You are on page 1of 3

Ada Apa Dengan Niqab?

by ABU NAFIS

Kita tidak hairan jika di barat seperti di Perancis undang-undang pengharaman niqab dikuat kuasakan.. Tapi kita hairan dan sedih bila tentangan itu datang dari orang-orang islam itu sendiri dari negara yang dikatakan negara islam.. Bila wanita berpakaian seksi dikatakan itu adalah hak kebebasan berpakaian Bila wanita muslimah berniqab dikatakan extrim dalam beragama Bila wanita berpakaian seksi dikatakan itu modern Bila wanita muslimah berniqab dikatakan tidak bertamadun Tahukah anda bahawa memakai niqab itu adalah sebahagian dari hukum-hukum islam Cuma para fuqaha berbeza pendapat mengenai hukumnya

Di dalam mazhab qaul(pendapat)

imam

Syafie

terdapat

dua

Qaul Pertama(qaul muktamad):wajib berniqab Qaul kedua:Tidak wajib(sunat) Secara umumnya jumhur(majoriti)Ulama islam berijtihad bahawa niqab tidak wajib..oleh itu muka dan tangan wanita bukanlah aurat Sebahagian Ulama dalam mazhab Hanbali dan qaul kedua mazhab imam syafie mereka berijtihad bahawa niqab adalah wajib..muka dan tangan adalah aurat disisi mereka.. Walaupun hukum memakai niqab itu tidak wajib menurut jumhur,tapi tahukah anda bahawa memakai niqab itu adalah sunnah isteri-isteri Nabi s.a.w..

Oleh itu seorang muslimah yang memakai niqab dengan niat mahu mengikut sunnah isteri-isteri

Nabi..dengan tujuan untuk memelihara maruahnya..dengan tujuan agar kecantikannya hanya diperlihatkan kepada suami tercinta wajarkah mereka ini dilebel sebagai muslimah yang extrim?wajarkah mereka disebut sebagai wanita yang tidak bertamadun?wajarkah hak-hak mereka ini dihalang dan dihina ???

You might also like