You are on page 1of 9

Tugasan BML 3043.

Fonetik dan FonologiBML3043: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU T U G A S A N; Kriteria Tugasan: i) KERJA KURSUS 45% ii) FORUM 15% Tempoh tugasan 9 minggu (mula 25/02/13 29/04/13) Tarikh akhir tugasan 05/05/13 TUGASAN 1 (KERJA KURSUS) 45% Tugasan kerja kursus ini mengandungi tiga soalan, iaitu: (i) Apakah yang dimaksudkan dengan fonetik dan fonologi bahasa Melayu?

Jawapan anda harus mencakupi beberapa definisi mengenai fonetik dan fonologi yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa seperti Harimurti Kridalaksana, Abdul Hamid Mahmood, Abdullah Hassan, Nor Hashimah Jalaluddin, Indirawati, K. L. Pike, David Crystal dan Gleason. Anda juga harus membincangkan jenis-jenis fonetik seperti (i) fonetik artikulasi, (ii) fonetik akustik dan (iii) fonetik auditori. Anda perlu sertakan contoh-contoh yang sesuai untuk mengukuhkan jawapan anda.

Jawapan anda juga harus menyentuh matlamat akhir ilmu fonetik dan fonologi, khususnya bahasa Melayu. (ii) Huraikan bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu.

Anda perlu membincangkan maksud bunyi vokal. Dengan memberikan (i) vokal depan, (ii) vokal belakang dan (iii) vokal tengah, anda perlu sertakan contoh-contoh bunyi tersebut dalam bahasa Melayu. Sila lukis gambar rajah bagaimana proses bunyi-bunyi vokal tersebut dihasilkan.

Anda juga perlu menghuraikan bunyi-bunyi konsonan bahasa Melayu. Lukiskan gambar rajah bagaimana proses bunyi konsonan tersebut dihasilkan. Sertakan contoh-contoh bunyi dalam perkataan bahasa Melayu.

(iii)

Bincangkan sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Bagi soalan ini, Jawapan anda perlu menjelaskan hal tentang ejaan bersama Malaysia-Indonesia yang telah dipersetujui bersama pada tahun 1972. Bincangkan juga huruf fonem yang digunakan dalam ejaan bersama tersebut. Anda juga perlu membincangkan hal tentang Keselarasan Vokal dan sertakan contoh-contohnya sekali. Anda perlu memasukkan aspek cara-cara mengeja perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris, bahasa Jawa dan lain-lain, dan sertakan contohnya sekali. PERHATIAN: Bagi membantu anda menjawab tiga jenis soalan yang dicantumkan dalam kerja kursus ini, anda dinasihatkan merujuk dan meneliti buku-buku berikut: 1. Linguistik, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (2007) oleh Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah. 2. Jawapan bagi soalan (a) dan (b). Menguasai Bahasa Melayu Tinggi (2007) oleh Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. Jawapan bagi soalan (c).

3. Bahan rujukan lain yang berkaitan bagi memantapkan pengetahuan anda dalam ilmu fonetik dan fonologi bahasa Melayu.

Anda boleh hubungi 019 - 3870 383 (Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood)

Format Penulisan (kerja kursus) 1. Kulit hadapan :

- tajuk, nama, no. matrik, nama kumpulan (wajib), semester, dan program

2. a) b) c) d) 3.

Format : Bil. halaman : mengikut keperluan (antara 20-30 halaman) Jenis tulisan : Arial Saiz tulisan : 11pt Langkau 1.15, santak kiri dan kanan (justify) Kerja kursus (penulisan) anda perlu mengandungi:

a) Kandungan b) Pengenalan c) Perbincangan: aspek yang dibincangkan dengan contoh yang sesuai, gambar rajah secara grafik/ peta minda (mengikut kreativiti, keperluan dan kesesuaian) d) Kesimpulan e) Bibliografi (sekurang-kurangnya lima daripada pelbagai sumber rujukan) 4. Penulisan petikan mengikut sistem APA @ Gaya Dewan dan harus konsisten

Bentuk serahan tugasan (kerja kursus) i) Hantar dalam bentuk soft copy melalui sistem elektronik (MyGuru3) di tapak yang disediakan seperti yang telah ditetapkan oleh PPL. ii) Hantar salinan bercetak (hard copy) ke alamat tutor E-learning/ pensyarah E-learning masingmasing. Pemarkahan (kerja kursus) a) b) c) d) e) f) g) Jumlah Isi : 30 markah Bahasa : 20 markah Persembahan : 10 markah Format : 10 markah Grafik & kreativiti : 10 markah Bibliografi : 10 markah Teknik petikan : 10 markah : 100 markah : 45%

Pemberatan

(i) (ii)

Apakah yang dimaksudkan dengan fonetik dan fonologi bahasa Melayu? Huraikan bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu. Bincangkan sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu

(iii)

Sistem Bunyi Bahasa Melayu


Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA

1. 2. 3.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas

11. 12. 13.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah

4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

FUNGSI ALAT PERTUTURAN Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

JENIS-JENIS BUNYI Bunyi Vokal

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

PENGHASILAN BUNYI VOKAL Vokal Depan Sempit (i) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat. Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari Vokal Depan Separuh Sempit (e) Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i). Contoh: kole, tauge, bendi, elok Vokal Depan Separuh Luas

Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek Vokal Depan Luas ( a) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat Vokal Belakang Sempit (u) Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang Vokal Separuh Sempit ( o ) Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. Contoh: obor, solo, polo, toko, orang Vokal Belakang Separuh Luas Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Vokal Tengah Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Contoh: enam, empat, kenduri, gerai DIFTONG

Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong. a. (ai): b. (au): c. (oi): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai lampau, silau, garau, surau, pukau amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

You might also like