You are on page 1of 13

TARANUM DPNR 5103

TAJUK : PERBEZAAN PENDAPAT ULAMA MENGENAI HUKUM TARANUM AL-QURAN BERSERTA DALILNYA.

DISEDIAKAN OLEH: KHAIRUNISA NURASIKIN BINTI SABARUDIN 0953090 RAHAYU BINTI TAKON 0953091 KURSUS: DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM ( KUMPULAN 2 : TAMBAHAN ) SESI 2010/2011

DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ RAFEE BIN GHALIL ABBAS

0.1 PERBEZAAN PENDAPAT ULAMA TENTANG HUKUM TARANNUM AL-QURAN BERDASARKAN DALIL-DALILNYA. Tarannum dari segi bahasa ialah lagu. Manakala dari segi istilah ialah mencantikkan dan mengelokkan suara mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Ia membawa maksud dan ilmu atau kaedah memperelok atau memperindah bacaan al-Quran secara berlagu. Tujuan mengalunkan seni suara ini adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca terhadap keindahan kalimah-kalimah Allah S.W.T serta mampu menghayati setiap kalimah yang dialunkan. Di Malaysia, kaedah ini dikenali dengan nama Taranum al-Quran sempena hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud Apa yang diizinkan Allah S.W.T atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (taranum ) bacaan al-Quran.

1.1 IKHTILAF PARA ULAMA TENTANG MELAGUKAN BACAAN AL-QURAN. Pendapat ulama berhubung dengan melagukan ( mengiramakan ) bacaan al-Quran adalah berbeza , ianya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar iaitu kumpulan yang pertama dan kumpulan yang kedua.

Ikhtilaf para ulama mengenai taranum Al-Quran

Kumpulan Pertama: Dipelopori mazhab imam Maliki dan imam Hanbali

Kumpulan Kedua: Dipelopori mazhab imam Shafiei dan imam Hanafi

1.1.1 KUMPULAN YANG PERTAMA. Kumpulan yang pertama terdiri dari ulama-ulama mazhab Maliki dan mazhab Hanbali. Mereka berdasarkan kepada pendapat-pendapat para sahabat dan para tabi yang berikut : 1. Anas bin Maliki 2. Syaid bin Al-Masib 3. Syaid bin Zabir 4. Al-Kasim bin Muhamad 5. Al-Hussin bin Al-Basri 6. Ibrahim bin Al-Nakhi 7. Ibnu Sirin dan lain-lain. Mereka berpendapat bahawa melagukan bacaan al-Quran itu adalah bidaah dan haram. Diantara hujah mereka adalah mengikut 1. Hadis riwayat Al-Tabrani dan Al-Bayhaki. Maksud : bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah arab dan janganlah sekali-kali membaca dengan lagu dan suara yang berlahujah khaihudin dan kansarani. Demikian juga lagu-lagu ahli pasak ( baiduan dan baiduwanita ). Kerana sepeninggalan ku nanti, akan muncul satu golongon yang sengaja membca al-Quran dengan lagu-lagu yang diperlukan sebagai nyanyian penghibur, pendeta, dan perintih tiada melampaui halkum mereka,hati mereka sudah terfitnah apa lagi hati mereka yang mengkaguminya.

2. Hadis riwayat al-Tabrani. Maksud : mereka menjadikan al-Quran itu sebagai seruling nyayian, dimana mereka mengutamakan seseorang yang mampu melagukan al-Quran, sekalipun ianya seseorang yang cetek dalam pengetahuan agama. Hadis ini menunjukkan bahawa mengutamakan lagu dari al-Quran adalah sebahagian dari alamat kiamat.

3. Hadis riwayat Al-Daraktani


3

Maksud : sesungguhnya azan itu adalah senang tidak susah, maka tiadalah azan kamu itu susah, dan jika sebaliknya maka tidak payah lagi kamu melakukan azan. Hadis ini rasulullah S.A.W menegur tukang azanya supaya jangan susah-susahkan persembahan azan ini dengan berbagai-bagai lagu.

Manakala berikut pula adalah hujah mereka berdasarkan dalil aqli: Pertama : mereka berpendapat bahawa melagukan ( taranum ) bacaan al-Quran itu boleh mencacatkan keaslian lafaz al-Quran seperti huruf, memanjang, mengidgamkan yang izhar dan sebagainya. Jika berlaku demikian tentunya haram. Kedua : mereka berpendapat bahawa melagukan bacaan al-Quran itu boleh membawa kelekaan memikir dan bertadbir dengan isi kandungan al-Quran. 1.1.2 KUMPULAN YANG KEDUA Terdiri dari ulama-ulama mazhab Hanafi dan mazhab Syafie. Mereka berdasarkan kepada pendapat-pendapat para sahabat dan para tabi yang berikut : 1. Umar bin al-Khattab 2. Abdullah bin Abbas 3. Abdullah bin Masud 4. Abdul Rahman bin Al-Suud 5. Abu Jaafar bin Al-Tabri 6. Abu bakar bin Al-arbi dan lain-lain. Mereka berpendapat bahawa melagukan bacaan al-Quran itu adalah diharuskan dan disunatkan. Diantara hujah mereka adalah seperti yang berikut :

1. Hadis riwayat imam Bukhari, muslim dan Al-Darami Maksud : Allah S.W.T sangat suka sesuatu sepertimana kesukaannya mendengar nabi ( Muhammad ) yang selalu mengelokkan suara untuk melagukan bacaan al-Quran dalam bentuk bacaan yang nyaring.
4

2. Hadis riwayat imam Bukhari , Ahmad dan Abu Daud. Maksud : tiada termasuk didalam golongon kami sesiapa yang tiada mahu melagukan ( taranum ) bacaan al-Quran. 3. Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Nasae Maksud : hendaklah kamu menhiasia bacaan al-Quran dengan suara-suara kamu ( dengan memperbagaikan bunyi suara kamu ).

4. Hadis riwayat imam Bukhari dan Muslim Maksud : sesungguhnya bertuah engkau ( Abu Musa Al-Ashri ) kerana Allah S.W.T kurniakan seruling dari jenis seruling keluarga nabi daud. ( hadis ini rasulullah S.A.W memuji Abu Musa melagukan bacaan al-Quran )

5. Hadis Riwayat Imam Bukhari. Maksud : melagukanlah dengan bacaan al-Quran itu, bukan dari kalangan kami orang yang tidak mahu melagukan bacaan al-Quran. Dan sebaik-baiknya menangislah, jika tidak Berjaya menangis maka hendaklah seakan-akan menangis.

6. Hadis riwayat Imam Bukhari Maksud : Abdullah bin Magfal berkata aku menyaksi nabi Muhammah S.A.W membaca al-Quran, ketika baginda berkenderaan untanya, yang sedang maju berjalan. Baginda membaca surah al-Fatihah sebagainya bacaan yang paling lembut dalam bentuk lagu yang menarik ( tarzing )

Manakala berikut adalah hujah mereka berdasarkan dalil aqli: Pertama : mereka berpendapat bahawa melagukan bacaan al-Quran itu boleh menarik minat masyarakat kepada mendengar memerharikan sebahagian dari keindahan mukjizat al-Quran. Kedua : bahawa lagu bacaan al-Quran itu adalah salah satu daripada cirri-ciri alat penyampaian al-Quran dan pengajarannya kepada masyarakat. Ketiga : bahawa lagu bacaan al-Quran itu mempunyai seni daya tarikan kearah keinsafan, kesedaran dan kusyukkan terhadap Allah S.W.T. Keempat : bahawa Rasulullah S.A.W sendiri pernah meminta Ibnu Masud membaca al-Quran untuk didengari. Tokoh Qari tersebut membaca surah Al-Nisa dengan kemerduan suaranya disamping taranum yang menarik. Tiba-tiba sahaja Rasulullah S.A.W menangis berlinangan air matanya. kelima : bahawa keislaman Jabir bin Mutham adalah kesan dari pendengaran bacaan al-Quran surah Al-Tur oleh Rasullulah S.A.W.

3.1 KESIMPULAN PERBINCANGAN ANTARA DUA KUMPULAN. Kumpulan yang pertama hanya berpegang kepada hadis-hadis yang kurang kuat ( dhaif ) dan kurang menyakinkan disebabkan oleh perkara-perkara berikut : 1. Pada hadis yang pertama bagi hujah kumpulan yang pertama, hadis tersebut terdapat sanadnya terdiri dari perawi yang tidak menyakinkan iaitu Abu Muhammad dan Bakiyah yang mana kedua-dua masih mazhulkan halnya. 2. Pada hadis yang kedua pula juga terdapat unsur-unsur kedaifan kerana perawinya yang bernama Usman bin Amir yang masih mazhulkan halnya. 3. Manakala hadis yang ketiga pula adalah hadis yang dikhususkan tentang lagu azan bukannya untuk lagu bacaan al-Quran. Hanya mereka berpegang kepada kaedah kiyasi sahaja. Dan hujah begini tidak kuat. 4. Hadis-hadis yang dipegang oleh kelompok ini hanya hadis-hadis riwayat Al-Tabrani, riwayat Al-Bayahki dan riwayat Al-Darkhatni sahaja.

Manakala kumpulan yang kedua pula hujah mereka adalah lebih kuat dan lebih menyakinkan atas perkara-perkara berikut : 1. Hadis-hadis yang menjadi pegangan mereka adalah lebih kuat kerana tediri dari hadis sohih yang diriwayatkan oleh imam Bukhari, imam Muslim, Abu Daud dan Nasai. 2. Manakala isi kandungan hadisnya adalah tempat sasarannya mengenai lagu bacaan alQuran, tidak payah dikias dan takwil lagi. 3. Kedua-dua kelompok tersebut pada dasarnya tidak bercanggah tentang harus atau sunat melagukan ( mengiramakan ) bacaan al-Quran. Hanya yang dipertikaikan ialah masalah teknik dan sifat-sifat lagu sahaja. 4. Kedua-dua kelompok tersebut tidak pernah menepi atau menolak mana-mana hadis yang menjadi hujah kepada kedua-dua pihak. Hanya tafsiran dan pendapat masing-masing mempunyai sedikit perbezaan. Walau bagaimanapun sama-sama kearah ingin menjaga identity dan kualiti al-Quran.

4.1 HUKUM MELAGUKAN ( TARANUM ) BACAAN AL-QURAN. Setelah dikaji dan diteliti pendapat-pendapat ulama yang silam maka hukum melagukan bacaan al-Quran itu bolehlah dikategorikan kepada empat kategori bagaimana berikut : PERTAMA : sunat, jika ianya. Dapat menimbulkan syair islam Dapat menarik perhatian orang ramai kepada al-Quran Dapat menarik minat terhadap pengajaran dan pembelajaran al-Quran Dapat melahirkan ketinggian mukjizat al-Quran

KEDUA : harus, jika ianya, Tidak mencacatkan al-Quran Tidak menganggu ketenteraman awam Tidak menghalang ketenangan beribadat Tidak melahirkan fitnah
7

KETIGA : makruh, jika ianya, Menganggu ketenteraman awam Menghalang ketenagan beribadat Melahirkan fitnah Menghilangkan khusyuk/tadbur

KEEMPAT : haram, jika ianya Merosakkan keaslian al-Quran Menjatuh atau menghina keutamaan al-Quran Menyeleweng matlamat kearah yang dilarang syarak.

Bagi pandangan Hj.Nik Jaafar bin Nik Aziz yang juga merupakan penulis bagi buku (Qawaid At-taranum), ianya terdapat satu lagi kategori, iaitu kategori fardhu kifayah, jika ianya, Boleh mengurangkan kesalahan bacaan Boleh menambahkan keelokan al-Quran Boleh memantapkan kefahaman terhadap al-Quran

5.1 PANDANGAN ULAMA-ULAMA YANG LAIN TENTANG HUKUM TARANUM DAN DALILNYA. Daripada Barra bin Azib berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : seseorang yang mahir membaca al-Quran ditempatkan di syurga bersama malaikat dan hiasilah al-Quran dengan suaramu. Menurut imam Mawardi, melagukan al-Quran itu boleh selagi tidak keluar daripada hukum tajwid sehingga lagu merosakkan bacaan.1 Imam Ibn Hajar Asqalani meriwayatkan, masyarakat Arab cukup suka berlagu sama ada ketika menunggang unta, dihalaman rumah dan di mana sahaja. Apabila al-Quran diturunkan, Rasululah s.a.w mahukan minat berlagu itu dipindahkan kepada tarannum Al-Quran (Fath al-Bari 6/69).
1

http://webblog.myjodoh.net/2007/08/01/hukum-taranum-al-quran/

Satu riwayat lain dari Imam Ibn Batthal menyebutkan, Saidina Umar meminta Abu Musa al-Asy`ari (qari ulung di kalangan sahabat) membaca al-Quran di hadapannya. Maka, Abu Musa membaca sambil bertarannum. Kata Umar r.a sesiapa yang mampu untuk bertaranum seperti Abu Musa, silalah (Syarah al-Bukhari oleh Ibnu Battal 9/342) Ijmak para ulama menyatakan, menjadi suatu yang digalakkan mendengar bacaan alQuran seorang yang mempunyai suara baik kerana ia lebih jelas kepada makna yang dikehendaki. Menurut Pensyarah al-Quran dan Tarannum, Kolei Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Muhammad Lukman al-Hafiz Ibrahim, berkata masyarakat Islam perlu menganggap tarannum suatu tuntutan dengan melihat kepada beberapa hadis sahih Rasulullah s.a.w yang menyuruh dan beramal demikian. Asas bertarannum, katanya, ialah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: Bukanlah umat kami mereka yang tidak bertaranum dengan al-Quran. (Sahih Bukhari: 6/273) Suatu bukti yang tidak dapat disangkal ialah mereka yang belajar ilmu tarannum adalah lebih baik tilawah serta tajwidnya berbanding dengan mereka yang tidak belajar, katanya. Beliau berkata, ini sesuai dengan gesaan Rasulullah s.a.w supaya membaca al-Quran dengan cara yang paling baik, seperti yang dapat difahami melalui satu hadis bermaksud: Hiasilah al-Quran dengan suaramu kerana suara yang baik akan menambah keelokan al-Quran. (Riwayat Hakim 1/768). Suara perlu dibentuk dengan tarannum yang baik untuk menyambut suruhan Rasulullah s.a.w ini. Jika tidak bacaan akan menjadi buruk dan tidak elok. Ini bertentangan dengan kemuliaan alQuran. Seorang yang berkata tidak mampu bertaranum dengan alasan suaranya tidak baik hanya memberi alasan yang remeh. Mereka sebenarnya tidak belajar bertaranum yang betul untuk al-Quran.Realiti ini memang terbukti melalui kursus dan kelas yang diadakan.2

http://ibnuyusufal-syubrowi.blogspot.com/

6.0 IKHTILAF PARA ULAMA TENTANG WANITA MEMBACA AL-QURAN. Allah S.W.T jadikan kaum wanita itu penuh dengan berbagai bentuk dan gaya tarikan yang perlu dicemburui, diawasi dan dijagai. Sama ada rupa parasnya, tingkah lakunya, atau suaranya. Sehingga suara bacaan al-Qurannya. Ulama telah mengkategorikan bacaan al-Quran itu kepada beberapa kategori. PERTAMA : wanita yang membaca al-Quran dengan suara yang perlahan untuk didengarinya sendiri, bacaan begini tidak dipertikaikan oleh mana-mana ulama. KEDUA : wanita yang membaca al-Quran dengan suara yang agak nyaring, tetapi tidak ada lelaki ajnabi yang mendegarnya. Bacaan begini juga tidak dipertikaikan oleh mana-mana ulama. KETIGA : wanita yang membaca al-Quran dengan suara yang nyaring yang mana mereka sendiri tidak mengetahui bahawa bacaannya didengari oleh lelaki ajnabi, hal ini juga tidak dipertikaikan. KEEMPAT : wanita sahaja membaca al-Quran, untuk diperdengarkan kepada lelaki yang ajnabi, maka bacaan begini adalah dipertikaikan oleh ulama. Apakah ianya diharuskan atau diharamkan. Bagi kumpulan yang pertama suara wanita ini adalah aurat dan tidak boleh dipedengarkan oleh mana-mana lelaki yang ajnabi. Manakala yang kumpulan yang kedua mengatakan suara wanita bukan aurat sekiranya ianya menurut etika dalam membaca al-Quran secara berlagu ( taranum ).

10

6.1 IKHTILAF PARA ULAMA BAGI KUMPULAN YANG PERTAMA DAN KUMPULAN YANG KEDUA MENGENAI SUARA WANITA ADALAH AURAT. KUMPULAN PERTAMA. Kelompok ini terdiri dari ulama mazhab Hanafi dan konco-konconya. Diantara hujah mereka mengenai suara wanita adalah aurat iaitu mengikut firman Allah S.W.T maksudnya : wanita dilarang menghentak-hentakkan kaki mereka, supaya bunti perhiasan ( gelang kaki ) yang tertutup itu diketahui oelh orang lain. ( Surah An-nur : 31 ). Dalam hadis ini menjelasakan bahawa, larangan memakai perhiasan sebegitu, kerana ianya boleh membawa fitnah, membangkitkan seksual kaum lelaki ajnabi. Apatah lagi jika suara wanita sendiri dibunyikan. Selain dari itu juga, sabda Rasulullah S.A.W ( hadis riwayat Ibnu Majah ). Membawa maksud: : membaca tasbih itu untuk lelaki, manakala menepuk tangan pula untuk wanita. Kiasan mereka ialah, jika kaum wanita tidak dibenarkan bersuara ketika memberitahu kesalahan imam dalam sembahyang, maka tentunya suara wanita itu adalah aurat.

KUMPULAN KEDUA Kelompok ini pula terdiri dari ulama mazhab Syafie dan konco-konconya. Diantara hujah-hujah mereka adalah, imam Al-Mukminat isteri-isteri Rasulullah S.A.W sendiri adalah sebagai perawi hadis, tentunya mereka berkomunikasi dengan sesiapa sahaja, jika suara mereka dikira aurat. Maka sudah tentu mereka tidak berani bersuara sebagai perawi hadis. Selain itu juga, imam Almukminat, Saaban Hari pernah berbicara, berkomunikasi dengan para sahabat Rasulullah S.A.W dan seterusnya dengan kaum lelaki ajnabi. Jika suara wanita itu sebahagian dari aurat tentunya Rasulullah S.A.W melarang mereka berbuat demikian. Disamping itu, agama Islam membolehkan kaum wanita berkomunikasi dan bermuamalat dengan sesiapa sahaja sama ada dengan kaum lelaki atau kaum wanita. Agama Islam juga menerima kaum wanita menjadi saksi dalam perbicaraan pendakwaan dan sebagainya. Jika suara wanita itu dikira sebahagian dari aurat. Maka tentunya agama Islam tidak boleh menerima mereka berbuat demikian.

11

7.0 ANALISA HASIL DARIPADA HUJAH IKHTILAF PARA ULAMA TENTANG WANITA MEMBACA AL-QURAN. Kesimpulannya, setelah diteliti hujah kedua-dua pihak, maka didapati bahawa pegangan mazhab Hanafi yang berdalilkan ayat dan hadis di atas adalah kurang jelas dan tidak tepat. Ini kerana ayat di atas sebenarnya hanyalah ditujukankhusus perhiasan pakaian wanita sahaja. Begitu juga dengan sumber hadis yang disandarkan adalah khusus dalam perbahasan bagaimana seorang makmum wanita hendak menegur kesalahan imam dalam solat. Manakala hujah yang dipegang oleh mazhab Shafi`i pula adalah lebih praktikaldan meyakinkan. Ini menunjukkan bahawa suara wanita bukanlah dikira sebagai aurat. Namun jika kita teliti dengan lebih mendalam berhubung dengan kedua-duapendapat di atas, didapati bahawa kedua-duanya mempunyai tujuan yang samaiaitu menjaga kehormatan kaum Hawa yang mana Islam telah mengangkatkedudukan mereka dan diberikan hak-hak, kasih sayang dan kedudukan yanggambarkan melalui dua sumber utama Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah.Cuma teknik dan pendekatannya sahaja yang menjadi pertikaian dan perbahasandi kalangan para ulama.3

http://www.scribd.com/doc/59013820/pelajaran-taranum

12

8.0 SUMBER RUJUKAN Hj. Nik Jaafar Bin Nik Ismail. (2009). Qawaid At-taranum (Berlagu). Kuala Lumpur. Darulfikir Sdn.Bhd.
II. III. http://www.scribd.com/doc/59013820/pelajaran-taranum http://ibnuyusufal-syubrowi.blogspot.com/ http://webblog.myjodoh.net/2007/08/01/hukum-taranum-al-quran/

I.

IV.

13

You might also like