• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
SITI AISHAH BINTI ABDUL LATIFF
D20081032348

Tempoh remaja merupakan suatu proses peralihan yang normal daripada umur kanak-kanak kepada umur dewasa. Perubahan sewaktu remaja melibatkan perubahan dari segi fizikal, mental, sosial dan kognitif seseorang individu. Setiap remaja juga mengalami perkembangan keyakinan dalam diri mereka. Keyakinan diri atau self-esteem merupakan suatu perkataan yang digunakan secara meluas dalam bidang bahasa dan psikologi. Menurut Blascovich & Tomaka (1991),keyakinan diri merujuk kepada perasaan seseorang individu terhadap diri sendiri atau penilaian mereka terhadap setakat mana nilai diri seseorang, menerima dan menghargai pendapat orang lain serta memberi penghargaan terhadap diri sendiri. Secara umumnya, keyakinan diri merupakan penilaian yang tinggi terhadap diri sendiri.

Keyakinan diri remaja pada amnya merujuk kepada keupayaan remaja menilai komponen-komponen konsep kendiri yang ada dalam diri mereka serta merupakan suatu gambaran yang lebih luas termasuklah yang berkaitan dengan aspek-aspek kognitif dan kelakuan. Keyakinan diri atau harga diri ini juga berkait rapat dengan sosioekonomi serta tahap kesihatan yang berbeza. Remaja yang dikelilingi oleh keluarga dan masyarakat yang baik akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Sebaliknya, remaja yang berada dalam kelompok keluarga yang berpecah belah akan mengalami masalah kurang keyakinan diri akibat daripada tekanan persekitaran yang menjadikan mereka individu yang meletakkan nilai yang rendah terhadap diri sendiri. Mereka sering menganggap bahawa diri mereka tidak sebagus orang lain, sentiasa gagal melakukan sesuatu perkara serta sering menganggap diri mereka tidak disayangi oleh orang lain.

Terdapat pelbagai faktor yang dapat melahirkan seorang individu yang mempunyai keyalinan diri yang tinggi. Antara faktornya ialah faktor persekitaran. Faktor persekitaran ini turut melibatkan keluarga, rakan-rakan serta masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, remaja yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang baik dan harmoni bakal melahirkan individu yang berani bersuara dan memberi pendapat. Hal ini demikian

kerana, dalam suasana kekeluargaan yang baik, mereka berasa lebih yakin kerana pendapat mereka turut diambil berat dan tidak diperlekehkan. Sebaliknya, dalam suasana keluarga yang berantakan, remaja tidak dapat melahirkan perasaan tidak puas hati mereka sekaligus membuatkan mereka sering memendam perasaan dan kurang keyakinan diri. Selain itu, pengalaman hidup yang kurang baik dari segi aspek seksual, fizikal serta emosi bakal mendorong ke arah kerosakan tahap keyakinan diri seseorang. Di samping itu, cara ibu bapa yang terlalu memberikan kritikan serta mempersendakan anak memungkinkan keyakinan dalam diri individu itu menebal. Faktor yang turut memainkan peranan dalam melahirkan keyakinan diri yang tinggi ialah pendidikan. Faktor ini sangat memberi kesan kepada individu tersebut kerana melalui ilmu, seseorang itu dapat meningkatkan prestasi dirinya. Peningkatan prestasi diri mampu mendorong kepada peningkatan self esteem dan lebih positif. Selain itu juga, rakan yang baik turut berperanan dalam usaha meningkatkan keyakinan diri seseorang kerana mereka boleh saling memberikan semangat dan dorongan ke arah sesuatu yang lebih baik.

Secara umumnya, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang sama ada oleh ibu bapa, masyarakat mahupun individu itu sendiri. Antaranya ialah ibu bapa hendaklah memberi peluang kepada anak-anak terutamanya remaja bagi meluahkan pendapat mahupun perasaan mereka supaya mereka sentiasa rasa diri disayangi dan dihargai. Perasaan tersebut mampu meningkatkan keyakinan diri mereka ke arah yang lebih baik. Selain itu, masyarakat seharusnya memberi sokongan kepada usaha murni yang dilakukan oleh remaja sama ada penglibatan mereka dalam aktiviti sosial supaya penghargaan yang diberikan mampu meningkatkan keyakinan diri mereka untuk terlibat di dalam masyarakat sama ada melalui aktiviti kemasyarakatan mahupun ilmiah. Namun begitu, sekiranya seseorang individu itu tidak mempunyai motivasi diri yang baik, walaupun dorongan dan sokongan telah diberikan oleh ibu bapa dan masyarakat, individu tersebut masih tidak mampu meningkatkan keyakinan dirinya. Justeru, sebagai remaja, adalah penting bagi mereka untuk sentiasa memotivasikan diri sendiri sama ada melalui pembacaan, penglibatan dalam aktiviti sukan atau sosial mahupun mempunyai kawalan emosi yang baik. Kajian telah menunjukkan bahawa remaja yang terlibat dengan sukan biasanya mempunyai

of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...