You are on page 1of 1

Kempen Membaca memperkasa penguasaan literasi bersepadu

BERAKAS, Sabtu, 16 November. - Program-Program Inisiatif seperti TIARA (Program Integrated Approach to Reading Acquisition) dan PEKA (Program Pengukuhan Kemahiran Asas), telah menunjukkan hasil kemajuan dan pencapaian pelajar mengikuti ujian diagnostik yang dijalankan pada bulan Februari dan Jun lalu dengan keramaian pelajar mencapai tahap di luar jangkaan menunjukkan kesan-kesan menggalakkan. Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong berkata, dalam ujian bagi pelajar tahun 1 telah meningkat kepada 40 peratus bagi dalam ujian diagnostik manakala bagi tahun 2 meningkat ke 33.67 peratus kepada 42.06 peratus dan tahun 3 meningkat dari 47.08 peratus kepada 54.60 peratus. Bagi program KGBK pula, keramaian pelajar tahun 1 yang telah mencapai Kategori Aras Boleh Membaca meningkat, ujian diagnostik bulan Januari ialah 37.2 peratus meningkat kepada 65.4 peratus dalam ujian diagnostik bulan Mei 2013, jelas Yang Berhormat di Majlis Pelancaran Kempen Membaca di The Airport Mall Berakas, di sini. Menurut Yang Berhormat, dengan adanya Kempen Membaca Kebangsaan seumpama itu akan dapat membantu memperkasa penguasaan literasi secara bersepadu, terarah dan sistematik serta dapat impak yang lebih panjang peningkatan literasi kepada negara. Dalam mencari dan memperkaya ilmu tambah Yang Berhormat, perlulah mempelbagaikan bahanbahan yang dibaca dan mendatangkan manfaat. Pengetahuan yang luas merangkumi pelbagai bidang setentunya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, kestabilan, politik, perkembangan sosial dan keamanan di negara ini, ujarnya.

You might also like