You are on page 1of 34

MINGGU 9 PROSES PENERBITAN AYAT

NAMA AHLI KUMPULAN :


SYUHADA BT MD SARIP NUR AFIQAH BINTI AMERUL RASHAD

BAHAGIAN 1
PROSES PENYUSUNAN SEMULA

NUR AFIQAH BINTI AMERUL RASHAD.

PROSES PENYUSUNAN SEMULA


Dalam proses penyusunan semula, bentuk sesuatu ayat asal dibentuk dan diubah semula.

Ayat yang disusun akan diubah susunannya dan diterbitkan semula menjadi satu struktur ayat yang gramatis.

Proses penyusunan biasanya akan mengakibatkan berlakunya perubahan atau pengguguran kata-kata tertentu dan pengantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan.

Proses penyusunan ayat ini tidak membawa perubahan kepada makna ayat.

PROSES PENYUSUNAN SEMULA


Proses semula frasa nama sebagai objek

Proses penyusunan frasa nama sebagai objek

Penyusunan semula melalui ayat songsang

PENYUSUNAN SEMULA FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK


Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek boleh berlaku melalui proses transformasi pasif. Cth: a) Aiman sedang menendang bola. b) Bola itu ditendang oleh Aiman

A S FN P FK

KK
Ali meNtendang

FN
bola itu

TRANSFORMASI PASIF.

A S FN P FK

KK
SN Bola itu ditendang oleh

FN
FN Ali

PENYUSUNAN SEMULA FRASA NAMA SEBAGAI OBJEK.

Penyusunan semula frasa nama sebagai objek boleh terjadi pada ayatayat yang mengandungi dua jenis objek iaitu objek tepat dan objek sipi

Dalam ayat, frasa nama yang berkedudukan secara langsung selepas kata kerja dianggap sebagai objek tepat manakala frasa nama yang mengikuti objek tepat tersebut ialah objek sipi.

Proses penyusunan yang berlaku dalam ayat disebabkan oleh suatu proses transformasi. Proses ini memindahkan kedudukan objek tepat dalam ayat asal ke bahagian akhir dengan didahulukan kata sendi nama kepada, dan meletakkan frasa nama objek sipi pada kedudukan selepas kata kerja untuk menjadikannya objek tepat yang baharu. Kata kerja dalam ayat yang diterbitkan berubah juga bentuknya iaitu imbuhan i pada kata kerja digantikan dengan imbuhan -kan Contoh:a) Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku. b) Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad

A S P

FN
KK Ali menghadiahi

FK
FN2 FN3

Ahmad sebuah buku

Transformasi susun semula

A S FN1 P FK

KK

FN2
KS

FS
FN3

Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad

PENYUSUNAN SEMULA MELALUI AYAT SONGSANG


Ayat yang mengandungi keterangan tempat, keterangan masa, keterangan syarat, keterangan musabab dan seumpamanya boleh disongsangkan apabila keterangan itu hendak difokuskan.

Contoh:a) Orang tua itu pergi ke sungai. b) Ke sungai itu orang tua itu pergi.

Selain itu, apabila kata kerja hendak difokuskan, maka kata kerja dalam ayat-ayat tersebut dikedepankan seperti ayat yang berikut.

Contoh:a) Orang tua itu pergi ke sungai. b) Pergi ke sungai, orang tua itu.

BAS SEKOLAH

Syuha da

BAHAGIAN 2
a) Peluasan frasa nama sebagai subjek b) Peluasan frasa predikat c) Peluasan dengan kata hubung d) Peluasan melalui proses komplementasi

KONSEP PELUASAN AYAT

Proses peluasan ayat adalah proses penambahan unsurunsur dalam ayat yang baharu.

Peluasan frasa nama sebagai subjek

Peluasan melalui proses komplementasi

JENIS PELUASAN

Peluasan frasa predikat

Peluasan dengan kata hubung

A. PELUASAN FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK

Frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi, iaitu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan. (Tatabahasa Dewan, 2010) Frasa relatif terbentuk dengan menggunakan frasa relatif yang.

CONTOH PELUASAN SUBJEK


A Y A T 1 A Y A T 2

Budak itu
Subjek

adik saya.
Predikat

Budak itu
Subjek

menonton televisyen.
Predikat

Budak yang menonton televisyen itu adik saya

Contoh-contoh lain:
Pemuda itu, sudah pergi. Pemuda itu, mengacau dia. Perluasan ayat -> Pemuda yang mengacau dia itu sudah pergi. Orang itu sudah pulih. Orang itu sakit. Peluasan ayat -> Orang yang sakit itu sudah pulih.

1. Proses relativisasi boleh berlaku apabila kedua-dua subjek frasa nama itu serupa Peringatan ! atau beridentiti sama. 2. Ayat bertanda tidak boleh mengalami proses relativisasi kerana kedua-dua subjeknya tidak serupa atau tidak beridentiti sama. Lelaki itu sudah pulih. Ibu itu sakit. -> *Lelaki yang ibu itu sakit sudah pulih. Lelaki itu sudah pulih. Lelaki itu sakit -> Lelaki yang sakit itu sudah pulih.

Frasa-frasa nama yang sama identiti juga hendaklah berfungsi sebagai subjek.

Contoh : Orang itu, sudah pergi. Ali memanggil orang itu.

*Orang yang Ali memanggil itu sudah pergi.

Jadikan ayat kedua itu beragam pasif untuk membaiki ayat.

Contoh : Orang itu, sudah pergi. Ali memanggil orang itu. (pasif) => Orang itu dipanggil oleh Ali. (relativisasi) => Orang yang dipanggil oleh Ali itu sudah pergi.

B. PELUASAN FRASA PREDIKAT


Dalam peluasan yang melibatkan predikat, frasa nama yang hendak direlativisasikan mestilah berfungsi sebagai predikat.

Frasa nama yang akan mengalami relativisasi mestilah berfungsi sebagai subjek dalam ayat yang dipancangkan. (Tatabahasa Dewan, 2010)

CONTOH PELUASAN PREDIKAT


A Y A T 1 A Y A T 2

Kami membeli
Subjek

rumah itu.
Predikat

Rumah itu
Subjek

besar.
Predikat

Kami membeli rumah yang besar itu.

Siti mengacau budak itu. Budak itu, comel. (relativisasi) => Siti mengacau budak yang comel itu. Kakak menonton cerita itu. Cerita itu kelakar. (relativisasi) => Kakak menonton cerita yang kelakar itu.

Relativisasi menunjukkan frasa predikat yang dipeluaskan / dikembangkan.

Ayat kedua atau ayat yang cuba dipancangkan, perlu mengalami proses pasif, agar pembentukan ayat relatif menjadi gramatis. Mereka membaiki rumah itu. Syarikat Sentosa yang membina rumah itu. (pasif) => Rumah itu dibina oleh Syarikat Sentosa. (relativisasi) => Mereka membaiki rumah yang dibina oleh Syarikat Sentosa.

Ayat kedua atau ayat yang cuba dipancangkan, perlu mengalami proses pasif, agar pembentukan ayat relatif menjadi gramatis.

Kami meminjam buku itu. Ahmad membeli buku itu. (pasif) => Buku itu dibeli oleh Ahmad. (relativisasi) => Kami meminjam buku yang dibeli oleh Ahmad.

C. PELUASAN DENGAN KATA HUBUNG

Peluasan boleh berlaku melalui proses penggabungan ayat yang melibatkan dua konstituen yang sama dengan menggunakan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika, walaupun dan sebagainya. Tiap-tiap kata hubung ini boleh digunakan bagi menggabungkan dua ayat atau lebih untuk menghasilkan ayat terbitan yang bersifat peluasan.
(Tatabahasa Dewan, 2010)

PETA KONSEP
Ayat 1

Ayat 2
Ayat 3

Kata hubung
Kata hubung : dan, tetapi, kerana, jika, walaupun dan sebagainya

Ayat terbitan

Contoh-contoh ayat :
Siti berjalan kaki ke sekolah. Azwan berjalan kaki ke sekolah. => Siti dan Azwan berjalan kaki ke sekolah.
Kita tidak boleh menonton wayang Kita tidak ada tiket. => Kita tidak boleh menonton wayang jika tidak ada tiket.

D. PELUASAN MELALUI PROSES KOMPLEMENTASI

Proses yang mengubah sesuatu ayat menjadi satu frasa nama, dan memancangkannya pada suatu ayat yang lain sehingga menghasilkan peluasan kepada ayat tersebut. Perkataan bahawa adalah tanda berlakunya proses komplementasi. (Tatabahasa Dewan, 2010)

PETA KONSEP

Ayat 1

bahawa

Ayat 2

Contoh-contoh ayat
Polis menafikan (sesuatu). Penjahat itu telah menyerahkan diri.
=> Polis menafikan bahawa penjahat itu telah menyerah diri.

Pegawai itu menafikan (sesuatu). Dia kurang cekap.

=> Pegawai itu menafikan bahawa dia kurang cekap.

You might also like