• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI DI KOLEJ, BENARKAHPELAJAR TIDAK BERMINAT?
 
Zaiton Endot
a
, Fairus Muhamad Darus
b
dan Ramlah A Rahamah
a
 
a
Kolej Delima, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
b
Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
Abstrak
Kolej kediaman juga memainkan peranan di dalam proses pembentukan diri dankeperibadian mahasiswa di dalam aktiviti pembangunan dan kepimpinan diri. Pelbagaiaktiviti pembangunan dan kepimpinan mahasiswa dirangka dan dilaksanakan di kolejkediaman demi untuk mengasahkan dan memantapkan kemahiran generik di kalanganmahasiswa. Kajian mengenai persepsi mahasiswa terhadap aktivti di kolej kediamandilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang memberi impak terhadap penglibatan mahasiswa dengan aktiviti di kolej kediaman. Kajian rintis inimenggunakan borang soal selidik melibatkan empat buah kolej kediaman yang terdapatdi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Hasil kajian mendapati faktor yangmendorong mahasiswa untuk terlibat dalam aktiviti di kolej kediaman bolehdibahagikan kepada tiga iaitu faktor mendapatkan kemudahan kolej kediaman,pembangunan diri dan interaksi sosial. Manakala faktor kegiatan akademik pulamenjadikan mahasiswa kurang terlibat dengan aktivti di kolej kediaman. Rumusankajian ini mendapati bahawa aktiviti-aktiviti di kolej kediaman perlu disesuaikan denganlatar belakang penghuninya terutama berdasarkan program pengajian yang diambil olehmahasiswa di kolej tersebut.
Kata kunci
: Mahasiswa, Kolej Kediaman, Aktiviti, Persepsi, Universiti Teknologi MARA
1. Pengenalan
 
Asrama merupakan tempat menyediakan tempat tinggal atau penginapan kepada mahasiswa yang belajar diInstituti Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Terdapat pelbagai istilah yang digunakan untuk penginapan mahasiswaseperti kolej kediaman, mahallah dan desasiswa di IPTA-IPTA yang lain. Di dalam konteks UiTM istilah Kolejdigunakan untuk kemudahan penginapan yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Peranankolej kediaman bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penginapan yang memberi khidmat sokongan,kemudahan dan apa jua keperluan untuk menjadikan kemajuan akademik meningkat serta proses pembelajaranberkesan. Kolej kediaman merupakan khidmat kemudahan yang penting selepas fakulti yang digunakan olehmahasiswa sepanjang menuntut di universiti (Mohd Sabri, 2003).Kolej kediaman juga memainkan peranan di dalam proses pembentukan diri dan keperibadian mahasiswa didalam aktiviti pembangunan dan kepimpinan diri. Hal ini sama juga di universiti-universiti lain seperti manayang dinyatakan oleh Jamaludin (2005), antara matlamat mengadakan kolej kediaman adalah seperti berikut:1.
 
Menyediakan pengalaman yang menyeronokkan dan berfaedah bagi memangkin kejayaan akademik 2.
 
Memberi hak mahasiswa untuk “privacy”, keselamatan diri dan harta peribadi semasa berada diuniversiti3.
 
Mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk keperluan peribadi bagi mencapai prestasi diri yangbaik 4.
 
Melahirkan generasi mahasiswa yang bertanggungjawab, berbudaya ilmu, pintar bermasyarakat,berkepimpinan tinggi, mampu bersaing di peringkat antarabangsa, berakhlak mulia dan berbudayabangsa.Sebahagian masa mahasiswa banyak digunakan di kolej kediaman selain daripada di fakulti. Justeru itu, banyak aktiviti-aktiviti pembangunan dan kepimpinan mahasiswa diatur dan dilaksanakan kepada mahasiswa untuk memberi input kemahiran generik (soft skill), kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan dan lain-
 
lain kemahiran (Mazura et. al., 2006). Jadual 1 menunjukkan kategori aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dikolej-kolej kediaman di UiTM Shah Alam.
Jadual 1
: Kategori dan contoh aktiviti mahasiswa di kolej-kolej kediaman di UiTM Shah Alam
Kategori / Jenis Aktiviti Contoh aktiviti
Kebudayaan
 
Malam Aspirasi SeniSukan dan Rekreasi
 
Ekspedisi Mendaki Gunung,
 
Sukan Antara Blok Inovasi
 
Pertandingan Mereka Cipta Produk Dari Bahan TerpakaiSosial / Kemasyarakatan
 
Program Khidmat Masyarakat Di Desa
 
Malam Pra GraduanKerohanian
 
Kuliah Mahgrib
 
Forum Perdana IslamKepimpinan
 
Kem Bina Kumpulan
 
Kem KepimpinanPatriotik 
 
Membina Bendera Malaysia Yang TerpanjangKeusahawanan
 
Minggu Usahawan
 
Minggu Kolej Kediaman Akademik 
 
Pertandingan DebatPengantarabangsaan
 
Lawatan Sambil Belajar Ke Jepun
Perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan dan kepimpinan mahasiswa di kolej kediamanmelibatkan empat kumpulan iaitu Pentadbir, Penasihat dan pemantau, Pelaksana dan Golongan Sasaran (Fairus,2008). Jadual 2.0 menerangkan peranan dan tanggungjawab setiap kumpulan yang terbabit.
Jadual 2.0
: Pihak yang terlibat di dalam perancangan dan pelaksanaanaktiviti pembangunan dan kepimpinan mahasiswa di kolej kediaman.
Pihak yang terlibat Peranan dan tanggungjawab
 
Pihak Pengurusan Kolej- Pentadbir : bertanggungjawab meluluskan sesuatuperancangan aktiviti
 
Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP)- Penasihat dan pemantau : bertanggungjawab sebagaitempat rujukan dan memastikan pelaksanaan aktivitiadalah mengikut perancangan
 
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)- Pelaksana : bertanggungjawab untuk melaksanakanapa yang telah dirancang dengan jayanya
 
Penghuni Kolej- Golongan sasaran : bertanggungjawab untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dilaksanaJawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPK) merupakan sebuah badan tertinggi peringkat mahasiswa yangbertanggungjawab di dalam menjaga kebajikan dan melaksankan aktiviti-aktiviti pembangunan dan kepimpinandi kolej kediaman. Jawatankuasa ini terdiri daripada mahasiswa yang menginap di kolej tersebut dan dipilihuntuk mewakili penghuni lain di kolej tersebut. Peranan JPK ini adalah menjadi perantaraan antara pihak pengurusan pejabat dan penghuni kolej. Pada masa yang sama juga JPK bertindak sebagai sebuah organisasiyang melaksanakan segala aktiviti pembangunan dan kepimpinan mahasiswa dengan dibantu oleh PegawaiPembangunan Pelajar (PPP) sebagai penasihat atau pemantau (Fairus, 2008). Rajah 1 menunjukkan contoh cartastruktur organisasi JPK di kolej kediaman.
 
 
Rajah 1
: Contoh struktur organisasi Jawatankuasa Kolej KediamanPelbagai usaha dan penglibatan pelbagai pihak di dalam menyediakan aktiviti pembangunan dan kepimpinanmahasiswa kepada penghuni kolej kediaman, namun usaha ini tidak akan membawa makna jika golongansasaran (penghuni kolej kediaman) tidak mengambil bahagian secara aktif. Kertas kerja ini merupakan kajianrintis untuk mengetahui secara kualitatif dan kuantitatif berkaitan persepsi mahasiswa yang tinggal di kolejkediaman terhadap aktivti-aktiviti di kolej kediaman. Maklumat yang diperolehi melalui kajian ini pentingsebagai asas untuk mengetahui bagaimana penghuni kolej kediaman memberi maklum balas terhadap aktiviti-aktiviti di kolej kediaman.
2. METODOLOGI
2.1 Kaedah persampelan
Kajian ini melibatkan empat buah kolej kediaman yang dipilih secara rawak iaitu Kolej Seroja, Kolej Delima,Kolej Meranti dan Kolej Perindu. Persampelan dilakukan menggunakan borang soal selidik yang mengandungiitem pengukuran sebanyak .Pemilihan responden dikeempat-empat buak kolej kediaman juga dibuat secararawak.
2.2 Kaedah analisa data
Analisa kajian ini dilakukan secara deskriptif untuk mengetahui persepsi mahasiswa terhadap aktivitipembangunan dan kepimpinan mahasiswa di kolej kediaman. Borang soal selidik direka bentuk denganmenyediakan item latar belakang responden serta 25 item berkaitan dengan aktiviti di kolej kediaman. LimaSkala
 Likert 
digunakan dalam kajian ini iaitu bermula dengan sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju,setuju dan sangat setuju. Ujian kebolehpercayaan kriterion dalaman instrument atau borang soal selidik memperolehi nilai ‘
cronbach alpha’ iaitu
0.72.
Ketua PPP Yang DipertuaExcoKebudayaanExcoKebajikan & KeselamatanExcoKerohanianExcoSukan & RekreasiExco Akademik ExcoPerhubunganDalamanSetiausahaNaibSetiausahaBendahariNaibBendahar
i
Naib Yang DipertuaTimb. Pengarah HEP / PengetuaExcoKeusahawananExco InformasiExcoTugas-tugasKhasExcoKepimpinanExcoPengantara-bangsaan
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...