You are on page 1of 5

8.

PERKAITAN ANTARA TEORI INTERAKSIONISME DENGAN MOBILITI SOSIAL 8.5.1 Teori Interaksionisme

Teori interaksionisme banyak dikaitkan dengan George Herbert Mead. Beliau merupakan pengkaji sosiologi yang bersifat mikro. Ia membincangkan peranan individu dalam sesuatu sistem sosial. Teori ini mengkaji bagaimana seseorang menginterpretasi dan bertindak mengikut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Ahli-ahli interaksionisme mentafsir makna perlakuan atau aksi individu dan memperjelaskan makna-makna perlakuan manusia yang subjektif. Mereka melihat bagaimana makna-makna yang subjektif dikongsi bersama oleh anggotaanggota masyarakat. Oleh itu, teori ini mempunyai dua asas pemerhatian penting iaitu pertamanya ia mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif. Keduanya ia melihat bagaimana makna yang simbolik itu digunakan dalam interaksi manusia. Blummer (1969) yang mengembangkan teori interaksionisme simbolik memberikan tiga huraian penting mengenai konsep makna. Pertama adalah kepentingan memahami makna-makna simbolik mengikut konteks penggunaannya. Kedua, makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra. Ketiga, makna adalah sesuatu yang boleh dirundingkan iaitu kita tidak semestinya menerima sesuatu makna yang diutarakan oleh pihak lain tetapi kita juga berperanan memberi makna yang sesuai kepada sesuatu perkara. Oleh itu dapat dikatakan bahawa interaksionisme simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. Ia memberi penekanan tentang peranan aktif seseorang individu dalam perhubungan sosial dan seseorang manusia bukanlah secara pasif dibentuk oleh persekitaran sosial. Makna-makna simbolik diperoleh daripada bentuk-bentuk simbol tertentu seperti perkataan, perlakuan, objek dan bahasa. Perkataan yang digunakan sebagai simbol adalah mewakili objek-objek fizikal, perasaan, nilai dan idea. Perlakuan pula meliputi perbuatan termasuklah yang berdasarkan pemikiran dan niat seseorang. Objek adalah perkara nyata yang dapat dilihat. Bahasa pula adalah bahasa lisan untuk berhubung. Menurut Mead, bahasa membolehkan manusia menjadi makhluk sedar kendiri atau kita menyedari bahawa diri kita adalah seseorang individu. Penggunaan simbol-simbol merupakan perkara penting dalam proses mengenali diri ini. Simbol merupakan sesuatu yang wujud sebagai wakil kepada sesuatu perkara lain sama ada yang diwakili itu wujud dalam bentuk nyata atau abstrak. Sebagai contoh, perkataan pokok merupakan simbol yang mewakili objek pokok. Kita boleh fikir dan gambarkan mengenai pokok walaupun ketika itu pokok tidak wujud di depan mata kita, hanya sekiranya kita telah menguasai konsep simbol. Oleh itu, pemikiran simbolik membebaskan kita daripada hanya terhad kepada perkara-perkara yang kita boleh lihat, dengar, hidu dan rasa sahaja.

Ahli interaksionisme simbolik selalunya berfokus kepada hubungan bersemuka dalam konteks kehidupan seharian. Setiap hari manusia terlibat dengan pergaulan dengan orang lain. Hubungan antara manusia ini melibatkan simbol. Signifikasinya, kehidupan manusia adalah dipenuhi dengan simbol-simbol. Simbol menyebabkan kita dapat mempelajari tentang diri kita dan dapat melihat diri kita dari luar. Contoh paling mudah ialah simbol saya merujuk kepada objek yang dipanggil oleh orang lain sebagai awak merupakan tahap permulaan kesedaran kendiri. Lebih jelas lagi, kita dapat melihat diri kita sebagaimana orang lain melihat diri kita. Prose menginterpretasi simbol-simbol adalah sangat kompleks. Bila berinteraksi dengan orang lain, kita selalunya mencari petanda-petanda jenis tingkah laku dalam konteks hubungan berkenaan. Kita mengiterpretasi simbol-simbol daripada pihak lain seperti apakah kemahuan mereka, apa merka akan kata atau apa mereka akan buat. Misalannya, apabila buat pertama kali bertemu dalam temujanji antara lelaki dan perempuan, masing-masing akan menunjukkan sesuatu yang baik dan memikirkan apa pandangan pasangan terhadapnya, mereka akan menggunakan simbol-simbol dan disesuaikan dengan perlakuan yang berhati-hati. Oleh itu, teori interaksionisme mementingkan proses interaksi sosial manusia. Sekiranya kita tidak bersosial, kita tidak akan berkelakuan seperti makhluk manusia biasa. Kita mungkin dianggap tidak waras dan tidak siuman. Banyak cerita-cerita manusia yang sejak kanak-kanak terasing daripada manusia lain telah menunjukkan tingkah laku berbeza daripada manusia yang kita anggap normal. Salah satu contoh ialah lagenda Tarzan yang tidak mempunyai interaksi dengan manusia semasa zaman kanak-kanaknya. Secara keseluruhannya terdapat beberapa prinsip asas teori interaksi simbolik seperti berikut (Ritzer 1992): 1. Manusia adalah tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir. 2. Keupayaan berfikir manusia adalah dibentuk oleh interaksi sosial. 3. Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari makna-makna dan simbol-simbol yang membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada mereka. 4. Makna-makna dan simbol-simbol membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi. 5. Manusia berkeupayaan mengubah makna-makna dan simbol-simbol yang mereka gunaka dalam aksi dan interaksi berdasarkan interpretasi mereka terhadap sesuatu situasi. 6. Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri. Kebolehan ini membolehkan mereka menjangkakan kemungkinan-kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya menentukan tindakan atau aksi yang sesuai.

7. Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat.

8.5.2

Pendidikan

Kajian interaksionisme dalam pendidikan berfokus kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh peserta-peserta yang terlibat terutamanya guru dan murid. Mereka juga melihat aspek organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat mempengaruhi sekolah. Contohnya mereka menunjukkan bagaimana murid mempunyai perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi dengan guru. Kelakuan tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar belakang kelas sosial dalam masyarakat. Dalam bidang pendidikan, pendekatan interaksionisme simbolik sangat popular digunakan khususnya untuk melihat hubungan antara guru dengan murid, murid dengan murid dan guru dengan guru. Pendekatan ini biasanya dapat dilihat ketika interkasi yang berlaku dalam bilik darjah. Antara teknik-teknik yang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah seperti membuat janji dan ancaman atau amaran, merujuk kepada pihak atasan seperti guru besar, dasar pecah dan perintah dan lain-lain. Antara teknik-teknik yang digunakan oleh murid pula ialah seperti merujuk kepada keadilan, melakukan gangguan, merujuk kepada pihak berautoriti seperti ibu bapa dan sebagainya. Tekniktekni atau stratergi-stratergi ini akan mempengaruhi interaksi dan menjadikan suasana bilik darjah hidup, menjadi lebih teratur dan menggalakkan proses P&P.

8.6

PERKAITAN ANTARA TEORI KONFLIK DENGAN MOBILITI SOSIAL 8.6.1 Teori Konflik

Teori konflik bermula daripada pandangan asal Marx dan diikuti oleh Weber. Tokohtokoh lain telah memperkembangkan pandangan mereka. Secara analitikal teori ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu aliran Marx dan aliran Weber. 8.6.1.1 Aliran Marx Teori konflik aliran Marx adalah berlatarbelakangkan tafsiran-tafsiran sosiologikal terhadap karya-karya Karl Marx. Perspektif Marxime adalah agak berbeza dengan pandangan sosiologi bukan Marx.ia berbeza dengan fungsionalisme kerana ia tidak bersetuju engan konsep consensus dan sosiologikal yang bebas nilai. Bagi pengikut aliran Marx, mereka melihat teori bukan semata-semata sebagai satu cara analisis sosiologi bahkan ia juaga merupakan satu cara reformasi social. Marxime pula menjadi pengerak kepada perubahan politik yang radikal. Fatimah Daud (1992) mengatakan bahawa konsep sejarah Marxime Marx mengandungi tiga elemen penting iaitu ia merupakan satu teori atau kaedah ilmiah, merupakan satu ajaran politik dan

satu pandangan hidup yang kekuatannya sama dengan agama. Brinkerhoff dan Whife (1989), pula merumuskan terdapat tiga andaian penting teori konflik iaitu: 1. Konsep dialektik : Evolusi bukan merupakan proses utama yang menghasilkan perubahan sosial tetapi sebab utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah konflik. 2. Determinisme : Asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh faktorfaktor persaingan ekonomi. 3. Ativisme Sosial : Tugas utama analisis sosial adalah kriktikan sosial. Pada keseluruhannya teori konflik juga membicarakan mengenai peranan struktur sosial. Konsep-konsep berkaitan yang selalu dibincangkan oleh teori ini ialah seperti soal pembahagian kelas sosial dalam masyarakat, konflik, perubahan sosial, alienasi kuasa dan ideologi. Ketidaksamaan selalu menjadi fokus perdebatan. Dua perkara utama yang biasa diutarakan ialah pertamanya, teori ini melihat akses atau peluang yang tidak sama terhadap sumber-sumber yang terhad yang ada dalam struktur sosial. Kedua, ia melihat bagaimana ketegangan yang berpunca daripada ketidaksamaan memberi kesan kepada kestabilan dan perubahan. Oleh itu, teori ini melihat masyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan. Konflik tidak dapat dihindarkan untuk berubah. Pergeseran-pergeseran berlaku antara kelas sosial rendah, berlaku dalam kelas sosial yang sama, dalam keluarga atau dalam kumpulan: dimana semuanya mahukan perubahan. Dalam sesuatu konflik, akan ada satu pihak yang kalah dan satu pihak yang menang. Fenomena kalah-menang ini kan menyebabkan perubahan. Oleh itu, ketegangan dan konflik dalam masyarakat akan memyumbang kepada perubahan sosial. Walaupun perubahan boleh berlaku revolusi dan adaptasi, ia mesti dimulai oleh konflik. Untuk berfikir seperti Marx, kita perlu menerima pandangan bahawa asas kepada pembentukan masyarakat adalah merupakan faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industry dan perdagangan.pembentukan sesebuah masyarakat baru adalah hasil daripada perjuangan antara kelas untuk menguasai ekonomi. Faktor-faktor yang berkaitan dengan pengeluaran ekonomi menjadi asas kepada perubahan masyarakat. Bahagaian-bahagian lain selain daripada ekonomi seperti agama, institusi politik, institusi kekeluargaan, dan institusi pendidikan pula menjadi superstruktur masyarakat. Superstruktur masyarakat adalah dibentuk dan dipengaruhi oleh struktur asas masyarakat, iaitu ekonomi. Perubahan pada superstruktur masyarakat hanya kan berlaku sekiranya telah terdapat perubahan pada asasnya. Sebagai contoh, masyaralat kapitalis terbentuk kerana pertentangan antara tuan tanah aristrokrat dengan kelas baru dimana kekayaan kelas baru adalah berasaskan kepada keluaran industry dan perdagangan. Kelas baru yang menguasai faktor-faktor perdagangan ini disebut oleh Marx sebagai berjuis. Golongan berjuis yang menguasai perdagangan dan perindustrian menggunakan mereka yang tidak berharta untuk menjadi buruh dan mereka digelar sebagai golongan proletariat atau kelas pekerja.

Golongan berjuis merupakan minoriti dalam masyarakat sementara yang majoritinya adalah golongan proletariat. Golongan minoriti mempunyai kauasa yang besar kerana merekalah yang menguasai ekonomi. Dengan kuasa, mereka mendominasikan golongan majoriti. Kedua-dua golongan ini sentiasa berkonflik. Setiap kelas mempunyai kesedaran untuk perpaduan dan menjaga kepentingan kelas masingmasing serta berseteru dengan kelas lain. Kelas pekerja selalu mendakwa mereka ditindas oleh golongan yang mempunyai kekuasaan. Oleh itu, kaum buruh akan berjuang dan memprotes untuk mendapatkan hak mereka seperti, berjuang meminta gaji yang lebih tinggi. Golongan berjuis akan menjaga kepentingan utama untuk mencapai keuntungan maksima dengan melakukan pengeksploitasian. Ketegangan dan konflik antara mereka berterusan yang mengakibatkan perubahan sosial tidak dapat dielakkan. Mengikut teori Marx pada sejarah tertentu kapitalisme, perjuangan ini akan dimenangi oleh kelas pekerja. Mereka akan memperoleh kuasa dan pada peringkat ini masyarakat akan sekali lagi berubah. Dalam masyarakat baru yang dipanggil sosialis, tiada individu yang akan menguasai faktor-faktor pengeluaran. Semua hak milik terhadap faktor-faktor pengeluaran dianggap sama. Oleh itu, kelas sosial dan ketidaksamaan pengagihan kekayaan akan terputus dan semua orang akan mempunyai peluang yang sama. Kewujudan institusi-institusi dalam masyarakat kapitalisme adalah untuk mempertahankan faktor-faktor pengeluaran. Dalam masyarakat kapitalis, semua institusi sosial wujud kerana kepentingan kelas memerintah mengekalkan kedudukan dan kekuasaan mereka. Institusi keluarga misalnya digunakan untuk melahirkan dan membekalkan generasi pekerja akan datang. Kuasa institusi undang-undang digunakan untuk menjaga kepentingan minoriti dan mengawal mereka yang menentang hak individu dalam sistem kapitalisme. Pendidikan akan mengajar anakanak kelas pekerja untuk menduduiki kedudukan yang sesuai bagi mereka dalam struktur masyarakat. Mereka dibekalkan dengan ilmu dan nilai sebagai pekerja yang dikehendaki untuk terus mencipta kekayaan kepada kelas domain.

You might also like