You are on page 1of 51

Konsep Ketaksamaan Peluang Pendidikan Dan Cara Usaha Kerajaan Merapatkan Ketaksamaan Peluang Pendidikan

Noraqilah Binti Zulkifli Abd Rahman Mhd. Azroys bin Adis Jamaayah binti jamil.

Pengenalan
merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas ; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein ( Perutusan Tahun Baru, 2006 )

Definisi
Konsep diskriminasi atau ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan,pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif (Amaljaya 2009). Oleh itu, ketaksamaan ialah perbuatan membanding dan membezakan individu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

Konsep Diskriminasi atau ketidaksamaan pula ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan Negatif oleh seseorang atau Sekelompok Etnik terhadap Kelompok Etnik yang lain. Ini merupakan manifestasi Prasangka yang wujud dalam kalangan Kumpulan Etnik dan mudah berlaku apabila wujud Prejudis dan Stereotaip dalam sesebuah masyarakat.

Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk sama ada berbentuk individu atau kumpulan Etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan Etnik. Ketaksamaan Peluang Pendidikan juga merupakan satu bentuk diskriminasi yang perlu dielakkan.

Diskriminasi dan Ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak munculnya Kelas Sosial masyarakat dari Sistem Feudal lagi. Rakyat bawahan, golongan pembesar dan golongan istana menerima Sistem Pendidikan yang berbeza. Pihak penjajah meneruskan dasar yang sama yang mana anak-anak dari golongan pentadbir dan pembesar diberikan peluang untuk belajar di sekolah yang dikhaskan untuk mereka.

UNSUR-UNSUR WUJUDNYA KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Bandar dan Luar bandar


Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid(SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.

Faktor-faktor kurangnya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pedalaman kerana kurangnya guru pakar pengalaman dalam satu-satu bidang. Suasana persekitaran Fizikal dan SosioBudaya bagi kawasan pedalaman juga kurang meransang. Tidak ada akses untuk ICT. Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid.

Usaha untuk menangani jurang ni terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ke-3. merapatkan jurang perbezaan dalam

peluang-peluang pendidikan antara yang kaya dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan negara dengan lebih saksama (RMKe-3, 1976-1980).

Ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran. Segala kesulitan yang dihadapi oleh muridmurid, secara tidak langsung menjadi satu halangan kepada mereka untuk memajukan diri. Ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. Pendekatan ataupun kaedah yang digunakan oleh guru-guru juga tidak menarik.

Kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir dalam Sistem Pendidikan. Sudah menjadi tanggungjawab semua untuk merapatkan jurang perbezaan tersebut. Sebagai guru, kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat kerajaan tersebut melalui dasar-dasar yang terdapat dalam Kementerian Pelajaran. Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada penyediaan infrastruktur, penempatan guru terutamanya di Sekolah Kurang Murid (SKM), Sekolah Orang Asli dan Sekolah di Pedalaman.

Jurang Digital
Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru. Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut KPM mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru terutamanya di sekolah luar bandar dan pedalaman.

Dalam RMKe8, KPM telah:


Menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer; perkakasan seperti komputer, komputer riba, projektor LCD dan pelayan (server). Membangunkan perisian khusus dan program TV Pendidikan bagi membantu p&p. Melatih guru bagi meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dalam p&p; dan Melatih pentadbir sekolah menggunakan ICT dalam pengurusan.

menghubungkan sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar.

Tahap Pencapaian Murid


Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan.

KELAS SOSIAL
Lapisan sosial atau kedudukan sesuatu kelompok yang sama dalam masyarakat tanpa membezakan dari segi kewangan, kuasa, politik, pekerjaan dsb. Disebut juga sebagai jurang pendidikan dari segi sosioekonomi yang merangkumi kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar, kemiskinan

Kriteria pengelompokkan dalam kelas2 tertentu:

kekayaan Kuasa Kehormatan Ilmu pengetahuan

Dalam buku budaya dan Pembelajaran, menurut Stalcup (1968) memdefinisikan kelas sosial sebagai lapisan dalam masyarakat yang mana manusia menganggap diri mereka SAMA dari segi latar belakang keluarga, peringkat pendidikan, pekerjaan, ras dan sikap sosial.
Menurut Meighan (1986)- kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan dlam sesuatu bangsa yang sama.

Max Weber (Wikipedia 2010)


Bangsawan / korporat
Pertengahan atasan Pertengahan bawahan Pekerja Bawahan
Kumpulan elit, orang kaya Berpendidikan tinggi, profesional dan berjawatan Lulusan sekolah menengah dan diploma PMR, SPM, STPM, Pekerja kilang dan restoran

Lulusan amat rendah

Ketaksamaan

ORANG ATASAN Berpendapatan tinggi Keupayaan kewangan Menikmati akses pelbagai pilihan peluang pendidikan (dalam @ luar negara) Hantar anak ke kelas tuisyen Beli peralatan canggih Kesihatan terjaga

ORANG BAWAHAN Berpendapatan rendah Kewangan yang tidak kukuh Akses ke arah peluang pendidikan terhad Bergantung kepada pendidikan yg disediakan oleh kerajaan Tiada kelas tuisyen Peralatan canggih terbatas

JANTINA
LELAKI SK : 86% SMK : 30% (KEMBOJA) : 27% (NEW GUINEA) Filipina, Mongolia, Malaysia kurang (54%) PEREMPUAN SK : 81% SMK : 19% (KEMBOJA) : 21% (NEW GUINEA) Filipina, Mongolia, Malaysia lebih (65%)

Pada zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang untuk menerima pendidikan pada ketika itu. Penyelidik Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, sekolah vokasional dan teknik serta di Institut Pengajian Tinggi, khususnya di Politeknik. Di pusat pengajian tinggi, kebanyakan ruang dan peluang lebih dimonopoli oleh golongan perempuan.

Ketiadaan Keselamatan

Bahan pengajaran

Aspek Ketaksamaan Jantina

Ulang alik ke sekolah

Kurikulum

Bias jantina

KUMPULAN MINORITI
Golongan Kecil orang yang sama keturunan, agama, budaya yang tinggal di sebuah tempat yang majoritinya penduduknya berlainan keturunan, agama, budaya dsb

Malaysia Melayu, cina, India, kadazan, iban, bidayuh, orang asli dan kumpulan lain. Berlaku di sekolah setempat : orang melayu di SJK Cina, SJK Tamil manakala orang Cina dan India serta etnik lain di SK

Lokasi Tempat Tinggal

Kelengkapkan Sekolah

Aspek Ketaksamaan Kumpulan Minoriti

Perhubungan Dan Pengangkutan

Kemudahan Asas

Infrastruktur

Kumpulan Keperluan Khas


Kanak-kanak istimewa (luar biasa atau tercabar dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi.
Contoh : autisme, sindrome down, masalah pembelajaran, kecacatan pendengaran dan penglihatan, disleksia, lewat perkembangan, pintar cerdas, kecelaruan tingkah laku.

ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN


MURID ORANG ASLI MURID INDIGENOUS /PRIBUMI

ORANG ASLI

Mereka tidak bersekolah disebabkan oleh masalah jarak, ibu bapa, buta huruf serta kesedaran terhadap pendidikan yang rendah. Kesan : beri kesan negatif terhadap sosioekonomi tergolong dalam miskin dan miskin tegar

Indigenous
Peribumi, penduduk asal atau orang pertama. Kaum sabah sarawak, (kadazan-dusun, murut, rungus, iban, bidayuh, penan, melanau dll. Tinggal di kawasan pedalaman dan sukar untuk dihubungi oleh pengangkutan awam Bergantung sepenuhnya kepada tanaman sara diri, berburu dan mengutip hasil hutan. Contoh : Long Item, Ulu Baram, 30 buah keluarga Tidak ada kemudahan bekalan air dan elektrik atau generator bagi yang mampu.

Faktor lain

USAHA KERAJAAN MERAPATKAN JURANG KETIDAKSAMARATAAN PELUANG PENDIDIKAN

BANGUNKAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR

TAMBAH BAIK SISTEM AGIHAN BANTUAN BAGI PELAJAR MISKIN, BERKEPERLUAN KHAS DAN KUMPULAN MINORITI

FOKUS DAN PELAKSANAAN PIHAK KERAJAAN

TINGKAT KADAR PENYERTAAN DAN PENGLIBATAN MURID

TINGKATKAN BILANGAN GURU TERLATIH MENGIKUT OPSYEN (PEDALAMAN)

BANGUNKAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR

TAMBAH BAIK PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR (SBH DAN SRWK)

- Sdiakan infrastrukutur dan kemudahan asas. - Sediakan bekalan elektrik 24 jam (genset berkapasiti 30-35 vol, solar hybrid, empangan mini) -Sedia bekalan air.

TAMBAH BAIK SEKOLAH KURANG MURID

- Mnilai pelaksanaan sekolah pusat bagi tujuan peluasan. - Wujudkan norma baru bg guru d skolah kurang murid. - Mengkaji pemberian geran perkapita.

MERAPATKAN JURANG PENCAPAIAN AKADEMIK

- menambah bilangan komputer, kemudahan perkakasan, TV pendidikan, video teleconferencing, schoolnet, makmal komputer, pengisian dan tenaga kerja.

MERAPATKAN JURANG DIGITAL


Sediakan makmal komputer. Sediakan pusat akses. Tambah bilangan komputer. Rangkaikan semua sekolah dgn schoolnet bjalur lebar. - Pembestarian sekolah luar bandar. - Tambab baik TV pendidikan - Rintis penggunaan video teleconferencing

TINGKAT KADAR PENYERTAAN DAN PENGLIBATAN MURID

PENGUASAAN 3M

- Luaskan program LINUS, KIA2M. - Tambah baik program pemulihan pelajar thp 1. - Giat program gerak gempur. - Kenalkan program khusus Org Asli dan suku minoriti.

PENGURANGAN KADAR KECICIRAN


- Kuatkuasa pendidikan wajib. - Bykkan program motivasi. - Jalin permuafakatan antara warga sekolah, keluarga dan komuniti. - Kenalkan pentaksiran dan penilaian yang sesuai. - Sediakan sistem penyampaian alternatif berorientasikan Emotional Quotient (EQ) dan kbolehan murid. - Erat kerjasama dgn pihak luar KPM dlm mengenalpasti punca dan cara mengatasi keciciran.

PEMANTAPAN PROGRAM PENDIDIKAN BAGI PELAJAR KURANG UPAYA.

- Buka kelas@sekolah khas. - Sediakan perkhidmatan pen.khas kpd kanak2 dr umur 1 hr di pusat perkhidmatan. - Meminda peraturan2 Pendidikan khas 1997 utk menerima pelajar 2 kecacatan. - Mantapkan instrumen saringan utk knlpasti pelajar berkeperluan khas. - Erat kerjasama antara KPM, Kem.Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat, Kem.Kesihatan, dan Kem.Sumber Manusia.

SEDIAKAN PENDIDIKAN PELAJAR IKUT KEPERLUAN.

- Wujudkan sekolah seni. - Rintis program khusus bagi pelajar cerdas dan berbakat (Permata Pintar) - Jalin kerjasama dgn Kem.Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat dan Kem. Dlm Negeri bg jalankan program pendidikan utk kanak2 yg direman dan mencdgkn Pindaan Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) - Sedia kemudahan pendidikan bagi pelajar yg brada di Pusat Pemulihan komuniti.

TINGKATKAN BILANGAN GURU TERLATIH MENGIKUT OPSYEN (PEDALAMAN)

TAMBAH BILANGAN GURU TERLATIH MENGIKUT OPSYEN DI KAWASAN PEDALAMAN.

- Wajibkan guru baru berkhidmat di pedalaman. - Tambah baik insentif khusus bg guru yg brkhidmat di pedalaman. - Sediakan insuran kpd guru2 yg berkhidmat di luar bandar. - Sediakan rumah guru dan kemudahan asas yg sempurna.

TAMBAH BAIK SISTEM AGIHAN BANTUAN BAGI PELAJAR MISKIN, BERKEPERLUAN KHAS DAN KUMPULAN MINORITI

TAMBAH BAIK SISTEM AGIHAN BANTUAN (PLJR MISKIN, BKPRLUAN KHAS DAN KUMPULAN MINORITI)

- Mantapkan sistem maklumat murid (SMM) - Pantau pelaksanaan program bantuan scra berterusan. - Menilai impak program scra berkala. - Wujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD) - Kukuhkan kerjasaman antara skolah, sktor awam dan sktor swsta,

RUJUKAN
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Syarifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid. Budaya dan Pembelajaran. 1st edition Ting Len Siong (2013), Ph. D Budaya dan Pembelajaran, cetakan pertama 2013: Penerbit Freemind Horizons Sdn Bhd Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (Pendidikan prasekolah hingga sekolah menengah)

You might also like