You are on page 1of 6

BAB 6.

0 : MASUKAN/KELUARAN DAN PERANTARAMUKA

6.1 Pengenalan

Di dalam sistem komputer mikropemproses akan berhubung (berantaramuka) dengan


Ingatan Utama (RAM dan ROM) dan peranti luaran (I/O devices @ peranti persisian (peripheral
devices) seperti keyboard, printer, relay dan seven segment display. Antara operasi yang terlibat
ialah operasi menulis dan membaca dari ingatan utama, menulis dan membaca dari peranti luar,
sampukan dan reset.
Bagi membolehkan mikropemproses berhubung dengan peranti luar pengantaramukaan
(interfacing ) diperlukan. Pengantaramukaan penting untuk mengatasi ketidakserasian di antara
dua alat yang ingin disambungkan. Antara faktor-faktor yang menyebabkan ketidakserasian ialah
:
(i) pemasaan bagi pemindahan data
(ii) spesifikasi kedua-dua peranti yang dihubungkan

6.2 Kaedah Pemindahan Data

• tiga cara asas yang digunakan untuk pemindahan data dari sesuatu peranti persisian :

(i) Tinjauan (polling)


- Kaedah di mana mikropemproses memeriksa keadaan peranti I/O terlebih dahulu
samada ia bersedia menerima arahan daripada mikropemproses

(ii) Sampukan (interrupt)


-
Sampukan ialah isyarat yang akan menyebabkan mikropemproses berhenti
melaksanakan operasi/jujukan biasa lalu melaksanakan operasi sampukan
- Terdiri daripada :
a. sampukan perisian
o berlaku dengan menggunakan arahan melalui aturcara

b. sampukan perkakasan
o berlaku apabila talian/pin sampukan pada mikropemproses diberi logik tinggi

-
jenis-jenis isyarat sampukan :
a. Sampukan bertopeng (maskable interrupt)
o Isyarat sampukan yang akan diterima atau tidak oleh pemproses

b. Sampukan tidak bertopeng (nonmaskable interrupt)


o Isyarat sampukan yang mesti diterima oleh pemproses

- kebaikan sampukan :
a. benarkan peranti luar menyampuk pemproses supaya melaksanakan
sampukan
b. menjimatkan masa dan kos kerana sampukan dilakukan hanya apabila
pemproses menerima isyarat sampukan

- bagaimana sampukan dilayan :


a. apabila pemproses menerima isyarat sampukan, ia akan menyudahkan operasi
kitaran terakhir sebelum melayan isyarat sampukan
b. kandungan PC dan daftar-daftar akan disimpan dalam tindanan secara LIFO
(last in first out). PC sekarang memegang alamat permulaan bagi jujukan
sampukan lalu pemproses akan melaksanakan jujukan sampukan tersebut

1
c. selepas menyelesaikan jujukan sampukan, PC akan diisi semula dengan
kandungan PC dan daftar-daftar yang telah disimpan di dalam tindanan
d. pemproses kembali melaksanakan operasi program utama
- apakah yang akan berlaku apabila pemproses tiba-tiba menerima sampukan kedua
yang lebih tinggi?
a. Sekiranya ketika pemproses sedang melaksanakan jujukan sampukan, tiba-tiba
berlaku sampukan kedua yang lebih tinggi keutamaannya, maka pemproses
akan berhenti melaksanakan jujukan sampukan pertama. Kandungan PC
jujukan sampukan ini akan disimpan dalam tindanan
b. Mikropemproses akan melaksanakan jujukan sampukan kedua. Setelah selesai
ia akan kembali melaksanakan jujukan pertama tadi.
c. Sekiranya sampukan kedua lebih rendah keutamaannya berbanding sampukan
pertama, maka sampukan kedua tidak akan dilayan

(iii) Ingatan capaian terus (Direct Memory Access)

- teknik pemindahan data dari memori komputer ke peranti luar tanpa melalui CPU
dahulu
- cara ini tidak memerlukan proses capaian data dan gelung arahan untuk
memanggil setiap byte data
- bas-bas data digunakan untuk memindahkan data antara memori dan peranti luar,
tetapi menggunakan pengawal istimewa dipanggil DMA Controller (menggantikan
CPU semasa proses pemindahan data berjalan)
- peranti luar menggunakan sampukan untuk memberitahu DMA jika terdapat data
yang hendak dipindahkan
- teknik ini biasanya digunakan untuk pengantaramuka cakera keras di mana
perhubungan data adalah pada keadaan terus

6.3 Perantaramukaan

6.3.1 Konsep Pengantaramukaan

• Mikrokomputer terdiri daripada CPU, memori dan I/O port. I/O port berfungsi mengawal
pergerakan data antara komputer dan peranti persisian (peripherals devices) seperti
keyboard, switches, display lamps, pen plotter, penukar analog ke digit converter (ADC)
dan penukar digit ke analog (DAC)
• Fungsi asas pengantaramukaan adalah untuk menyelaraskan pengaliran data antara
pemproses dengan peranti persisian
• Kombinasi Fungsi Antaramuka / Ciri –Ciri Pengantaramuka
(i) Memberitahu status peranti I/O kepada CPU
(ii) Mempunyai kebolehan sampukan
(iii) Mengisyarat kepada CPU apabila tamat pengendalian I/O atau ralat
(iv) Mengalir suruhan CPU ke peranti I/O
(v) Menyedia storan sementara untuk data yang dihantar ke peranti I/O dari komputer dan
sebaliknya.

2
Keyboard Abcdefghijklmnopqr
CPU interface stuvwxyz012345678
9

CRT display
interface monitor

LED display
interface 88

Rajah 6.1 : Pengantaramuka dengan Peranti Persisian

6.3.2 Penghantaran data secara sesiri

• Data binari dihantar melalui satu talian, satu bit setiap masa.
• Penghantaran data adalah lambat
• Biasanya digunakan bagi penghantaran data jarak jauh, contohnya apabila mikrokomputer
perlu disambung kepada peranti persisian melalui talian telefon

Komputer A Komputer B

Rajah 6.2 : Penghantaran data secara sesiri

6.3.3 Penghantaran data secara selari

• Setiap bit data mempunyai talian berasingan dan kesemua bit dihantar secara serentak
• Perpindahan data adalah segerak iaitu samada dalam bentuk byte, word atau longword
• Penghantaran data adalah lebih cepat
• Biasanya digunakan apabila kelajuan adalah penting
• Kaedah penghantaran selari digunakan bagi penghantaran data did lam komputer iaitu di
antara:
CPU dan memory
CPU dan I/O devices
) Memory dan I/O devices

• Keburukan
(i) Kos yang tinggi disebabkan banyak wayar dan daftar-daftar
(ii) Terjana ‘noise’ (gangguan) jika penghantaran selari digunakan di antara komputer atau
di antara komputer dengan peranti persisian

Komputer A Komputer B

Rajah 6.3 : Penghantaran data secara selari


6.3.4 Cip pengantaramukaan sesiri

3
• Dua contoh cip pengantaramukaan sesiri : ACIA (Asynchronous Communication Interface
Adapter) dan UART (Universal Asynchronous Receiver Transmitter)
• ACIA merupakan pengkalan data siri dimana ia berfungsi sebagai pengantaramuka di
antara data siri dan selari
• Data yang masuk ke ACIA adalah secara siri. Data ini akan disimpan di dalam daftar data
sebelumnya dihantar secara serentak secara selari. Ini ditunjukkan seperti Rajah 6.4

data
masukan 1 1 0 0 0 1 0 1
sesiri

data masukan selari

Rajah 6.4 : Masukan dan keluaran data ACIA

• Dalam sistem komputer, ACIA diperlukan apabila isyarat dari peranti persisian adalah jenis
siri. Oleh kerana pergerakan data dalam sistem mikropemproses adalah selari maka
isyarat yang masuk ini perlulah ditukar ke bentuk selari sebelum diproses oleh CPU
• Begitu juga sebaliknya, jika data dihantar dari mikropemproses ke peranti persisian maka
data tersebut akan ditukarkan dari selari ke sesiri
• Modem digunakan bagi menghantar atau menerima data dari talian telefon

Peranti
Komputer UART Keluaran

Rajah 6.5 : Masukan dan keluaran data UART

6.3.5 Cip Pengantaramukaan Selari

• Dua contoh cip pengantaramukaan selari ialah PIA (Peripheral Interface Adapter) dan PPI
(Programmable Peripheral Interface)
• PIA digunakan bagi mengantaramukaan peranti persisian dengan CPU secara selari melalui
data bus (contohnya 8 bit data bus)
• Ke semua talian data yang digunakan boleh diprogramkan sebagai masukan atau keluaran
• Contoh : PIA digunakan untuk perantaramuka peranti I/O dengan CPU

Port A
(output)

Port B (input)
CPU RAM ROM PIA

Rajah 6.6 : PIA dalam sistem komputer

• PIA 6821
- terdiri daripada dua bahagian iaitu ‘CPU side” dan “peripheral side”

4
- CPU dan PIA dihubung oleh bas data, bas alamat dan bas kawalan
- 8 talian bas data dwiarah (bidirectional) D0 – D7 membenarkan data dihantar di antara
CPU dan PIA
- PIA terdiri daripada dua pangkalan iaitu pangkalan A dan B (Port A dan Port B)
- Tiap-tiap pangkalan mengandungi 8 talian bas data (PA0 – PA& dan PB0 – PB7) yang
boleh diaturcara menjadi input atau output
- PIA terkandung 6 daftar di dalamnya :
(i) 2 daftar data (DRA dan DRB)
(ii) 2 daftar arah daftar (DDRA dan DDRB)
- DDR menentukan samada pangkalan bertindak sebagai input atau output
(iii) 2 daftar kawalan (CRA dan CRB)

6.3.6 Penukar analog ke digital (ADC) dan digital ke analog (DAC)

(i) ADC
- Mengubah nilai analog dari dunia luar kepada bentuk yang boleh diproses oleh
komputer
- Menerima masukan berbentuk bezaupaya elektrik dan menukarkan nilai kepada
digit perduaan
- Dua masukan : voltan masukan dan voltan rujukan
- Keluaran adalah talian digit (nilai voltan yang telah ditukar)

(ii) DAC
- Menukar data daripada komputer menjadi nilai analog
- Menerima masukan berdigit (perduaan) dan menukarkannya kepada keluaran arus elektrik
- Dua masukan : talian data dari CPU dan voltan rujukan

6.3.7 Penyambung RS-232

- kabel ringkas yang menghubungkan komputer kepada peranti luar menggunakan piawaian
RS-232
- tetikus, papan kekunci dan peranti-peranti lain juga boleh disambung menggunakan kabel
RS-232 (teknologi lama)
- Piawaian RS-232 merupakan penyambung 25-pin taip-D, yang biasa digunakan dalam
penghantaran sesiri
- Kebanyakan perekabentuk komputer peribadi memilih untuk menggunakan hanya
sebahagian sahaja daripada kesemua pin-pin piawaian yang ada
- Kelajuan penghantaran data melalui kadel RS-232 secara formalnya terhad kepada 20,000
bit persaat

Terminologi Perantaramukaan

Jabat tangan (hand-shaking) - persetujuan untuk melaksanakan bersama sesuatu arahan antara
pengantaramuka dan peranti luar. Contoh : pencetak yang lambat memerlukan jabat tangan
(handshaking) dengan port bersiri bagi menyatakan bahawa penghantaran data perlu dihentikan
dahulu agar pencetak dapat menerimanya mengikut susunan yang betul

Bit Henti - bit yang akan dihantar pada penamat setiap bait yang dihantar untuk membolehkan
penerimaan isyarat alatan untuk disegerakkan. Peranti elektrik biasanya menggunakan satu bit
berhenti.

5
Bit Pariti - bit yang dihantar sekali untuk mengesan kesilapan dalam penghantaran

Kelajuan pengantaramuka - satu bit kelajuan dari satu peranti kepada yang lain dalam bit persaat
(bit/s)

You might also like