• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRIK DI KOLEJ KEDIAMAN:KAJIAN KES DI KOLEJ JATI
 
Ab Malik Marwan Ali
ab
, Hamdani Abu Hassan
a
, Mohd Hafiz Mohd Hanafiah
a
, Rosli Ahmad
a
,Abdul Khatab Muda
a
dan Fairus Muhamad Darus
b
 
a
Kolej Jati, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
b
Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA, Shah Alamammali@salam.uitm.edu.my
Abstrak
Pelajar yang menginap di kolej kediaman lazimnya membawa pelbagai peralatan untuk kegunaan peribadi dan pembelajaran. Peralatan elektrik adalah antara peralatan yang kerapdibawa oleh pelajar ketika menginap di kolej kediaman. Kertas kerja ini merupakan kajian rintisuntuk mengetahui jenis peralatan elektrik yang lazimnya digunakan oleh pelajar semasamenginap di kolej kediaman. Hasil kajian ini mendapati 42% pelajar memiliki pengecas bateritelefon bimbit, 45%; komputer riba, 23%; cerek air elektrik, 13%; saterika, 10%; dan pelbagai jenis peralatan elektrik yang lain. Setiap peralatan elektrik pelajar yang digunakan di kolejkediaman dimestikan untuk didaftar dan dikenakan bayaran pendaftaran. Seramai 36% pelajarmenyatakan sangat tidak setuju, 29% menyatakan tidak setuju dan 26% menyatakan kurangsetuju dengan prosedur pendaftaran peralaran elektrik ini. Hasil kajian ini juga dapatmengumpul maklumat dan cadangan daripada pelajar berkaitan dengan peralatan elektrik yangsewajarnya disediakan oleh pihak pengurusan kolej kediaman.
Kata kunci
: Peralatan Elektrik, Kolej Jati, Universiti Teknologi MARA
1. Pengenalan
 
Kolej Jati merupakan salah sebuah di antara 11 buah kolej kediaman yang terdapat di kampus UnversitiTeknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Kolej ini berbeza dengan kolej-kolej kediaman yang sedia ada di kampusUiTM. Kolej Jati terletak di luar kawasan kampus iaitu di Seksyen 3 berdekatan dengan Bulatan Bestari. Kolejini juga bersebelahan dengan Kolej Meranti dan berdekatan dengan bangunan perniagaan dan gerai makanan diSeksyen 2. Rajah 1 menunjukan lokasi Kolej Jati.
Rajah 1:
Lokasi Kolej Jati di Seksyen 3, berhampiran dengan kampus UiTM, Shah Alam
Kolej Jati
 
Mengimbas kembali sejarah, Kolej Jati pada asalnya ialah bangunan kediaman pangsa kos rendah yangdibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pada tahun 1980, UiTM (pada ketika itu disebutITM) telah menyewa dua buah kawasan kediaman kos rendah ini untuk dijadikan kolej kediaman iaitu Kolej Jatidan Kolej Meranti (Fairus, 2008). Oleh kerana tempoh menggunaan yang lama, maka pihak pengurusan telahmembuat keputusan untuk membeli terus bangunan ini dan menjadikan ianya sebagai bangunan UiTM.Kolej Jati terdiri daripada enam buah blok bangunan kediaman pangsa lima tingkat dan mempunyai 296 unitkediaman. Setiap kediamanmempunyai 3 bilik atau 2 bilik lengkap dengan kemudahan asas seperti bilik air/tandas, katil, tilam, almari, meja, kerusi dan kipas angin. Setiap kediaman didiami seramai enam orang siswadan jumlah keseluruhan yang boleh ditampung di Kolej Jati adalah seramai 1072 orang. Kolej Jati diurus tadbiroleh sekumpulan pentadbir yang diketuai oleh Pengetua Kolej (staf akademik) dan dibantu oleh PengurusAsrama, Penolong Pengurus Asrama serta staf sokongan yang lain. Perbezaan reka bentuk bangunan di KolejJati menjadikan tadbir urusnya sedikit berbeza khususnya dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatankepada para penghuninya.Penggunaan peralatan elektrik peribadi di Kolej Jati atau mana-mana kolej kediaman di UiTM merupakansatu kemudahan yang diberikan kepada penghuni kolej secara bersyarat atau terkawal. Penghuni yang inginmenggunakan sebarang peralatan elektrik di bilik atau kediaman mereka perlu mendaftarkan terlebih dahuluperalatan tersebut dengan dikenakan bayaran sebanyak RM 10 bagi setiap unit bagi tempoh penggunaan satusemester. Rajah 2 menunjukan carta alir proses pendaftaran penggunaan peralatan elektrik di kolej kediaman.
Rajah 2:
Carta alir proses pendaftaran penggunaan peralatan elektrik di kolej kediamanBilangan unit peralatan elektrik peribadi yang dibenarkan untuk digunakan dibilik atau kediaman pelajarberbeza-beza antara satu kolej dengan kolej kediaman yang lain kerana ia bergantung kepada bilangan penghuniyang boleh ditampung di dalam sesebuah bilik atau kediaman. Yuran pendaftaran penggunaan peralatan elektrik ini mula dikenakan kepada penghuni semenjak tahun 2002 dengan tujuan untuk mengawal selia peralatanelektrik yang dibawa dan digunakan dalam bilik atau kediaman pelajar. Kertas kerja ini membincangkan tentang jenis-jenis peralatan elektrik peribadi yang digunakan oleh pelajar khususnya di Kolej Jati dan mengupaspermasalahan dan cadangan daripada para pelajar berkaitan dengan pendaftaran penggunaan peralatan elektrik.Pelajar membawa peralatan elektrik dipejabat kolej untuk tujuan pemeriksaandan kebenaran mendaftarSetelah mendapat kebenaran, pelajarmengisi borang pendaftaran penggunaanperalatan elektrik dan membuat bayarandi pejabat kewangan (bendahari)Setelah membuat pembayaran, salinanresit diserahkan ke pejabat kolej untuk mendapatkan pelekat‘daftar barang elektrik’Pelekat yang diterima hendaklahditampal pada peralatan elektrik dibahagian yang mudah dilihat
 
2. METODOLOGI
2.1 Kaedah persampelan
Kajian ini melibatkan hanya melibatkan penghuni Kolej Jati yang menginap pada sesi disember 2008 dan Julai2009. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang inventori kendiri bagi mengetahui jenis peralatanelektrik peribadi yang digunakan di Kolej Jati. Pemilihan responden dibuat secara rawak melalui kunjungan kebilik atau kediaman pelajar oleh Pengawai Pembangunan Pelajar (PPP) dan juga Jawatankuasa Perwakilan Kolej(JPK).
2.2 Kaedah analisa data
Analisa kajian ini dilakukan secara deskriptif untuk mengetahui peratusan jenis-jenis peralatan elektrik peribadiyang digunakan oleh pelajar di Kolej Jati. Analisa juga dibuat terhadap cadangan atau ulasan yang diberikan olehpelajar.
3. PENEMUAN DAN PERBINCANGAN
3.1 Latar belakang responden
Kajian ini melibatkan seramai 296 orang pelajar siswa yang menginap di Kolej Jati. Lima puluh lima peratusdaripada responden dalam kajian ini adalah pelajar di dalam jurusan penganjian sains dan teknolgi, manakala45% pula adalah daripada pengajian sains sosial. Rajah 3 menunjukkan pecahan peratusan bilangan respondenmengikut semester pengajian. Didapati majoriti daripada penghuni Kolej Jati terdiri daripada pelajar di tahunpengajian pertama iaitu yang sedang belajar di semester satu dan dua. Perkara sebegini adalah lumrah bagi kolejkediaman siswa kerana bilangan kolej yang boleh menampung pelajar-pelajar adalah sangat terhad. Justeru itu,keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar baru untuk menginap di kolej kediaman.
Rajah 3:
Pecahan peratusan responden mengikut semester pengajian
3.2 Jenis Penggunaan Peralatan Elektrik Peribadi
Berdasarkan borang inventori kendiri yang diisi sendiri oleh pelajar menunjukkan sebanyak 11 jenis peralatanelektrik yang menjadi kelaziman pelajar siswa guna di Kolej Jati. Rajah 4 menunjukkan jenis-jenis peralatanelektrik peribadi yang ada di dalam bilik atau kediaman pelajar di Kolej Jati. Berdasarkan rajah tersebut didapatiperatusan tertinggi peralatan elektrik yang kerap digunakan di kolej kediaman ialah telefon bimbit (45%) iaitumelibatkan pengecas bateri telefon bimbit. Corak kehidupan para pelajar di universiti pada masa kinimenunjukkan keperluan memiliki telefon bimbit sebagai satu keperluan peribadi. Namun ramai pelajar yang
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...