You are on page 1of 33

TUGASAN 1 : 1 (a) Sejarah Bahasa Melayu - Konsep dan Takrif Bahasa Ahli Bahasa & Ahli Linguistik : Bahasa

a diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada lambing-lambang yang diujarkan oleh manusia dengan menggunakan alat-alat artikulasi yang ada pada mereka. Lambang-lambang yang diujarkan itu mempunyai maknamakna tertentu berdasarkan masyarakat yang menuturkannya. Bloch & Trager ( 1942 ) : Bahasa sebagai sistem lambing-lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi.

Chomsky ( 1957 ) : Setiap penutur & pendengar mempunyai dua perkara penting,iaitu kecekapan bahasa ( otak - satu sistem rumus bahasa yang tiada had ) dan pengucapan bahasa ( unsur yang berada diluar - bunyi-bunyi yang dilafazkan ).

Pragmatik Ahli Linguistik : Bahasa merupakan satu sistem yang menghubungkan maksud kepada bunyi,sama ada berdasarkan aksi penutur atau pendengar.

Kamus : (a) The American Heritage Science Dictionary Bahasa ialah satu sistem objek atau symbol seperti bunyi atau sesuatu huruf yang berurutan yang boleh digabungkan. (b) The American Heritage Dictionary Bahasa merupakan satu alat komunikasi bagi menyampaikan pemikiran & perasaan melalui system tanda yang arbitrary. (c) Oxford University Press ( Language Software ) Bahasa merupakan salah satu cara terbaik untuk mengklasifikasikan manusia kepada suku etnik tertentu. (d) Etymology Bahasa terdiri daripada makna sistematik yang dikomunikasikan melalui penggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda konvensional.
1

Edward Sapir ( 1921 ) Menyampaikan idea ,perasaan & keinginan.

G. Trager ( 1949 ) Satu sistem lambang vokal yang arbitrari & bermakna.

Noam Chomsky ( 1957 ) Set ayat,sama ada terbatas atau tidak.

R.A. Hall ( 1964 ) Institusi yang membolehkan manusia berkomunikasi.

Michael Halliday ( 1973 ) Satu urutan kemungkinan & pilihan tingkah laku yang bersesuaian.

Rajah 1.0 Ahli Bahasa & Ahli Linguistik yang terkemuka.

Bahasa Sebagai Satu Sistem

Bahasa Sebagai Satu Simbol

Bahasa Sebagai Alat Komunikasi

Bahasa Bersifat Arbitrari

Ciri Bahasa
Bahasa Bersifat Dinamis

Bahasa Bersifat Unik

Bahasa Bersifat Sejagat

Bahasa Bersifat Bervariasi

Rajah 2.0 Ciri-ciri Bahasa.

Ciri-ciri Bahasa Bahasa Sebagai Satu Sistem

Bahasa mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau dituliskan. Bentuk perkataan & kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah scara teratur.

Bahasa Sebagai Satu Simbol

Bunyi secara sistematik disusun secara berurutan. Boleh dikatakan sebagai simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh penutur kepada pendengar dalam proses interaksi.

Bahasa Sebagai Alat Komunikasi

Bahasa merupakan saluran untuk membolehkan penutur sesuatu bahasa dapat menjalin kerjasama dengan penutur daripada bahasa yang lain.

Boleh berlaku dalam 2 cara,lisan atau tulisan. Menitikberatkan ciri-ciri konteks komunikasi yang terdiri daripada penutur,pendengar,topik perbincangan,latar belakang & tujuan komunikasi.

Bahasa Bersifat Arbitrari

Tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyi-bunyi bahasa bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan.

Bahasa Bersifat Unik

Tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk & struktur tertentu seperti binaan ayat,susunan huruf yang membentuk perkataan & golongan kata. Bahasa bersifat unik boleh juga dikaitkan dengan cara kita memperoleh bahasa itu sendiri. Lisan pendengaran,penyebaran & saluran,pendengaran yang berterusan,peranan silih berganti,maklumat balik,pengkhususan,semantik,arbitrary,kreatif,penyampaian,produktiviti & pembelajaran.

Bahasa Bersifat Sejagat

Setiap bahasa itu mempunyai sifat sejagat atau universal,iaitu sesuatu bahasa itu boleh dituturkan & dipelajari oleh sesiapa saja di dunia ini. Dalam konteks ini,bunyi bahasa & makna memainkan watak yang penting.

Bahasa Bersifat Dinamis

Sesuatu bahasa itu berpotensi untuk berkembang,membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.

Bahasa Bersifat Bervariasi

Terdapat kepelbagaian bagi satu-satu bahasa itu. Sesuatu bahasa itu mempunyai pelbagai dialek yang diujarkan oleh satu-satu kumpulan penutur & laras bahasa yang digunakan dalam sesuatu bidang.

Bahasa Rasmi

Bahasa Perpaduan

Bahasa Kebangsa an

Bahasa Pengantar

Bahasa Ilmu

Rajah 3.0 Fungsi Bahasa.


5

Fungsi Bahasa

Bahasa Rasmi Bahasa yang diberikan status sedemikian secara sah oleh sesebuah negara,negeri atau wilayah.

Digunakan dalam situasi rasmi.

Bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan seharian negara.

Bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi negara. Media untuk menulis semula undangundang & peraturan negara. Media dalam segala urusan suratmenyurat di dalam & antara jabatan.

FUNGSI BAHASA RASMI

Penulisan dokumen & rekod kerajaan.

Rajah 4.0 Fungsi Bahasa Rasmi.


6

Bahasa Melayu

Seksyen 8, Akta Bahasa Kebangsaan Jun 1991 -Surat menyurat -Minit mesyuarat -dokumen kerajaan

Perkara 152 Fasal 1 (a) & Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan -Bahasa rasmi untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan,negeri & badan berkanun.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 Seksyen 2 & 6 -Aspek-aspek tulisan,bentuk angka & bahasa borang rasmi kerajaan.

Rajah 5.0 Bukti Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

Bahasa Kebangsaan

Bahasa yang dapat memperlihatkan identiti nasional & lambang bagi sesuatu bangsa atau negara.

Digunakan untuk tujuan politik & komunikasi rasmi.

Fungsi utama : Menyerlahkan lambang inspirasi & semangat kebangsaan & kemerdekaan.

Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1955

Penyata Razak 1956

Perlembagaan Persekutuan

Perkara 152 1 (a) & (b), 2 & 3 (a) & (b)

Istilah Bahasa Malaysia digunakan.

Akta Perlembagaan 1971 (pindaan)

Akta Hasutan 1984

Rajah 6.0 Perubahan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa kebangsaan.

Bahasa Ilmu

Bahasa yang mampu menjadi pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi.

Boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa yang luas untuk membincangkan ilmu baharu.

Bahasa Melayu perlu mempunyai perbendaharaan kata, istilah & bahasa yang sesuai untuk ungkapan konsep & pemikiran yang kompleks dan abstrak.

Sebagai bahasa kebangsaan & bahasa rasmi negara, bahasa Melayu mempunyai 2 peranan penting , iaitu sebagai bahasa yang mampu mendukung perkembangan ilmu & pemikiran bangsa dalam segala lapangan dan sebagai alat yang membentuk & mengembangkan identiti kebangsaan, alat komunikasi masyarakat serta sebagai alat perpaduan dalam negara berbilang bangsa dan agama.

Keintelektualan bahasa dari segi kosa kata & sistem tatabahasa telah menyebabkan perancangan & pelaksanaan bahasa baku dijalankan.

Bahasa Pengantar

Penyata Razak merupakan asas kepada pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Penyata ini disemak mula oleh Abdul Rahman-Menteri Pelajaran pada masa itu,mengeluarkan Laporan Rahman Talib 1960 besertakan 5 cadangan.

1968, peralihan bahasa pengantar bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu mula dilakukan. Tumpuan diberikan kepada matapelajaran Matematik, Sains, Sejarah & Geografi.

Pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1983 telah menitikberatkan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis & mengira menggunakan bahasa Melayu, di samping memberikan pendidikan untuk mebina sahsiah diri serta pemupukan kemahiran berfikir.

Pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1988 lebih menitikberatkan pengunaan bahasa Melayu yang bermutu bersandarkan ketepatan tatabahasa, kecekapan berbahasa & kepekaan terhadap variasi bahasa Melayu.

10

Peringkat Sekolah Rendah

Bahasa kebangsaan diajarkan di sekolah Cina, Tamil & Inggeri.

Perubahan nama sekolah.

Bahasa Inggeris -darjah 1 untuk aliran Melayu. -darjah 3 untuk aliran Cina & Tamil

-Sekolah Umum kepada Sekolah Kebangsaan. -Sekola Jenis Umum kepada Sekolah Jenis Kebangsaan.

Peringkat Sekolah Menengah

Masa : 5 - 6 tahun Akademik Vokasional Teknik

Bahasa kebangsaan & bahasa Inggeris wajib dipelajari.

1958, 153 buah kelas telah ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah Inggeris yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sekolah Menengah Alam Syah, 1959, murid lelaki saja. Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, 1964, murid pantai timur semenanjung Malaysia. Sekolah Menengah Kolam Air, 1968, murid perempuan saja. 11

Akta Pelajaran 1961

Sekolah Menengah Kebangsaan

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan

-Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. -Bahasa Inggeris wajib dipelajari. -Bahasa ibunda ( atas permintaan ibu bapa ).

-Bahasa pengantar

Inggeris di sekolah jenis ini ditukarkan secara beransur-ansur kepada bahasa Melayu. -5 mata pelajaran telah diajarkan dalam bahasa Melayu bagi pelajarpelajar tingkatan 1.

Peringkat Maktab Perguruan

Cadangan menubuhkan maktab khas mengajar bahasa.

Penubuhan maktab perguruan bahasa. Matlamat: -Melatih guru-guru yang akan mengajar bahasa kebangsaan. -Menjalankan penyiasatan & penyelidikan ke atas bahasa-bahasa yang digunakan di Semenanjung Malaysia serta menyelidik cara pengajarannya.
12

Maktab Perguruan Brinsford

Pusat-pusat perguruan harian.

Guru-guru pelatih yang mengambil mata pelajaran Pengajian Melayu mempelajari aspekaspek kebudayaan & kesusasteraan Melayu.

Kursus A SRK Wajib ambil mata pelajaran Bahasa Melayu. Kursus B SJKI, Kursus C SJKC & Kursus D SJKT, mereka perlu mengambil bahasa Kebangsaan sebagai bahasa kedua.

Peringkat Pengajian Tinggi

Universiti Malaya ialah institusi pengajian tinggi tempatan yang pertama menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

UPM bahasa Melayu telah diajar sebagai satu kursus wajib & dijadikan syarat penganugerahan ijazah & diploma. USM Bahasa Melayu diajar meliputi aspek kefasihan & peristilahan. Semua kursus sains serta perlaksanaan pengajaran & peperiksaan menggunakan bahasa Melayu. UTM Bahasa Melayu dimasukkan dalam kursus Pendidikan Umum (Kemampuan Bahasa). UKM Meningkatkan taraf bahasa Melayu kepada status bahasa pengantar di pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini.

3 kategori pengajaran bahasa Melayu : -Fakulti Ekonomi, Undangundang, Pergigian & Kejuruteraan wajib lulus. -Fakulti Sains, Sastera & Sains Sosial subjek wajib. -Fakulti Perubatan & Pendidikan subjek wajib.

13

Bahasa Perpaduan Bahasa Melayu bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur daripada berbagaibagai bangsa & berupaya untuk menyatupadukan bangsa yang dikenal sebagai bangsa Malaysia. Pemimpin perlu mempunyai political will untuk menentukan bahasa Melayu terus berfungsi & dan mampu mencapai keseimbangan yang rasional serta menguntungkan antara unsur-unsur antarabangsa dengan kebangsaan. Bahasa berfungsi untuk meransang pendengaran, sama ada dari segi fizikal, intelek atau emosi, lebih daripada sekadar fungsinya sebagai alat komunikasi anatara seorang dengan yang lain. Halliday (1973), Kanak-kanak : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Instrumental Regulasi Interaksi Personal Heuristik Imaginatif Representasi

Orang dewasa : i. ii. iii. Ideasional Interpersonal Tekstual

Fungsi bahasa Leech (1974), Orang dewasa : i. ii. iii. iv. Informasi Ekspresif Direktif Estetik Keraf (1984), Sejarah pertumbuhan bahasa, i. ii. iii. Alat untuk menyatakan ekspresi diri. Alat untuk integrasi & adaptasi sosial. Alat untuk mengadakan kawalan sosial.

14

Tanda-tanda sejarah tentang kehadiran perkataan Melayu : 1.Catatan orang Cina yang menyatakan terdapat sebuah kerajaan Mo-lo-yeu yang sembahkan hasil bumi kepada raja China (644-645 Masihi) 2.Catatan rahib Buddha bernama Itsing yang gunakan perkataan Dijumpai di kedudukan Bukit, mo-lo-yu terhadap dua buah kerajaan yang dilawatinya (sekitar 675 Palembang (683 Masihi) Masihi)

Dijumpai di Talang Tuwo, Palembang (684 Masihi)

Bukti tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu (berupa empat buah batu bersurat) :

Dijumpai di Kota Kapur, Pulau Bangka (686 Masihi)

Dijumpai di Karang Brahi, Meringin daerah Hulu Jambi (686 Masihi)

Pendapat tentang bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah

Penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak tahun 2500 Sebelum Masihi dari daerah Yunan di negara China

Pendapat tentang bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu

Hal ini berdasarkan penemuan orang Jawa yang telah menghuni Kepulauan Melayu sejak ribuan tahun dahulu

15

Pengertian Melayu

Menurut Asmah Hj. Omar (1985) dalam buku bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu : -merujuk kepada bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut gugusan pulau Melayu

Menurut UNESCO : -merujuk suku bangsa di Semenanjung, termasuk orangorang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagascar

Menurut Perlembagaan Malaysia : : -ditakrifkan sebagai orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu

16

Bahasa-bahasa Austronesia Empat keluarga asas rumpun bahasa Austronesia

Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu atau Nusantara

Bahasa-bahasa Melanesia seperti bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian

Bahasa-bahasa Polinesia seperti bahasa Hawaii, Tonga dan Maori Bahasa-bahasa Mikronesia seperti bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert

Rumpun Austronesia

Keluarga Nusantara

Keluarga Polinesia

Keluarga Melanesia

Keluarga Mikronesia

RAJAH 1.1 Rumpun bahasa Austronesia

17

Kumpulan subkeluarga bahasa Nusantara : (a)Kumpulan Filipina, contohnya bahasa Tagalog, Lioko, Bikol dan Sulu (b)Kumpulan bahasa Sumatera, contohnya bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung dan Orang Laut (c)Kumpulan bahasa Jawa, contohnya bahasa Sunda, Jawa dan Madura (d)Kumpulan bahasa Kalimantan, contohnya bahasa Iban, Kenya Kayan dan Melanau (e)Kumpulan bahasa Bali-Sasak, contohnya bahasa Bali, Sasak dan Sumabawa (f)Kumpulan bahasa Sulawesi Selatan, contohnya bahasa Makasar, Bugis dan Seko (g)Kumpulan bahasa Halmahera Selatan-Irian Jaya, contohnya bahasa Hilmahera Selatan, Nufur dan Kowiai

Keluarga Bahasa Austronesia

Rumpun Austris

Rumpun Austronesia

Rumpun Austroasia

Rumpun Hmong-Mien

Rumpun Tai-Kadai

RAJAH 1.1 Rumpun bahasa Austronesia Faktor penyebaran filum bahasa Austris : -Suku bangsa Han yang merupakan penutur bahasa Sino-Tibet dikatakan menyerbu wilayah selatan -Hal ini membawa implikasi penyebaran bahasa Austris ke kawasankawasan lain kerana penutur bahasa Austronesia terpaksa berhijrah ke 18 Kepulauan Pasifik dan penempatan yang Taiwan, Kepulauan Asia Tenggara, lain

Bahasa Melayu-Polinesia Ciri-ciri bahasa Melayu-Polinesia : 1.Perkataan-perkataannya yang terbina daripada gabungan dan cantuman suku kata 2.Penutur-penutur bahasa ini lebih kerap menggunakan suku kata terbuka berbanding dengan suku kata tertutup, dan mereka mengurangkan penggunaan gugus-gugus konsonan 3.Terdapat keluarga bahasa ini yang memang memiliki gugusgugus konsonan dan ini merupakan pengaruh daripada bahasabahasa yang lain seperti bahasa Arab, Sanskrit dan Indo-Eropah 4.Ada juga beberapa bahasa dalam keluarga ini yang mempunyai fonem-fonem yang sama seperti bahasa Sanskrit, misalnya bahasa Jawa dan Madura 5.Bahasa ini banyak menggunakan bentuk-bentuk ulangan, sama ada pengulangan sebahagian atau seluruh perkataan 6.Fonologi atau bunyi sebutan bahasa ini mudah

Rumpun Austronesia

Keluarga Nusantara

Keluarga Polinesia

Keluarga Melanesia

Keluarga Mikronesi a Filipina

Sumatera

Jawa

Bali-Sasak

Acheh

Batak

Minangkabau

Lampung

Nias

Melayu

RAJAH 1.4 Keluarga bahasa Nusantara


19

1 (b) ALAT ARTIKULASI

Alat Artikulasi Anak Tekak

Fungsi -Sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut, khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak -Dengan demikian, anak tekak ini juga boleh digerakgerakkan, sama ada dinaikkan atau diturunkan

Lidah

-Merupakan alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa -Bahagian hadapan, tengah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang -Hujung lidah boleh digerak-gerakkan ke mana-mana bahagian di dalam mulut untuk menyekat perjalanan udara

Pita Suara

-Berperanan dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan ini bersuara ataupun tidak bersuara -Apabila selaput suara disempitkan, sewaktu udara dari paru-paru keluar melaluinya, akan berlakulah getaran -Apabila selaput suara itu direnggangkan dan glotis terbuka tetapi tidak terlalu luas, sewaktu udara keluar melaluinya tidak ada getaran berlaku dan bunyi yang terhasil adalah bunyi tak bersuara

20

Rahang

-Keadaan bukaan antara dua rahang atas dengan bawah adalah sempit semasa membunyikan vokal [i] dan vokal [u] -Keadaan rahang akan terbuka luas semasa membunyikan vokal [a] dan []

Rongga

-merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru

21

TUGASAN 2 1. Bahasa sebagai satu sistem :

Bahasa mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau dituliskan. Bentuk perkataan & kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara teratur. Contoh ayat betul : Dalam politik, pendapat adalah modal penting untuk mempengaruhi pengundi. Contoh ayat salah : Politik dalam, penting modal mempengaruhi untuk pendapat pengundi adalah.

Penerangan : Berdasarkan ayat-ayat di atas, kita dapat mengetahui betapa pentingnya sistem dalam bahasa. Sekiranya bahasa ini tidak mempunyai sistem,maka segala maksud ayat-ayat tersebut tentulah akan menyusahkan kehidupan manusia seharian kerana kekeliruan dari segi penterjemahan ayat-ayat tersebut.

2. Bahasa sebagai satu simbol :

Bunyi secara sistematik disusun secara berurutan untuk menghasilkan perkataan yang seterusnya digunakan sebagai simbol untuk semua perkara yang dilakukan & difikirkan oleh manusia.

Boleh dikatakan sebagai simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh penutur kepada pendengar dalam proses interaksi.

Contoh simbol : 9.5 % ( % adalah simbol untuk peratus )

22

( SPRM ) adalah nama bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Penerangan : Sememangnya bahasa ini boleh dijadikan sebagai simbol. Hal ini kerana sesuatu benda yang kita sebut & guna dalam kehidupan seharian adalah dalam bentuk simbol & bunyi. 3. Bahasa sebagai alat komunikasi :

Manusia dapat menyampaikan semua yang dirasai, difikirkan, dan diketahui oleh orang lain.

Contoh ayat : Nyatakan apa saja isu, pasti ada pandangan yang berbeza. Pendapat yang baik jika ia mampu mengukur kematangan. Sebaliknya, pendapat yang beremosi, boleh menimbulkan kekeliruan. Penerangan : Ayat diatas menunjukkan bahawa penulis ingin menegaskan perbezaan antara pendapat yang baik & buruk. Maka, jelaslah bahawa komunikasi itu telah pun berlaku secara tidak langsung. 4. Bahasa bersifat arbitrari :

Tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda yand dimaksudkan.

Contoh perkataan : negatif, kos, finah & bebas. Penerangan : Perkataan-perkataan di atas menunjukkan contohcontoh arbitrari.

23

5. Bahasa bersifat unik.

Tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk & struktur tertentu seperti binaan ayat, susunan huruf yang membentuk perkataan & golongan kata seperti kata nama & kata kerja.

Contoh perkataan : Pelbagai sebagainya. Penerangan :Kedua-dua perkataan tersebut berasal dari perkataan kata akar yang sama, iaitu bagai. Oleh itu, dengan adanya ciri bahasa ini,maka keadaan semula jadi perkataan tersebut tetap berubah. 6. Bahasa bersifat sejagat.

Sesuatu bahasa itu boleh ditutur dan dipelajari oleh sesiapa saja.

Contoh perkataan : Presiden Barack Obama Penerangan : Perkataan tersebut boleh ditutur oleh semua rakyat di dunia ini. 7. Bahasa bersifat Dinamis.

Sesuatu bahasa itu berpotensi untuk berkembang, membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan & kemajuan.

Contoh perkataan : Ramai Ramailah, sebagainya pelbagai. Penerangan : Pertambahan imbuhan pada perkataan-perkataan tersebut telah menyebabkan struktur perkataan tersebut berubah menjadi maksud yang berbeza.

24

8. Bahasa bersifat bervariasi.

Terdapat kepelbagaian bagi satu-satu bahasa itu.

Contoh perkataan : Global Dunia, Rakyat Orang ramai. Penerangan : Variasi bahasa itu sendiri telah memudahkan manusia untuk berhubung dengan yang lain tanpa terpaku dengan satu istilah saja.

25

TUGASAN 3 Bunyi-bunyi bahasa Bunyi Vokal 1. Vokal depan sempit I. II. Keadaan lidah hampar. Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. III. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. IV. V. Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung. Pita suara digetarkan.

2. Vokal depan separuh sempit I. II. III. Keadaan bibir hampar. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gigi gusi. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. IV. V. Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung. Pita suara digetarkan.

3.

Vokal depan separuh luas / lapang I. II. III. Keadaan bibir hampar. Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
26

IV. V.

Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan.

4. Vokal depan luas / lapang I. II. III. Keadaan bibir hampar. Depan lidah diturunkan serendah mungkin. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. IV. V. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan.

5. Vokal belakang sempit I. II. Keadaan bibir bundar. Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. III. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. IV. V. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan

6. Vokal belakang separuh sempit I. II. Keadaan bibir bundar. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut.

27

III.

Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

IV. V.

Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan.

7. Vokal belakang separuh luas / lapang I. II. III. Keadaan bibir bundar. Belakang lidah dinaikkan separuh rendah. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. IV. V. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan.

8. Vokal tengah I. II. Keadaan bibir antara hampar dengan bundar. Tengah lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak menyentuh lelangit keras. III. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. IV. V. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan.

28

Bunyi Konsonan 1. Bunyi konsonan [p] a. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. b. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang / ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung. c. Pita suara direnggangkan. d. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. e. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta-merta. f. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara.

2. Bunyi konsonan [t] a. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. b. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang / ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung. c. Pita suara direnggangkan. d. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. e. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta. f. Bunyi yang dinaikkan ialah letupan gusi tidak bersuara.

3. Bunyi konsonan [k]

29

a. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. b. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. c. Pita suara direnggangkan. d. Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. e. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta-merta. f. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara.

4. Konsonan bergeseran gusi tidak bersuara [s] a. Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. b. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. c. Pita suara direnggangkan. d. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suar. e. Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara.

5. Konsonan getaran gusi bersuara [r] a. Hujung lidah dikenakan pada gusi. b. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
30

c. Pita suara dirapatkan. d. Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara. e. Arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah.

6. Konsonan sisian gusi bersuara [l] a. Hujung lidah dikenakan pada gusi. b. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. c. Pita suara dirapatkan. d. Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. e. Arus udara dibiarkan keluar melaui tepi lidah sahaja.

Bunyi Diftong 1. Diftong [ai] i. ii. iii. Keadaan bibir agak terhampar. Hujung lidah terkena gigi bawah. Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal depan rendah [a]. iv. Lidah secara cepat digeluncurkan ke arah cara membunyikan vokal depan tinggi [i]. v. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. vi. vii. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan.

31

Contoh : pelbagai, kedai & pandai. 2. Diftong [au] i. ii. iii. Keadaan bibir daripada hampar ke bundar. Hujung lidah kena gigi bawah. Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal depan rendah [a]. iv. Lidah digeluncurkan secara cepat ke arah cara membunyikan vokal belakang tinggi [u] dengan lidah melengkung ke arah lelangit keras. v. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. vi. vii. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan.

Contoh : walaupun & atau 3. Diftong [oi] i. ii. Keadaan bibir daripada hampar ke bundar. Depan lidah pada kedudukan sebelum membuyikan vokal separuh tinggi [o]. iii. Lidah digeluncurkan secara cepat ke arah cara membunyikan vokal depan tinggi [i] dengan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras, rendah sedikit daripada cara membunyikan vokal [i]. iv. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung. v. vi. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan.

Contoh : -

32

33

You might also like