• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
1
 
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.Segala puji bagi Allah S.W.T selaku Pencipta, Pemerintah dan Pentadbir sekalian alam. Selawatdan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, para sahabat dan para pengikut setia baginda hingga ke akhir zaman.Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T dan bergembira kerana dengan kurnia danhidayah-NYA berjaya jua kami menyiapkan satu kertas kerja ilmiah yang bertajuk “Perbezaan pendidikan bersepadu yang dikemukakan oleh Barat dengan paradigma pendidikan bersepaduyang dikemukakan di Malaysia”Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasihyang tidak terhingga kepada Pn. Khalijah dan Pn. Nor Sakinah Bte Mohammad,
 
yang telahmemberi tunjuk ajar kepada saya.Penghargaan ini juga saya tujukan kepada staf-staf Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL)yang telah membantu mencari buku rujukan yang berkenaan dengan kertas kerja ilmiah ini.Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pusat Wacana Ilmu di Keris Maskerana menyediakan sumber rujukan yang sangat bermanfaat, tidak lupa juga kepada rakan-rakan satu fakulti kerana membantu saya dari segi memberi tunjuk ajar, meminjam laptop dansebagainya. Semoga Allah S.W.T. membalas jasa baik mereka semua.
 
2
Akhirnya, kami mengharapkan dengan wujudnya kajian ilmiah ini, ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada kami semua tentang paradigma pendidikan bersepadu negara dan yangdiamalkan di Barat.
 Insyaallah.
 
3
 
BAB SATUPENDIDIKAN BERSEPADU DI MALAYSIA1.1PENGENALAN
Kertas kerja ilmiah ini memfokuskan tentang perbezaan pendidikan bersepadu yang diamalkandi negara kita dengan di barat.
1.2KONSEP
Abdul Raof Dalip (1991) dalam kertas kerjanya, “ Peranan Pendidikan Sepadu Membentuk Ummah dan Masyarakat”, mentakrifkan bahawa konsep pendidikan sepadu yang diamalkan diMalaysia membawa erti penyatuan ilmu dengan kehidupan, keserasian antara pembangunanummah dengan matapelajaran, perhubungan antara manusia dengan komponen- komponen didalam dirinya ke arah wujudnya keseimbangan rohani dan jasmani yang bertunjangkan tauhid,akidah, keutuhan Yang Maha Esa. Musa Daia (1993) dalam artikenya, “ Falsafah Pendidikan Negara dalam Pelaksanaan KBSM ” pula mendefinisikan pendidikan bersepadu sebagai sebuahkonsep pendidikan yang mewujudkan pertalian yang jelas di antara bidang kognitif, efektif, dan psikomotor dalam usaha mengembangkan individu secara menyeluruh sama ada dari segiintelek, rohani, emosi, dan jasmani. Dengan kata lain, konsep pendidikan yang diamalkan diMalaysia adalah berlandaskan keseimbangan antara tuntutan kerohanian dan kejasmanian selarasdengan Falsafah Pendidikan Negara, 1990 hlm. 6 yang berbunyi:
 Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensiindividu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhankepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sertamemberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...