You are on page 1of 6

Laporan Lawatan ke Stor Sukan IPG Kampus Ipoh

Tarikh : 20 Januari 2014 Kumpulan : 4 Ahli Kumpulan : Ahmad Khairul Syah, Ahmad Taufiq, Nur Fatin & Phuah Wen Shen Tempat : Stor Sukan IPG Kampus Ipoh LAPORAN Pada 20 Januari 2014 bersamaan hari Isnin, kumpulan kami telah mengadakan satu sesi lawatan di stor sukan IPG Kampus Ipoh. Kami telah menebual Encik Halim, selaku penjaga stor tersebut. Pengurusan stor ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Jasmani IPG Kampus Ipoh. Inventori : Setiap awal tahun, stor IPG Kampus Ipoh akan mendapat kewangan untuk membeli peralatan-peralatan stor yang rosak, hilang dan tidak cukup atau kos menyelenggara peralatan ini. Inventori yang dimaksudkan ini termasuklah pelbagai jenis bola seperti bola sepak, bola jaring, bola tampar, riben, kon, bola gimnastik, jersi sukan, kayu hoki, kayu softball dan sebagainya.

Keluar Masuk Alatan Sukan : Segala urusan keluar masuk alatan sukan di dalam stor ini hendaklah direkodkan di dalam buku log yag disediakan dan disaksikan oleh penjaga stor tersebut. Tempoh

pinjaman bagi setiap peralatan tidak boleh melebihi 3 hari supaya stor mempunyai barang yang cukup bagi pelajar-pelajar lain ingin menggunakannya bagi kelas Pendidikan Jasmani.

Keselamatan dan Kemudahan Sukan : Setiap peralatan sukan yang berada di dalam stor ini akan diselenggara dengan baik oleh penjaga stor tersebut. Misalnya bagi bola yang kempis disebabkan kekurangan angin, mereka akan mengisi angin menggunakan mesin angin yang disediakan di dalam stor tersebut. Bagi perlatan yang rosak dan dikhuatiri membahayakan pengguna sekiranya digunakan, penjaga stor akan mengasingkan alatan tersebut dan akan membuat rekod bertulis sama seperti dengan barangan yang hilang akan direkodkan untuk proses hapus kira setiap hujung tahun. Perkara ini akan direkodkan mengikut kod-kod tertentu mengikut nama alatan secara sistematik.

Susunan Alatan : Alatan ini disusun mengikut jenis dan dilabelkan mengikut nama bagi memudahkan proses untuk mencari dan menyimpan. Bagi peralatan yang disusun di tempat yang tinggi, tangga akan disediakan bagi mengambil peralatan tersebut.

You might also like