You are on page 1of 4

Penyediaan sabun dalam makmal. Prosedur: 1. 10 cm3 minyak kelapa sawit dituang ke dalam bikar. 2.

50 cm3, 5 mol dm-3 larutan natrium hidroksida ditambah ke dalam minyak kelapa sawit. 3. Campuran dipanaskan sehingga mendidih. 4. Campuran dikacau dengan menggunakan rod kaca. 5. Campuran dibiarkan mendidih selama 10 minit. 6. Selepas pemanasan, 50 cm3 air suling dan tiga spatula natrium klorida ditambah ke dalam campuran. 7. Campuran dipanaskan selama 5 minit. 8. Campuran dibiarkan menyejuk. 9. Pepejal putih yang terhasil ditapis dan dibasuh dengan sedikit air suling. 10. Pepejal putih ditekankan di atas sekeping kertas turas untuk dikeringkan. 11. Pepejal putih disentuh dengan menggunakan jari. Pemerhatian dibuat. Sedikit pepejal putih diletakkan ke dalam tabung uji. Air paip ditambahkan ke dalam tabung uji. Campuran tersebut digoncang. 12. Pemerhatian direkodkan. Pemerhatian/ Keputusan: Rasa sabun setelah disentuh Pemerhatian apabila digoncang

Licin Menghasilkan buih apabila digoncang

Sabun adalah campuran pencuci yang digunakan bagi kegunaan peribadi atau sedikit cucian. Ia biasanya dijual sebagai bentuk ketulan, dipanggil buku. Di negara maju, pencuci sintetik telah menggantikan sabun bagi dobi. Kebanyakan campuran sabun mengandungi sebatian garam natrium atau kalium yang boleh dihasilkan daripada asid lemak dengan bertindak balas dengan larutan beralkali (seperti natrium hidrosida ataukalium hidrosida) pada 80100 C dalam proses yang dikenali sebagai saponifikasi. Lemak-lemak itudihidrolisiskan oleh bahan bes, menghasilkan gliserol dan sabun kasar (garam asid lemak beralkali). Sabun dihasilkan daripada minyak atau lemak. Sodium Tallowate, bahan biasa dalam kebanyakan sabun, sebenarnya adalah lemak haiwan. Sabun yang dihasilkan dari minyak sayuran, seperti minyak zaiton, biasanya diistilahkan sebagai sabun castile. Sekarang, sabun biasanya digantikan oleh agen pembersihan lain, sebagai contoh detergen sintetik.

Sejarah Sabun

Manusia telah mengenali kebersihan sedari awal lagi. Air digunakan sebagai bahan utama untuk mencuci, misalnya membersihkan anggota badan yang terkena kekotoran seperti lumpur, darah dan sebagainya. Bukti awal purba yang ditemui melalui ekskavasi yang dijalankan telah menunjukkan bahawa bahan seumpama sabun telah dibuat sekitar 2800 SM di Babylon.

Formula seumpama sabun menunjukkan bahan tersebut mengandungi air, alkali dan minyak cassia yang tercatat pada kepingan tanah liat sekitar 2200 SM. Manakala catatan pada Papyrus Eber di Mesir iaitu dokumen kesihatan pula sekitar 1550 SM menunjukkan orang-orang Mesir purba telah mandi dengan menggunakan bahan lemak dari haiwan, minyak tumbuhan dan garam alkali yang dibuat seperti bahan sabun. Dokumen Mesir Purba juga telah mencatatkan penggunaan bahan seumpama sabun ini digunakan dalam penyediaan bulu haiwan untuk tujuan menenun pakaian. Dalam catatan sejarah Rom pula, ketika pemerintahan Pompeii pada 79 AD, bahan seumpama sabun ini telah dibuat secara pengilangan.

Bagaimanapun, penyataan ini agak keliru terhadap bermulanya penggunaan bahan sabun mineral. Dalam pada itu, terdapat bukti soapstone telah digunakan di Fullonica untuk pembersihan dan membersihkan tekstil. Menurut lagenda Rom, sabun mendapat namanya dari Gunung Sapo, di mana tempat

haiwan dikorbankan. Hujan yang turun akan mengalirkan air ke bawah dan turut membawa bersama lemak haiwan, lilin dan habuk dari kayu yang dibakar. Air hujan telah membuatkan bahan-bahan tadi bercampur dan menuruni gunung lalu mengalir sepanjang sungai Tiber. Wanita yang menggunakan air untuk membersihkan pakaian di sepanjang sungai itu mendapati air dari sungai yang mengandungi bahan seperti lilin itu telah mendapati kerja membersihkan pakaian yang kotor menjadi lebih mudah.

You might also like