita lihat masyarakat Malaysia, anutan agama mereka kebanyakkannya dipengaruhi oleh etnik mereka. Seperti contoh golongan Melayu beragama Islam, Cina dan Bumiputra Sabah dan Sarawak kebanyakkannya beragama Kristian, India pula beragama Hindu dan akhir sekali Cina beragama Buddha. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga segolongan manusia yang menganuti agama bukan berdasarkan etnik mereka. Sesetengah penulisan rencana hanya akan memfokuskan terhadap beberapa buah agama namun tidak pada isu yang ditulis ini. Ianya bersifat menyeluruh tanpa mengandungi sebarang unsur prejudis dalam penulisan. Oleh itu penduduk dapat melihat unsur sama rata yang diaplikasikan dalam pemerintahan kita. Seterusnya, melalui isu sebegini ianya dapat membantu serta mengajak masyarakat dan penduduk untuk berfikir dengan lebih jauh mengenai cara untuk menyelesaikan masalah dari sudut pandangan agama. Ramai orang melihat agama sebagai suatu benda yang dipisahkan untuk aspek pentadbiran, sosial mahupun perundangan. Tetapi jika kita lihat dari perspektif yang berbeza, kita akan menyedari bahawa semua agama sebenarnya dapat membantu kita untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Semua agama pastinya mengajar umatnya untuk berbuat baik kepada seluruh umat manusia.
11

Tidak ada satu agama pun yang mengajar penganutnya untuk membuat kejahatan maka atas dasar kesamaan itulah kita boleh sama-sama berfikir untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Maka dapat dikatakan bahawa keebihan isu yang dibawa dalam penulisan rencana ini adalah membantu dapat mebantu rakyat kita untuk melihat agama pada satu sudut yang berbeza bukan sebagai satu penyebab masalah namun sebagai satu jalan untuk menyelesaikan masalah.

Kelebihan bagi isu ini juga adalah ianya memaparkan contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menunjukkan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Antara acara yang dilaksanakan bagi menggalakkan keharmnian agama dan saling hormat-menghormati adalah acara Travelogue Harmony and Walk Event peringkat persekutuan yang diadakan di Sabah. malahan sepanjang acara tersebut, beratus orang yang menyertainya berjalan sambil melaungkan slogan Kami Cintakan Keharmonian. Bukan itu sahaja isu yang dibincangkan dalam rencana juga mendorong masyarakat untuk mengekalkan keharmonian negara. Belia negara kita seharusnya didedahkan dengan kepentingan untuk mengekalkan keharmonian. Usaha untuk mengekalkan keharmonian negara kita bukanlah sesuatu perkara yang mudah dilakukan semenjak kemerdekaan Tanah Melayu selama 57 tahun dan pembentukan Malaysia selama 51 tahun. Banyak kepayahan dan kesusahan yang perlu ditempuhi oleh pihak kerajaan dan khususnya masyarakat tempatan bagi mengekalkan keharmonian Negara. Walaupun kadangkala terdapat beberapa tentangan ataupun kesukaran yang perlu ditempuhi sepanjang lebih kurang 60 tahun ini namun negara kita Malaysia berjaya
12

untuk mengekalkan keharmonian itu melalui beberapa program ataupun dasar yang dilaksanakan. Terakhir sekali saya dapati bahawa rencana ini menolak konsep perpecahan dan pergolakan antara sesama kaum. Hal ini juga merupakan satu kelebihan bagi isu yang dibawa dan dibincangkan dalam rencana kerana ia menunjukkan bahawa perpecahan dan pergolakan antara sesama kaum dan umat berlainan agama. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, perkataan perpecahan itu merujuk kepada keadaan tidak bersatu padu ataupun pertentangan yang timbul dalam kalangan rakyat. Manakala bagi perkataan pergolakan pula, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan pergolakan itu adalah kekacauan, kekalutan ataupun kekeruhan dalam pemerintahan, huru-hara, dan keadaan tidak tenteram. Jadi berdasarkan definisi bagi kedua-dua perkataan ini kita dapat takrifkan bahawa keduanya merujuk kepada perkara negatif iaitu amalan tidak bersatu-padu dan kekeruhan dalam Negara. Jika kita lihat keadaan negara-negara yang tidak mengamalkan keharmonian serta saling bertelingkah pastinya pemerintahan kerajaan itu menjadi rapuh dan goyah dan seterusnya mengakibatkan perpecahan serta membawa kepada ketidaktenteraman Negara. Contoh banyak terhidang dihadapan mata kita seperti contoh Negara-negara yang sedang bergolak sekarang Mesir, Syria dan Thailand. Pemberontakan berlaku, rakyat saling pembunuhan sesama mereka juga menunjukkan hilangnya sifat kasih sayang dalam diri mereka. dan digantikan dengan sifat dendam. Jika kita melihat secara kasar mengenai isu yang dibincangkan dalam rencana ini kita dapat melihat bahawa ianya mendatangkan banyak kelebihan dalam membantu untuk membuka mata dan minda rakyat kita Malaysia mengenai cara berfikir serta seterusnya memberikan pengetahuan kepada kita mengenai fungsi rumah ibadah bagi setiap agama. Ianya sangat membantu kita untuk menghormati serta menghargai agamaagama lain yang dianuti oleh kaum-kaum dan masyarakat kita. Baiklah, kini kita membincangkan pula mengenai kelemahan isu yang dipaparkan dalam rencana yang bertajuk Hormat-menghormati Kunci Keharmonian. Pertama sekali kelemahan isu yang dibawa dalam rencana penulisan ini adalah boleh
13

menimbulkan perbalahan antara kaum etnik dan penganut agama yang berbeza-beza. Hal ini adalah kerana kemungkinan untuk golongan fanatik agama tidak dapat menerima setiap kata-kata mahupun isi yang dicurahkan melalui penulisan ini adalah amat tinggi. Isu keagamaan merupakan satu isu yang paling sensitif untuk dibicarakan ataupun diperkatakan secara umum. Kelemahan pertama yang timbul atas isu ini adalah penerimaan golongan fanatik. Golongan fanatic agama mungkin tidak dapat menerima setiap huraian mahupun isi yang disampaikan dalam isu tersebut. Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (1995:476), perkataan fanatik ini membawa maksud taasub, tegar hati, kuat pegangan, kuat keyakinan dan kuat kepercayaan. Sumber lain pula iaitu daripada Websters Third New International Dicitonary, 1986), perkataan fanatik bermaksud sebagai seorang yang menunjukkan keghairahan yang melampau dan kegigihan terhadap ketaatan membabi buta khusunya terhadap beberapa perkara seperti contoh agama, politik ataupun falsafah. Kebiasaannya golongan fanatik agama ini tidak dapat menerima agama-agama lain kerana mereka beranggapan bahawa hanya agama mereka sahaja yang baik dan agama-agama lain itu semuanya jahat. Mereka juga kadangkala tidak bergaul bersama masyarakat-masyarakat lain yang mempunyai anutan agama yang berbeza. Perbuatan seperti memasuki rumah ibadah agama lain dianggap sebagai sesuatu yang haram serta berdosa. Kadangkala mereka menganggap bahawa jika kita pergi memasuki rumah ibadah agama lain ianya bermakaksud bahawa kita telah kufur dan berdosa. Seterusnya, dalam isu toleransi beragama yang ditulis dalam rencana yang bertajuk Hormat, toleransi Kunci Keharmonian Negara juga mempunyai ke lemahan dari segi aspek penulisan yang terlalu umum dan tidak dinyatakan ataupun diterangkan dengan spesifik. Seperti contoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup disini menggalakkan penduduk untuk mengamalkan nilai murni seperti hormatmenghormati dan toleransi namun tidak dinyatakan secara spesifik bagaimana contoh perbuatan yang menunjukkan bahawa kita menghormati agama-agama lain ataupun

14

bagaimana cara kita untuk mengamalkan toleransi beragama dalam kehidupan seharian diantara masyarakat. Bukan itu sahaja, isu yang dibincangkn ini juga tidak menyatakan ataupun memberikan pendedahan kepada rakyat kita mengenai kesan dan akibat buruk yang boleh berlaku sekiranya aspek keharmonian antara kaum tidak diambil berat mahupun keburukan yang bakal berlaku sekiranya toleransi antara kaum tidak dilaksanakan di negara kita. Masihkah kita ingat tentang kejadian 13 Mei 1969? Sudah tentu bukan? 13 Mei 1969 adalah satu tarikh yang perlu diingati oleh penduduk Malaysia kerana pada tarikh tersebut telah menimbulkan titik hitam dalam sejarah Malaysia dimana terjadinya perbalahan antara kaum dan mengakibatkan darurat serta mencatatkan beberapa kes kematian. Kejadian 13 Mei 1969 seharusnya diajadikan ikhtibar bagi kita semua. Kita dapat lihat bahawa kejadian 13 Mei 1969 ini memberikan kesan buruk keatas negara kita dan selaku bakal pemimpin ataupu bakal pewaris tampuk kepimpinan negara kita harus berusaha untuk membendung dan memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Terakhir sekali saya dapat lihat kelemahan isu yang ditulis dalam rencana akhbar ini adalah, penulis hanya memberikan satu contoh acara yang dilakukan bagi menggalakkan amalan cintakan keharmonian namun penulis tidak mengambil inisiatif untuk memikirkan ataupun mencadangkan beberapa aktiviti lain yang dapat membantu kita untuk tanamkan nilai-nilai murni seperti cintakan keharmonian dalam diri. Sebelum kita membuat kesimpulan atas isu yang dibincangkan dalam rencana yang dipilih oleh saya, kita akan melihat dahulu beberapa perkara yang penting seperti contoh apakah cabaran plurality budaya dan hubungan etnik di Malaysia pada masa

15

hadapan dan peranan masyarakat ataupun kerajaan untuk mengeratkan hubungan antara etnik di seluruh Malaysia. Jika kita lihat pada zaman sekarang, pastinya cabaran terbesar yang dihadapi oleh masyarakat kita adalah bagaimana untuk menyatu-padukan kesemua kaum dan etnik seluruh Malaysia. Usaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia ini bukan lah sesuatu yang baru. Ianya telah bermula sejak zaman dahulu lagi namun ianya tidak pernah selesai malahan isu perselisihan antara kaum semakin menjadi setiap hari. Jika kita lihat cabaran Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr Mahathir Muhammad, 9 gagasan yang diperkenalkan kebanyakkan menekankan akan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu, bermoral, beretika dan lain-lain lagi. Selepas itu perjuangan diteruskan lagi apabila Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Abd Razak memperkenalkan konsep 1 Mal aysia pada tahun 2009. Namun apa yang menjadi cabaran bagi kita adalah sama ada ianya mampu untuk dilaksanakan dan berjaya ataupun sebaliknya. Selepas itu, jika kita berbicara mengenai peranan masyarakat dan juga kerajaan, kita sendiri dapat lihat akan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menganjurkan program yang berkaitan dengan kerjasama antara kaum seperti conth yang saya kemukan diatas iaitu Gagasan 1 Malaysia dan lain-lain lagi. Jika kita bercakap pula mengenai peranan masyarakat untuk mengeratkan hubungan antara sesame etnik pula adalah, masyarakat kita harus mengamalkan nilai-nilai murni terhadap semua orang tanpa mengira kaum, etnik dan kaum. Secara tuntasnya disini kita dapat katakan bahawa isu yang dibawa dalam penulisan ini adalah satu isu yang menarik yang dapat kita kupas. Disamping itu juga, ianya dapat membantu masyarakat kita untuk membuka minda serta berfikir luar daripada kotak. Bukan itu sahaja isu ini dapat mengingatkan kita kembali akan peristiwa hitam yang berlaku di Negara kita pada suatu ketika dahulu yang mana dapat dijadikan sebagai pedoman pada masa hadapan.

16

5.0)

Penutup

Kita harus sedar bahawa Negara kita ini hidup dalam pelbagai jenis bangsa, kaum dan etnik malahan setiap dari kita mempunyai kepercayaan mahupun anutan yang berbeza antara satu sama lain. Adalah menjadi tanggungjawab bagi kita untuk mengamalkan keharmonian Negara kita serta mengekalkannya untuk selama-lamanya. Kita perlu tanamkan dalam diri kita sifatsifat mahmudah yang mana akan menjadi pegangan hidup kita seperti bersikap baik, berbaik sangka, hormat-menghormati, bertoleransi dan bekerjasama. Bukan itu sahaja, kita harus mngambil ikhtibar daripada peristiwa hitam yang pernah berlaku di Negara kita dan berusaha untuk mengelakkan terjadinya perkara sebegitu lagi pada masa hadapan. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita juga harus memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keharmonian Negara dan kita harus menyokong serta melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk mengeratkan hubungan antara etnik penduduk-penduduk di Malaysia.

17

6.0)

Lampiran

18

19

20

21

7.0)

Rujukan

22

You might also like