You are on page 1of 32

1.

Aktiviti Prabacaan.

1.1

Pengenalan Prabacaan Aktiviti prabacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan memberikan asas kepada kanak sebelum mereka boleh membaca. Walaupun kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangaan kemahiran membaca kanak-kanak. Aktiviti

prabacaan dapat membentuk kesediaan membaca merangkumi fizikal, emosi dan mental

1.2

Faktor Kesediaan Membaca. Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi. Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan, faktor kesediaan membaca merangkumi keadaan fizikal, pengalaman serta kesediaan, daya diskriminasi,

penguasaan bahasa, kecerdasan dan perkembangan kognitif untuk menerima pengajaran bacaan asas

Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari daya diskriminasi, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan, membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan, dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan, khususnya yang berupa cerita. Dari segi kecerdasan dan perkembangan kognitif, kemampuan kanakkanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. Dari sudut penguasaan bahasa, ada kanak-kanak bersedia membaca seawal umur empat tahun dan ada pula kanak-kanak hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun. Selain itu, faktor pengalaman amat mempengaruhi kesediaan kanakkanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanakkanak sebayanya yang tidak mendapat peluang yang sama

1.3

Kaedah Prabacaan 1.3.1 Kaedah Abjad (Tahap prabacaan). Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Murid-murid dikehendaki mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf abjad. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu. Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku, dada, dan cucu. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk perkataan buku, mula-mula disebut nama huruf bi dan yu diikuti penyebutan bunyi suku kata bu; kemudian disebut nama huruf ke dan yu dikuti penyebutan bunyi suku kata ku, dan akhir disebut perkataan buku. Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai, umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja.

Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku kata itu terhasil dengan menggabungkan satu atau lebih daripada satu konsonan dengan satu vokal atau diftong. dengan satu vokal atau diftong. Dengan perkataan lain, struktur suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah dikenal pasti. Hal ini memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini menyediakan murid asas yang kukuh untuk membaca.

Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak. Berbekalkan pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan dengan menggunakan sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan kesungguhan dan kesabaran, sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada mana-mana kumpulan sasar dengan menggunakan kaedah ini. 1.3.2 Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis). Kaedah ini lebih menekankan amalan membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan kurang memberi tumpuan kepada nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf lain untuk membentuk suku kata dan
5

perkataan. Contoh lambang b bukannya bi tetapi disebut beh, a disebut ah dan begitulah seterusnya. Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan membolehkan mereka yang baru belajar membaca melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan baru. Menurut Sofiah Hamid (1985: 1), selepas murid-murid mempelajari sejumlah perbendaharaan kata, mereka akan membandingkan unsur-unsur yang sama dalam perkataan-perkataan tersebut, dan kemudiannya membuat satu kesimpulan umum mengenai bunyibunyi yang terdapat dalam perkataan-perkataan yang telah dipelajari. Contohnya, selepas murid-murid diajarkan perkataanperkataan yang dimulakan dengan bunyi yang sama seperti mana, mama, makan, baju, bapa, bawa, mereka diajar melihat dan mengenal bahawa perkataan-perkataan itu bermula dengan huruf dan suku kata yang sama tetapi memberi makna yang berbezabeza.

1.3.3 Kaedah Seluruhan Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman). Kaedah ini juga dikenali dengan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, dan kaedah ayat. Kaedah ini lebih menumpukan kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk benda yang dipamerkan itu. Kanak-kanak dilatih untuk melakukan dua kemahiran di dalam satu masa, iaitu menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Berbantukan gambar yang dilabelkan berhampiran dengan perkataan tersebut, kanak-kanak boleh menyebut perkataan untuk mewakili maksud yang terdapat di dalam gambar tersebut. 1.3.4 Kaedah Frasa. Seperti kaedah perkataan, kaedah ini pun mementingkan unsurunsur yang bermakna semasa permulaan pengajaran membaca. Kaedah ini berasaskan andaian bahawa frasa merupakan unit yang lebih besar daripada perkataan, dan dengan ini lebih menarik minat murid-murid daripada perkataan. Frasa-frasa yang bermakna boleh dibentuk dengan dua atau tiga perkataan yang mudah, contohnya: Ini baju

Ini bola Itu dadu Itu buku Frasa-frasa ini kemudiannya dipanjangkan untuk membentuk ayatyat mudah, misalnya: Ini baju saya Ini bola saya Itu dadu saya Itu buku Ahmad Semasa mengajar, guru akan memilih frasa-frasa yang sesuai agar terdapat peningkatan dalam proses pengajaran, daripada yang senang kepada yang susah. Dengan cara ini juga perkataanperkataan yang baru dapat diperkenalkan. 1.3.5 Kaedah Kalimat. Menurut kaedah ini, murid-murid terlebih dahulu diperkenalkan kepada kalimat-kalimat atau ayat-ayat yang pendek dan bermakna. Guru akan menulis dan membaca satu kalimat daripada pertuturan beberapa kali. Kemudian murid-murid disuruh mengulangi

membaca kalimat tersebut. Sesudah itu perhatian murid-murid ditarik kepada perkataan-perkataan yang membentuk kalimat itu.
8

Perkataan-perkataan yang dipelajari kemudian disisipkan ke dalam kalimat-kalimat baru. Selepas itu barulah unsur-unsur suku kata dan huruf dalam perkataan diperkenalkan. Pengetahuan mengenai unsur-unsur kemudiannya digunakan untuk membentuk kemampuan mengenal perkataan baru secara tepat dan berdikari.

1.4

Aktiviti Prabacaan Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu i. ii. iii. pengamatan penglihatan pendengaran pergerakan mata & tangan.

1.4.1 Kemahiran Pengamatan Penglihatan Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa kita membaca kita sebenarnya sedang memadan huruf atau perkataan dengan bunyi yang sesuai. Pada peringkat permulaan kanak-kanak boleh diperkenal dengan memadan bentuk, diikuti

corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi permainan memadan ialah jigsaw puzzle. Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan kanak-kanak dengan membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan unutk tulisan rumi. Dalam situasi sebenar kanak-kanak sememangnya tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh itu semasa ibu bapa atau guru membacakan cerita atau ayat, mereka harus menunjuk kepada huruf yang dibaca. Kemudian guru harus menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan. Demi menunjukkan kepentingan membaca dari arah yang betul, guru harus mendemonstrasi dengan membaca secara terbalik. Apabila dibaca terbalik ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakna. 1.4.2 Kemahiran Pendengaran Selain itu, pendengaran juga biasa digunakan terutama bersama pengamatan penglihatan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah memperkenalkan huruf-huruf mengenal dengan pasti bunyinya. huruf Ini

membolehkan

kanak-kanak

sebelum

berkembang untuk membaca perkataan dan ayat. Cara yang boleh digunakan oleh guru ialah memperkenalkan sebahagian perkataan yang penting kepada pelajar seperti huruf dalam nama pelajar. Selain itu, guru harus mengajar huruf bersama-sama dengan ayat. Contoh ialah a untuk ayam, b untuk bola. Pada masa yang sama elakkan mengunakkan huruf besar kerana ini dapat menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, cara yang paling
10

langsung untuk kanak-kanak mahir dalam pendengaran adalah bertutur dengan kanak kanak atau membaca kepada kanakkanak. Semasa bertutur dengan mereka, kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman dalam berbahasa.

Pengalaman inilah penting dalam perkembangan membaca. 1.4.3 Kemahiran Pergerakan Mata Dan Tangan Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran pergerakan mata dan tangan. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti mewarna. Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna mengunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan unutk melatih kanak-kanak memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor halus. Selain itu guru juga boleh memberi permainan yang mengunakkan objek kecil seperti set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga dapat member aktiviti seperti mengunting tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati semasa mengunakannya.

11

2.0

Aktiviti Pratulisan

12

2.1

Pengenalan Pratulisan Menurut Khairudin Mohamad (2011), kemahiran di mana murid-murid pratulisan merupakan suatu telah mempunyai keupaaan

menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf. Oleh itu, penguasaan kemahiran pratulisan mernaksud seseorang murid itu telah bersedia dari segi fizikal dan mentalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis. Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan perkara-perkara berikut: a) b) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. c) d) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata. Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.

2.2

Strategi pengajaran pratulisan Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima pendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun didedahkan kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun begitu, bagi peringkat permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada murid. Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk, ukuran
13

dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis. 2.2.1 Latihan-latihan Pergerakan Tangan Dalam latihan pergerakan tangan,aktiviti seperti menggenggam dan membuka tangan beberapa kali secara berulang-ulang, menggenggam dan menghancurkan atau meronyok sehelai daun atau kertas, mengenggam dan merasa beg yang berisi kekacang dan memegang benda-benda seperti pensel dengan cara guru menunjukkan cara memegang benda-benda dengan cara yang betul. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya., Aktiviti seperti memasang butang baju dan sebagainya serta latihan membuka dan mengikat semula tali kasut juga merupakan jari latihan ini pergerakan tangan . Latihan untuk

menggerakkan

supaya

murid-murid

bersedia

menggunakan jari bagi memegang pensel disamping sebagai latihan penggunaan otot-otot tapak tangan dengan aktiviti membuat bentuk daripada plastisin, tanah liat atau tepung yang dibancuh dengan air.

14

2.2.2 Latihan Pergerakan Tangan Yang Bebas Untuk Menulis Dengan Sempurna Aktiviti gerakan tangan secara bebas yang dilakukan oleh murid ini bertujuan supaya murid dapat menulis dengan selesa dan sempurna. Selain itu latihan membentuk garisan lurus, latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garis lurus boleh dilakukan secara bebas. Latihan melukis gambar-gambar

mengandungi garisan lurus dan bulat juga termasuk dalam aspek gerakan tangan secara bebas supaya akhirnya murid dapat menulis dengan lebih sempurna. Aktiviti bagi tangan juga boleh dilakukan melalui aktiviti melukis bentuk bebas menggunakan jari di udara, di meja, di lantai, di rumput tanpa menggunakan alat tulis seperti membentuk bulatan, menulis bentuk-bentuk di atas pasir atau tanah. Aktiviti merasa huruf sebenar dalam bentuk 3D, Huruf kertas pasir. Membuat rantai secara bebas turut membantu murid membentuk huruf akhirnya. 2.2.3 Latihan Pergerakan Mata Latihan bagi mata seperti menutup kedua-dua mata murid dengan tangan, membuka mata dan menyebut benda-benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Aktiviti seperti menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Aktiviti lain seperti menyebut

15

benda-benda pelbagai saiz yang dipegang oleh guru. Seterusnya guru boleh menyuruh murid menyebut warna benda atau menyebut bentuk asas objek. 2.2.4 Latihan Kordinasi Mata dan Tangan Aktiviti mengelas benda mengikut golongan atau kumpulan merupakan latihan bagi kordinasi mata dan tangan. Aktiviti aktiviti lain yang boleh dilaksanakan seperti menyusun , mencantum dan mewarna gambar yang diselaras mengikut urutan. Aktiviti lain dalam aktiviti kordinasi mata dan tangan ialah mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf, memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa, mencari sejumlah benda yang

tersembunyi dalam sebuah lukisan dan juga aktiviti membuat garisan lurus dari atas ke bawah dan sebaliknya. Latihan mewarna dari kiri ke kanan dan sebaliknya juga dapat melatih murid bagi kordinasi mata dan tangan. Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan.

Bermula di kertas kosong tanpa garisan, diikuti latihan membentuk huruf pada garisan, di mana peringkat ini ialah peringkat menulis mekanis. Berikut ini adalah beberapa contoh kegiatan pra tulisan
16

i.

Mari Menabung

Alat yang diperlukan: o Kotak kasut yang salah satu sisinya mempunyai lubang,

pstikan lubang berada tidak sejajar/searah satu dengan lainnya, hal ini agar permainan lebih bervariasi dan bertentangan. o Duit syiling/butang baju (lebih baik jika dengan pelbagai

ukuran) Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), koordinasi mata tangan, serta melatih kecekapan dan kelembutan jari tangan serta pergelangan tangan (bila anak mencuba memasukkan duit syiling /butang baju dengan pelbagai posisi lubang. ii. Membantu Menjemur

Alat yang diperlukan: o o o Penyepit kain Gambar kanak-kanak/ saputangan/stokin Tali diikat diantara dua kerusi)

Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), melatih kekuatan jari-jari dan koordinasi dua tangan serta koordinasi mata-tangan.

17

2.3

Kaedah Meningkatkan Kemahiran Pratulisan Terdapat lima kaedah yang boleh digunakan guru untuk meningkatkan kemahiran pratulisan dalam kalangan murid, iaitu : 2.3.1 Gunakan pendekatan yang mudah, menyeluruh dan menarik selaras kemampuan dan perkembangan emosi serta mental muridmurid. 2.3.2 Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan proses koordinasi otot motor tangan dan mata murid-murid untuk mengasah kemahiran menulis. 2.3.3 Carta suku kata yang pelbagai dan tersusun agar murid-murid dapat menguasai kemahiran asas dengan mudah. 2.3.4 Laksanakan aktiviti pengayaan supaya perkembangan daya intelek murid mantap serta membantu membina kemahiran menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas. 2.3.5 Perkenalkan huruf kecil dahulu kemudian huruf besar. Mulakan dengan huruf yang bentuknya seakan sama seperti a, c, g, d dan sebagainya. Rasionalnya memperkenalkan huruf kecil dahulu kerana huruf kecil lebih banyak digunakan dalam aktiviti penulisan seharian, disamping bentuknya yang lebih kurang sama. (Khairudin Mohamad, 2012)

18

3.0

Pemulihan Bacaan

19

3.1

Pengenalan Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini supaya dapat menyebut suku kata, perkataan dan ayat dengan lancar. Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca a) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca) Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasanberbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada. b) Faktor yang ada pada bahan bacaan yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi

Faktor-faktor

perbendaharaan kata,panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik

3.2

Kaedah Pemulihan Bacaan 3.2.1 Kaedah Fonetik Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang

20

berbeza akan menyebabkan penerima anakustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan bunyi seperti: Bibir Gigi Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Lidah Rongga tekak Rongga mulut 3.2.2 Kaedah Abjad Kaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai murid. Melalui aktiviti pemulihan, guru perlu memastikan murid-murid supaya menguasai dan menghafal huruf a sehingga z dengan urutan yang betul. Justeru, guru perlu melaksanakanaktiviti berikut: Nyanyian lagu A,B,C,..
21

Menayangkan huruf satu persatu secara berulang Padanan abjad Menyebut huruf satu persatu secara berulang. 3.2.3 Latihan Pandang dan Sebut Latihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang perlu diajarkan oleh guru supaya murid berjaya menguasai kemahiran membaca. Latihan ini juga melibatkan penggunaan gambar untuk merangsang murid supaya bertutur. 3.2.4 Aktiviti Permainan Bahasa Aktiviti permainan bahasa dapat memupuk minat murid untuk menguasai kemahiran membaca. Antara permainan yang boleh dijalankan oleh guru termasuklah permainan yang berbentuk pergerakan, permainan respon terhadap bunyi huruf, permainan baling dadu untuk membentuk perkataan yang mempunyai suku kata kv,kvk, kv+kv, dan kv+kvk. 3.2.5 Pengolahan Bahan Pengajaran Pengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam mengajarkan asas kemahiran bacaan. Guru perlu melalui pelbagai proses semasa menyediakan bahan bacaan seperti memproses bahan, memilih bahan, mengolah bahan, membina,

22

menggunakan dan menilai bahan. Bahan pengajaran pula perlulah menarik, dan memenuhi keperluan pancaindera.

3.3

Aktiviti Pemulihan Bacaan 3.3.1 Saringan dan diagnosis. Beberapa cara dapat digunakan untuk membuat tindakan saringan dan diagnosis untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca. Cara-cara ini adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. memerhatikan murid yang sedang membaca. menilai jawapan mereka dari soal selidik guru. menggunakan buku bacaan yang telah dikelaskan. mengkaji pergerakan mata murid ketika membaca. memberi ujian tara. memberi ujian yang direka oleh guru. memilih murid untuk pengajaran pemulihan (atau

tambahan). Sebagai panduan, biasanya lebih daripada satu cara digunakan untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca.

23

3.3.2 Latih dan Pengukuhan. Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diajar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah

24

4.0

Pemulihan Tulisan

25

4.1

Pengenalan Tulisan ialah lambing-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambing-lambang bunyi yang tersusun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Objektif pemulihan tulisan bertujuan menjadikan tulisan yang ditulis oleh murid-murid mudah dibaca.

4.2

Peringkat-peringkat Perkembangan Menulis 4.2.1 Pra Tulisan Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanakkanak bagi menyediakan diri kea rah melahirkan lambing-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas

permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh

meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut Peringkat pra tulisan ini adalah peringkat kanak-kanak

mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta koordinasi mata tangan.

26

4.2.2 Tulisan Mekanis Setelah kanak-kanak melalui proses pratulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis, murid-murid diminta untuk membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah menunjukkan kemajuan barulah latihan membentuk huruf

diberikan. Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid dapat : i. ii. Kemahiran mengawal dan memegang pensel Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan iii. Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan. 4.2.3 Tulisan Kreatif. Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk

menghasilkan daya kreativiti masing-masing. 4.3 Masalah Penulisan. Masalah penulisan yang lazim berlaku di kalangan kanak-kanak pemulihan seperti :

27

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan. Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan. Huruf yang ditulis bertindih. Mengulang huruf-huruf yang ditulis. Menulis mengikut arah kanan ke kiri. Menulis dengan urutan yang salah bagi huruf atau perkataan. Menyalin huruf atau perkataan tidak mengikut tertib yang betul dan teratur.

4.4

Kaedah Pemulihan Tulisan. 4.4.1 Saringan dan Diagnosis. Cara yang paling mudah untuk mengesan atau membuat saringan dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada seperti dalam buku latihan, nota dan sebagainya. Walaubagaimana pun, cara ini kurang memuaskan kerana ada murid yang tulisannya memuaskan jika diberi masa yang cukup dan murid itu juga mungkin dapat menulis dengan baik jika masa yang diberi terhad. Cara berikut mungkin membantu guru mengesan atau membuat saringan dengan mudah di dalam bilik darjah : i. Ayat atau perenggan biasa boleh digunakan untuk menulis asalkan tidak mengandungi perkataan yang menghentikan murid menulis kerana kerumitan mengeja dan isi kandungan
28

mestilah yang ada kaitan dengan pengalama seterusnya mudah difahami oleh murid. ii. Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali, guru boleh menyuruh murid menulis ayat tersebut lima kali tanpa menghadkan masa. iii. Setelah murid selesai menulis, guru boleh menyuruh menyalin semula ayat tersebut seberapa banyak yang boleh dengan masa dihadkan. iv. Seterusnya, guru boleh menilai tulisan-tulisan tersebut dari segi kualiti tulisan dengan masa yang tidak terhad dan masa yang dihadkan, juga kadar penulisan dalam masa terhad. v. Dari ujian ini, guru dapat mengesan murid yang memerlukan pemulihan tulisan atau pun tidak. 4.4.2 Latihan Sebelum Menulis. Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk dengan menggunakan jari mereka. Latihan ini boleh dikelolakan di dalam kelas. Bentuk-bentuk yang penting dan menjadi asas penulisan ialah bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garis lurus. 4.4.3 Latihan dan Pengukuhan. Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan. Penerangan, tunjuk cara
29

serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diajar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlu disediakan oleh guru dengan sempurna. Banyakkan latihan dan beri bantuan secara individu bagi murid pemulihan.

30

Refleksi

Pada 7 Januari 2012 yang lalu, pelajar PPG SN 2 telah diberi satu tugasan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran Literasi Bahasa (WAJ3104). Kami diberi masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa yang ditetapkan, kami telah dikehendaki melaksanakan tugasan mencari, mengumpul, mengolah dan memahami maklumat tentang aktiviti prabacaan, pratulisan, pemulihan membaca dan pemulihan menulis.

Perkara pertama yang kami lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja-kerja yang lain. Kami terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa. Terdapat sedikit maklumat mengenai aktiviti prabacaan dalam nota pembelajaran saya, jadi ini juga merupakan kekangan yang dihadapi semasa menyiapkan tugasan.. Kami juga menghadapi masalah dalam mencari maklumat tambahan untuk menyiapkan tugasan ini. Agak sukar untuk mencari maklumat tambahan daripada perpustakaan lantaran jumlah buku yang terhad. Manakala, daripada internet, kami telah berjaya mendapat maklumat tambahan, namun ia masih tidak mencukupi dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini dengan lebih sempurna.

Justeru, sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kami berbincang bersama ahli kumpulan dan mendapatkan rujukan daripada pensyarah iaitu Pn. Noor Sham binti Sabtu selaku pensyarah pembimbing kami yang berpengalaman luas dalam subjek ini. Secara ikhlas, kami mengakui pensyarah kami banyak membantu dalam menyelesaikan kerja kursus ini.. Namun, walaupun menghadapi pelbagai
31

masalah, kami telah berjaya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Kerjasama yang erat di antara ahli kumpulan serta rakan sekelas merupakan

pemangkin kepada kami untuk menghasilkan tugasan yang terbaik. Kerja kursus ini juga dapat mendedahkan kepada kami bahawa pengajaran dan pembelajaran memerlukan kreativiti dari seorang guru dan tugas mendidik murid-muridnya mestilah disertai dengan rasa tanggungjawab. Melalui kerja kursus ini juga, kemahiran membuat keputusan telah dapat dilatih. Malah pelbagai pengalaman baru telah dapat diraih dan dapat digunakan dalam menempuh arena perguruan yang semakin mencabar pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh ; Pn. Hamidah bt. Abd. Hamid@Salleh Pn. Azizah bt. Indah PPG Sains 2

32

You might also like