You are on page 1of 1

Soalan Untuk Mesyuarat Kewangan : 1.

Saya ingin bertanya,jika makmal komputer mengalami kerosakan dari segi fizikal seperti pintu,kipas,lampu, syiling atau apa-apa kerosakan yang berkaitan dengan fizikal bagunan dan memerlukan pembaikan segera pada siapa saya perlu maklumkan. Dan jika pembaikan itu hanya melibatkan kos yang kecil seperti penukaran tombol pintu atau lampu pada pihak mana saya perlu claim untuk penukaran?.....Dan penjagaan building makmal komputer bawah pihak sekolah atau bawah pihak PIBG?....jika bawah pihak PIBG mengapa bilik lain sperti kh,sains dan lain-lain(kelas) boleh claim pada pihak sekolah dan tidak pada pihak PIBG?.....dan mengapa makmal komputer perlu claim bawah PIBG?.... 2. Ketua kerani telah memaklumkan kepada saya pada 3/1/2014 jam 11.45 pagi bahawa selepas ini semua pekara yang berkaitan dengan kewangan(termasuk claim penyelengaraan komputer atau apa-apa yang berkaitan dengan makmal dari segi fizikal atau pDP murid) dan bilik ict hendaklah di rujuk kepada pihak PIBG dan bukan pihak kerani sekolah. Boleh pihak sekolah menerangkan tentang pekara ini. 3. Penggunaan kertas A4. Dimana makmal komputer boleh memperolehi kertas A4,marker pen, dan pelbagai peralatan pakai habis. Adakah boleh dipohon daripada pihak sekolah atau pihak PIBG?....Kertas A4 digunakan adalah untuk proses pDp murid. 4. Duit yuran komputer RM10 yang diambil dari murid adakah bolehkan dibincangkan dimesyuarat kewangan sekolah ini. Sedangkan wang itu diuruskan oleh pihak PIBG sekolah dan bukan pihak kewangan pentadbiran sekolah. Dan guru ict tidak mempunyai hak atau surat kuasa untuk bertanya tentang kedudukan kewangan yuran komputer itu. Dan mengapakah ketua kerani meminta saya supaya bertanya kepada pihak PIBG dan tidak memaklumkan pekara ini sendiri kepada pihak atasan sedangkan beliau menguruskan kewangan sekolah. 5. Mengapakah unit ICT diletakkan didalam mesyuarat kewangan sedangkan unit ICT tidak mempunyai apa-apa peruntukkan yang diturunkan seperti panitia-panitia lain. 6. Untuk makluman semua, makmal komputer merupakan salah satu kategori bilik darjah. Sama seperti bilik darjah yang lain. Dan perlu diselengarakan kerana murid-murid belajar didalam bilik ini. Pada pihak mana saya perlu laporkan jika terdapat apa-apa msalah.PiBG atau sekolah. 7. Jika sekalipun wang Rm10 itu diperolehi oleh pihak makmal komputer melalui pihak PIBg adalah dimaklumkan bahawa ianya adalah untuk proses PdP murid dan bukan untuk penyelengaraan fizikal makmal komputer itu sendiri. Penyelengaraan fizikal seperti pintu,kipas lampu dinding dan yang berkaitan dengan fizikal asas building adalah dibawah kawal selian pihak penyelengaraan sekolah yang mana berkaitan dengan pihak pentadbiran sekolah. 8. Makmal komputer adalah sama seperti bilik-bilik lain juga seperti pra sekolah,bilik kh,bilik sains,bilik kaunseling digunakan untuk PdP dan yang istemewanya tidak mempunyai apa-apa peruntukan.

You might also like