• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Istana Lama Seri Menanti
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah,gelintar  Istana Seri Menanti
Istana Seri Menanti
diKuala Pilah,Negeri Sembilanialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunanlama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadikediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilansekitar tahun1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itutelah berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikanmengikut senibina masyarakatMinangkabau.Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripadakayu. Dibina pada1902dan siap pada tahun1908kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar YamtuanAntah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmianistana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad IbniAlmarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana inisehingga tahun1931dan baginda berpindah pula ke istana baru yangdibina berhampiran dengan istana lama.Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh duaorang tukangMelayubernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telahdianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula olehKetua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Serembandan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeridan Residen British.
 
Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiangseri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambildari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakansebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yangdipanggil pasak.
. Pasak kayu keras digunakan bagi menyambungkanpapan. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau. Tanduk kerbaudianggap sebagai lambang keamanan.
Istana Seri Menanti atau "Istana Lama"
Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakantiga tahun sekali. Pada tahun1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir LawrenceGullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam NegeriSembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun1959sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosongtanpa penghuni sehingga pada tahun1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini denganrasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telahdilakukan pada14 Julai 1992bersamaan 14Muharram1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran LembagaMuzium Negeri, Negeri Sembilan.Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telahbertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja.Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagimenerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksiMuzium dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihakistana.
[sunting] Rujukan
1.
History of Istana Seri MenantiIstana Seri Menanti's history 
[sunting] Pautan luar
 
Keturunan Pagar Ruyung - Pertemuan bersejarah diRaub
Oleh Mohd. Romzi SamsudinSATU pertemuan bersejarah yang menghimpunkan waris keturunanRaja Alam Pagar Ruyung, Sumatera Barat yang berada di Malaysia danIndonesia diadakan di Kampung Pintu Padang, Raub, Pahang baru-baruini.Majlis secara sederhana itu diadakan di rumah Datuk Tengku Mustapha Tengku Seti, dengan dihadiri waris keturunan dari Indonesia seramai37 orang diketuai oleh Daulat Yang Dipertuan Raja Alam PagarRuyung, Sultan Muhammad Taufiq Thaib.Pertemuan itu juga sempena sambutan hari keputeraan YangDipertuan Besar Negeri Sembilan yang juga berasal dari keturunanyang sama. Tengku Mustapha, 65, ketika ditemui pemberita berkata, pertemuanitu merupakan yang pertama kali diadakan secara rasmi sejakketurunan Raja Alam Pagar Ruyung berhijrah dan menetap di daerahRaub lebih 200 tahun lalu.Menurut beliau, usaha mengadakan majlis seumpama itu telahdirancang sekian lama kerana beberapa pertemuan yang diadakansebelum ini hanya melibatkan kunjungan sebilangan kecil keluarga diantara kedua-dua negara.``Pertemuan kali ini adalah yang paling bersejarah untuk kami keranadapat berkenalan lebih rapat dan mengetahui lebih lanjutperkembangan keturunan asal kami di Indonesia,'' katanya yangmerupakan generasi ke lima keturunan Pagar Ruyung.Beliau berkata, waris keturunan Pagar Ruyung yang tinggal di sekitarRaub, yang kini memasuki generasi ketujuh, telah disahkan oleh pihakberkuasa Indonesia pada tahun 2001.Sejak itu menurutnya, usaha untuk mengadakan pertemuan rasmi diantara kedua-dua pihak ditingkatkan.AktivitiKatanya, pertemuan itu berlangsung selama dua hari dan dipenuhipelbagai aktiviti sebelum rombongan bertolak ke Seremban bagimeraikan hari keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.``Antara aktiviti sepanjang dua hari itu ialah majlis suai kenal, tahlildan menziarahi makam-makam yang dikenal pasti sebagai makam-makam anak raja Pagar Ruyung yang terdapat di sekitar Raub danKuala Lipis,'' jelasnya.Mengimbas kembali wujudnya waris diraja Pagar Ruyung di Raub, Tengku Mustapha menjelaskan, ia berlaku sekitar akhir abad ke-18
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...