You are on page 1of 18

2.

SISTEM RANGKA

Sistem rangka mempunyai pelbagai fungsi tubuh Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia. Sistem ini terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, tendon, kartilej dan sendi..

Rajah 1: Sistem Rangka

2.1

Komponen-komponen Sistem Rangka

Komponen

Huraian Mempunyai lapisan luar yang kuat,

Contoh

Tulang

keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sumsum.

Tisu berfiber yang menyambung kan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak.
ligame n

Ligamen

Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi. Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang
bone

Kartilej

yang membentuk sendi.


kartilej

Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseran antara sendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakanpada tulang. Tisu berfiber tidak kenyal yang Tendon sangat kuat. Berfungsi untuk melekatkan otot dengan tulang.
bone

Tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan.Terdapat tiga jenis sendi pada manusia iaitu Sendi sendi tanpa gerak (synarthroses) sendi yang mempunyai gerakan terhad (amphiarthroses) dan sendi yang boleh bergerak bebas (diathroses).

2.2

Fungsi Sistem Rangka

Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu:

Fungsi Sokongan

Perlindungan

Pergerakan

Pembentukan sel-sel darah Penstoran

Huraian Tulang membentuk rangka tubuh bagi menyokong tisu-tisu lembut dan organ tubuh. Rangka melindungi organ dalaman yang penting seperti saraf tunjang, jantung dan mata. Tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan apabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi. Sum-sum dalam tulang menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Tempat penstoran mineral seperti

Contoh Perlekatan otot-otot pada tulang-tulang rangka Tulang rusuk melindungi paru-paru dan jantung.. Sendi lutut melibatkan tibula, fibula dan femur.

Sternum, femur, pelvis dan humerus. Lemak distorkan dalam

mineral

kalsium dan fosforus. Mineral ini akan dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain pada tubuh apabila diperlukan.

kaviti tulang. Jika diperlukan, lemak akan diserap ke dalam darah dan digunakan oleh tisu lain sebagai sumber tenaga.

2.3

Jenis-jenis Sistem Rangka

Sistem Rangka terdiri daripada dua iaitu : axial (paksi). Contoh tengkorak, sternum, tulang rusuk, dan tulang vertebra. appendicular (hujung/keluar dari badan). Contoh klavikel, skapula, radius, ulna .

2.4

Klasifikasi Tulang

Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Kepelbagaian ini membolehkan tulangtulang memenuhi keperluan khusus bagi tulang tersebut. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya.

Rajah 2: Klasifikasi Tulang

Tulang panjang Ukuran panjang mesti melebihi ukuran lebar tulang. Berfungsi sebagai tuas

untuk memudahkan pergerakan. Kebanyakkan terdiri daripada tulang mampat. Contoh:- humerus, radius, ulna, femur, tibia, fibula dan falanges

Tulang pendek Ukuran panjang dan lebar tidak banyak perbezaan. Berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang yang tertutup serta sedikit berongga. Berfungsi untuk memindahkan daya. Contoh:- karpal dan tarsal.

Tulang leper/pipih

Berbentuk pipih, nipis dan melengkung. berfungsi sebagai tempat pelekatan otototot dan melindungi organ-organ di bawahnya. Contoh:- kranium, rusuk dan sternum.

Tulang tak sama bentuk Tulang yang tidak boleh dikategorikan dalam tulang panjang, pendek atau leper. Berfungsi sebagai tempat perlekatan otot. Contoh:- vertebra, lumbar, sakrum dan koksiks.

2.5

Struktur Tulang

Struktur tulang menyediakan rangka tuas yang teguh bagi membolehkan pergerakan dalam aktiviti fizikal. Pertumbuhan tulang berlaku secara diameter dan secara memanjang. Terdiri daripada empat lapisan iaitu periosteum, tulang mampat, tulang berongga dan sum-sum tulang.

Periosteum Lapisan pertama pada tulang dan mempunyai selaput luar yang nipis. Terdiri

daripada osteoblas (sel pembentukan jaringan tulang). Ia menyediakan saluran darah dan saraf ke tulang. Berfungsi menghasilkan sel-sel untuk membesar secara diameter dan melindungi diafisis.

Tulang mampat (diafisis) Lapisan kedua pada tulang dan mempunyai bahagian batang yang halus dan keras serta disaluti periosteum. Lapisan ini melingkari kaviti medulari yang mengandungi lemak.

Tulang berongga (epifisis)

Lapisan ketiga dan terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang. daripada lapisan nipis tulang mampat.

Terdiri

Sum-sum tulang Lapisan paling dalam pada struktur tulang. Berperanan menghasilkan sum-sum asal dalam tulang.

Rajah 3: Struktur Tulang Panjang 2.6 Perkembangan dan Pembentukan Tulang

Sel-sel tulang Tulang terdiri daripada sel tulang berfiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat. Terbentuk hasil daripada sel osteoblas yang merembeskan bahan matriks

organik fiber-fiber untuk memerangkap mineral. Osteoblas yang matang dikenali sebagai osteosit.

Osteoklas ialah sel-sel yang melarutkan mineral dalam tulang.

Osteoblas dan

osteoklas akanbertindak untuk mengubah ketumpatan dan bentuk tulang. Osteoblas aktif ketika usiamuda atau kanak-kanak manakala osteoklas aktif kepada orang dewasa.

Osifikasi tulang Ketika embrio, tulang-tulang rangka (tulang lembut) terbina daripada kartilej hialin.Tulang lembut ini membentuk tulang keras yang dihasilkan melalui proses osifikasi tulang. Proses ini berlaku ketika usia embrio enam minggu dan berterusan sehingga dewasa.

Rajah 4: Proses Osifikasi Tulang

Peringkat semasa proses osifikasi tulang: i.


ii.

Osteoblas menyaluti kartilej hialin dengan bahan matriks bermineral. Osteoblas memendapkan bahan matriks bermineral dalam kartilej ke bahagian dalam tulang. Osteoblas beransur-ansur bertukar menjadi osteosit untuk membentuk tulang baru.

iii.

Kartilej yang terdapat pada bahagian dalam tulang akan menjadi keras. Model kartilej hialin di bahagian dalam tulang dilarutkan oleh osteoklas untuk membentuk kaviti medulari.

iv.

Tumbesaran tulang Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja. Semasa proses tumbesaran, sel-sel pada plat epifisial tulang panjang akan membahagi secara mitosis untuk memanjangkan tulang. Semasa proses ini berlaku osifikasi terus terlaksana pada kedua-dua hujung epifisis.

Pada akil baligh, hormon estrogen dan testosteron akan merencatkan pembahagian sel-sel pada plat epifisial. Plat efipisial akan mengecil. Pada usia 18 tahun, tumbesaran tulang secara memanjang terhenti dan sel-sel pada plat epifisial juga akan berhenti. Tetapi, osifikasi tulang akan terus berlaku sehingga lapan tahun berikutnya.

Rajah 5: Tumbesaran Tulang Keperluan mineral, vitamin dan hormon Garam mineral Kalsium dan fosfat diperlukan untuk tumbesaran tulang.

Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk tumbesaran dari segi pertambahan saiz dan berat tulang.

Vitamin Vitamin A, D dan C diperlukan untuk tumbesaran tulang. Vitamin D merangsang penyerapan serta mengangkut kalsium dan fosfat ke dalam tulang. Ini membolehkan struktur menjadi lebih kuat. Vitamin A dan C pula diperlukan untuk tumbesaran dan membaiki tisu-tisu tulang yang rosak.

Hormon

Hormon-hormon

tiroid,

estrogen

dan

testosteron

diperlukan

untuk

merangsang proses tumbesaran tulang.

2.7

Sendi

Sendi ialah tempat pertemuan antara tulang-tulang atau kartilej dengan tulang. Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Pergerakan sendi pula ditentukan oleh kelenturan tisu perantaraan yang mengikat tulang serta kedudukan ligamen, otot, dan tendon. Terbahagi kepada dua jenis iaitu sendi berdasarkan struktur dan sendi berdasarkan fungsi.

Jadual 1: Jenis-jenis sendi

Sendi berdasarkan fungsi

Sinartosis Merupakan sendi tanpa gerak iaitu tiada pergerakan yang berlaku. Sebagai contoh, sutur antara tulang-tulang tengkorak.

Amfiartrosis Membenarkan sendi melakukan pergerakan terhad. Sebagai contoh, sendi antara tibia dan fibula.

Diartrosis Sendi ini membenarkan pergerakan berlaku secara bebas. Sebagai contoh, sendi engsel (sendi siku dan lutut) melakukan pergerakan fleksi, ekstensi aduksi, abduksi dan hiperekstensi.

Sendi berdasarkan struktur

Fibrous

Cartilagenous

Sinovial Rajah 6: Jenis-jenis sendi berdasarkan struktur

Fibrous Tulang bercantum dengan tisu fibrous atau kartilej secara tetap. Sendi ini tidak membenarkan sebarang pergerakan. Contoh, sutur antara tulang kranium.

Sendi cartilagenous Pada sendi ini, tulang-tulang disambung dengan kartilej atau diikat oleh ligamen.jenis sendi ini hanya membenarkan pergerakan yang terhad. Contoh, sendi antara vertebra. Sendi sinovial Sendi ini diselaputi oleh membran sinovial yang merembeskan cecair sinovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara kartilej dan mengurangkan kesan geseran antara dua tulang. sendi sinovial iaitu: Jenis sendi membenarkan pergerakan berlaku secara bebas antara tulang-tulang. Terdapat beberapa jenis

i. ii. iii. iv. v. vi.

Sendi lesung (antara humerus dan scapula) Sendi engsel (humerus dan patella) Sendi gelungsur (karpal dan tarsal) Sendi paksi (antara radius dan ulna) Sendi kondil (antara metacarpal dan falang) Sendi pelana (antara metakarpal pada ibu jari berartikulasi dengan karpal)

paksi

kondil

gelungsur

engsel

pelana

lesung

Rajah 7: Jenis-jenis sendi sinovial

Sendi lesung

Sendi engsel

Sendi paksi

Sendi gelungsur

Sendi lesung

Sendi kondil

Rajah 8: Jenis-jenis sendi sinovial

2.8

Pergerakan

Terdapat dua jenis posisi dalam pergerakan iaitu kedudukan biasa dan kedudukan anatomi. Kedudukan biasa berdiri lurus atau tegak dan tangan rapat ke sisi badan.

Kedudukan anatomi Berdiri lurus atau tegak dan tapak tangan menghala ke hadapan.Kaki kanan dan kiri pula terbuka menghala ke luar.

Jenis-jenis pergerakan

Pegerakan tubuh terdiri daripada empat jenis iaitu: Linear Pergerakan linear adalah pergerakan yang melibatkan sesaran menegak, mendatar atau melengkung pada arah dan kelajuan yang sama. Contoh, meluncur dan menggelungsur.

Putaran Mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu putaran. Contoh, supinasi dan pronasi.

Bersudut Pergerakan yang lurus tetapi masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagian bergerak dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain. Contoh, fleksi, ekstensi, aduksi, abduksi, sirkumduksi.

Fleksi

Ekstensi

Khusus Pergerakan yang tiada had seperti fleksi-dorsi, plantar-fleksi, eversi, inverse, elevasi dan depresi.

Elevasi

Depresi

2.9

Kesimpulan

Sistem rangka penting dalam menentukanbentuk postur badan yang baik. Postur badan yang baik ialah apabila berat badan menusia tersokong pada kedudukan yang betul semasa melakukan aktiviti. kesihatan. Di samping itu, postur yang baik juga mengelakkan kelesuan dan sakit belakang, memperbaiki keyakinan diri serta

Kegagalan fungsi sistem rangka boleh mendatangkan kesan ke atas pergerakan yang sepatutnya boleh dilakukan dan dicapai pada tahap tertentu. Hal ini disebabkan kegagalan fungsi sistem rangka yang mengurangkan kecekapan gerak badan akibat dari kesakitan dan ketidakselesaan semasa melakukan pergerakan.

2.10

Rujukan

Mohd Khairi & Borhannudin (2005). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5. Selangor: H.l Holdings Sdn. Bhd.

Dzulkifli & Jamaliyah (2004). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4. Selangor: H.l Holdings Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You. Retrieved Oktober 10, 1993 from http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/imagepages/19678.htm

You might also like