You are on page 1of 7

Soalan 4: Cadangan untuk mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping

penduduknya yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama. Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancer untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Berikut merupakan beberapa cadangan untuk mewujudkan perpaduan antara kaum di Malaysia antaranya ialah mewujudkan satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan melalui pendidikan sejarah. Sejarah merupakan peristiwa yang telah berlalu. Namun sebenarnya sejarah adalah catatan manusia atau perubahan yang berlaku kepada sejarah peradaban dunia. Perkara-perkara silam sebenarnya boleh menyedarkan kita betapa pentingnya pengalaman-pengalaman lalu atau sejarah sesebuah negara dalam membentuk suatu bangsa Malaysia. Oleh itu pemikiran rakyat hendaklah disepadukan agar mempunyai semangat untuk mempertahankan negara walau apa jua sekalipun. Pengukuhan nilai kewarganegaraan dan patriotisme dilihat boleh menyemarakkan lagi tanggungjawab sebagai warga yang merdeka dan berbangga sebagai rakyatnya. Sekira berlaku pencerobohan ataupun peperangan misalnya akan membawa kepada pembentukan satu barisan hadapan yang berani berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta. Menurut Awg Kasmurie (2009), pendidikan sejarah di Malaysia berupaya untuk membentuk keperibadian unggul warganya berdasarkan kepada pengamalan nilai kewarganegaraan dan patriotisme yang kukuh dalam diri setiap anggota warganya. Keperibadian kebangsaan yang unggul adalahsangat penting dan menjadi asas kepada kewarganegaraan yang mantap. Sudah pasti akanmemberi sumbangan yang bermakna kepada negara dalam bentuk apa jua sekalipun.Kebanggaan kita sebagai warganegara

Malaysia hendaklah kita tunjukkan. Malah dunia mengakui kehebatan negara kita dalam pelbagai bidang. Selain itu, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk menerusi aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat yang wajar menjadi kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mengerattkan hubungan sesama kaum.Hari keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan boleh dijalankan di kawasan berhampiran tempat tinggal seperti di padang sekolah, taman rekreasi atau di sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa boleh membawa anak masing-masing dan menyertai aktiviti yang dijalankan. Menurut Khalid Omar (2013), masyarakat dapat mengenali, dan berkomunikasi dengan jiran tetangga mereka yang selama ini hanya berpeluang untuk melihat muka tanpa berbual-bual ketika keluar rumah. Aktiviti hari keluarga yang dijalankan dapat mengeratkan perpaduan dan sekali gus menjayakan Gagasan 1Malaysia. Di samping itu, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan juga dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Pada masa kini, rumah terbuka kian menjadi budaya dalam kalangan rakyat malaysia.negara kita dan sering dikatakan unik kerana rakyatnya yang berbilang kaum hidup dalam keadaan yang harmoni di bawah satu payung. Menurut Chew Hock Thye (1979), program rumah terbuka akan meyebabkan pelbagai

lapisan masyarakat daripada berbilang kaum untuk bertemu dan bergaul mesra. Rumah terbuka juga dapat melahirkan hubungan sillaturahim yang kukuh dalam kalangan masyarakat dan seterusnya memupuk perpaduan kaum di negara kita. Melalui rumah terbuka ini,kita dapat mengikut konsep perdana menteri kita sekarang ,Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu satu malaysia. Sambutan menyambut hari kemerdekaan juga boleh diambil kira dalam usaha untuk mewujudkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Kita dapat mengenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan untuk tanah air. Antara tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Kanang dan sebagainya. Mereka rela berputih tulang daripada berputih mata melihat tanah air tempat tumpah darah mereka dijajah oleh kuasa asing sepertti British dan Jepun. Mereka juga sanggup menggadai nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan. Jelaslah di sini bahawa kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita adalah untuk mengenang jasa tokoh. Menurut Omar Razak (2001), sambutan hari kemerdekaan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum di negara kita. Umum mengetahui bahawa Melayu, Cina dan India merupakan kaum majoriti di negara kita selain kaum Dusun, Kadazan, Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum minoriti. Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk

jika semua kaum ini dapat bersatu padu, bekerjasama dan bertoleransi. Melalui sambutan hari kemerdekaan, semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang kita cintai ini. Masyarakat berbilang kaum yang saling menyayangi, saling menghormati dan saling bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara. Jelaslah di sini bahawa sambutan hari kemerdekaan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum. Melalui sambutan hari kemerdekaan juga, imej negara kita akan turut meningkat. Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera, Secara tidak langsung, lebih ramai pelancong asing ingin berkunjung ke negara kita serta lebih ramai pelabur asing ingin melabur di negara kita. Hal ini dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan negara sekaligus menjana ekonomi negara. Perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat juga dapat diwujudkan menerusi penglibatan dalam sukan. Sukan juga dapat memupuk persahabatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah negara. Apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta daripada pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan. Semasa berada dalam satu kumpulan, timbul

perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Semangat ini amat penting bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Menurut Liana Rahman (2009), perpaduan dapat disemai dalam kalangan penonton apabila mereka menyokong pasukan yang sama. Nilai perpaduan ini menjadi landasan untuk rakyat membangunkan negara. Apabila sesebuah negara terpilih menjadi tuan rumah bagi acara sukan yang bertaraf antarabangsa, negara yang berkenaan akan dikunjungi oleh pemain, pegawai, wartawan, dan penyokong dari pelbagai negara. Mereka sudah tentu akan berbelanja sepanjang berada di negara yang berkenaan. Pengaliran wang asing yang berlaku tentu sekali menguntungkan negara. Apabila pulang, mereka akan mempromosikan tempat-tempat yang menarik di negara tuan rumah kepada rakan-rakan. Dalam jangka panjang, situasi ini dapat memajukan industri pelancongan di negara yang berkenaan. Perpaduan antara kaum di Malaysia juga dapat diwujudkan dengan mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Menurut Khatijah Safian (1999), perkara yang paling penting yang ingin diterapkan dengan konsep gotong-royong itu adalah semangat perpaduan dan nilai-nilai murni yang lain yang kita mahukan.

Dengan mengadakan gotong-royong, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju. Aktiviti gotong-royong mempunyai beberapa faedah kepada masyarakat dan negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu Maufakat Membawa Berkat. Pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotongroyong melalui kempen yang diadakan di televisyen dan surat khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, cadangan dalam mewujudkan perpaduan antara kaum di Malaysia ialah setiap kalangan masyarakat jangan membangkitkan isu sensitif kaum lain. Malaysia adalah Negara yang berdaulat dan mempunyai masyarakat yang majmuk. Jadi sebagai masyarakat yang harmoni, tidak salah jika menghormati antara satu sama lain. Jangan sesekali membangkitkan isu sensitif sesuatu kaum. Sebagai contoh, masayarakat India tidak suka dipanggil keling ataupun paria. Perkara tersebut akan membangkitkan kemarahan mereka. Paria merujuk kepada kasta terbawah dalam masyarakat India. Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Menurut Hafiz Syam (2013), isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya. Kesimpulannya, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh semua pihak, seperti isi dengan kuku. Janganlah mengizinkan sejarah hitam akibat kurangnya persefahaman dalam kalangan masyarakat seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang di negara ini. Bak kata mutiara, bersatu teguh, bercerai roboh.

Oleh itu, marilah kita bergabung idea dan tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh demi mewujudkan integrasi nasional. Mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah Wawasan 2020 kerana perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.

Bibliografi

Internet http://bmspmk2.blogspot.com/2013/10/usaha-untuk-memupuk-perpaduan-dalam.html http://www.academia.edu/4444802/Pendidikan_Sejarah_di_Malaysia http://pbmsmkadeputra.blogspot.com/2013/07/kebaikan-amalan-gotong-royong.html http://stpm-study.blogspot.com/2014/01/fungsi-sukan-dalam-pembangunan-negara.html#_ http://smkbahiyah.blogspot.com/2009/09/kebaikan-rumah-terbuka-peringkat.html

Buku Awg Kasmurie. (2009). Pendidikan Sejarah di Malaysia. Kuala Lumpur: Balai Pustaka. Chew Hock Thye. (1979). Masalah Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur: DBP Hafiz Syam. (2013). Perpaduan dalam ketamadunan. Kuala Lumpur: Pustaka Minda Khalid Omar. (2013). Ke arah Memupuk Perpaduan. Kuala Lumpur: Pustaka Minda Liana Rahman. (2009). Perpaduan kalangan Rakyat. Selangor: Percetakan Rina Sdn. Bhd. Omar Razak. (2001). Integrasi Kaum. Selangor: Monumen Pustaka

You might also like